Anda di halaman 1dari 22

SOALAN LAZIM PROSEDUR PENGURUSAN PENGEMBARA DARI

LUAR NEGARA
DIKEMASKINI 27 JANUARI 2022

1. Apa yang perlu dilakukan oleh pengembara sebelum berlepas ke Malaysia?

i. Permohonan untuk masuk ke Malaysia bagi pengembara bukan warganegara


yang memerlukan kelulusan MyTravelPass / MyEntry boleh dipohon secara atas
talian melalui portal MyTravelPass / MyEntry.
ii. Pembayaran ujian saringan COVID-19 bagi bukan warganegara dan bayaran
kuarantin untuk pengembara yang masuk ke Malaysia perlu dibuat di pautan :
https://safetravel.myeg.com.my
iii. Setelah selesai pembayaran, pengembara akan diberikan kod QR yang digunakan
oleh Kerajaan Malaysia untuk pengesahan pembayaran semasa ketibaan.
iv. Pengembara perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19
menggunakan ujian RT-PCR COVID-19 selewat- lewatnya dua (2) hari sebelum
berlepas.
v. Hanya pengembara yang mempunyai keputusan negatif ujian COVID-19 boleh
meneruskan penerbangan ke Malaysia.
vi. Pengembara yang memenuhi kriteria dan ingin menjalani kuarantin di rumah atau
tempat kediaman di Malaysia perlu membuat permohonan rasmi dengan
memohon di portal Home Quarantine Application (HQA) di pautan
https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index 4 - 10 hari sebelum tarikh
ketibaan.
vii. Sekiranya permohonan diluluskan, pengembara perlu membawa emel kebenaran
kuarantin di rumah atau tempat kediaman.
viii. Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam
aplikasi MySejahtera.
2. Apakah prosedur kemasukan terkini bagi pengembara dari luar negara (tarikh
kuatkuasa 24 Januari 2022)?

A. Pengembara yang telah menerima Dos Penggalak vaksin COVID-19


• Tempoh kuarantin – 5 hari
• Menjalani ujian
• RT-PCR COVID-19 dua (2) hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif
COVID-19
• RT-PCR COVID-19 pada hari ketibaan
• RT-PCR pada hari ke-4 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan
pada hari ke-5
• Pelepasan kuarantin
• Pelepasan kuarantin pada hari ke-5 jika ujian RT-PCR pada hari ke-4 ATAU
RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-5 negatif

B. Tiada Dos Penggalak tetapi LENGKAP VAKSIN


• Tempoh kuarantin – 7 hari
• Menjalani Ujian:
• RT-PCR COVID-19 dijalankan 2 hari sebelum berlepas dengan keputusan
negatif COVID-19
• RT-PCR COVID-19 pada hari ketibaan
• RT-PCR pada hari ke-5 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan
pada hari ke-7
• Pelepasan Kuarantin:
• Pelepasan kuarantin pada hari ke-7 jika ujian RT- PCR ATAU RTK Ag yang
diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-7 negatif

C. TIADA / BELUM menerima vaksinasi lengkap


• Tempoh kuarantin -10 hari
• Menjalani Ujian:
• RT-PCR COVID-19 dijalankan 2 hari sebelum berlepas dengan keputusan
negatif COVID-19
• RT-PCR COVID-19 pada hari ketibaan RT-PCR pada hari ke-8 ATAU RTK
Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10
• Pelepasan Kuarantin:
• Pelepasan kuarantin pada hari ke-10 jika ujian RT-PCR hari ke-8 ATAU
RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10 negatif
3. Apakah prosedur terkini bagi pengembara yang tiba dari negara yang berisiko
tinggi dengan penularan varian omicron dalam komuniti?

Prosedur adalah sama dengan ketibaan dari negara-negara lain kecuali pengembara
akan dipakaikan peranti pengesanan elektronik (Digital Tracker) semasa ketibaan
di Pintu Masuk Antarabangsa.

• Senarai negara yang terlibat adalah :

v United Kingdom*
v Amerika Syarikat
v Australia
v Perancis
v Norway
v Denmark
v Canada
v India
v Nigeria
v Arab saudi (bermula 27 Disember 2021)
v Afrika Selatan
v Botswana
v Eswatini Bermula 28 Disember 2021
v Lesotho
(Sebelum ini adalah negara yang
v Mozambique
dikenakan sekatan perjalanan
v Namibia
sementara)
v Zimbabwe
v Malawi

• Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Tarikh akhir kemaskini 28
Disember 2021.

• Mulai 17 Disember 2021, pengembara dari UK dikehendaki membuat ujian RTK-


Ag kendiri dan keputusan ujian dilaporkan dalam MySejahtera.
Pengembara dari negara-negara berisiko tinggi perlu mendaftar diri mereka dan
keluarga untuk gelang pengawasan Digital Tracker di https://reg-
hqm.quickmed.care/register atau scan kod QR berikut sebelum ketibaan di
Malaysia.

4. Bagaimanakah untuk memohon kebenaran kuarantin di rumah atau tempat


kediaman?
Pengembara perlu membuat permohonan rasmi untuk kuarantin di rumah atau tempat
kediaman dengan momohon melalui portal Home Quarantine Application (HQA) di
pautan https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index.

5. Apakah kriteria-kriteria yang akan dipertimbangkan untuk permohonan


pengecualian kuarantin di pusat kuarantin?

i. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai rumah atau


tempat kediaman di Malaysia (termasuk PR, Malaysia as My Second Home
resident — MM2H dan pekerja).
ii. Negatif dalam ujian saringan pengesanan jangkitan COVID-19, RT- PCR
iii. Pengembara yang telah menerima imunisasi lengkap COVID-19
a) Dua (2) dos lengkap vaksinasi iaitu lebih daripada 14 hari selepas tarikh dos
kedua
b) Satu dos vaksin iaitu lebih daripada 28 hari dari tarikh suntikan vaksin

iv. Rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian berdasarkan penilaian risiko.
Penilaian kesesuaian rumah atau tempat kediaman adalah berdasarkan perkara
berikut:
a) Bilangan ahli rumah atau tempat kediaman
b) Bilangan ahli rumah atau tempat kediaman berusia >60 tahun (warga emas)
c) Bilangan ahli rumah atau tempat kediaman berumur 12 tahun ke bawah
d) Bilangan ahli rumah atau tempat kediaman yang mempunyai penyakit kronik
e) Bilangan ahli rumah atau tempat kediaman yang mengandung
f) Bilangan bilik dalam rumah atau tempat kediaman
g) Bilangan bilik mandi/tandas
h) Bilangan bilik yang bersambung dengan bili mandi/tandas (attached bathroom)

6. Apa yang perlu dilakukan oleh pengembara semasa ketibaan di Pintu Masuk
Antarabangsa (PMA)?

i. Pengembara dikehendaki mengimbas QR Code “Pengembara dari Luar Negara”


dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
ii. Semua pengembara perlu menjalani penilaian kesihatan dan saringan ujian
pengesanan jangkitan COVID-19, RT-PCR.
iii. Fi ujian adalah percuma bagi pengembara warganegara tetapi bagi pengembara
bukan warganegara kos ditanggung sendiri.

7. Sekiranya pengembara tidak bergejala, perlukah mereka menjalani ujian


pengesanan COVID-19?

Ya. Pengembara yang tiada gejala perlu menjalani ujian pengesanan jangkitan
COVID-19, RT-PCR semasa ketibaan di PMA.

8. Apakah prosedur bagi pengembara yang mempunyai gejala setibanya di PMA?

i. Bagi pengembara yang bergejala ringan dikehendaki menjalani ujian saringan


pengesanan jangkitan COVID-19, RTK-Antigen atau RT-PCR. Sekiranya ujian
RTK-Antigen positif, buffer solution dihantar ke makmal untuk ujian PCR.
ii. Pengembara ini dibenarkan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman jika
didapati sesuai. Tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan ujian.
iii. Manakala, pengembara yang mengalami gejala sederhana / teruk dirujuk kepada
Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit / ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-
19 Risiko Rendah (PKRC) atau Hospital. Tindakan selanjutnya adalah
berdasarkan kepada penilaian kesihatan dan keputusan pakar.
9. Bagaimanakan dengan pembayaran fi saringan COVID-19 semasa ketibaan di
PMA?
Fi ujian saringan COVID-19 adalah percuma bagi pengembara warganegara tetapi
bagi pengembara bukan warganegara kos ditanggung sendiri. Pembayaran boleh
dibuat melalui pautan https://safetravel.myeg.com.my atau di kaunter pembayaran
semasa ketibaan.

10. Di manakah pengembara akan dikuarantin sekiranya permohonan untuk


kuarantin di rumah atau tempat kediaman tidak diluluskan?

Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang tidak memenuhi syarat dan
kelayakan perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang diwartakan oleh
kerajaan.

11. Sekiranya pengembara telah membuat pembayaran kuarantin di MySafeTravel


dan telah mendapat kebenaran untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman,
adakah dibenarkan memohon untuk bayaran balik ?

Sekiranya pengembara telah membuat pembayaran melalui MySafeTravel dan tidak


menjalani kuarantin di pusat kuarantin, permohonan bayaran balik boleh dikemukakan
kepada refundcovid@moh.gov.my.

12. Berapa lama tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari luar negara?

Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah:

• 5 hari bagi yang sudah mengambil dos penggalak vaksin COVID-19


• 7 hari bagi yang lengkap vaksinisasi
• 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksinasi/ tidak divaksin

Namun begitu, tempoh kuarantin tersebut akan dilanjutkan sekiranya ujian


pengesanan COVID-19 pada hari ketibaan atau sebelum pelepasan dari kuarantin
adalah positif.
13. Di manakah pengembara boleh mendapatkan Pelepasan Perintah Pengawasan
& Pemerhatian (Release Order – RO)?

i. Pelepasan Perintah Pengawasan & Pemerhatian (Release Order - RO) akan


dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera pada hari keesokan selepas tamat tarikh
kuarantin.
ii. Sekiranya PUS memerlukan sesalinan (hard copy) RO, boleh dipohon daripada
Pejabat Kesihatan berhampiran.

14. Sekiranya pengembara yang tiba dari luar negara dan singgah (transit) di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), adakah dibenarkan
meneruskan penerbangan atau perjalanan ke negeri-negeri lain di Malaysia?

Pengembara yang tiba dari luar negara dan singgah (transit) di KLIA dibenarkan
meneruskan penerbangan atau perjalanan ke negeri-negeri lain* di Malaysia kecuali
pengembara yang bergejala, dikesan positif COVID-19 atau kontak rapat kepada kes
positif.
*Untuk kemasukan ke Sabah, Sarawak dan Labuan, sila rujuk prosedur terkini
Kerajaan Negeri masing-masing

15. Bagaimana pula dengan pengembara yang tiba dari luar negara dan singgah
(transit) di KLIA serta tidak mempunyai keputusan ujian pengesanan COVID-19
yang diperlukan untuk meneruskan perjalanan ke negara destinasi antarabangsa
yang lain?

Tidak dibenarkan untuk menjalani ujian RT-PCR COVID-19 di KLIA. Keputusan ini
dibuat berdasarkan situasi pandemik COVID-19 semasa negara ini dan kapasiti Pusat
Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC), serta hospital kerajaan dan
swasta untuk merawat kes COVID-19 yang terhad.

16. Apa yang perlu dilakukan sekiranya PUS mengalami gejala dalam tempoh
kuarantin?

• PUS dikehendaki pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk penilaian status


kesihatan seperti yang digariskan dalam garis panduan sedia ada (rujuk Garis
Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No. 5/2020 (kemaskini pada 5 Ogos
2021).
• PUS yang mengalami gejala sederhana / teruk akan dirujuk kepada Pakar
Perubatan Penyakit Berjangkit untuk tindakan selanjutnya.
• Pengembara yang bergejala ringan perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19.
• Sekiranya positif, PUS dirujuk ke Hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-
19 Risiko Rendah (PKRC) atau COVID-19 Assessment Centre (CAC).
• Fi ujian COVID-19 ditanggung oleh PUS.

17. Apakah prosedur terkini bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Udara Di Antara
Malaysia- Singapura ( VTL-Air dan VTL-Land)
• Hanya untuk pengembara lengkap vaksin COVID-19
• Berada di Singapura dan/atau Malaysia dalam tempoh 14 hari berturut-turut
kebelakangan sebelum berlepas ke Malaysia
• Pengembara VTL yang merupakan pelawat jangka pendek (termasuk untuk
perniagaan dan urusan rasmi) wajib mempunyai insuran pengembara dengan
liputan minimum RM 100,000 untuk kos rawatan atau kemasukan ke wad
disebabkan COVID-19. Pengembara ke Malaysia mesti membawa salinan polisi
insuran samada yang bercetak atau elektronik untuk memudahkan kemasukan
mereka ke Malaysia.
• Perlu menjalani ujian COVID-19 dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas ke
Malaysia (kecuali kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah):
• RT-PCR bagi VTL-Udara
• RTK Ag (professional) atau PCR COVID-19 bagi VTL-Darat
• Semua pengembara mesti mendaftar dalam portal MySafeTravel di
https://mysafetravel.gov.my/. Ini perlu dilakukan dalam masa tujuh (7) hari, tetapi
tidak lewat daripada dua (2) hari sebelum tarikh bertolak. Pengembara perlu
memuatnaik sijil vaksinasi, selain keputusan ujian pra-pelepasan dua (2) hari
sebelum bertolak untuk tujuan verifikasi.
• Ujian COVID-19 semasa ketibaan di Malaysia
• RT-PCR di KLIA/KLIA2 bagi VTL-Udara
• RTK Ag (professional) di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru bagi
VTL-Darat
• Tidak perlu menjalani tempoh kuarantin wajib
• Pengujian tambahan perlu dilaksanakan dalam kalangan pengembara skim VTL
yang masuk ke Malaysia dari Singapura seperti berikut:
• RTK-Ag (professional) pada hari ke-3 dan ke-5
• RTK-Ag kendiri pada hari ke-2, ke-4 dan ke-6
• Semua keputusan ujian perlu dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera
• Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mysafetravel.gov.my/
18. Apakah prosedur terkini bagi Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi
(LITB)?

• Dibenarkan untuk semua pengembara dari mana-mana negara (termasuk dari


negara berisiko tinggi penularan varian Omicron dalam komuniti).
• Pengembara mestilah telah lengkap divaksinasi.
• Menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh dua (2) hari sebelum berlepas
(kecuali kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah)
• Menjalani ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Pintu Masuk
Antarabangsa (PMA) KLIA (transit) atau selewat-lewatnya hari kedua ketibaan di
Langkawi bagi pengembara yang mengambil penerbangan terus.
• Diberikan Digital HSO dalam aplikasi MySejahtera. Pengembara boleh terus ke
hotel penginapan sementara menunggu keputusan ujian bagi sampel yang diambil
di PMA.
• Menjalani ujian pantas RTK-Antigen (professional) pada hari ke-3 dan ke-5
semasa berada di Langkawi.
• Menjalani ujian pantas RTK-Antigen (kendiri) pada hari ke-2, ke-4 dan ke-6
semasa berada di Langkawi. Pengembara terlibat bertanggungjawab untuk
melaporkan keputusan ujiannya melalui aplikasi MySejahtera.
• Menjalani ujian PCR / rapid molecular COVID-19 dalam tempoh 2 hari sebelum
berlepas keluar dari Pulau Langkawi jika bercadang untuk melawat ke destinasi
lain di Malaysia (pada hari ke-8 tempoh berada di Langkawi). Sekiranya ingin ke
negara-negara lain, ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas dilakukan
sepertimana syarat kemasukan ke negara destinasi.

19. Apakah prosedur terkini bagi One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan
jangka pendek?
• Pelawat perniagaan jangka pendek dengan kebenaran kemasukan yang telah
diluluskan boleh masuk dan berada dalam negara untuk tempoh 14 hari atau
kurang, dari tarikh ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA).
• Pelawat mestilah telah lengkap divaksinasi.
• Pelawat perniagaan jangka pendek perlu menghantar permohonan berserta
dokumen-dokumen yang berkaitan ke laman web MyEntry di
https://myentry.myxpats.com.my/app/
• Perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19
• dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas dan
• semasa ketibaan di KLIA; iaitu di Business Traveller Centre (BTC) di Gate
C36.
• Tidak perlu menjalani kuarantin wajib.
• Perlu mengikuti jadual program terkawal (controlled itinerary) yang telah diluluskan
oleh Jawatankuasa OSC.
• Perlu diiringi oleh Liaison Officer (LO) yang disediakan oleh MIDA.
• Ujian tambahan COVID-19 seperti berikut:
• RTK-Antigen (professional) pada hari ke-3 dan ke-5
• RTK-Antigen (kendiri) pada hari ke-2, ke-4 dan ke-6.
• Bertanggungjawab melaporkan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera dan
LO perlu memastikan ianya dilaksanakan.
• Untuk maklumat lanjut, layari https://safetravel.mida.gov.my/entry-
permission/short-term-stay/

20. Apakah prosedur kemasukan ke Malaysia bagi pengembara pasca


jangkitan COVID-19 (tarikh kuatkuasa 13 Januari 2022)?

• Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 – 60 hari


sebelum berlepas dan telah lengkap vaksinasi COVID-19 DIKECUALIKAN
daripada kuarantin wajib.
• Pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi perlu
menjalani kuarantin wajib selama tujuh (7) hari di stesen kuarantin.

Kriteria untuk pengecualian kuarantin wajib:


i. Pengembara hendaklah telah menerima vaksin lengkap dengan bukti
penerimaannya;
ii. Bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 - 60 hari sebelum berlepas
ke Malaysia, melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital;
dan
iii. Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana
dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat “Fit to Travel” daripada
pengamal perubatan di hospital terbabit; atau
iv. Bagi yang tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan
RTK-Antigen (Ag) profesional dalam tempoh dua (2) hari sebelum berlepas ke
Malaysia. Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan
meneruskan perjalanan.
v. Kesemua dokumen berkaitan bagi perkara (i), (ii) dan (iii) di atas hendaklah
dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di
pintu masuk antarabangsa, sekiranya diminta.
• Pengembara dikehendaki menjalani ujian pengesanan COVID-19 menggunakan
RTK Ag di hadapan petugas kesihatan semasa ketibaan.
• Sekiranya RTK Ag positif semasa ketibaan dan pengembara tidak bergejala atau
bergejala ringan, pengembara dibenarkan untuk isolasi di rumah atau tempat
kediaman jika didapati sesuai.
• Manakala, pengembara yang mengalami gejala sederhana / teruk dirujuk ke Pusat
Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) atau Hospital.

NASIHAT UMUM SEMASA KUARANTIN DI RUMAH ATAU TEMPAT KEDIAMAN


1. Memakai pelitup muka sepanjang perjalanan dari Pintu Masuk Antarabangsa ke
rumah atau tempat kediaman.
2. Kuarantin dalam bilik yang berasingan daripada ahli keluarga.
3. Bilik mempunyai tandas bersambung (attached bathroom).
4. Pakai pelitup muka sekiranya perlu keluar dari bilik dalam rumah atau tempat
kediaman dan elakkan bergaul rapat dengan orang lain. Hadkan jarak anda
dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya dua (2) meter.
5. Pastikan pengudaraan rumah atau tempat kediaman dalam keadaan baik seperti
membuka tingkap.
6. Makanan hendaklah dihantar ke bilik oleh ahli keluarga (hanya diletakkan di luar
bilik)
7. Gelang pengawasan hendaklah dipakai sepanjang masa perintah pengawasan
dan pemerhatian.
8. Perlu sentiasa boleh dihubungi.
9. Hendaklah berada di rumah atau tempat kediaman sepanjang tempoh
pengawasan dan pemerhatian ini.
10. Sekiranya anda bergejala, sentiasa pakai pelitup muka. Tutup mulut dan hidung
anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah
digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan serta-merta dengan sabun atau
hand sanitiser. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran untuk penilaian
kesihatan.

Disediakan oleh:
Pasukan Komunikasi Risiko
CPRC Kebangsaan
Tarikh kemaskini: 27 Januari 2022
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS ON PROCEDURES FOR
MANAGEMENT OF TRAVELLERS FROM ABROAD

UPDATED ON 27 JANUARY 2022

1. What should travellers do before leaving for Malaysia?

i. Application to enter Malaysia for non-citizens who require MyTravelPass /


MyEntry approval can be applied online through MyTravelPass / MyEntry
portal.
ii. Payment of COVID-19 screening test for Non-Malaysian and quarantine
charges for travellers who enter Malaysia must be done through
https://safetravel.myeg.com.my
iii. Upon completion of payment, the travellers will be issued a QR code that will
be used by the Government of Malaysia for verification of payment on arrival.
iv. Travellers will need to undergo a COVID-19 RT-PCR test within two (2) days
prior to departure.
v. Only travellers who have a negative COVID-19 test result can continue flights
to Malaysia.
vi. Travellers who meet the criteria and wish to undergo quarantine at home or
residence in Malaysia need to apply to the Ministry of Health Malaysia via portal
Home Quarantine Application (HQA) at https://hso.moh.gov.my/outbreak-
portal-hqa/index 4 - 10 days before arrival.
vii. If the application is approved, the traveller will need to bring the email stating
the approval for quarantine at home or residence.
viii. Travellers are required to download and fill up the health declaration in the
MySejahtera application.
2. What are the procedures for travellers arriving from other countries
(commencing 24 January 2022)?

A. Travellers who have received booster dose of COVID-19 vaccine


• Duration of quarantine – 5 days
• Test
• COVID-19 RT-PCR two (2) days before departure with a negative
result
• COVID-19 RT-PCR on the day of arrival
• RT-PCR on Day-4 OR RTK-Ag supervised by a healthcare worker on
Day-5
• Release from quarantine
• Release from quarantine at Day-5 if the RT-PCR test on Day-4 OR
RTK-Ag supervised by healthcare worker on Day-5 is negative

B. Without booster dose but fully vaccinated


• Duration of quarantine – 7 days
• Test
• COVID-19 RT-PCR two (2) days before departure with a negative
result
• COVID-19 RT-PCR on the day of arrival
• RT-PCR on Day-5 OR RTK-Ag supervised by a healthcare worker on
Day-7
• Release from quarantine
• Release from quarantine at Day-7 if the RT-PCR test on Day-5 OR
RTK-Ag supervised by healthcare worker on Day-7 is negative

C. Unvaccinated or not fully vaccinated


• Duration of quarantine – 10 days
• Test
• COVID-19 RT-PCR two (2) days before departure with a negative
result
• COVID-19 RT-PCR on the day of arrival
• RT-PCR on Day-8 OR RTK-Ag supervised by a healthcare worker on
Day-10
• Release from quarantine
• Release from quarantine at Day-10 if the RT-PCR test on Day-8 OR
RTK-Ag supervised by healthcare worker on Day-10 is negative
3. What are the procedures for travellers from countries who have reported
spread of Omicron variant in the community?
The procedures are the same as arrival from other countries except the traveler will
be applied an electronic tracking device (Digital Tracker) on arrival at the
International Point of Entry.

• List of high-risk countries:


v United Kingdom*
v United States
v Australia
v Norway
v France
v Denmark
v Canada
v India
v Nigeria
v Saudi Arabia (starting 27 December 2021)
v South Africa
v Botswana
v Eswatini Starting 28 Disember 2021
v Lesotho (Previously these countries were
v Mozambique under temporary movement
v Namibia restriction)
v Zimbabwe
v Malawi

• This list will be updated from time to time. Last updated 28 December 2021

• Starting 17th December 2021, travellers from UK are required to do daily


RTK-Ag self-test during quarantine and report their test results in
MySejahtera.
Travellers arriving from high risk countries are required to register their family and
self for the Digital Tracker wrist band at https://reg-hqm.quickmed.care/register
OR scan the QR code below before arrival to Malaysia.

4. How to apply for permission to quarantine at home or residence?


Travellers need to apply for quarantine at home or residence by using portal Home
Qurantine Application (HQA) at https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index.

5. What are the criteria that need to be met for consideration of quarantine
exemption at the quarantine centre?
i. Citizen and non-citizen travellers who have a home or residence in Malaysia
(including PR, Malaysia as My Second Home resident - MM2H and employees).
ii. A negative COVID-19 RT- PCR test result.
iii. Travellers who have completed their COVID-19 immunization
a) For two (2) dose vaccine, more than 14 days after the date of the second
dose
b) For one dose vaccine, more than 28 days from the date of vaccine injection

iv. The house/ residence is suitable based on risk assessment.


The assessment of the suitability of a house or residence is based on the
following criteria:
a) Number of members in the house or residence
b) Number of household or residential members aged >60 years (senior
citizens)
c) Number of household or residential members aged 12 years and below
d) Number of household or residential members with chronic disease
e) Number of household or residential members who are pregnant
f) Number of rooms in the house or residence
g) Number of bathrooms/toilets
h) Number of rooms with attached bathroom/toilet

6. What do travellers need to do upon arrival at the International Point of Entry


(PoE)?
i. Travellers are required to scan the QR Code "Travelers from Abroad" using the
MySejahtera application.
ii. All travellers must undergo a health assessment and COVID-19 RT-PCR test.
iii. The test fee is free for Malaysian citizen but borne by the non-Malaysian
traveller.

7. If the traveller has no symptoms, should they undergo a COVID-19 test?


Yes. Travellers who have no symptoms should still take a COVID-19 RT-PCR test
upon arrival at PoE.

8. What are the procedures for travellers who have symptoms upon arrival at
PoE?
i. Travellers with mild symptoms are required to undergo a COVID-19 RTK
Antigen or RT-PCR test. If the RTK-Antigen is positive, the buffer will be sent
to the laboratory for PCR testing.
ii. These travelers are allowed to quarantine at home or residence if suitable.
Further action depends on the test results.
iii. Meanwhile, travelers with moderate / severe symptoms will be referred to an
Infectious Disease Physician / to Low Risk COVID-19 Treatment and
Quarantine Centre or Hospital. Further action is based on health assessment
and specialist decision.
9. How about the payment of COVID-19 screening test upon arrival at PoE?
The COVID-19 screening test fee is free for Malaysian citizen but borne by the non-
Malaysian traveler. Payment is to be made via https://safetravel.myeg.com.my or at
the payment counter on arrival.

10. Where will the traveller be quarantined if the application for quarantine at
home or residence is not approved?
Travellers who are not eligible for quarantine at home or residence must undergo
mandatory quarantine at quarantine stations gazetted by the government.

11. If the traveller has made payment of quarantine cost on MySafeTravel and
obtained permission for quarantine at home or residence, is it allowed to apply
for a refund?
The traveller who has made payment through MySafeTravel and do not undergo
quarantine at the quarantine station may apply for a refund through
refundcovid@moh.gov.my.

12. How long is the mandatory quarantine period for travellers from abroad?
The mandatory quarantine period for travellers from all countries is:
• 5 days for those who have received COVID-19 vaccine booster dose
• 7 days for fully vaccinated people
• 10 days for partially/non-vaccinated.

However, the quarantine period stated will be extended if the COVID-19 detection
test taken on the day of arrival or before release from quarantine is positive.
13. Where can a traveller obtain a quarantine Release Order (RO)?
i. The Release Order (RO) will be displayed in the MySejahtera application the
following day after end of quarantine date.
ii. If the PUS requires a hard copy of the RO, it can be requested from the District
Health Office.

14. Are travellers who arrive from abroad and transit at Kuala Lumpur
International Airport (KLIA) allowed to continue their flights or travel to other
states* in Malaysia?
Travellers arriving from abroad and transit at KLIA are allowed to continue their
flights or travel to other states in Malaysia except if they are symptomatic, detected
positive COVID-19 or are close contacts to a positive case.
*For entry to Sabah, Sarawak and Labuan, please refer to the respective State
Government’s latest procedure

15. What about travellers who arrive from abroad and transit at KLIA but do not
have the required COVID-19 test results to continue their journey to another
country/ international destination?
The traveller is not allowed to undergo the RT-PCR COVID-19 test at KLIA. This
decision was made based on the current COVID-19 pandemic situation of the
country whereby the capacity of the Low Risk COVID-19 Treatment and Quarantine
Centres, as well as government and private hospitals for treating COVID-19 cases
is limited.

16. What should be done if a PUS experiences symptoms during the quarantine
period?
• The PUS is required to go to a nearby health facility for health assessment
as set out in existing guidelines (refer to the Guidelines on COVID-19
Management in Malaysia No. 5/2020 (updated on 5 August 2021).
• PUS with moderate / severe symptoms has to be referred to an Infectious
Disease Physician for further action.
• PUS with mild symptoms need to undergo COVID-19 testing.
• If positive, the PUS will be referred to the Hospital, COVID-19 Quarantine
and Low Risk Treatment Centre or COVID-19 Assessment Center (CAC).
• The COVID-19 test fee is to be borne by the PUS.

17. What is the latest procedure for Malaysia-Singapore Vaccinated Travel Lane (VTL-
Air and VTL- Land)?
• Only for fully vaccinated travellers
• Remain in Singapore and/or Malaysia in the last 14 consecutive days before
departing for Malaysia
• VTL travellers who are short-term visitors (including business and official
travellers) must purchase mandatory travel insurance with a minimum
coverage of RM100,000 for COVID-19-related medical treatment and
hospitalisation costs. Travellers to Malaysia must carry with them an
electronic or physical copy of their insurance policy to facilitate their entry
into Malaysia
• COVID-19 test 2 days before departure (children aged two years and below
are exempted from the testing requirement):
• RT-PCR test for VTL Air travellers
• RTK-Ag test (professional) or RT-PCR for VTL Land travellers
• All travellers need to register at the MySafeTravel portal, accessible at
https://mysafetravel.gov.my/. This should be done within seven (7) days, but
no later than two (2) days before a traveller’s planned date of travel. They
need to upload their vaccination certificate, besides uploading the pre-
departure test two (2) days prior to travel for verification.
• COVID-19 test on arrival
• RT-PCR test in KLIA/KLIA2 for VTL Air travellers
• RTK-Ag (professional) test at Larkin Sentral Bus Terminal, Johor
Bahru for VTL Land travellers
• No quarantine required
• Additional tests required for VTL travellers entering Malaysia from
Singapore.
• RTK-Ag test (professional) on Day-3 and Day-5
• RTK-Ag self-test on Day-2, Day-4, and Day-6.
• All tests done must be reported in MySejahtera application.
• Please refer https://www.mysafetravel.gov.my/ for more information.
18. What is the latest procedure for Langkawi International Travel Bubble (LITB)?

• Allowed for travellers from any countries (including high risk countries for
Omicron spread in the community).
• Travellers must have been fully vaccinated.
• Undergo COVID-19 PCR test within 2 days before departure (exempted for
children 2 years and below).
• Undergo COVID-19 PCR test upon arrival in Kuala Lumpur International Airport
(KLIA) for those in transit, or latest on the second day of arrival in Langkawi for
those taking direct flight.
• Given Digital HSO and can go directly to the hotel accommodation while waiting
for test results.
• Undergo a rapid antigen test (professional) on the 3rd and 5th day while in
Langkawi.
• Undergo a rapid antigen test (self-test) on the 2nd, 4th and 6th day while in
Langkawi. The traveller involved is responsible for reporting his/her test results
through the MySejahtera application.
• Undergo COVID-19 PCR / rapid molecular test within 2 days before departure
from Langkawi if planning to visit other destinations in Malaysia (on Day 8 of
being in Langkawi). For travellers going to other countries, COVID-19 pre-
departure testing requirements should follow the entry criteria of the destination
country.

19. What is the latest procedure for One Stop Centre (OSC) for short term business
travellers?

• Short-term business travellers with an approved Entry Permission can enter and
stay in the country for a period of 14 days or less, from the date of arrival at the
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
• Travelers must have been fully vaccinated
• Short term business travellers need to submit their application along with all the
relevant documents via the MyEntry website, which is accesible at:
https://myentry.myxpats.com.my/app/
• Need to undergo COVID-19 RT-PCR test
• within 2 days before departure and
• upon arrival at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA); i.e. by the
Business Travellers Centre (BTC) located at gate C36
• No need to undergo mandatory quarantine.
• Must follow a controlled itinerary that has been approved by the OSC
Committee.
• Must be accompanied by a liaison officer (LO) provided by MIDA.
• Additional tests as follows:
§ Undergo a rapid antigen test (professional) on the 3rd and 5th day
§ Undergo a rapid antigen test (self-test) on day 2, 4 and 6. Responsible
for reporting test results through the MySejahtera application and LO
must ensure it is implemented.
• Please refer https://safetravel.mida.gov.my/entry-permission/short-term-stay/
for more information.

20. What is the procedure to enter Malaysia for post-COVID-19 infected travellers
(commencing 13 January 2022)?

• Travellers who are fully vaccinated and have been infected with COVID-19
within 11 – 60 days before departure are EXEMPTED from mandatory
quarantine.
• Unvaccinated and not fully vaccinated travellers are required to undergo
quarantine at a quarantine centre for 7 days.

Criteria for exemption from mandatory quarantine:

i. Travellers must have completed their COVID-19 vaccination with proof of


vaccination status;
ii. Evidence to show that traveler was infected with COVID-19 within 11 to 60
days before departure to Malaysia, through digital or printed laboratory test
results; and
iii. Travellers with history of hospitalization due to COVID-19 are required to
submit a “Fit to Travel” letter from the hospital; or
iv. For those who were not hospitalized, they will need to undergo a
professional RTK-Ag test 2 days before departure. Only travellers with
negative test result will be allowed to travel.

• All documents (i), (ii) and (iii) must be brought and shown to the health or airline
authorities at the International Point of Entry, if requested.
• Travellers are required to undergo a supervised RTK-Ag test in front of a
healthcare worker upon arrival.
• If the RTK-Ag test is positif on arrival and the traveler has no or mild symptoms,
the traveler is allowed to isolate at home if the house is suitable.
• Meanwhile, travellers who have moderate to severe symptoms will be referred to
a Low Risk COVID-19 Treatment and Quarantine Centre or to Hospital.

GENERAL ADVICE DURING QUARANTINE AT HOME OR RESIDENCE

1. Wear a face mask throughout the journey from the International Point of Entry
(PoE) to your house or residence.
2. Quarantine in a separate room from family members.
3. The room should have an attached bathroom.
4. Wear a face mask if you need to leave the room in the house or residence and
avoid close interaction with others. Limit your distance for at least two (2) meters
from the others.
5. Make sure the ventilation of the house or residence is in a good condition such as
by opening the windows.
6. Food should be delivered to the room by family members (only placed outside the
room).
7. Surveillance wristband or digital tracking device shall be worn throughout the
period of Home Surveillance Order (HSO).
8. Must always be contactable (by telephone number).
9. Must stay at home or residence throughout the period of the HSO.
10. If you have symptoms, always wear a face mask. Close your mouth and nose with
tissue when coughing or sneezing. Dispose the used tissue into the waste
container and wash hands immediately with soap or hand sanitizer. Seek treatment
at a nearby health facility for health assessment.

Prepared by:
Risk Communication Team
Crisis Preparedness and Response Center
Updated 27 January 2022

Anda mungkin juga menyukai