Anda di halaman 1dari 40

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 1

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM
arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC1.INT.KERETAPI.PAGI
Watak: DELILAH (masa kini)

DELILAH cari tempat duduknya. Dapat tempat duduk


tepi tingkap. Dia selesakan diri. Menunggu keretapi
bergerak. Dia lihat telefon bimbit, ada foto dia
bersama ALI (gembira mereka dalam foto).

DELILAH mengeluh dan simpan telefon. Wajahnya


sedih, dia tahan supaya tidak menangis.

DELILAH (V.O)
Januari, bulan yang selalu bawa
suatu rasa yang tidak kesampaian.
Perasaan mencari setia yang tiada
hujungnya. Perjalanan ini mencari
hafsaku yang bererti bulanku.
Mencari bulanku yang setia.

Keretapi hendak bergerak. DELILAH melihat arah


tingkap.

FADE OUT:

SC2.EXT.JALAN KE RUMAH KG DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH(19 tahun), AHMAD(ayah delilah)

DELILAH tarik beg pakaian dari jalan menuju depan


pagar rumah kampungnya. AYAH yang angkat barang nak
simpan di luar, nampak anaknya balik, terus dia
melaung panggil.

DELILAH gembira, jalan lagi laju, tarik beg baju.


Terus salam dan peluk ayah.

AHMAD
Macam mana tiba tiba je sampai
ni? Mak tahu tak?

DELILAH
Tahulah. Saja tak bagi mak cakap
kat ayah. Suka tengok ayah
terkejut macam nilah.

AHMAD
2
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Macam tu pulak? Kalau cakap awal,


ayah boleh datang ambil kat
pekan.

DELILAH
Tak payah. Lilah dah besarlah.
Tak payah berambik berhantar.

AHMAD
Yalah.. Meh! Masuk..

DELILAH
Mak mana?

AHMAD
Rumah Mak Som tu..menolong Mak
Som ada kenduri sikit. Sheikh Pak
Abbas tu akhirnya dah dapat
kerakyatan minggu lepas.

DELILAH
Wahh! Alhamdulillah..

DELILAH cepat cepat bawa masuk barang dulu.

CUT TO:

SC3.EXT.RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: DELILAH, MAK SOM

DELILAH nak curi curi masuk rumah. Dia nampak baru


persediaan mahu terima tamu serba sederhana tapi
menyelesakan suasananya.

MAK SOM
Dah sampai pun anak dara orang
sebelah ni!

DELILAH
Mak Som! Baru nak buat kejutan!

DELILAH salam. DELILAH senang dengan MAK SOM. MAK


SOM sangat gembira. Masih tak lepas tangannya
memegang bahu DELILAH. Ceria MAK SOM.
3
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

,
MAK SOM
Jadi apa khabar?

DELILAH
Alhamdulillah.

MAK SOM
Dari KL ke kampung, tak penat pun
naik keretapi kan? Meh masuk
masuk.

CUT TO:

SC4.INT.RUANG TAMU RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: DELILAH, MAK SOM, FARIDAH(mak delilah),
SUFIAH, ALI(24)

DELILAH masuk menuruti MAK SOM, nampak FARIDAH


sedang bentang seperah. Ada piring piring kecil
gulai dalam talam tidak jauh dari FARIDAH. DELILAH
hampiri maknya.

DELILAH
Mak..

FARIDAH
Laila?! Bila sampai?

DELILAH
Baru je tadi.

DELILAH terus saja peluk dan cium tangan MAK.


DELILAH tolong mak susun pinggan gulai dan mangkuk
nasi dihidang atas seperah.

DELILAH
Siapa nak makan ni mak?

FARIDAH
Kitalah..

DELILAH
4
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Kalau kita jee, buat nasi


kandar jadilah. Apa yang teruk
bebenor, siap nak bentang
seperah bagai!

FARIDAH sengeh. Terdengar suara MAK SOM ketawa depan


pintu rumah.

DELILAH duduk depan lauk yang dah terhidang, tapi


mata masih memandang arah MAK SOM. Nampak MAK SOM
pegang ke dua tangan seorang wanita gaya anggun datin
(SUFIAH).

DELILAH tak kenal dan dia tak ambil kisah pun.


Matanya terpandang lauk masak lemak daging salai,
ulam pegaga, kacang botol, sambal belacan, ikan masin
ada depannya. Dia lapar. DELILAH ambil pinggan dan
cedok nasi.

FARIDAH cuit dari belakang.

FARIDAH
Hoiii.. anak dara! Cer sabor
sikit. Tunggu le orang lain.
Tadi bukan main cakap nak buat
nasi kandor, ni orang dah
hidang, pandai pulak buka sila
ya… Kejap, ajak kakak Mak Som tu
makan sekali.

DELILAH pandang semula arah wanita gaya datin itu.


FARIDAH pergi ke arah MAK SOM dan mereka pula
sambung berbual.

DELILAH mengeluh sorang masih mengadap makanan.


DELILAH dah lapar sangat. Dia terus bubuh lauk dan
makan.

MAK SOM
Amboi! Sedap pulun nasi, sampai
tak sempat nak ngajak orang.

DELILAH sedang mengunyah makan, dia pandang arah


MAK SOM, tergamam sebentar apabila nampak pemuda
hampir sebayanya (ALI) berdiri belakang MAK SOM
sambil senyum senyum.
5
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

MAK duduk sebelah DELILAH sempat cubit sikit peha


DELILAH.

FARIDAH
Anak dara buruk kelakuuu..

DELILAH tersedak sedak sehingga nak tercekik. Cepat


cepat dia minum air. Yang lain ketawa ketawa kecil
termasuk SUFIAH. Malunya DELILAH.

.
CUT TO:

SC5.INT.DAPUR RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: DELILAH, KAK DAYANA, ALI

DELILAH bawa pinggan nasinya ke dapur. Meluru laju ke


sinki masih dengan perasaan malu apa jadi tadi. Dia
basuh pinggan. Masih dengar suara ketawa mereka.

KAK DAYANA bawa pinggan lain sebelah DELILAH.

KAK DAYANA
Takpe tinggal situ je, nanti akak
basuh.

DELILAH
Takpe, memang nak tolong..

KAK DAYANA
Mak suruh tolonglah ni ya?

DELILAH sengeh. DELILAH sambung basuh pinggan lain.


DELILAH tengok KAK DAYANA buat kerja cekap cepat.

KAK DAYANA
Kalau bandar semua katering. Sini
takde nak bayar orang basuhkan
pinggan, bayar orang masak.

DELILAH
Tulah.. mak bebel tadi bila Lilah
6
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

tanya takde katering ke? Mak kata


takde semangat ukhwah dan
persaudaraannya. Tak ada sesi
gelak gelak macam Lilah kena
tadilah..

KAK DAYANA
Macam kita gelak nilah, kan?

Mereka sama gelak.

ALI(O.S)
Pinggan ni nak letak mana?

DELILAH dan KAK DAYANA sama sama terdiam,sama sama


toleh. ALI senyum berdiri belakang mereka sambil
pegang pinggannya dan nak basuh tangan.
Mata DELILAH bertentangan dengan mata ALI. Kelu kaku
DELILAH.
KAK DAYANA lihat awkward suasana sepi, dia terus
ambil pinggan dari ALI.

KAK DAYANA
Bagi pada akak.

DELILAH mengadap sinki semula, tangan ALI yang


kotor sampai di sinki. ALI senyum pada DELILAH. Dia
nak basuh tangan. DELILAH segan nak pandang lagi.
Dia terus tunduk diam kaku di situ.

ALI beredar ucap terima kasih. KAK DAYANA ketawa


nakal.

KAK DAYANA
Amboi! Macam dilanda geroda kan?
Senyap sunyi alam iniiii!

Seronok KAK DAYANA menyakat. DELILAH masih diam


malunya tebal lagi.

CUT TO:

SC6.INT.RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: MAK SOM, DELILAH, SUFIAH, FARIDAH, KAK JUN
(kakak delilah)
7
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

DELILAH kemas di ruang makan kutip sisa sisa nasi


tumpah di lantai, sambil curi curi dengar MAK SOM
bercerita pada FARIDAH & SUFIAH.
KAK JUN datang tolong DELILAH kemas.

SUFIAH
Ali sedang menuntut dalam tahun
pertama Fakulti Perubatan di
University of Nottingham.

MAK SOM
Samalah dengan si Lilah ni.
Insyaa Allah jika tak ada aral,
pertengahan tahun ni, terbanglah
dia ke universiti yang sama, kan
Lilah? Lilah pun Nottingham kan?

DELILAH tersentak bila namanya disebut. Dia


terpinga-pinga, tapi MAK SOM ambil itu sebagai
jawapan iya dari DELILAH.

MAK SOM
Bidang apa dia ambil?

FARIDAH
Jabatan Budaya, Filem dan Media,
Fakulti Seni.

MAK SOM
Haaa. Betul. Lilah ni cita
citanya besar. Nak teroka dunia!

DELILAH jadi tak tentu arah, segan. FARIDAH angguk


angguk dengan cakap MAK SOM.

SUFIAH
Sama belajar nanti di Nottingham,
carilah anak Mak Ngah ni. Buat
kawan dengan si Ali. Duduk jauh
dari mak bapak, kenalah pandai
berkawan.
Lilah, marilah duduk sini, kenal
kenal dengan Ali. Nanti senang
bila jumpa di sana.
Bila Lilah pergi sana?
8
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

DELILAH masih gelabah, sampai lupa nak jawab.

MAK SOM
Eh! Budak ni.. malu malu pulak.

DELILAH perlahan lahan bangun apabila yang lain


saling berbual. DELILAH nak ke dapur, namanya
dipanggil perlahan. DELILAH toleh, ALI sudah ada
belakangnya dan hulur kertas tisu merah.

ALI
Kalau ke Nottingham nanti, cari
saya ya.

DELILAH tergamam lagi. ALI senyum dan sebelum


beredar, dia beri tisu merah. Semasa ini, KAK JUN
masih mengemas dan dia nampak DELILAH dengan ALI.

ALI beredar, baru LILAH baca apa yang ditulis atas


tisu. Dakwatnya sudah kembang tapi masih boleh
dibaca. Ada tertulis nama ALI. alamat, emel dan
nombor telefon di Nottingham. Siap ada ditulis di
kertas yang sama, dia pelajar tahun satu fakulti
perubatan.

.
CUT TO:

SC7.EXT.RUMAH MAKSOM. PETANG


Watak: KAK JUN, DELILAH, MAK SOM,FARIDAH,SUFIAH

ALI salam semua. DELILAH baru tiba di muka pintu


curi curi tengok. KAK JUN yang ada sebelah FARIDAH,
asyik jeling pandang pada DELILAH. DELILAH malas
nak layan usikan kakaknya itu. DELILAH tak bagi
terlalu nampak sangat, tapi masa tu ALI terpandang
DELILAH. DELILAH jadi serba salah tak tahu nak
pandang mana.

ALI
Jumpa di Nottingham, Lilah!

DELILAH dan semua terkejut dan pandang DELILAH.


Lagilah DELILAH malu. ALI ketawa saja lihat muka
DELILAH dah semakin merah.
9
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

MAK SOM yang terlebih seronok. FARIDAH hanya senyum


dan pandang DELILAH. DELILAH segera masuk dalam
rumah.

CUT TO:

SC8.INT.BILIK DELILAH (RUMAH AHMAD).MALAM


Watak: DELILAH

Resah tidur DELILAH. Dia dah baring, tapi bangun


dan cari kertas tisu merah yang ALI beri. Dia baca
semula apa yang ALI tulis.

DELILAH baru teringat untuk salin. Dia salin di


handphonenya, tapi kertas tisu merah tak dibuang.
Dia simpan dalam buku catatan hariannya.

Cermat disimpan. DELILAH duduk terbayang bayang


wajah ALI semasa di rumah MAK SOM tadi.

Kita tinggalkan DELILAH berangan seorang diri.

CUT TO:
.

SC9.INT.BILIK ALI(RUMAH SAID NURSI).MALAM


Watak: ALI

ALI juga sedang duduk menung sendiri dan teringat


muka panik DELILAH dan senyum malu malu DELILAH
tadi.

Telefon ALI ada mesej masuk. ALI buka.

Teks:

WAIRAH : ​Hai buat apa tu? Kat mana?


10
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

ALI fikir seketika nak jawab atau tidak , tapi dia


jawab juga.

ALI : Rumah ibu. Cuti kat sini.

WAIRAH : Tak bosan ke?

ALI send emoticon ketawa saja. ALI letak telefon


tepi dan baring.

CUT TO:

SC10.INT.KERETAPI.PAGI
Watak: DELILAH (masa kini)

DELILAH masih dalam keretapi. Dia terkenang dan


senyum sendiri. Air mata yang bergenang segera
dikesatnya.

Dia cuba untuk tidur, betulkan duduknya.

DELILAH(V.O)
Mengapalah kenangan yang manis
tak pernah boleh kekal manis
sehingga hari ini? Kenapa
kenangan itu tidak boleh diulang
ulang supaya tidak ada yang pahit
datang..Aku perlu kuat. Terus
kuat!

DISSOLVE TO FLASHBACK:

SC11.INT.KAFE DI KL.SIANG
Watak: ALI(24), WAIRAH, SAIFUL(teman lelaki
wairah), AZMI(kawan ALI)

FLASHBACK SEMULA.
11
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

ALI, AZMI, WAIRAH, SAIFUL sedang rancak berbual dan


ketawa. ALI senyum saja tapi banyak kali kepalanya
melayang memikir hal lain. Dia seperti tidak ada di
situ. WAIRAH nampak perbezaan ALI itu.

WAIRAH
Ali! Jauhnya melayang kepala tu.
Kau senyum sebab AZMI cerita
lawak tadi ke atau kau senyum
benda lain ni?

AZMI
Macam nilah dia sejak balik dari
kampung. Aku tak tahu entah
bidadari, puteri bunian mana dia
jumpa kot. Senyum senyum macam
nilah dia.

SAIFUL
Sayang, kalau saya takde lama,
sayang senyum senyum macam ni
jugak sebab ingat kat saya tak?

WAIRAH
Memang taklah..

AZMI gelakkan SAIFUL. ALI senyum saja. WAIRAH tak


puas hati sebab ALI macam itu.

WAIRAH
Apa yang jadi kat kampung hari
tu, Ali? Jumpa awek baru?

AZMI
Nampak tak? Dia takkan cakap.
Ali, aku rasa baik kau balik
kampung, selesaikan hal senyum
kau ni sebelum kita balik UK.
Kalau tak, susah kau nak sambung
belajar ni.

ALI pandang AZMI dan terus angguk. Dia bangun,


keluarkan duit, bagi kat AZMI suruh bayar. ALI
beredar. Kawan kawan terkejut.

SAIFUL
Wow! Memang sah angau ni.
12
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

AZMI
Kannn? Tak pernah Ali macam ni.

WAIRAH lagilah tak puas hati dengar semua tu tapi


dia diamkan.

CUT TO:

SC12.EXT.KAWASAN KAMPUNG.PETANG
Watak: ALI, AHMAD

ALI memandu, nampak HJ AHMAD baru nak naik motor di


tepi jalan. ALI berhenti tepi, keluar beri salam.

AHMAD
Ali? Baru sampai ke ni?

ALI
Ya, masih cuti, saja teringat nak
temankan Mak Som. Nanti dah balik
UK, lama tak dapat jumpa dia.

AHMAD
Bagus kamu fikirkan semua tu.
Orang muda sekarang mana kisah
perasaan mak ngah ke, mak lang
ke, mak long ke.

ALI ketawa dan faham.

AHMAD
Nanti datanglah rumah, ya.

ALI
Mesti! Maksud saya insyaa Allah..
insyaa Allah.. saya balik dulu
ya, assalamualaikum.

AHMAD
Waalaikumsalam.

ALI tersasul jawab tadi, segera dia masuk dalam


kereta.AHMAD geli hati tengok keletah ALI.

CUT TO:
13
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC13.INT.RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: MAK SOM, ALI

MAK SOM seronok ALI ada depan mata dia. Dia nak
bawak beg ALI ke bilik, tapi ALI ambil bawa
sendiri.

MAK SOM
Budak bertuah ini. Ibu dia pun
tak telefon beritahu nak datang.
A duhaii.. Seronok Mak Som..
Ingatkan masa kenduri tu jelah
dapat jumpa.

ALI
Mak Som lah salah. Masak sedap
sedap. Ali asyik mimpi mimpi je.
Ibu kata, kalau nak puas makan
sebelum balik UK, pergilah balik
sini.

MAK SOM
So sweettt kata orang putihlah
kan. Pergi simpan beg, kemas apa
patut dulu. Mak Som masak makan
malam ya. Ni Pak Abbas tak balik
lagi. kalau dia tahu kamu ada ni,
heboh dia suruh masak itu ini
jugak.

ALI
Malam ni nak gulai ayam! Sambal
belacan pedas melampau, dengan
sambal ikan bilis petai!

MAK SOM
Siap!

ALI seronok.MAK SOM teruja ke dapur nak masak.

CUT TO:
14
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC14.EXT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: FARIDAH, AHMAD

AHMAD baru sampai. Ada setandan pisang dibawa


balik. FARIDAH keluar dari pintu depan.

FARIDAH
Siapa bagi ni bang? Beli ke?

AHMAD
Jumpa Mail tadi. Dia bagi je.
Boleh buat pengat pisang ni.
Tekak terasa nak makan manis
manis.

FARIDAH
Ada ada je awak tu. Boleh je saya
buat. Lilah pun suka pengat
pisang. Boleh bagi Som sikit.

AHMAD
Ha ah bagi lebih pun takpe. Ali
ada tu.

FARIDAH
Ali? Anak buah dia tu? Mana abang
tahu?

AHMAD
Tadi terjumpa dia. Ingat si Som
dah beritahu awak. Korang kan
berita pantas lagi laju dari
internet.
FARIDAH
Wahhh. Ada yang seronok lepas ni,
hilang monyok.

AHMAD
Monyok? Siapa?

FARIDAH
Anak kesayangan abang tulahhh!

FARIDAH bawak masuk pisang ke dalam rumah. AHMAD


senyum saja dengar cakap isterinya itu.

CUT TO:
15
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC15.EXT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: ALI, DELILAH

ALI jalan kaki ikut jalan depan sambil bawa mangkuk


tingkat. ALI masuk ke halaman rumah, dia nampak
DELILAH sedang alihkan kayu kayu ranting yang ada
di tepi luar dapur. ALI perhati DELILAH yang kuat
angkat kayu letak di satu tempat untuk dibuang.

DELILAH terasa dia sedang diperhatikan. Dia


pandang, terkejut tergamam lihat ALI dengan mangkuk
tingkat memandangnya.

ALI hampiri DELILAH. DELILAH nak lari masuk ikut


pintu dapur tapi ALI cepat cepat halang, suruh
tunggu. ALI hulur mangkuk tingkat.

ALI
Mak Som suruh bagi. Lauk dia
masak lebih. Jangan lari dulu.
Ambil ni.

DELILAH jadi segan. Dia hampiri ALI, dan ambil


mangkuk tingkat.

DELILAH
Terima kasih..

ALI
Sedapnya suara. Susah nak dengar
suara Delilah. Delilah.. Delilah.

DELILAH
Ya.. ya..

ALI
Abang suka sebut nama Delilah.
Indah. Maaf abang cakap macam ni,
tak manis kan..

DELILAH
Manis..
16
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

ALI
Manis?

DELILAH
Eh! Tak.. ya.. bye.

DELILAH terus masuk ke dapur rumah. ALI gembira


puas hati dapat jumpa. ALI balik seronok sendiri.

CUT TO:

SC16.EXT.KAWASAN KAMPUNG(jalan ke jambatan).PETANG


Watak: DELILAH, KAK JUN. ALI, dua orang kampung

DELILAH jalan kaki dengan KAK JUN. Mereka beli


barang di kedai runcit. DELILAH jalan senyum tak
berhenti. KAK JUN menyampah tengok.

KAK JUN
Udah ler senyum tu. Penat aihh
tengok. Tadi masa Ali datang
rumah, ada tanya kenapa dia balik
sini lagi?

DELILAH
Malulah nak tanya. Tadi pun dah
panik tetiba dia terpacul depan
mata.

KAK JUN
Termakbullah doa nak jumpa lagi
kan? Akak rasa dia balik sebab
nak jumpa kau tu. Tapi kau jangan
nak mengenyam pulak.

DELILAH
Mana ada.. Dia tak balik sebab
Lilah lah! Dia nak teman Mak Som
sebelum balik UK.

KAK JUN
Tu ayat selamat dia, namanya!
17
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Mereka tiba di laluan jambatan. Ada sungai di


bawahnya. ALI ada situ sedang pancing ikan di tepi
jambatan. Mereka dengar suara ALI seronok dapat
tangkat ikan.

Dua orang kampung yang sedang pancing juga tak jauh


dari ALI, ikut layan seronok sama.

KAK JUN dan DELILAH tak sangka ALI ada situ. ALI
nampak mereka. Dia terus lambai panggil. KAK JUN
tarik tangan DELILAH, pergi arah ALI.

KAK JUN
Ali! Tak sangka jumpa sini. Suka
memancing ya?

ALI
Suka jugak. selalu pergi dengan
kawan kawan.

KAK JUN
Ohhhh patutlah sampai adik akak
pun terpancing sama.

DELILAH
Kak Jun!

ALI ketawa. Dia hulur bekas yang ada ikan yang dia
dapat pancing. Ada 5 ekor.

ALI
Ambillah. Saya pancing saja suka
suka je.

KAK JUN
Betul ke? Wahh Lilah pandai masak
sambal goreng ikan. Nanti Lilah
boleh masakkan ni.

ALI
Bagus sangatlah tu. saya memang
suka makanan sambal sambal ni.

DELILAH malu tapi suka. ALI senyum pandang DELILAH.

CUT TO:
18
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC17.EXT.MONTAJ
Watak: DELILAH,ALI

Suasana ceria.

17.1 RUMAH KAMPUNG DELILAH

ALI beberapa kali lain lain pakaiannya (tanda


berhari hari) dia depan pintu rumah hantar mangkuk
tingkat atau tupperware lauk. DELILAH juga hari ke
hari segera keluar rumah ambil dari ALI. Borak
sikit sikit, lepas tu DELILAH masuk dalam rumah,
ALI bye bye. Seronok sendiri.

17.2 JALAN KAMPUNG

ALI seronok berangan sendiri. Terjumpa DELILAH yang


jalan arah bertentangan. Dua dua jadi malu. ALI
hampiri DELILAH dan teman jalan bersama, tapi ada
jarak jalan mereka tu.

17.3 RUMAH MAK SOM

DAPUR. MAK SOM buka tupperware ada bubur, dia bau


macam nak basi, tapi tak sempat nak buang, ALI ke
dapur, nampak saja tupperware, dia ambil dan terus
keluar. MAK SOM panggil tapi ALI tak dengar. MAK
SOM tepuk dahi dan gelak sendiri.

17.4 EXT .RUMAH KAMPUNG DELILAH

DELILAH terima tupperware ada bubur tu. ALI


seronok. DELILAH bau pelik, dia buka penutup dan
terus bau basi. ALI sendiri terkejut bau macam tu.
DELILAH kata basi. ALI terkejut.minta maaf ambil
balik dan bye bye, dia balik ke rumah MAK SOM.
DELILAH ketawa lihat gelagat ALI.

DISSOLVE TO:

.
19
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC18.INT.RUMAH MAK SOM.PAGI


Watak: MAK SOM, FARIDAH

MAK SOM dan FARIDAH di dapur, sama sama ketawa geli


hati bila cerita pasal ALI dan DELILAH.

MAK SOM
Kita ni tak sempat nak cakap apa.
Dia terus ambil bawak ke rumah
kamu Idah. Bubur tu dah basi. Aku
nak buang.

FARIDAH
Apa kena dengan si Ali tu? Tak
pernah orang lelaki rajin benor
menghantar lauk ke rumah orang.

MAK SOM
Rumah kamu je sebab ada bunga
mekar yang dia ngidamkan.

FARIDAH
Aduhai, macam macam bebudak ni.
Ni dia dah balik KL ya.

MAK SOM
Ha ah. Ada hal katanya. Tapi
kalau ikut firasat aku lah..
sampai balik budak tu kat sini
nanti. Tadi pun ibu dia telefon,
dok kata ALI tu macam mamai je.
Angaulah tu.

Tak habis gelak lagi.

CUT TO:

SC19.EXT.BANDAR.MALAM
Watak: ALI, WAIRAH, AZMI, SAIFUL(​boyfriend wairah)

Mereka jalan di kawasan bandar tapi ALI leka


bermesej mesej dengan DELILAH. WAIRAH jadi rimas
sebab ALI tak kisahkan dia pun.
20
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

AZMI
Kawan kita ni dah parah namanya.
Penyakit Angau tahap 18 ni.

WAIRAH
Taklah. Sekenal aku, bff aku ni
tak mudah nak suka perempuan.
Takkan kau tak tahu, AZMI?

SAIFUL
Ya ke? Kadang orang lelaki ni
dorang tak tunjuk,sayang.

WAIRAH
Aku tahulah Ali ni. Susah
perempuan nak dapatkan dia.
Cerewet.

ALI gelak saja dengar kawan kawannya cakap.

SAIFUL
Aku rasa lelaki macam Ali, dia
akan pilih perempuan yang kita
tak sangka dia akan pilih.
Citarasa dia takkan sama macam
biasa biasa.

ALI
Wow! Pandainya kau nilai.

SAIFUL
Betul kan aku cakap? Haa kann.

WAIRAH
Betul ke Ali?

AZMI
Mungkin. Orang kata bila sampai
seru jodoh tu, kita tak sangka
siapa pasangan yang akan kita
kahwin. Kau nak kahwin dah ke
Ali?

WAIRAH
Mana ada! Ali! Kau nak kahwin
ke?
21
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SAIFUL pelik sebab WAIRAH tegas dan marah. ALI


sendiri terkejut tapi dia tak jawab soalan itu.

DISSOLVE TO:

SC20.INT. RUMAH AHMAD.SIANG


Watak: AHMAD, FARIDAH, MAK SOM, SUFIAH,SAID NURSI

TEKS: ​beberapa hari kemudian..

SUFIAH,SAID NURSI, MAK SOM, datang jumpa AHMAD dan


FARIDAH.
MAK SOM
Kami datang bawa hajat, besar
hajatnya.
AHMAD
Wahh.. tak disangka sangka ya.
Apakah hajatnya tu?

SUFIAH
Abang, cakaplah. Nak pantun kan?

FARIDAH
Amboi siap menjual pantun? Kita
ni tak siap sedialah pulak, bang?

AHMAD pun iyakan.


.

.
SAID NURSI
Tak apa. Saya jual lah ya.

Kapal belayar dari Jeddah,


Hendak menuju negeri China,
Siang malam berhati gundah,
Hendak memetik setangkai bunga.

Sebagai ayah kepada yang


berhasrat meminta, kami datang ke
mari, harap dapatlah tertunai
hajatnya ini.
22
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

AHMAD
Kena pantun jugaklah kita
menjawabnya ya?

MAK SOM
Mestilah jawab..

AHMAD
Saya taklah pandai. Saya cubalah
ya.
Bulan purnama terang bersinar,
Bawa seri taman di raja,
Bunga di rumah sudah pun mekar,
Belum lagi siapa pun punya.

Semua raikan pantun berbalas. Suasana meriah dan


mereka terus sambung berbincang.

DISSOLVE TO:

SC21.INT.DAPUR RUMAH AHMAD.SIANG


Watak: DELILAH, KAK JUN

DELILAH berdebar tunggu di dapur. KAK JUN masuk.


DELILAH senyum kepada kakaknya tapi wajah KAK JUN
serius saja.

.
DELILAH
Kenapa kak?

KAK JUN
Betul ke dorang tu merisik
wakilkan Ali?

DELILAH
Yalah, kan ibu dengan ayah dia
pun datang tu.

KAK JUN
Laila setuju semua ni? Tak rasa
macam cepat ke? Tak kenal betul
pun Ali tu.
23
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

KAK JUN ambil kain lap dan keluar ke ruang tamu.


DELILAH hairan kenapa kakaknya seperti tak setuju
pula.

CUT TO:

SC22.INT. RUMAH AHMAD.SIANG


Watak: DELILAH, MAK SOM, KAK JUN

DELILAH intai ke ruang tamu, lihat dah tak ada


keluarga ALI. MAK SOM tiba tiba muncul sebelahnya.
Terkejut DELILAH.

KAK JUN ada tidak jauh dari situ, lap meja makan.
MAK SOM gembira sangat, dia cium dahi DELILAH.

MAK SOM
Alhamdulillah semua selesai.
Terima kasih sebab terima anak
buah Mak Som tu. Dari dulu memang
Mak Som harapkan dia cari jodoh
sekitar sini jugak. Tak nak kalau
dia nikah dengan orang putih ka
orang kelabu ka.. nasib baiklah
jodohnya kuat dengan Lilah.

DELILAH terharu, dia salam MAK SOM. KAK JUN depan


MAK SOM dia senyum, tapi bila MAK SOM dah beredar,
wajahnya masam semula.
DELILAH diamkan saja dulu.

CUT TO:

SC23.INT.RUMAH MAK SOM.SIANG


Watak: ALI, SAID NURSI

ALI resah menunggu rombongan merisiknya pulang.


Dari jauh dia nampak ayahnya balik sorang.

ALI segera buka pintu rumah. Dia pandang ayahnya.


24
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SAID NURSI
Alhamdulillah mereka setuju.
Delilah juga setuju.

ALI
Alhamdulillah.. mana ibu dengan
Mak Som.

SAID NURSI
Ada depan sana. Borak tak habis
habis lagi. Padahal rumah sebelah
tiap hari jumpa tu. Nanti kamu
pun kena faham orang perempuan
punya cerita, tak pernah pendek.
Selalunya, mesti panjang.

ALI ketawa. ALI gembira.

CUT TO:

SC24.INT. RUMAH AHMAD.MALAM


Watak: DELILAH, KAK JUN, FARIDAH

KAK JUN duduk berbual dengan FARIDAH. DELILAH dari


dapur bawa buah mangga yang dia dah potong. Dia
lihat KAK JUN terus diam tak bercakap dengan mak,
dia tahu mesti mereka cakap tentangnya.

DELILAH
Dari siang tadi, akak macam tak
puas hati lagi kenapa?

KAK JUN
Akak terkilan. Lilah muda lagi.
19 tahun. Kenapa nak terkejar
kejar sangat nak kahwin
sekarang?

DELILAH
Kenapa tidak? Dari jadi yang
salah, baiklah kami kahwin. Dan
kalau kahwin pun, bukan maknanya
Lilah tak boleh terus capai cita
cita.
25
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

KAK JUN
Kau cakap sekarang bolehlah.
Bila hidup berdua, nanti akan
ada macam macam perkara lagi.
Cita cita nak jadi wartawan
lasak macam Cal McCaffery konon.
Lepas tu apa, kononnya nak jadi
sehebat watak Rusell Crowe
lakonkan sebagai wartawan ideal
dalam filem State of Play!

FARIDAH
Mak pun sebenarnya..

DELILAH
Mak? Takkan mak pun..

FARIDAH
Mak setuju sebab mengenangkan
kamu nak sambung belajar sama
dengan tempat Ali belajar tu.
Eloklah kamu kahwin dan mak tahu
dalam dalam hati kamu tu, memang
sukakan Ali.

DELILAH terdiam mendengarnya. FARIDAH ke dapur.

CUT TO:

SC25.INT.DAPUR RUMAH AHMAD.MALAM


Watak: DELILAH, FARIDAH

FARIDAH sedang lap pinggan dan susun. DELILAH ke


dapur terus tolong ambil pinggan yang dah di lap,
dia simpan dalam kabinet dapur.

DELILAH tatap koleksi pinggan procelin, mangkuk


corak bunga kangkung merah hijau warisan opahnya.

FARIDAH
Delaila..

Berdebar DELAILA dengar perlahan ibunya panggil.


26
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

FARIDAH
Ralat sebenarnya nak serahkan
anak dara kita yang bijak dan
cantik pada orang awal awal
sangat.

Keadaan sepi seketika. FARIDAH ambil masa untuk


sambung ayatnya. DELILAH hanya tunduk menunggu.

FARIDAH
Tapi macam mak cakap tadi.. mak
tahu Lilah sukakan dia, kan?
Laila cakaplah, jangan malu
dengan mak. Kalau tak mahu,
boleh beritahu tidak mahu pada
Mak Som dan mak Ali tu.

DELAILA jadi serba salah, tak tahu nak jawab macam


mana.

DISSOLVE TO:

SC26.EXT.TAMAN TASIK DI KAMPUNG.PAGI


Watak: DELAILA, ALI

DELAILA dan ALI jumpa di depan tasik.

DELAILA
Betul ke keputusan kita ni?
Abang baru je kenal Lilah.
Sebenarnya kita tak kenal sesama
kita lagi.

ALI
Delilah Azilah Ahmad. Abang
percaya kepada gerak hati kali
pertama abang jumpa Lilah tu.
Sebenarnya masa kecik kita
pernah jumpa juga tapi Lilah
mungkin tak ingat. Apapun, abang
takkan pilih Lilah kalau abang
sendiri tak punya rasa apa apa
27
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

pada Lilah. Tapi abang lupa nak


tanya soalan yang sama ni pada
Lilah.

DELAILA
Lilah suka abang. Walaupun kita
baru kenal tapi Lilah ni orang
kampung yang tak jumpa ramai
orang pun. Lainlah abang dari
keluarga yang..

ALI
Bukan itu kayu ukurnya kan?
Abang nak kahwin dengan Lilah.
Tapi kalau Lilah tak nak, jangan
takut untuk tolak. Abang akan
cuba faham walau abang akan
sakit.

DELAILA rasa sayu hati memandang ALI.

CUT TO:

SC27.INT.BILIK RUMAH AHMAD.PETANG


Watak: DELILAH, FARIDAH

DELILAH sedang catat sesuatu dalam buku notanya,


FARIDAH ketuk pintu bilik dan masuk. DELILAH senyum.
FARIDAH duduk di katil bersama DELILAH. FARIDAH
rasa sayu lihat anaknya.

FARIDAH
Lilah macam mana? Fikir baik
baik. Lilah masih muda. Emak atau
ayah jauh sekali nak memaksa.
Fikir yang terbaik untuk diri,
sebab Lilah budak lagi
sebenarnya. Kalau Lilah boleh
janji dengan mak, pengajian Lilah
tak terganggu dengan perkahwinan
ni, mak dah boleh rasa lega.

DELILAH masih diam.

FARIDAH
28
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Jangan diam, Lilah. Mak nak tahu


apa yang ada dalam hati Lilah.
Lilah benar suka Ali?

DELILAH akhirnya angguk. FARIDAH peluk anaknya.

FARIDAH
Semoga Ali mampu beri
kebahagiaan.

DELILAH masih dalam dakapan ibu.


DISSOLVE TO:

SC28.INT.RUMAH MAK SOM.PAGI


Watak: DELILAH, FARIDAH, MAK SOM

MAK SOM tunjuk beberapa contoh pelamin kepada


DELILAH dan FARIDAH.

MAK SOM
Ali kata pilih saja mana satu,
semua dia akan uruskan. Kahwin
sekali je, buat betul betul,
pilih yang paling baik.

FARIDAH
Mahal ni.. kita buat yang
sederhana pun ok kan.

MAK SOM
Jangan risaukan tu. Pilih je mana
yang Lilah suka.

DELILAH
Mak Som, Lilah nak acara nikah di
masjid saja. Lepas nikah, kita
buat majlis makan, boleh jemput
semua.

MAK SOM
Takde bersanding? Mana boleh! Mak
kamu ni pun bersanding dulu. Kena
bersanding.
29
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

MAK SOM beriya iya cari dalam majalah lain pula


contoh pelamin. FARIDAH senyum saja lihat DELILAH
yang terpaksa layankan.

CUT TO:

SC29.EXT.TAMAN TASIK.PETANG
Watak: ALI, DELILAH
DELILAH bercerita tentang MAK SOM. ALI ketawa
saja.

ALI
Mak Som tu masa abang kecik, dia
yang lagi banyak jaga abang,
berbanding ibu. Dulu ibu kerja
banyak tempat, jadi Mak Som yang
akan ada. Mak Som pun tak ada
anak, jadi dia memang kasihkan
abang dengan kakak abang.

DELILAH
Tahu tu, tapi kita yang nak
kahwinkan..

ALI
Betul. Tapi percayalah impian
yang lebih nak lihat kita kahwin
tu, bukan kita, tapi mereka yang
membesarkan kita. Apa salahnya
kita gembirakan mereka, sebab
kegembiraan kita bila kita dapat
bersama.

DELILAH senang dengar kata kata ALI itu. Dia rasa


tenang dan disayangi.

DISSOLVE TO:
30
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC30.INT. RUMAH AHMAD.PAGI


Watak: DELILAH, ALI

Bunga manggar tersandar di tepi dinding sebelah


pintu dapur. Bunga pahar tersusun dan pinggan
mangkuk juga sudah disusun. Suasana selepas kenduri
kahwin.

DELILAH tuang air panas buat ALI yang sudah duduk


mengadap sarapan. Ada cincin dan inai di jari
DELILAH.
ALI pandang isterinya penuh kasih. DELILAH masih
malu malu.

DELILAH
Minum, makan bang.

ALI
Duduklah. Makan sama dengan abang

DELILAH duduk makan sama.

ALI
Mana yang lain?

DELILAH
Ada kat luar tu. Mak ke rumah
Mak Som kejap.

ALI
Semalam abang dah cakap kat
ayah, abang nak bawak Lilah ke
KL. Kita cuti di sana sebelum ke
Nottingham. Boleh?

DELILAH setuju, gembira.

CUT TO:

SC31.EXT.KUALA LUMPUR.PETANG
Watak: AZMI, WAIRAH

Di kawasan rehat di bandar. AZMI pergi jumpa WAIRAH.


31
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

AZMI
Kau kenapa lepak sini pulak?
Semua dah ke sana nak jumpa Ali.

WAIRAH
Ali dah balik KL?

AZMI
Ya. Dia nak jumpa kita, nak
kenalkan dengan isterinya.
Jomlah!

WAIRAH
Malaslah.. aku ada kerja..

AZMI
Kerja apanya? Jangan mengada.
Jom! Nanti apa kata Ali.

WAIRAH
Dia tengah bahagia, dia tak
kisah benda lain pun!

WAIRAH bangun dan beredar dengan bengang.

CUT TO:

SC32.EXT.KAWASAN KEDAI KEDAI.PETANG


Watak: WAIRAH, SAIFUL

WAIRAH jumpa SAIFUL yang tunggu dia di luar kedai.

WAIRAH
Kita batalkan pergi tempat kawan
kau tu, boleh?

SAIFUL
Sayang, kenapa ni? Semalam tak
jadi, hari ni pun tak jadi.
Sayang ni kenapa?

WAIRAH
Aku tak sihat. Takde mood nak
jalan. Lain kalilah ya.

SAIFUL
32
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Kau ingat aku tak tahu kenapa kau


macam ni? Jangan nak degil. Hari
ni kau kena ikut aku!

WAIRAN terkejut SAIFUL jadi tegas macam tu, dan


terpaksa ikut sebab SAIFUL tarik kuat tangan WAIRAH.

CUT TO:

SC33.INT.KAFE DI KL.PETANG
Watak: ALI, DELILAH, AZMI, BEBERAPA KAWAN KAWAN

Semua berkumpul dan raikan apabila ALI dan DELILAH


sampai. Semua salam dan ucap tahniah kepada mereka.
Mereka duduk sama, makan hidangan yang dah siap.

.
AZMI
Kita dengar ucapan daripada
pengantin baru kita. Sikit
ucapan!
ALI
Aduhai..tak payahlah formal
sangat.

KAWAN 1
Ucapan sikit! Ucapan!

ALI
Baiklah! Terima kasih kepada
semua kawan kawan yang datang ke
majlis pernikahan kami di
kampung hari tu. Harap semuanya
seronok.Memang seronok nampaknya
siap berkareoke , joget lambak
lagi ya hari tu.
Ok.. kami sangat hargainya. Dan
harap semua dapat terima Delilah
Azilah, gadis yang telah berjaya
mencuri dan mengunci hati aku
ini.
33
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Kawan kawan bersorak tepuk tangan. DELILAH jadi


malu. Romantis suasananya. AZMI jemput semua makan.
AZMI duduk sebelah ALI. ALI baru perasan WAIRAH tak
ada. ALI bisik kepada AZMI.

ALI
Min, kau tak beritahu Wairah?

AZMI
Dah. Dia dengan Saiful ada
kerja, tak sempat nak singgah
sini. Jangan risau, nanti nanti
boleh jumpa dia.

ALI macam tak puas hati dengan jawapan itu, tapi


dia terpaksa buat biasa. DELILAH nampak perubahan
wajah suaminya. Dia tanya, ALI hanya mengeleng dan
tambah makanan untuk DELILAH.

CUT TO:

SC34.EXT.KAWASAN KL MONTAJ.MALAM
Watak: ALI, DELILAH

ALI bawa DELILAH jalan sekitar KL. Mereka berdua.

ALI (O.S)
Abang takkan berhenti usaha
bahagiakan kita. Abang janji akan
sentiasa ada dengan Lilah.

ALI dan DELILAH bertentang mata, genggam erat


tangan mereka. DELILAH bahagia. Mereka melihat
pemandangan malam di Kuala Lumpur.
DISSOLVE TO:

SC35.INT.KAFE KL.SIANG
Watak: WAIRAH, ALI

WAIRAH jumpa ALI.

.
WAIRAH
Selamat pengantin baru.
34
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

ALI
Baru ada. Kenapa tak datang
majlis nikah dan semalam? Kenapa
tak datang rumah, boleh kenal
dengan isteri aku?

WAIRAH
Tengoklah nanti.

ALI
Kau kenapa?

WAIRAH
Aku masih tak percaya yang kau
balik cuti semester untuk
kahwin?

ALI
Aku tak rancang pun. Jodoh dah
sampai?

WAIRAH
Orang lain bolehlah kau jawab
macam tu, dengan isteri kau pun
boleh jual lagi jawapan tu.
Dengan aku kau nak main main
ayat macam tu? Takkan menjadi.

ALI
Kau nak aku cakap apa? Kau tu
pun patut kahwin dengan Saiful.
Lama sangat korang berdua buat
hal. Sebelum apa apa jadi, baik
sah kan dulu.

.
WAIRAH
Kurang ajar kau ya! Kau fikir
baik baik Ali. Fikir dalam dalam
siapa sebenarnya, yang kau
kahwin ni!

ALI tersentak apabila WAIRAH tepat pandang ALI. ALI


dapat rasakan sesuatu pada WAIRAH.
35
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

WAIRAH masih bengang dan dia pergi dari situ. ALI


baru terasa sesuatu tapi dia tak boleh buat apa apa
lagi.

CUT TO:

SC36.INT.RUMAH MAK SOM.SIANG


Watak: MAK SOM, FARIDAH

MAK SOM duduk menung sorang sambil pegang baju ALI.


FARIDAH potong kuih, dia hidang di meja makan. Dia
nampak wajah MAK SOM begitu, dia faham.

FARIDAH
Jangan macam tu, Som. Serba salah
semua orang nanti.

MAK SOM
Lama mereka pergi nanti. Kau tak
sedih ke, Lilah akan ke sana?

FARIDAH
Mestilah sedih, tapi aku akan
lagi sedih kalau dia ke sana
sorang diri. Sekarang dia dah ada
suami. Ali akan jaga dia, dia
akan jaga Ali. Janganlah sedih,
Som. Kita patut doa yang baik
untuk mereka.

MAK SOM
Kalau bebudak tu sakit? Reti ke
Ali tu nak jaga Lilah?

FARIDAH
Som! Kan si Ali ambil bidang
perubatan. Bakal doktor tu.
Tahulah dia jaga isteri dia.
Sudah! Tak payah nak drama banyak
sangat.

Barulah MAK SOM ketawa. FARIDAH lega.

CUT TO:
36
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC37.EXT.KAWASAN KAMPUNG.PETANG
Watak: DELILAH, KAK JUN,ALI

DELILAH duduk berdua dengan KAK JUN di kawasan


kampung yang ada pemandangan cantik.

DELILAH
Lilah faham apa yang kakak
bimbangkan, tapi percayalah,
Ali takkan halang apa pun
impian Lilah. Dia akan sentiasa
beri sokongan. Kami sama sama
nak berjaya bidang masing
masing. Lilah dah nak terbang
ke Nottingham. Lilah takkan
pergi dengan aman selagi akak
tak maafkan Lilah dan terima
Ali. Kami perlukan restu akak
jugak. Kak Jun..

KAK JUN
Ya ya. Lama dah akak maafkan
dan terima korang. Tak pernah
kakak doa yang tak baik untuk
Lilah dan Ali.

DELAILA
Terima kasih ka.. Laiah akan
rindukan akak, mak, ayah, semua
yang ada di sini.

KAK JUN kesat airmata DELILAH. Tiba tiba ALI muncul


dengan sekotak kecil hadiah. KAK JUN terkejut.
DELILAH gembira.

ALI
Kak Jun, terimalah hadiah
berdamai kami. Lama dah kami nak
bagi, tapi masa asyik tak kena.
Nampaknya abang lambat. Kalian
dah berbaik? Alhamdulillah.
Syukur.

DELILAH dan KAK JUN gelakkan ALI. KAK JUN buka


hadiah, ada gelang emas untuk KAK JUN. DELILAH
37
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

terus pakaikan di tangan kakaknya. KAK JUN suka.


DELILAH dan ALI pun gembira sama.

DISSOLVE TO:

SC38.EXT.MONTAJ

-kapal terbang berlepas di KLIA


transisi masa..
- kota Nottingham. Suasana penduduk di sana /
bandarayanya.

DELAILA(V.O)
Di usia 19 tahun aku lalu
pelbagai perubahan hidup,
sebagai pelajar, sebagai warga
sementara di bumi Nottingham dan
paling menduga sebagai isteri
kepada bakal DR.ALI SAID NURSI.

CUT TO:

SC39.INT.BILIK DELILAH DI HEATHROW.MALAM


Watak: DELILAH

TEKS: ​3 BULAN KEMUDIAN..

DELILAH dalam bilik yang semua barangnya diletak di


ruang tidak berapa besar itu, di meja kecil,
DELILAH sedang menaip tugasan kuliah dengan buku
buku nota dan rujukan bersepah depannya.

DELILAH letih. Dia berhenti sebentar dan telefon


ALI tapi tak dapat. Dia cuba lagi, masih tak dapat.
Ia membimbangkan DELILAH.

.
CUT TO:

.
38
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

SC40.INT.BILIK STUDY.MALAM
Watak: ALI, WAIRAH

ALI terlelap dengan buku buku depannya. WAIRAH


muncul bawa minuman panas dan letak atas meja.
WAIRAH duduk mengadap ALI. Leka dia tatap ALI
tidur.

WAIRAH usap perlahan lahan rambut ALI. Telefon


berdering. Terperanjat WAIRAH. Tertera nama
DELILAH. Segera WAIRAH matikan deringan. Ia
vibrate.

ALI bergerak sikit saja tapi tak sedar dari


tidurnya. WAIRAH senyum sinis penuh muslihat.

CUT TO:
BERSAMBUNG.
END CREDIT.
39
skrip epi1
oleh:sitijasminaibrahim

Anda mungkin juga menyukai