Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 2

17 OKTOBER 2020 – 23 OKTOBER 2020

- Kami dipecahkan kepada beberapa team. Saya diletakkan dibawah


department pemasaran. Kami diberi tugasan untuk mencari dana atau pun
tajaan sekurangnya RM 10. ,000 untuk show pertama. Kami perlu membuat
kertas kerja penajaan. Setiap daripada kami telah diberikan tugasan masing-
masing. Diberitahu untuk bersedia dengan tarikh-tarikh persembahan yang
dirancang dan ditetapkan. Kami mula berbincang dan membuat perancangan.
Kami telah mengadakan meeting di Google Meet untuk program forum yang
akan dijalankan.

(MASALAH/CABARAN)

- Tidak pernah bekerja di bawah department penajaan sebelum ini dan tidak
pernah mempunyai pengalaman bekerja meguruskan hal penajaan..

(PENYELESAIAN)

- Saya mencari info tentang bagaimana untuk mengusahakan tugasan ini


dengan baik dan dan bertanya kepada beberapa orang rakan yang sudah
pernah bekerja dibawah deparment ini untuk mendapatkan tunjuk ajar. Saya
banyak bertanya kepada rakan sekerja dan berkongsi ilmu.

MINGGU 3

24 OKTOBER 2020 – 30 OKTOBER 2020

- Kami mula berbincang tentang banyak perkara seperti syarikat yang kami
sasarkan untuk memohon dana dan bagaimana untuk mencapai sasaran
dana yang diminta. Kami telah bertanya kepada rakan tentang bagaimana
untuk menghasilkan sebuah kertas kerja pemasaran yang bagus. Saya telah
berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pemasaran dan telah menghantar
kepada Head of Department saya untuk meminta pendapat tentang kertas
kerja yang telah saya lakukan. Untuk program forum saya bertanggungjawab
untuk mempromosikan forum tersebut di media sosial.

(MASALAH/CABARAN)

- Proses menyiapkan kertas kerja apabila saya menghadapi masalah komputer


riba rosak dan line yang agak perlahan di kawasan rumah. Cabaran apabila
ingin menarik perhatian orang untuk berminat menyaksikan forum.

(PENYELESAIAN)

- Saya menghasilkan kertas kerja itu dengan hanya menggunakan telefon


pintar sahaja. Saya juga perlu bergerak ke rumah kakak saya untuk
mendapatkan line supaya kertas kerja itu dapat diselesaikan dan seterusnya
was dihantar. Saya hantar poster forum ke semua group di Whatsapp dan
juga di Instagram dengan menghasilkan sebuah caption agar dapat menarik
perhatian orang ramai.

MINGGU 4

31 OKTOBER 2020 – 6 NOVEMBER 2020

- Kami mengadakan meeting di Google Meet bersama Sir Fairul bagi


membincangkan tentang forum. Kami diberitahu untuk mempromosikan forum
tersebut secara besar-besaran. Tentang sponsorship untuk show itu pula,
saya dan rakan satu team telah mendapat senarai nama syarikat yang
disasarkan dan seterusnya ingin menghantar kertas kerja kepada email
syarikat-syarikat tersebut. Kami telah mendapatkan tajaan berbentuk
makanan.

(MASALAH/CABARAN)

- Agak sukar untuk mendapatkan dana di musim covid ini. Kebanyakan yang
kami telah email kepada syarikat tidak dibalas.

(PENYELESAIAN)

- Kami perlu meminta update dari syarikat. Rakan saya bergerak terus ke
syarikat seperti restoran untuk meminta sponsor dan ianya berhasil untuk
terus mendapat jawapan samaada mereka bersetuju untuk memberi sponsor
atau tidak.

MINGGU 5

7 NOVEMBER 2020 – 13 NOVEMBER 2020

- Kami telah mendapatkan sponsor makanan dari beberapa kedai. Namun


sponsor yang kami minta untuk tshirt tidak dibalas. Kami tidak berhasil
mendapatkan sponsor berbentuk wang. Saya telah membuat buku progran
dan perlu meletakkan logo sponsor di dalam buku program. Saya mengambil
makanan sponsor dan bawa ke studio untuk penari dan juga krew.

(MASALAH/CABARAN)

- Penghasilan buku program yang amat mencabar apabila ia merupakan kali


pertama saya menghasilkan buku program dan apabila saya kehilangan file
document yang sudah lengkap dengan buku program. Perlu memastikan
kesemua sponsor makanan diberikan mencukupi.
(PENYELESAIAN )

- Saya buat semula di akhir waktu dengan menggunakan aplikasi yang agak
baru kepada saya. Membeli air redbull untuk para penari.

MINGGU 6

14 NOVEMBER 2020 – 20 NOVEMBER 2020

- Kami perlu mempromosikan Chapter-One kerana mempunyai target


penonton. Saya telah merakam video mereka ketika persembahan diadakan.
Hadir ke studio untuk sesi rehearsal untuk penari. Memastikan semua makan
sponsor mencukupi. Saya membawa kordial sirap dan buat di studio.

(MASALAH/CABARAN)

- Kedai makan yang seharusnya sponsor tidak dapat menyediakan makanan


kerana cuti. Dua kali cancel penari tiada makan untuk tengahari dan malam.

(PENYELESAIAN)

- Membeli nasi goreng untuk 15 pax di kedai makan. Dan juga membeli pizza
hut bagi memastikan keperluan makan penari mencukupi

MINGGU 7

21 NOVEMBER 2020 – 27 NOVEMBER 2020

- Sepanjang minggu ini saya ke latihan tarian piring untuk sebuah


pertandingan. Kami diberi steps yang sudah kami pelajari ketika di semester
dua. Latihan yang menyeronokkan kerana memberi semula peluang kepada
diri saya untuk melakukan sesuatu yang saya minati. Kami juga telah pergi ke
Setapak untuk mencari beberapa buah syarikat kecil untuk meminta dana dan
tajaan secara bersemuka.

(MASALAH/CABARAN)

- Berasa kekok ketika menari kerana sudah lama tidak menari. Agak sukar
untuk mengawal pernafasan ketika menari dan cepat berasa mengah. Saya
seorang sahaja perempuan, tenaga yang berbeza berbanding lelaki. Tiada
syarikat yang ingin memberi dana.
(PENYELESAIAN)

- Membuat latihan sendiri di rumah sehingga saya berasa selesa namun ianya
mengambil masa. Perlu belajar untuk mengawal pernafasan supaya tenaga
setanding dengan penari lelaki. Kami teruskan usaha mencari dana
menggunakan pelbagai cara.

MINGGU 8

5 DISEMBER 2020 – 11 DISEMBER

- Saya hadir ke sesi latihan dan saya membantu mereka untuk merakam video
mereka menari untuk latihan persembahan aswara. Suka melihat steps yang
diberikan kepada mereka itu kerana mereka dapat lakukan yang terbaik
walaupun ianya agak sukar untuk sama seperti koreografer.

(MASALAH/CABARAN)

- Hadir ke sesi latihan di malam hari kerana rumah saya yang agak jauh untuk
ke studio

(PENYELESAIAN)

- Perlu bergerak awal sejam sebelum latihan bermula kerana khuatir tidak
sampai tepat pada masa dan perlu ditemani bapa saya. Kerana selesai
latihan adalah dibelah malam.

Anda mungkin juga menyukai