Anda di halaman 1dari 5

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Di saat semua rakyat Malaysia menikmati keamanan dan kemajuan yang


sedia ada terpampang di hadapan mata, pelbagai kisah tersingkap yang terjadi di
dalam negara. Isu yang paling panas mula diperkata, rakyat Malaysia mula
memikirkannya. Auranya kian terasa, Pilhan Raya Umum ke-13 kian tiba. Hampirnya
pilihan raya ini dapat kita rasai, apabila melihat sendiri baik KERAJAAN ataupun
PEMBANGKANG, mula berkempen ke sana sini.

Mereka sudah mula bergerak demi memancing undi, agar terus menjadi YB.
Ada juga yang berbuat demikian, agar dapat terus menabur bakti kepada ibu pertiwi.
Namun yang sanggup berkorban dapat dikira, yang lainnya mempunyai pelbagai
agenda demi menjaga nama. Sebagai anak muda, hati ini berbisik dan minda terus
berfikir. Apa yang bakal terjadi kepada negara ini selepas PRU 13 nanti??. Adakah
kerajaan BARISAN NASIONAL berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai
kerajaan atau PAKATAN PEMBANGKANG pula mengambil alih? Jawapannya
dalam PRU 13 nanti.

Kita singkap dalam PRU 12 pada tahun 2008, rakyat digemparkan apabila
BARISAN NASIONAL gagal memenangi 2/3 kerusi parlimen yang mana
membolehkan parti komponen ini gagal untuk membentuk kerajaan dan
pembangkang pula menang besar. Namun kerajaan masih lagi berada dalam tangan
BN atas dasar MAJORITI dalam parlimen. Di mana silapnya? Sedangkan selama ini
BN menang besar dalam setiap pilihan raya yang diadakan sejak merdeka lagi. Ini
merupakan satu titik hitam yang harus dijadikan pengalaman untuk BN agar terus
menjadi yang terbaik di mata rakyat. Dan pihak pembangkang pula berjaya
memenangi hati rakyat dengan merampas 5 negeri pada asalnya iaitu KEDAH
(PAS), PULAU PINANG (DAP), KELANTAN (PAS), PERAK (PAS) dan SELANGOR
(PKR). Namun setelah PERAK jatuh semula ke dalam tangan BN, selepas beberapa
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu beralih arah kepada BN dan
menjadikan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang 4 kesemuanya. Ayuh
kita teliti dan perhalusi kedua-dua kuasa besar ini.

Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MIC, MCA dan parti
komponen BN yg lain di Sabah dan Sarawak merupakan sebuah parti yang
bergabung dalam kepelbagaian kaum bagi memenuhi setiap kehendak rakyat
Malaysia. Jasanya kepada negara tidak terkira. Hasil daripada gabungan awal parti
inilah, negara mencapai kemerdekaan pada 55 tahun yang lampau. Bermula
daripada titik itulah parti ini memulakan gerak kerjanya dengan jayanya. Pelbagai
dasar diperkenalkan demi kebaikkan rakyat. Hasilnya kita dapat melihat, Malaysia
yang dulunya tidak dikenali kini gah di mata dunia. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul
Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr.Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Dato’ Seri
Najib bin Tun Abdul Razak merupakan barisan mantap Perdana Menteri yang
berjaya membawa nama Malaysia gah di persada dunia dalam pelbagai bidang.
Hasil daripada kepimpinan yang mantap ini, kita dapat melihat bagaimana Malaysia
pada masa kini. Pendidikan kita berkualiti, Ekonomi dipacu tinggi, Sains dan
Teknologi dipelajari, Sosial masyarakat diperhalusi, Politik yang berintegriti, hasilnya
rakyat senang hati kerana kemudahan diberi, undi BN untuk terus berdiri. Hasil
daripada kepimpinan yang mantap bermula dari akar umbi, iaitu ADUN negeri
hinggalah Perdana Menteri, Malaysia aman harmoni dan melangkah gagah menuju
era globalisasi. Namun, apa yang terjadi? Setelah lama gagah berdiri, kini BN mula
goyah berdiri. PRU 2008 jawapan yang pasti. Beberapa kota kuat BN berjaya
dirampas oleh pembangkang. Pelbagai tomahan dilontarkan yang selama ini tidak
pernah didengari. Rasuah, tidak adil, poligami dan sebagainya. Pada mulanya
lontaran ini dikatakan fitnah namun kita dapat melihat sendiri, hasilnya hari ini. jika
difikirkan, ada kebenarannya walaupun hanya mendengar dai media massa.
Pengaruh kerajaan semakin tercabar apabila ahli-ahli PR mula membangkitkan
pelbagai isu yang kurang enak didengar. Di Sarawak umpamanya, isu tanah NCR
ataupun tanah adat bumiputera ini terus dimainkan. Kononnya kerajaan di bawah
pimpinan Ketua Menteri merampas tanah rakyat, 20 tahun memerintah namun
Sarawak tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Itu tomahan pihak pembangkang.
Apa yang parah lagi, apabila demostrasi jalanan berlaku. Perhimpunan bersih
contohnya. Dari Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 . Semuanya menuntut pilihan
raya yang bersih daripada pihak kerajaan. Siapa dalangnya? Pro kerajaan
mengatakan pembangkang. Namun mana buktinya? Kononnya kerajaan ingin
menayangkan video perhimpunan bersih kepada khalayak ramai dan membiarkan
rakyat yang menghakiminya. Namun apa yang terjadi? Kenyataan itu kini semakin
menyepi dan akhirnya ia umpama janji tidak ditepati. Tampil YAB Perdana Menteri,
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dengan gagasan baru, 1 Malaysia Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan bergerak menuju wawasan baru untuk
membentuk perpaduan dan kemajuan negara yang jitu. Klinik 1 Malaysia, Program
Susu 1 Malaysia, Baucer buku 1 Malaysia, Bantuan rakyat 1 Malaysia dan Kedai
Rakyat 1 Malaysia ini contoh permulaan gerak kerja PM untuk mengembalikan
kepercayaan rakyat kepada BN. Perubahan terjadi, rakyat beransur-ansur percaya
kembali, disebabkan PM kita pemimpin mengamalkan konsep janji dikota. Namun
adakah ini demi rakyat ataupun pilihan raya semata-mata? Kerana pemimpin kita
gemar mengamalkan konsep, “bekerja apabila sudah datang musim pilihan raya”.
Tepuk dada tanya minda.

PR atau Pakatan Pembangkang pula merupakan satu gabungan daripada


parti PAS (Parti Islam Se-Malaysia), DAP (Democratic Action Party) dan PKR (Parti
Keadilan Rakyat). Pakatan rakyat diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang
merupakan bekas orang kuat BN dan UMNO sewaktu negara di bawah pimpinan
Tun Dr. Mahathir. PR yang dulu menyepi, kini mula menjelajah seluruh ibu pertiwi.
Turut berkempen agar mereka dapat membentuk kerajaan dalam PRU 13 nanti.
Kejayaan merampas 4 buah negeri, bukan lagi disangsi. Bukti mereka mendapat
sokongan pengundi, untuk membawa perubahan suatu hari nanti. Tomahan PR
kepada Kerajaan kadangkala ada benarnya juga. 55 tahun kita merdeka, namun
masih ramai rakyat kita menderita. Hak mereka dirampas, pendidikan masih ada lagi
yang ketinggalan, infrastruktur masih di tahap yang kurang memuaskan, elektrik dan
air masih ada yang belum dapat sepenuhnya. Pelbagai dasar dicipta, namun
pelaksanaannya Indah Khabar Dari Rupa. Isu-isu inilah yang sering dimainkan oleh
PR dalam usaha mereka untuk meraih undi dalam PRU 13 nanti. Namun adakah
semuanya akan berjaya? Di saat kerajaan mula memberi sumbangan dan
mendekati rakyat sampai ke ceruk pedalaman Malaysia. Namun kewibawaan PR
tercabar apabila pemerintahan mereka dipertikai oleh kerajaan. Pulau Pinang di
bawah DAP, kerajaan PR dikatakan telah menyentuh sensitiviti perkauman terutama
sekali orang Melayu. Selangor di bawah pimpinan PKR, dikatakan gagal
memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Kedah di bawah pimpinan PAS, isu
infrastruktur terus menjadi persoalan. Kelantan pula, 20 tahun lebih di bawah
pimpinan PAS, isu bekalan air bersih pula terus dikatakan. Kelantan merupakan
kubu kuat pembangkang terutama sekali PAS. Pelbagai cara diguna oleh kerajaan,
namun sampai ke hari ini Kelantan masih di pegang oleh pembangkang. Tomahan
kerajaan pula mengatakan PR hanya tahu melontar janji, namun apabila berjaya,
terus menyepi. Benarkah? Namun itulah yang sering ditayangkan di kaca televisyen
waktu berita di RTM. Namun kita tidak harus menghukum mereka, sebab itu ialah
media kerajaan. Cuba kita selami media pembangkang seperti Suara Keadilan,
Harakah dan sebagainya. Kita buat perbandingan. Barulah kita dapat mengetahui
kebenaran. Persoalannya di sini? Mampukah pembangkang membentuk kerajaan
nanti? Kenapa ramai ahli yang lompat parti? & Kenapa terus berdiam diri apabila
dilanda kontroversi? Di saat pemimpin tertinggi mereka, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
terlibat dalam kes liwat, suasana di meja pembangkang terus menyepi. 1001
persoalan dilontar, namun tiada jawapan dan penjelasan diberi. Namun yang
peliknya, andai benar PR bertindak demikian, mengapa mereka mendapat sokongan
yang tidak berbelah bagi? Benarkah mereka bertindak demikian? Atau ini hanya
salah satu taktik mereka dalam memenangi PRU13 nanti. Sama-sama kita nantikan.
Andai benar PR inigin membentuk kerajaan, mereka harus bersikap lebih proaktif
dan menjawab segala persoalan yang dilontarkan. Ini kerana setiap hari di media
kerajaan, PR terus mendapat tomahan bertubi-tubi yang membolehkan mereka
mendapat cemuhan daripada rakyat. Mengambil contoh di negeri Sarawak lagi, isu
yang sering dimainkan oleh pembangkang ialah isu tanah adat bumiputera. Kerajaan
BN dikatakan merampas tanah penduduk setempat, ada yang tidak memberi
pampasan, dan kehidupan masyarakat di bumi bertuah ini masih dilimpahi
kekurangan dari segi infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik
yang melibatkan kawasan luar bandar. Di sini PR berjanji, andai mereka menang
dalam PRU 13 nanti, semuanya bakal berubah, hak akan dkembalikan dan
infrastruktur akan diperbaiki. Namun adakah itu akan ditepati atau sekadar janji.
Segala usaha ini akan berjaya andai PR benar-benar ingin menabur bakti kepada
rakyat Malaysia.

Secara keseluruhannya, bagi saya sebagai anak muda, tidak salah agaknya
kita rakyat Malaysia memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah
selama sepenggal. Kita lihat sejauh mana mereka ingin mengotakan janji-janji
mereka dalam hendak menolong rakyat dan memajukan Malaysia. Sebab sudah
lama mereka berimpian sedemikian rupa. Bagi BN pula, andau benar ingin
meneruskan agenda negara, teruskan menabur bukti kepada rakyat Malaysia. Usah
terlibat dalam kontroversi rasuah dan sebagainya. Usah mencari kesalahan orang
lain dan menyebarkannya di media massa, namun perbaiki kelemahan kita agar
kepercayaan rakyat tidak berubah kepada PR. Bukan niat hendak menyebelahi
sesiapa, baik BN mahupun PR, kedua-duanya mempunyai stratergi sendiri dalam
memenangi hati rakyat. Kepada BN dan PR, sekarang ini sudah 2012, 8 tahun lagi
sebelum menuju Wawasan 2020 iaitu Malaysia bakal menjadi sebuah negara maju.
Namun negara kita masih sedemikian rupa. Masih banyak kekurangan yang harus
dijaga demi kebaikkan semua. Usah terus bertelagah, kerana semuanya bakal
menjadi sia-sia. Permainan politik dusta, rakyat yang menderita sebab mereka
adalah mangsa. Biarlah kita semua ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah
yang telah diletakkan di bahu kita. Berbaktilah demi bangsa dan tanah air tercinta,
agar imej Malaysia terus mekar di persada dunia, pembangunan dijana, kebajikan
dipelihara, rakyat hidup bahagia.

Anda mungkin juga menyukai