Anda di halaman 1dari 6

ANJURAN

KELAB GURU SKENS

TARIKH
RABU
16 MEI 2018
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang
tidak berbelah bagi, maka lahirlah warganegara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya
mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru
pada tahun ini iaitu ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’.Kerjaya suci dan murni seorang
guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekalipun. Dalam
agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada pada kedudukan yang tinggi dan utama
selepas kedua ibu bapa.
Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa di sekolah kerana
guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu bahkan membangunkan sahsiah
dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru
selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti
yang dijalankan. Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing – masing untuk
menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Hari Guru.
Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan
seorang guru.Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab Guru SKeNS
turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2018 adalah untuk meraikan dan
membalas jasa guru-guru SKeNS di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara guru-guru dan murid-murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SKeNS sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei
3.2 Menghargai dan mengenang jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik
murid-murid ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal ,
rohani dan emosi.

SK KUALA KENAS 2
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018

3.3 Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibu bapa
dan murid di sekolah ini ke arah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat
kecemerlangan.
3.4 Memperhebat lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah
meningkatkan kesejahteraan hidup pada masa hadapan bukan sahaja dari segi
kebendaan bahkan juga dari segi moral dan keagamaan.
3.5 Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan pentadbiran sekolah kepada
semua guru.
3.6 Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan
Menteri Pelajaran Malaysia
3.7 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
3.8 Mendidik murid supaya menghargai dan menghormati guru.

4.0 TEMA

‘GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN’

5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

Tarikh :- 16 Mei 2018


Hari :- Rabu
Masa :- 7.30 pg – 10.30 pagi
Tempat :- Dataran SKeNS

6.0 ANJURAN

Kelab Guru SKeNS

SK KUALA KENAS 3
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK Lagu dan Teks Ucapan Perutusan


• Menyediakan lagu yang akan dinyanyikan:
 Kami Guru Malaysia
Puan Suhazliwati binti Sulaiman
Memastikan Teks Ucapan Perutusan
Disediakan

AJK Teks Bacaan Doa Encik Hariri bin Mohamed


AJK Pengacara Majlis Puan Nurul Ziha binti Ahmad Azizi
       Menyediakan Skrip Juruacara Majlis
       Melatih Murid Untuk Menjadi Juruacara
AJK Buku Program Puan Norazizah binti Rafie
       Menyediakan Buku Program

AJK Hadiah Puan Norhayati binti Sulaiman


       Membeli Hadiah Dan Menyusun Pemberian
Hadiah Di Atas Pentas
AJK Permainan Encik Muhammad Norfadli bin Shafie
Menyediakan alatan permainan

AJK Backdrop, P.A Sistem & Hiasan Pentas Encik Hariri bin Mohamed
       Menghias pentas dan backdrop Puan Nurul Ziha binti Ahmad Azizi
Encik Muhammad Norfadli bin Shafie
M

AJK Persembahan Cik Salimah binti Hassanudin


       Menentukan Persembahan Yang Menarik
       Mengatur Giliran Persembahan
AJK Setiausaha & Dokumentasi Puan Norazizah binti Rafie
       Menyediakan Dokumentasi Selepas Program
AJK Jurufoto Encik Hariri bin Mohamed
       Mengambil gambar untuk didokumentasikan
AJK Jamuan Puan Nik Khadijah binti Nik Mahmud
       Menyediakan Jamuan Puan Wahidah binti Mohd Hasnan
       Mencadangkan Menu

SK KUALA KENAS 4
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018

8.0 TENTATIF PROGRAM

7.25 pg : Warga SKeNS Berkumpul di Dataran Perhimpunan


7.30 pg : Nyanyian
i. Lagu Negaraku
ii.Lagu Negeri Perak
iii.Lagu Sekolah
iv.Lagu Aku Negaraku

7.40 pg : Bacaan Doa

7.45 pg : Ucapan Guru Besar

8.00 pg : Bacaan Perutusan


i. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (GK HEM )
ii.Menteri Pendidikan Malaysia (GKPentadbiran )

8.10 pg : Ikrar Guru


Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia

8.20 pg : Sukaneka ( 2 acara )


Persembahan

09.30- pg : Jamuan

10.10 pg: Pertukaran Hadiah Antara Guru

10.30 pg: PdPc seperti biasa

SK KUALA KENAS 5
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU 2018

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan
RM
1. Kelab Guru 228.00

228.00
Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI RM


1. Hiasan Pentas 20.00

2. Alatan Sukaneka 20.00

3. Jamuan RM5.00 x 28 140.00

4. Hadiah Sukaneka Pertama- RM 3.00 x 8 = RM24.00


Kedua - RM 2.00 x 8 = RM16.00 48.00
Ketiga - RM 1.00 x 8 = RM8.00
JUMLAH 228.00

10.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 SKeNS ini dapat
mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga
SKeNS. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturahim yang erat dan
kerjasama yang padu daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………….
(NORAZIZAH BINTI RAFIE) (LATIFAH BINTI AB LATIFF)
Setiausaha Sambutan Hari Guru Guru Besar
Peringkat Sekolah 2018

SK KUALA KENAS 6

Anda mungkin juga menyukai