Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

5 ADUN UMNO SABAH

7 Januari 2023

1. Kami melahirkan rasa terkilan dan kesal kerana Sabah dan


rakyatnya sekali lagi diheret ke dalam krisis politik oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.

2. Bersama-sama rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan


kepercayaan bahawa ini bukan masanya untuk merebut kuasa
politik. Sebaliknya, sudah tiba masanya untuk bersatu agar
kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus
menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan
memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

3. Kami telah dikejutkan oleh tindakan beberapa pihak tertentu


khususnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah
yang telah berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang
sah. Sesungguhnya kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan
tersebut dan dengan ini kami mendesak agar beliau meletakkan
jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Sabah dengan serta-merta kerana tindakan tersebut
mencemarkan nama baik parti.

4. Kami dengan ini mengisytiharkan sokongan kami yang tidak


berbelah bahagi kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji
Noor sebagai Ketua Menteri yang sah di sisi perlembagaan.
5. Sepertimana juga aspirasi rakyat Sabah, kami mahukan kestabilan
politik yang telah wujud selama ini dikekalkan dan menolak
sebarang percubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang
ingin menimbulkan kekacauan dan keresahan rakyat.

6. Bersama-sama kita berdoa semoga kemelut politik ini segera


berakhir agar usaha untuk memakmurkan Negeri Sabah yang
tercinta ini dapat diteruskan.

7. Dengan itu, kami sekali lagi menyatakan sokongan padu terhadap


kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Ketua
Menteri Sabah.

YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya,


ADUN N27 Tanjung Keramat

YB Datuk Jasnih Daya,


ADUN N13 Pantai Dalit

YB Datuk James Ratib,


ADUN N48 Sugut

YB Datuk Dr Yusuf Yacob,


ADUN N35 Sindumin

YB Datuk Mohd Arsad Bistari,


ADUN N9 Tempasuk

Anda mungkin juga menyukai