Anda di halaman 1dari 8

FITRAH

(KASIH BAPA SEPANJANG JALAN, KASIH ANAK SEPANJANG PENGGALAN)

Diretor
Sabri Yunus

Scriptwriter
Lepat

Original Story by
Dato Saniboey Mohd Ismail

Razor's Edge Pictures


1st Draft - 17 Mar
2nd Draft - 18 Mar
3rd Draft - 22 Mar
4th Draft - 27 Mar
1 INT.RUMAH IBRAHIM - DAY 1

ISMAIL (30) mengangkat sebuah beg bagasi, melepasi bingkai


gambar lama (Ismail, Ibrahim dan Mak), menuju keluar.

2 EXT.RUMAH IBRAHIM - DAY 2

IBRAHIM (55) duduk di tangga rumah, menggulung rokok. Kereta


Ismail parkir dengan bonet terbuka, terisi beberapa beg.
RA’ALAH (27) sedang menunggu di dalam kereta.

Ismail jalan menuruni tangga, kemudian memasukkan beg bagasi


ke bonet kereta, lalu menutup bonet. Ismail berjalan ke
Ibrahim.

IBRAHIM
Ayah harap kamu dapat, apa yang
kamu cari dekat bandar sana. Dekat
kampung ni Ayah tak boleh nak bagi
apa-apa.

ISMAIL
Mael minta restu ya Yah?

Ismail menghulurkan tangan kepada Ibrahim, yang kemudian


disambut. Ismail mencium tangan Ibrahim. Lalu berjalan masuk
ke dalam kereta.

Kereta Ismail memandu keluar dari pekarangan rumah. Ismail


memandang ke cermin pandang belakang, Ibrahim masih di
tangga.

3 WORKING & TRANSACTION MONTAGE 3

A. INT.DEWAN/EVENT SPACE - DAY/NIGHT

Ismail sedang bekerja keras, mengangkat meja. Ra’alah pula


sedang memasang alas meja pada meja-meja yang tersusun.

ISMAIL (V.O.)
Aku berusaha sehabis baik, untuk
bina kerjaya ni.

B. GFX TRANSACTION

Via Bank Book

Ibrahim menerima kiriman duit daripada Ismail, sebanyak


RM500.

C. EXT.SAWAH PADI - DAY


2.

Ibrahim sedang menabur baja di bendangnya.

ISMAIL (V.O.)
Dan yang paling penting, untuk buat
Ayah bangga.

D. INT.DEWAN/EVENT SPACE - DAY/NIGHT

Ismail berdiri dengan berpakaian kemas, segak, sedang


mengarahkan beberapa pekerjanya, yang sedang mengangkat meja,
memasang pelamin, etc. Ra’alah menghampiri Ismail,
menunjukkan pelan majlis.

IBRAHIM (V.O.)
Sebagai Ayah, aku sentiasa gembira
melihat anak aku berjaya.

E. GFX TRANSACTION

Via Bank Book

Ibrahim menerima kiriman duit daripada Ismail, sebanyak


RM5000

IBRAHIM (V.O.)
Bukan nilai ni yang aku harapkan,
cukup hanya untuk dia sekeluarga
bahagia.

F. EXT.BANK RAKYAT - DAY

Ibrahim tiba di hadapan bank, disapa oleh KASIM (40),


pengurus bank, dengan mesra. Kasim menjemput Ibrahim masuk ke
dalam bank.

4 COVID MONTAGE 4

A. GFX

Seorang penyampai berita memberitahu sebuah penyakit baru


sedang merebak di seluruh dunia.

ISMAIL (V.O.)
Setiap yang naik itu, pasti ada
turunnya...

B. GFX TRANSACTION

Via Bank Rakyat Apps

Ibrahim menerima kiriman duit daripada Ismail, sebanyak RM900

C. GFX
3.

Potongan akhbar mengenai Covid-19

ISMAIL (V.O.)
...ramai yang terkesan dengan
berita ini...

D. GFX TRANSACTION

Via Bank Rakyat Apps

Ibrahim menerima kiriman duit daripada Ismail, sebanyak RM400

E. GFX

Potongan akhbar mengenai bagaimana Covid-19 merundumkan


banyak perniagaan.

ISMAIL (V.O.)
...aku tak terkecuali.

5 EXT.RUMAH ISMAIL - NIGHT 5

Establish rumah Ismail. Rumah teres sederhana. Sebuah kereta


parkir di sebelah motor penghantar makanan. Ada beberapa
kotak tersusun, dan juga barangan perniagaannya, seperti
meja, kerusi, khemah, barangan katering, etc.

6 INT.RUMAH ISMAIL - NIGHT 6

Di meja makan, Ra’alah mengemas meja, mengangkat pinggan-


pinggan selepas habis makan. Ismail melihat ke skrin telefon,
akaun banknya yang berbaki RM500.

7 INT.RUMAH IBRAHIM - NIGHT 7

Ibrahim sedang duduk di ruang tamu, menerima notifikasi di


telefon menerima duit kiriman daripada Ismail, sebanyak
RM250.

8 INT.RUMAH ISMAIL - NIGHT 8

Ismail menerima panggilan daripada Ibrahim, dia berat untuk


menjawab.

IBRAHIM (O.S.)
Mael, kamu balik lah bulan puasa
ni. Berpuasa di kampung.

Ismail diam, berfikir.


4.

9 EXT.RUMAH IBRAHIM - DAY 9

Kereta Ismail parkir di pekarangan rumah. Ismail mendukung


Sarah keluar dari kereta, dibawa ke Ibrahim, yang menunggu di
tangga. Ibrahim mengambil Sarah dari dukungan Ismail,
kelihatan sangat gembira dan mesra, mengusap kepala Sarah.

10 EXT.RUMAH IBRAHIM - NIGHT 10

Ra’alah di dalam rumah sedang mengemas selepas berbuka


puasa.Ibrahim duduk di beranda rumah, menggulung rokok, di
hadapannya secawan kopi bersama biskut jagung. Ismail keluar
dari rumah, lalu duduk berdekatan dengan Ibrahim.

IBRAHIM
Dalam hidup ni, tak semua yang baik
tu jelas, dan tak semua yang buruk
tu nampak.
(beat)
Ada masa, yang kita rasa buruk,
tapi sebenarnya ada baiknya juga.

Ra’alah duduk di tepi pintu, mencuri dengar perbualan antara


Ibrahim dan Ismail di beranda.

Ismail seakan mahu bercakap sesuatu kepada Ibrahim.

IBRAHIM (CONT'D)
Kamu tak payah beritahu Ayah. Dari
tengok muka kamu, duit yang kamu
kirimkan tu, Ayah tahu.

Ismail terkejut mendengar kenyataan Ibrahim. Ismail menekup


mukanya, menahan rasa sedih.

Ibrahim bangun, menghampiri Ismail, lalu menepuk bahunya


perlahan. Lalu dia berjalan masuk ke dalam rumah, melihat
Ra’alah duduk di tepi pintu. Ibrahim terus masuk ke dalam.

11 INT.RUMAH IBRAHIM - NIGHT 11

SAHUR

Ibrahim, Ismail dan Ra’alah, serta Sarah yang baring di


sebelahnya, sedang bersahur bersama.

Azan Subuh berkumandang.


5.

12 EXT.JALANRAYA - DAWN 12

Ibrahim menunggang motorsikal, sambil Ismail membonceng di


belakang.

13 INT.SURAU - DAWN 13

Ibrahim, Ismail dan beberapa jemaah sedang solat subuh.

14 EXT.BANK RAKYAT - DAY 14

Ismail menunggang motorsikal, Ibrahim pula membonceng di


belakang, melepasi Bank Rakyat, di mana Kasim menyapa
Ibrahim.

15 EXT.SAWAH PADI - DAY 15

Motorsikal lalu di hadapan beberapa bidang sawah. Ibrahim


menepuk bahu Ismail.

IBRAHIM
Berhenti.

Ismail memberhentikan motorsikal dan Ibrahim turun lalu


berjalan masuk ke laluan di antara sawah. Ismail masih
terpingga.

IBRAHIM (CONT'D)
Jom, ikut.

Ismail menolak motorsikal melalui laluan di antara sawah


padi.

IBRAHIM (CONT'D)
Tinggalkan je motor tu.

Ibrahim berhenti di pangkin bawah pokok, lalu menukar kainnya


dengan seluar yang sudah tersiap. Kemudian Ibrahim masuk ke
dalam sawah, memeriksa keadaan padi-padinya.

Ismail tiba di pangkin, melihat Ibrahim yang di dalam sawah.

IBRAHIM (CONT'D)
Kamu tercegat dekat situ, kenapa?
Dah tak reti nak masuk sawah?

Ismail melipat seluarnya, lalu dia masuk ke dalam sawah,


berjalan menghampiri Ibrahim.
6.

IBRAHIM (CONT'D)
Dulu, tanah kecil ni je kita punya.
(beat)
Kamu nampak tanah depan sana?

Ismail angguk.

IBRAHIM (CONT'D)
Itu atas nama Sarah.

Ismail terkejut, tidak faham dengan kenyataan Ibrahim.

IBRAHIM (CONT'D)
Yang sebelah tanah tu, atas nama
Ra’alah.
(beat)
Yang belakang ni semua, atas nama
kau.

Ismail memandang ke semua bendang ditunjuk, masih lagi


keliru.

16 INT.PEJABAT KASIM - DAY 16

Ibrahim menandatangan kontrak, lalu menolak kertas kepada


Kasim untuk diperiksa. Selepas itu, Kasim bangun dan menjabat
tangan Ibrahim.

15A EXT.SAWAH PADI - DAY 15A

Ismail yang masih terkejut.

IBRAHIM
Ayah tak tahu buat benda lain, ni
je lah punca rezeki Ayah.

Ismail memandang tekun ke arah Ibrahim.

IBRAHIM (CONT'D)
Seorang ayah tu, bekerja, bukan
sebab diri dia sendiri pun. Dia
bekerja untuk anak dia.
(beat)
Cukup tengok anak dia senyum,
hilang penat ayah tu.
(beat)
Dah sampai masanya Ayah serahkan ni
semua, untuk kau usahakan.

Ismail terus memeluk erat Ibrahim. Berterima kasih, serta


bersyukur.
7.

17 EXT.RUMAH IBRAHIM - NIGHT 17

Takbir raya.

Ismail berdiri di beranda rumah, melihat kanak-kanak sedang


bermain bunga api. Ibrahim datang menghampirinya.

ISMAIL (V.O.)
Kini aku faham maksud Ayah, setiap
apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

Sarah keluar ke beranda, dan memeluk Ismail. Ra’alah berdiri


di daun pintu, melihat mereka di luar. Ismail mendukung
Sarah.

ISMAIL (V.O.)
Adakalanya kita kena sabar untuk
melihat hasilnya.

Ismail berjalan masuk, sambil mendukung Sarah, diikuti


Ibrahim dari belakang.

GFX TEXT - Bank Rakyat Mengucapkan Selamat Hari Raya


Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai