Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BOH

82300 KUKUP, PONTIAN, JOHOR

KERTAS KERJA
PROJEK NAIK TARAF
TANDAS MURID

TARIKH : 1 HINGGA 31 JULAI 2022


HARI : WAKTU PERSEKOLAHAN
MASA : 9.00 AM
TEMPAT : TANDAS MURID
KERTAS KERJA PROJEK NAIK TARAF TANDAS MURID

PERSEDIAAN PERTANDINGAN 3K AMALAN BAIK


PENGGUNAAN TANDAS PERINGKAT KEBANGSAAN

SK SUNGAI BOH, PONTIAN, JOHOR.

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi tempat
untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain.
Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang- kurangnya sekali dalam
sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah
kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama
kunjungan murid, keadaan fizikal dan unsur- unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan
sepatutnya menjadi perhatian.

2.0 RASIONAL

2.1 Masalah dan punca masalah

Dalam pemeriksaan penarafan bintang yang dilakukan oleh PPD Pontian pada awal bulan
Jun 2022, tandas murid hanya mencapai tahap 2 bintang. Hal ini bermakna ciri-ciri
kebersihan dan keceriaan belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh itu usaha-usaha
untuk menambahbaik ciri-ciri fizikal serta pembudayaan amalan baik penggunaan tandas
sangat perlu disegerakan.

Di samping itu, SK Sungai Boh telah terpilih untuk mewakili Johor dalam Pertandingan
3K Amalan Baik Penggunaan Tandas ke peringkat kebangsaan bagi tahun 2022. Justeru,
pihak sekolah memerlukan dana untuk menampung kos penyelenggaraan dan naik taraf
tandas murid kerana penilaian peringkat kebangsaan yang dijangka pada bulan Ogos
2022 melibatkan semua tandas yang ada di sekolah.

2.2 Cadangan Penyelesaian

Berdasarkan perbincangan dengan pentadbir suatu penambahbaikan perlu dilakukan


terhadap tandas murid. Konsep penerapan ilmu serta penerapan budaya adab menjadi
keutamaan di samping meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan ciri-ciri fizikal dan
proses pembersihan tandas sebagai persediaan menghadapi pertandingan tandas peringkat
kebangsaan.

3.0 MATLAMAT
Mewujudkan Tandas Murid 5 Bintang melalui penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang
berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam kehidupan seharian.

4.2 Menyelenggara dan baik pulih setiap tandas murid supaya boleh digunakan secara
optimum dengan selesa, selamat dan kondusif.

4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai


kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia


5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

Oleh sebab bilangan tandas yang tidak banyak maka semua tandas dijadikan sebagai sasaran.

LOKASI NAMA PENGGUNA BIL BIL


UNIT KUBIKEL
BLOK A Tandas Murid P Semua murid 1 4
perempuan
BLOK A Tandas Murid L Semua murid lelaki 1 4
JUMLAH 2 8

6.0 MASA

6.1 Tarikh : 01 Julai 2022 – 20 Julai 2022


6.2 Tempoh Masa : 3 Minggu

7.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : Amran bin A. Bakar (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Noorhayati binti Yussof (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : Azirah binti Abdul Aziz (GPK HEM)
: Nur Suhaslina binti Hasan (GPK Pentadbiran)
: Hafiz Haikal bin Junaidi (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Norsyamimisimaa’ binti Yasin (Penyelaras 3K)
Bendahari : Mazlina binti Sulaiman (Bendahari PIBG)

AJK : Mohamad Shahran Azmi bin Sabri (ICT/ Teknikal)


: Mohd Zaki bin Mohamed Som (Peralatan keperluan tandas)
: Kamarunnizam bin Ibrahim (Dokumentasi)
: Abu Shaznee bin Abu Samah (Hiasan sudut khas)
: Syarull Illya binti A. Latif (Bahan Informasi)
: Mazlinda Amira binti Mohamad ( Hiasan dinding)
: Siti Nor Hidayah binti Azman (Hiasan sudut khas)
: Melor binti Ahmad (Pekerja Pembersihan)
: Team PIBG/ KSIB (Penyelenggaraan/baik pulih)

8.0 KEWANGAN

ANGGARAN HARGA
BIL TANDAS PERKARA KUANTITI
(RM)
Pintu 10 1200
Lampu 6 300
Kipas 2 300
Cat 6 800
Sinki 6 1000
Paip berhos 14 1000
Cermin muka 6 700
1 Murid Lelaki
Penyangkut baju 8 300
1 dan
Kerusi/bangku ruang menunggu 4 1000
1 Perempuan
Bahan informasi (poster, banner) 20 2000
Tumbuhan hidup 4 200
Frame hiasan dinding 10 200
Wallpaper 100 2000
Hiasan lanskap luar tandas 4 3300
Tingkap 8 3000
Upah penyelenggaraan/ baik pulih 3000
JUMLAH 20 300

9.0 PELAN PELAKSANAAN

9.1 Perancangan
9.1.1 Analisis Keperluan
9.1.2 Penyediaan kertas konsep
9.1.3 Pembentukan Jawatankuasa

9.2 Pelaksanaan
9.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa
9.2.2 Jawatankuasa Melaksanakan Tugas
9.2.3 Majlis Pelancaran

9.3 Pemantauan
9.3.1 Pelaksanaan Projek Guru dan Murid
9.3.2 Aktiviti dan Jadual Pembersihan Pekerja

9.4 Penilaian dan Rancangan Penambahbaikan


9.4.1 Majlis Penutupan Rasmi
9.4.2 Mesyuarat post mortem
9.4.3 Laporan akhir program

10.0 USAHA-USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS MURID 5 BINTANG


10.1 Menjalankan kerja penyenggaraan fizikal dan pembersihan berterusan
10.2 Menyediakan perkakasan tambahan (Aksesori)
10.3 Melaksanakan Projek Keceriaan
10.4 Melaksanakan Kempen Tandas 5 Bintang
10.4.1 Pendidikan 3K dan amalan baik tandas:Ceramah dan Taklimat
10.4.2 Poster, banner, bunting, kata-kata perangsang, bahan didik.
10.4.3 Program Tandas Angkat.
10.4.4 Tabung Keceriaan
10.5 Pemantauan, Pemeriksaan dan Peneguhan Nilai
11.0 PENUTUP

Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan khususnya oleh
guru-guru dan murid sekolah serta ibu bapa. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan amalan baik
dapat akhirnya membentuk murid yang berjaya dan seterusnya menjadi johan dalam pertandingan 3K
Amalan Baik Penggunaan Tandas Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Disediakan oleh, Disahkan oleh.

………………………………… ……………………………
NORSYAMIMISIMAA’ BINTI YASIN AMRAN BIN A. BAKAR
PENYELARAS UNIT 3K GURU BESAR
SK SUNGAI BOH SK SUNGAI BOH

Anda mungkin juga menyukai