Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MEMOHON MEMBAIKI KIOSK PROTUNE YANG TELAH ROSAK DAN

BOCOR

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk pertimbangan pihak tuan bagi membaiki bumbung dan siling,
mengganti pintu dan tingkap, mengecat dan mengganti rak barang di kiosk Protune Smk Sungai
Choh yang telah rosak dan usang.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama ialah untuk membaiki kiosk Protune kerana :

2.1 Bumbung sudah bocor dan ia membahayakan keselamatan pelajar dan guru.
2.2 Kiosk kelihatan terlalu usang dan daif.
2.3 Tingkap kiosk sudah pecah (menjadi tempat ular bersarang)
2.4 Bumbung dan siling telah bocor dan pecah (air hujan melimpah ke dalam kiosk)
 Pihak sekolah telah membuat surat aduan dan telah diambil maklum oleh PKNS tetapi
masih belum ada tindakan susulan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid dan guru sentiasa sedar tentang kepentingan menjaga keselamatan semasa bertugas

4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN


Anggaran harga seunit Anggaran kos
Bil Peralatan Bil. Unit
(RM) (RM)
1 Ganti bumbung 1 Unit 10000 10000

2 Pintu besi dan grill 1 unit 2000 2000


2 unit x
3 Tingkap 1000 2000
3 panel
Rak untuk meletak barang
4 1 unit 1000 1000
jualan
5 Cat 2 unit 200 400
JUMLAH RM 15400

5.0 PUNCA KEWANGAN


PKNS
6.0 PENUTUP
Dengan adanya pembaikan infrastruktur kiosk Protune ini, keselamatan pelajar pelajar semasa
keberadaan di kiosk sentiasa terjamin dan dipertingkatkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


……………………………… …………………………
(SITI NOR ADIBAH BAHARUDIN) (MOHD SUHAIMI B ABDULLAH)
GURU PENASIHAT PROTUNE Pengetua
SMK Sungai Choh SMK Sungai Choh
48000 Rawang, Selangor 48000 Rawang, Selangor
LAMPIRAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai