Anda di halaman 1dari 5

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PERMATA

BUKIT MERTAJAM

KERTAS KERJA

PROGRAM KEUSAHAWANAN WANITA

KURSUS DANDANAN
2023

ANJURAN

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PERMATA


1.PENGENALAN
Dalam konteks pembangunan sosioekonomi negara, golongan wanita dilihat mampu untuk menyumbang
ke arah peningkatan ekonomi dalam negara melalui perusahaan yang diceburi mereka. Lantaran,
penekanan terhadap faktor modal insan dan daya saing dalam kalangan golongan wanita dilihat penting.
Hal ini kerana, membolehkan usaha kerajaan dilakukan selaras dengan faktor yang paling mempengaruhi
prestasi pengusaha. Didapati pengusaha wanita lebih memerlukan bantuan prasarana dan infrastruktur di
samping aspek pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan kewangan dan kreativiti.Oleh
yang sedemikian kami telah merancang satu program keushawanan yang boleh memjana pendapatan
sampingan di kalangan penduduk wanita terutamanya golongan suri rumah supaya dapat megikuti kursus-
kursus pendek sebegini.

2.MATLAMAT

Matlamat kursus dandanan adalah untuk membentuk wanita sebagai pencipta kerja yang
berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja.Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan
adalah satu opsyen yang realistik untuk suirumah yang mempunyai kemahiran dan ditambah
pula dengan kursus serta memberi sijil pengiktirafan bagi kursus yang dihadiri .

3. OBJEKTIF

a.Membolehkan wanita menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih mudah dan
menyedari potensi kearah keusahawanan.

b.Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh
bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

c.Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang
bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.

d.Memberi peluang kepada wanita khususnya surirumah untuk merasai pengalaman berniaga.

e. Memberi peluang kepada wanita untuk berinteraksi dengan masyarakat dan sebagainya.

f. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan wanita

4. SASARAN PROGRAM

Semua wanita Penduduk Taman Permata


5. TARIKH PELAKSANAAN
TARIKH : 8 JULAI 2023
MASA : 8 PAGI -1.00 PETANG
TEMPAT : Dewan Persatuan Penduduk Taman Permata

6. JAWATAN KUASA PENGELOLA

PENGERUSI :
En.Delbeer Singh

NAIB PENGERUSI 1:
En. Jayaraman

NAIB PENGERUSI 2:
En .Mahendran

PENYELARAS
Pn Krishna Latha Yanasakaran

JAMUAN PERSIAPAN PENTAS


Pn Rokiah En Kesevan
Pn NoorIsmadi

BENGKEL /KURSUS
HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH
Pn Siti Sara
Pn Krishna Latha
Pn Kim
En Delbeer Singh
KAWALAN JURU FOTO
EN MAHENDRAN Pn Rany

PA SISTEM & KARAOKE


Pn Parames

KEBERSIHAN
SEMUA AJK DAN PEKERJA SWASTA
8.00 pagi - Pendaftaran

7. TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Pendaftaran


- Sarapan pagi
- Ucapan Pengerusi
9.00 pagi - Kursus Dandanan
- Hands-On
12.00 tgh - Cabutan Bertuah
- Penyampaian Hadiah/ Sijil
- Makan Tengahari
1.00 ptg - Majlis bersurai

8.ANGGARAN PERBELANJAAN

BI ITEM HARGA JUMLAH


L
1 JURULATIH/ TUTOR RM 400 RM 400
2 KANOPI RM 240 X 2 RM 480
3 ITEM SOLEKAN /BAHAN RM 300 RM 300
SOKONGAN
4 MAKANAN
SARAPAN PAGI RM 2.50 X 100 orang RM 250
MAKAN TENGAHARI RM 5.00 x 100 orang RM 500

5 HADIAH CABUTAN BERTUAH RM 300 RM 300


6 HADIAH/ SIJIL RM 400 RM 400

JUMLAH BESAR RM 2330

8. SASARAN PROGRAM
Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping
menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga program ini dapat
dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi
kewangan,masa serta sokongan.Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang
positif terhadap keupayaan wanita khususnya surirumah .

Disediakan oleh Disemak oleh

KRISHNA LATHA YANASAKARAN DELBEER SINGH


SETIAUSAHA KEHORMAT PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PERMATA PER PEN TMN PERMATA
BUKIT MERTAJAM BUKIT MERTAJAM

Anda mungkin juga menyukai