Anda di halaman 1dari 1

5 SEBAB KENAPA PERLU ADA CITA-CITA

Cita-Cita adalah impian. Impian untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang
diingini atau diminati.Masih saya ingat dahulu, ketika masih kanak-kanak pelbagai
cita-cita yang disebut ketika diajukan soalan oleh cikgu masing-masing.
Ada yang bercita-cita menjadi seperti ibu bapa mereka, ada yang bercita-cita
menjadi idola ikutan hati dan tidak kurang juga terikut-ikut watak televisyen
terutamanya watak super-hero.
Tapi itulah impian dikala sedang berada di bangku sekolah rendah. Mungkin ada
yang terlalu mengikut dan memang ada yang tidak realistik. Namun setelah dewasa,
masihkah kita punyai satu cita-cita yang realistik yang sudah tersedia dalam hati.
Atau masih tidak mempunyai atau mengetahui cita-cita sendiri?
Bercita-cita tidak hanya bermaksud kepada kerjaya kita suatu hari kelak. Bercita-cita
juga bermaksud mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Tapi, tahukan kita kenapa
bercita-cita sebenarnya amat penting dalam kehidupan?
Tahukah cita-cita penting dalam menentukan hala tuju, motivasi diri dan arah hidup?
Benar amat sukar untuk mengapai sesuatu, tapi kita boleh lakukannya dengan
kuasa bersabar dan mulakan dengan sedikit-sedikit.
Jadi, saya senaraikan 5 sebab kenapa perlu kita punyai cita-cita.
5 sebab kenapa perlu bercita-cita
1. Tumpuan - Dengan bercita-cita ia akan menjadi satu tumpuan atau fokus dalam
mendapatkan sesuatu dlm kehidupan. Seperti sebuah perjalanan, tentunya kita
punyai tujuan dan lokasi yang telah telah ditetapkan. Hidup tanpa arah seperti kapal
layar hilang layar. Hilang arah dan tujuan.
2. Rancangan- Sudah mempunyai fokus dan objektif? tentunya kita akan dapat
merangka pelan atau rancangan untuk mencapainya. Sememangnya merancang
penting dalam mencapai sesuatu. Tanpa merancang sebenarnya kita merancang
untuk gagal.Tanpa merancang kita tidak akan mengetahui apakah risiko yang akan
dihadapi yang sememangnya bakal menjadi halangan kelak. Justeru, dalam
mengejar cita-cita, sekaligus ianya mendidik dalam membuat satu rancangan atau
pelan tindakan.
3. Kekuatan dan Kelemahan Diri - Dengan bercita-cita, kita akan mengetahui
kekuatan dan kelemahan sendiri. Mengetahui kekuatan diri,adalah lebih mudah
untuk mengekploitasikan kekuatan tersebut untuk mencapai sesuatu yang
diinginkan. Pengetahuan tentang kelemahan diri, membolehkan kita untuk
memperbaikinya setiap masa.
4. Sebuah kisah pengembaraan - Sering kita bangga dengan kisah-kisah
pengembaraan kita. Memanjat gunung,terjun tebing dan menang sesuatu
pertandingan. Namun, dalam mencapai cita-cita, itu juga salah sebuah
pengembaraan yang penuh dengan liku dan cabaran. Bukan hanya sengaja untuk
menceritakan, namun jadikan ia satu pengajaran yang berguna untuk masa depan
kelak. Pengalaman berguna untuk diri sendiri sekaligus untuk orang lain.
5. Peransang - Hidup perlukan ransangan. Dalam apa pun keadaan juga untuk
masa hadapan. Dengan tergengam cita-cita dalam tangan, ia akan menjadi sebuah
peransang dan motivasi untuk mencapainya. Kita akan mencuba sekuatnya untuk
memperoleh apa yang dimahukan bukan? Maka ianya akan mendatangkan satu
momentum yang kuat dalam diri untuk terus berusaha dan berusaha.

Anda mungkin juga menyukai