Anda di halaman 1dari 2

Se�ap manusia didunia ini punyai cita-cita besar iaitu ingin berjaya dalam

kehidupan. Tetapi sejauh manakah kita mengetahui cara ingin berjaya? Adakah
sekadar meletakkan cita-cita tanpa usaha? Adakah jalan pintas untuk berjaya?
Jawapan logiknya TIADA kecuali jika anda seorang yang memang "BERTUAH".

Ingin berjaya dalam hidup �dak semudah seper� yang difikirkan kerana usaha
berterusan adalah kunci sesebuah kejayaan. Kita mungkin selalu terfikir,
bagaimana orang lain boleh jadi kaya raya punyai kereta mewah, rumah besar
dan kehidupan yang serba mewah. Kenapa bukan kita? Tidakkah anda terfikir,
mereka juga mempunyai pemikiran yang sama seper� anda sebelum mereka
berjaya? Bezanya hanyalah mereka telah mencuba. Jadi anda bila lagi?

Disini kami kongsikan 6 �p untuk pembaca yang ingin berjaya tetapi anda harus
"nekad" jika ingin mencuba. Jangan "hangat-hangat tahi" ayam sahaja.

1- Tentukan Impian
Pertama sekali, perlu tentukan apakah impian yang ingin digapai,
target haruslah realistik dan masuk akal. Apabila sudah jelas
impian yang ingin dicari, maka usaha-usaha ke arah mengapai
impian perlu dimulakan seberapa segera. Awas! Jangan terlalu
lama menyimpan impian.

2- Yakin Pada Diri Sendiri


Yakin pada diri sendiri adalah perkara paling sulit untuk
dilakukan. Seringkali kita terfikir, mampukah aku lakukan?
Namun percayalah setiap manusia yang dicipta punyai kelebihan
tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Anda hanya
perlu yakin dan tentukan target impian yang betul selari dengan
kebolehan diri sendiri.

3- Berani Gagal
Kegagalan adalah satu dugaan dalam mencapai sesuatu impian.
Perlu diingat, jangan sesekali takut atau putus asa apabila
menemui kegagalan, kerana kegagalan adalah satu pengalaman
berguna dimasa hadapan. Bangkit dan terus cuba lagi.
4- Sentiasa Berfikiran Positif
Dalam usaha mencapai kejayaan, pasti banyak dugaan
mendatang terutamanya dari segi mental. Mental perlu sentiasa
stabil untuk menganalisa sesuatu masalah yang dihadapi, kita
jangan terlalu memikirkan sesuatu masalah sebagai satu "beban
besar" yang sukar untuk dihadapi. Jika pemikiran negatif
menguasai diri, ini adalah punca kenapa kita selalu gagal lebih
awal. Ingat!!! Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

5- Jangan Abaikan Kritikan


Andai anda menerima kritikan, jangan sesekali mengabaikannya.
Ambil dan kaji setiap kritikan yang diterima, namun anda adalah
penentu sesuatu keputusan. Dalam hal ini anda perlu bijak dan
tidak emosi dalam menentukan keputusan seterusnya.

6- Doa Dan Tawakal (Berserah)


Apabila kita sedang berusaha, maka perlu lah diiringi dengan doa
supaya mendapat keberkatan dan dimakbulkan setiap
permintaan. Seterusnya hanya tawakal (berserah kepadaNya).

Jadi apa termenung lagi? Ayuh segera tentukan cita-cita dan ikuti
tip diatas. Semoga kesusahan yang kita mulakan hari ini memberi
kesenangan dihari esok.

Anda mungkin juga menyukai