Anda di halaman 1dari 1

DOA AWAL PAGI

(sebelum bertugas)

Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji dan puja selayaknya untuk MU Ya Allah, selawat dan salam atas
junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda serta para
sahabatnya.
Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan MU untuk kami meneruskan
perjuangan hidup pada hari ini, kami juga bersyukur kerana engkau
mengizinkan kami menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan
tugasan dan Amanah kami dengan jayanya pada hari ini.
Kurniakan kami kecintaan, keinginan untuk mendalami ilmu dengan penuh
iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang hari ini.
Ya Allah Ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kecekalan, ketabahan dalam
mempelajari ilmu agar kami menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Ya Allah, kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada guru SK Tebing Tinggi
dalam mendidik kami agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara.
Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan untuk kami, pertengahan keberkatan,
dan kesudahannya keampunan dariMu. Dan juga jadikanlah hari- hari yang
kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya keamanan dan
kesudahannya kecemerlangan.
Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam yang lalu dan jadikanlah
esok lebih baik daripada hari ini bagi kami.

Anda mungkin juga menyukai