Anda di halaman 1dari 1

PERUTUSAN KETUA UMNO BAHAGIAN

MESYUARAT PERWAKILAN 3 SAYAP


PERGERAKAN UMNO BAHAGIAN LAHAD DATU
Alhamdulillahi Rabbil Alamin saya amat bersyukur ke-hadrat Allah S.W.T kerana kita sekali lagi dapat
bermesyuarat PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN meliputi 3 peringkat PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN
PERGERAKAN PUTERI pada 11hb Mac 2023 untuk sesi 2023-2026.

Saya juga amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih teguh dan utuh bersama-sama dalam
perjuangan agenda demi Agama, Bangsa dan Negara. Biarpun BARISAN NASIONAL (BN) hilang kuasa
kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-15 yang lalu akibat tsunami politik Parti Pembangkang pada saat itu,
tetapi bukan itu alasan untuk kita tidak bangkit menjadi lebih kuat dan bersemangat waja bagi menyakinkan
AKAR UMBI UMNO BAHAGIAN LAHAD DATU untuk terus bersama-sama dalam gerak kerja lebih padu dan
bersemangat SETIA KAWAN dan amat sayangkan parti keramat orang melayu yang tetap membela nasib
rakyat yang di belenggu kesusahan akibat ekonomi tidak menentu sehingga ke hari ini.

Sidang perwakilan yang dirahmati oleh Allah S.W.T sekalian,

Kita bersyukur kerana KERAJAAN PERPADUAN yang terbentuk ketika ini adalah kerajaan yang benar
memperjuangkan kebajikan dan memulihkan ekonomi negeri serta negara, apabila selepas PILIHANRAYA
UMUM YANG KE-15 yang lalu berada di landasan yang baik untuk membangun bersama memajukan Negeri
Sabah khususnya Insya Allah Parlimen Lahad Datu.

Parti UMNO adalah sebuah organisasi besar yang kita mesti sentiasa bersedia JENTERA WANITA,
PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI SERTA BN LAHAD DATU dengan penuh semangat,
berdaya saing, berwajah baru dan menjaga kebajikan rakyat. Kita juga mempunyai ramai anak-anak muda yang
mempunyai hak mengundi. Kita mesti sentiasa mendekati mereka secara bersemuka atau melalui platform
media sosial, bertanya khabar, membincangkan tentang hala tuju negara, apa yang mereka inginkan dan cita-
cita mereka serta mencungkil bakat anak muda. Mereka ini akan bakal memimpin negara kita satu hari nanti,
maka kita mesti mendidik mereka dengan Ilmu yang bermanfaat serta pertingkatkan sistem yang sedia ada agar
masa depan mereka sentiasa terjamin dan tidak tercicir. Insyallah.

Semoga pada mesyuarat kali ini kita dapat jadikan persidangan sebagai satu medan buah fikiran agar parti
keramat UMNO terus menjadi tiang rakyat selamanya, dan menjadi wadah yang memayungi kesejahteraan nusa
dan bangsa setiap permasalahan rakyat Bahagian Lahad Datu tetap terbela.

Maka saya Selaku Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu merasmikan MESYUARAT PERWAKILAN UMNO
BAHAGIAN LAHAD DATU, WANITA, PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI.

UMNO LAHAD DATU BERSAMA RAKYAT


HIDUP MELAYU !!!!
HIDUP ISLAM !!!
HIDUP UMNO !!!!!

SELAMAT BERSIDANG
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MEJAR (K) HALID BIN HARUN


Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu

Anda mungkin juga menyukai