Anda di halaman 1dari 15

JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS

TUGASAN

PROJEK VIDEO

DVV2023 CINEMATOGRAPHY

NAMA NO MATRIK

MUHAMMAD ROZA ZULRIFQI BIN 18DDV21F2055


MOHAMED ZAHIRAN

MUHAMMAD NAZIL BIN AZMI 18DDV21F2043

MUHAMMAD HARIZ HILMI BIN AZUAN 18DDV21F2049

ANGELIN TAN HOEY LING 18DDV21F2035

NUR ELLEZEA NABIELA BINTI ROSSIDI 18DDV21F2047

1
KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN BILANGAN MUKA SURAT

TAJUK 3

OBJEKTIF 3

TEKNIKAL 4

DI SEBALIK TABIR 7-8

MASALAH DAN PENYELESAIAN 9

RUMUSAN 10

AHLI KUMPULAN 11-15

2
TAJUK : COCA COLA

NAMA PRODUKSI : MOONLIGHT PRODUCTION

OBJEKTIF

Berdasarkan projek yang telah kami lakukan, kami dapat simpulkan beberapa objektif iaitu:

1. Dapat mempelajari elemen-elemen yang diterapkan dalam subjek sinematografi

2. Dapat mengenalpasti konsep dan teknik yang digunakan dalam setiap shot
3. Dapat mengetahui cara menyunting video menggunakan perisian “Adobe Premier
Pro”.

3
TEKNIKAL

TREATMENT

SC.1 - BILIK - NIGHT

Minuman tin berkarbonat iaitu Coca Cola dirakam dalam suatu bilik gelap untuk
menonjolkan warna dan keunikan minuman itu. Tin digolekkan dari tepi untuk menunjukkan
shot gambaran penuh tin itu. Selain itu, pelbagai shot diambil untuk memberikan informasi
dari segi varian dan kelebihan produk air tersebut. Unsur-unsur animasi ditambahkan di
dalam video untuk membuatkan lebih menarik dengan menggunakan perisian “ Adobe
Premier Pro “.

SC.2 - KORIDOR - DAY

Seorang watak A berada di sebuah koridor. Watak A merasa dahaga setelah melakukan
aktiviti seharian. Sebuah minuman tin berkarbonat iaitu Coca Cola diberikan kepada watak
A. Watak A membuka penutup tin itu. Kedengaran percikan gas daripada minuman tersebut.
Watak A meneguk air tin itu dengan hirupan yang berterusan. Watak A menjadi lebih
bertenaga selepas menikmati minuman berkarbonat itu. Akhir sekali, watak A menunjukkan
minuman tersebut kepada kamera.

4
LAKARAN SUSUN ATUR

SC.1 - BILIK – NIGHT

Almari

Meja Meja

Dan Dan

katil katil

5
SC.2 - KORIDOR - DAY

Dinding Koridor

6
DI SEBALIK TABIR

7
8
MASALAH DAN PENYELESAIAN

1. Percikan gas yang keluar dari tin sehingga air melimpah ruah

Ketika kami menghasilkan video produk ini , kami mendapati bahawa terdapat permasalahan
ketika shot sedang diambil iaitu tumpahan air daripada tin akibat percikan gas yang kuat.

2. Masalah pencahayaan ketika shot diambil

Kami kekurangan pencahayaan ketika mengambil shot di dalam sebuah bilik yang gelap.
Dengan itu, kami menggunakan bantuan cahaya flash kamera untuk mendapatkan shot yang
baik.

9
RUMUSAN

Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan serta memasarkan barangan dan
produk maklumat bertajaan kepada masyarakat pengguna yang ingin disampaikan. Dengan
itu, kami daripada Moonlight Production menghasilkan iklan produk minuman berkarbonat
iaitu Coca Cola. Tujuan asal kami menghasilkan iklan ini adalah untuk meningkatkan lagi
pasaran minuman berkarbonat (Coca Cola) di Malaysia.

Kami berharap agar iklan ini dapat memenuhi citarasa dan keinginan para penggemar Coca
Cola dalam pemasaran dunia. Selain itu, kami menggabungkan unsur-unsur animasi dalam
video iklan ini agar dapat menarik perhatian pembeli. Bagi sudut penyuntingan pula, kami
menggunakan perisian “Adobe Premier Pro“. Bukan itu sahaja, iklan ini mementingkan
pengunaan pencahayaan bagi mendapatkan shot yang sempurna.

10
AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD ROZA ZULRIFQI BIN MOHAMED ZAHIRAN (18DDV21F2055)

JAWATAN – PENGARAH

Saya Roza, tugas saya adalah sebagai pengarah. Bagi memegang jawatan sebagai pengarah
ini amatlah mencabar oleh kerana pelbagai masalah yang berlaku semasa penggambaran
diadakan dan pencarian idea-idea yang kreatif untuk menerbitkan iklan produk ini. Saya juga
perlu mendengar idea bernas daripada ahli-ahli kumpulan saya supaya filem ini berjaya
dijalankan dengan sempurna. Seterusnya, tugas dalam menjadi seorang pengarah ini haruslah
tegas memberikan arahan dan adil dalam membuat sesuatu perkara. Hal ini kerana disiplin
dalam pengurusan produksi dapat membolehkan proses membuat cerita ini tidak lagi
ditangguh dan berjalan dengan lancar. Semasa penggambaran berlangsung, saya tegas
mengarah mereka untuk menjalankan tugas masing-masing dengan serius supaya
memudahkan kerja-kerja yang lain. Saya berasa senang hati menjadi pengarah untuk produksi
ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan.

11
MUHAMMAD NAZIL BIN AZMI (18DDV21F2043)

JAWATAN – JURUKAMERA

Saya Nazil, tugas saya adalah sebagai jurukamera. Bagi memegang jawatan sebagai
jurukamera ini agak mencabar oleh kerana perlu mengambil waktu yang tepat dan
bersesuaian dengan scene yang diperlukan oleh pengarah. Bukan itu sahaja, jurukamera perlu
memiliki sudut idea yang luas untuk mengambil shot yang terbaik pada setiap scene supaya
filem tersebut menjadi cantik dan sempurna. Selain itu, jurukamera juga memainkan peranan
yang amat penting kerana harus menturuti segala arahan pengarah agar video-video yang
diambil akan memuaskan. Saya juga perlu mencari cahaya yang baik ketika merakam. Posisi
kamera yang dipegang ataupun diletak di tripod mesti berada dalam keadaan yang stabil.

12
MUHAMMAD HARIZ HILMI BIN AZUAN (18DDV21F2049)

JAWATAN – PELAKON

Saya Hariz, tugas saya adalah sebagai pelakon utama. Bagi memegang jawatan sebagai
pelakon ini tidak seberapa mencabar kerana saya cepat memahami arahan pengarah dan saya
memahami jalan cerita iklan yang ingin disampaikan. Kedudukan saya dalam iklan ini ialah
membawa watak sebagai seorang lelaki yang sedang menikmati minuman berkarbonat iaitu
Coca Cola. Saya hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh pengarah tentang posisi yang
diinginkan di dalam iklan. Antara babak yang paling mencabar bagi saya ialah babak ketika
meneguk air tin Coca Cola itu. Selepas melakonkan scene itu, perut saya sakit oleh kerana
kandungan gas yang terkandung dalam air tersebut terlalu tinggi menyebabkan perut saya
seperti terhakis. Akan tetapi, walaupun terselit kesan sampingan ketika melakonkan scene ini,
saya telah mendapat pengalaman baru dalam berlakon.

13
NUR ELLEZEA NABIELA BINTI ROSSIDI (18DDV21F2047)

JAWATAN – PENGARAH SENI (ART DIRECTOR)

Saya Bella, tugas saya adalah sebagai pengarah seni. Bagi memegang jawatan sebagai
pengarah seni ini, tanggungjawab terbesar di dalam sebuah produksi filem adalah
keseluruhan penampilan visual dalam pelbagai media seperti akhbar, majalah, filem dan
televisyen. Seorang pengarah seni membuat semua reka bentuk untuk projek dan memberi
arahan kepada ahli-ahli kumpulan yang bekerjasama dalam mencipta reka letak atau karya
seni. Pengarah seni biasanya bekerja dengan satu pasukan. Mereka mengetuai projek yang
akan dibantu oleh pasukan seperti pereka grafik. Oleh itu, saya bertanggungjawab dalam
mencipta penampilan atau gaya keseluruhan penerbitan, kempen pengiklanan, televisyen,
malah set filem. Seterusnya, saya perlu menyemak dan meluluskan reka bentuk, karya seni,
fotografi dan grafik lain yang dibuat oleh ahli kumpulan yang lain. Saya akan memastikan
kemajuan proses kerja berjalan dengan lancar, menghasilkan susun atur untuk kepentingan
percetakan dan memastikan semuanya mengikut piawaian yang diberikan sebelum
diterbitkan.

14
ANGELIN TAN HOEY LING (18DDV21F2035)

JAWATAN – EDITOR

Saya Angelin, tugas saya adalah sebagai editor. Bagi memegang jawatan sebagai editor ini,
antara perkara rumit yang saya lalui adalah saya tidak mahir menggunakan perisian “Adobe
Premier Pro” untuk menyunting segala shot video yang telah diambil oleh jurukamera.
Dengan itu, saya belajar melalui aplikasi “YouTube” untuk proses penyuntingan. Akhirnya,
terbentuknya sebuah iklan minuman berkarbonat ini iaitu Coca Cola. Dalam penyuntingan
ini, banyak ilmu yang telah saya perolehi tentang cara menyunting, meletakkan kesan
peralihan klip video, menambah teks dan sebagainya. Selain itu, saya lebih menekankan
tentang latar belakang iklan ini dengan meletakkan kesan bunyi dan suara (voice-over). Hal
ini bertujuan untuk menarik rasa kagum penonton apabila menonton iklan tersebut. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan dalam Moonlight Production ini
kerana banyak membantu saya tidak mengira penat lelah dalam menjayakan iklan ini.

15

Anda mungkin juga menyukai