Anda di halaman 1dari 3

INDAHNYA HIDUP BERMATLAMAT

Alhamdulillah,
Alhamdulillah, kita masih diberi nafas lagi...
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menghadapi hidup ini...
Dalam hidup, yang membezakan kita dengan makhluk yang bernyawa
itu adalah matlamat hidup. Kita dapat melihat bagaimana Lelaki A
yang mempunyai matlamat yang jelas tahu ke mana hendak di bawa
dirinya berbanding Lelaki B yang tiada arah hidupnya. Ibarat sebuah
kenderaan yang luncur laju, bergerak menuju destinasi yang telah
ditetapkan, akhirnya tiba dengan selamat mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan. Ianya berbeza sekali dengan mereka yang memandu
keretanya kerana tidak tahu hendak ke mana. Akhirnya dia pulang
semua ke rumahnya dengan keletihan. Mungkin kerana bosan dengan
hidupnya yang seharian di rumah, akhirnya mengambil keputusan
keluar berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Beruntungnya! Beruntungnya!
Beruntungnya Kalian ! Apabila hidup mempunyai matlamat, ia ibarat
kompas yang memandu kita ke arah yang betul. Jika kita bersolat di
tempat yang baru, kompas membantu kita menentukan arah kiblat
dengan betul. Ya, kompas memberikan kita keyakinan yang tinggi dan
menghilangkan rasa ragu-ragu dalam hati. Orang yang mempunyai
matlamat hidup adalah orang yang beruntung. Ini kerana matlamat itu
adalah permulaan kepada kejayaan dalam hidupnya. Dengan adanya
matlamat, ia memberi panduan ke arah mana hendak dituju
sebagaimana kompas itu berfungsi sebagai penunjuk arah yang betul.

Matlamat hidup juga menjadikan mereka bertindak mengikut laluan


yang betul dan terancang. Mereka tidak memandai-mandai melainkan
mengikut perancangan yang telah digariskan. Berbeza pula dengan
mereka yang tiada matlamat hidup. Mereka bertindak mengikut
hatinya. Apa yang dilaluinya pada hari tersebut, itulah yang akan
ditempuhinya. Pada mereka, matlamat hanya akan mengikat hatinya
tanpa kebebasan. Matlamat Itu Mestilah Jelas Dan Realistik ! Sesuatu
matlamat itu bukanlah sekadarnya sahaja. Ianya bukan sekadar
menyebutnya dibibir ataupun menulisnya di atas kertas, ataupun
menaipnya di skrin komputer. Ianya mestilah jelas. Ianya mestilah
sesuatu yang realistik untuk dicapai. Matlamat yang jelas dan realistik
memudahkan kita membuat perancangan yang teliti untuk
mencapainya dan ianya dapat mengelakkan kita daripada dilihat
sedang membuat lawak jenaka. Mulakan ! Mulakan ! Apabila kita telah
menetapkan matlamat, kita mesti menggerakkannya mengikut
kemampuan kita. Janganlah sesekali membiarkan matlamat itu
sekadar diluahkan sahaja. Jika itu yang berlaku, dibimbangi kita ini
seperti " Mat Jenin " sahaja sikapnya. Berangan-angan tinggi, tetapi
sekadar di bibir dan di hati. Semasa tempoh pelaksanaan pula, kita
harus mengerti bahawa kita memerlukan bantuan fizikal dan mental
daripada orang lain yang berada di sekeliling kita. Kita tidak dilahirkan
dengan memiliki semua pengetahuan dan kemahiran. Ada ketikanya
kita memerlukan pertolongan daripada orang lain untuk melancarkan
proses ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Lihatlah
Henry Ford, beliau berjaya mencapai cita-citanya dalam dunia

automatif bukan kerana dirinya sahaja, tetapi kerana beliau memiliki


pakar-pakar yang hebat dalam bidang tersebut yang turut
membantunya. Beliau tidak berdiri sendiri, tetapi beliau berdiri
besama-sama mereka yang berada di sekelilingnya. Semoga Berjaya
Cabaran paling hebat ketika proses pelaksanaan ialah ' putus asa '.
Fasa ini adalah realiti yang dihadapai oleh mereka yang sedang
berjuang untuk mencapai impiannya. Kita dapat melihat bagaimana
tidak sedikit yang tersungkur di pertengahan jalan sehingga tidak
mampu berdiri lagi kerena berputus asa dengan kemampuan dirinya.
Ada juga yang bangkit semula setelah jatuh. Bahkan ada yang
berjuang tanpa putus asa biarpun dugaannya hampir menjatuhkan
semangatnya. Namun begitu, sama ada jatuh dan bangkit semua,
ataupun tidak pernah jatuh semangatnya, saya berdoa semoga kita
semua berjaya mencapai cita-cita ataupun impian yang telah
dimatlamatkan. Berusahalah dengan sekuatnya, tetapi janganlah
dilupa pada nilai kehambaan di dalamnya. Ini kerana sama ada kita
gagal atau berjaya, Allah jua yang menentukannya. Apa yang penting,
teruskan berusaha dan berdoa. Mudah-mudahan ada sinar di hadapan
sana. Selamat Maju Jaya...

Anda mungkin juga menyukai