Anda di halaman 1dari 39

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 9

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM
arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1.EXT.SEK KHAS.PAGI
Watak: WAIRAH, DELILAH

WAIRAH beredar dengan rasa tak puas hati. DELILAH


menurutinya tanpa dia sedar.

Telefon WAIRAH berbunyi. Dia berhenti jalan dan


jawab panggilan. DELILAH dapat dengar.

WAIRAH
Hello!.. ya kak.. memang kat
sekolah Haifa lah…. Takde tak
jumpa. Dia takde.. takut
agaknya.. Saya bukan gila nak
mengamuk.. saya nak beri amaran
je.. ya ya.. nak baliklah ni.

WAIRAH tenangkan dirinya, dan segera jalan ke


kereta. WAIRAH masuk dalam kereta dan undur nak
beredar.

DELILAH perhatikan WAIRAH, semasa WAIRAH dah


bergerak, dia terpandang DELILAH. Mereka bertentang
mata. DELILAH segera pusing dan jalan arah lain.

Kereta WAIRAH beredar.

CUT TO:

SC2.EXT.KELAS PELANGI.PAGI
Watak: DELILAH, DAYANA

DELILAH sedang jumpa DAYANA, jauh sikit dari pintu


kelas.

DELILAH
Kenapa kak?

DAYANA
Takut Lilah prejudis.

DELILAH
Pada Ali?

DAYANA
Pada Wairah.
2
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Mungkin. Kalau tahu dari awal
anak dia ada sini, saya tak kerja
sini.

DAYANA
Dan Haifa akan terus murung,
depresi sejak kecil kalau Lilah
tak ada di sini. Lilah saja yang
berjaya pujuk ambil hati dia..
perkaitan antara Lilah dan Ali
mungkin membantu Lilah dapat
faham Haifa?

DELILAH
Akak pergunakan saya?

DAYANA
Akak tak rancangan semua ini. Tak
terfikir pun anak kecil itu akan
beri reaksi positif pada kamu!

DELILAH mengeluh panjang.

DELILAH
12 tahun saya lari dari mereka…

DAYANA
Lilah lebih kuat daripada mereka.
Kenapa nak seksa diri dengan
jadikan mereka itu bebanan
tekanan hidup Lilah sampai bila
bila?

DELILAH terdiam mendengarnya.

CUT TO:

SC3.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.PETANG


Watak: WAIRAH, MONA

MONA datang jumpa WAIRAH.


3
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

MONA
Haifa mana?

WAIRAH
Dalam bilik.. Akak tahu tak tadi
di sekolah, saya macam ternampak
Delilah.

MONA
Kau ni.. buat apa pulak dia kat
situ?

WAIRAH
Tak tahulah.. salah pandang
mungkin, tapi macam betul. Cuma
Wai tak berhenti dan keluar cari
dia je. Wai dah lambat nak ke
pejabat masa tu.

MONA
Salah orang kot.

WAIRAH
Tapi Saiful pernah beritahu Wai
yang dia macam nama Lilah di KL.
Dah lama lah tu..

MONA
Lupakanlah hal tak penting tu.
Hal Haifa ni macam mana? Masih
nak biar dia sekolah kat situ?

WAIRAH
Takpe biarkan.. kalau cikgu tu
buat hal lagi, baru saya akan
bawa Haifa keluar dari situ… Dan
hal Lilah tu perkara penting,
kak. Perkara penting kalau betul
dia dah balik Malaysia.

MONA diam mendengarnya.

CUT TO:
4
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC4.INT.RUMAH SEWA DELILAH.WATAK


Watak: DELILAH, DAYANA

DAYANA tolong susun barang rumah DELILAH. Masih tak


banyak barang dan ada kotak kotak yang belum dibawa
keluar barang.
DELILAH buatkan minuman untuk DAYANA.

DAYANA
Betul malam ni dah nak terus
tidur sini?

DELILAH
Ya. rumah dah bersih, bilik pun
dah siap kemas. Lebih elok Lilah
pindah masuk kan? Lama dah
susahkan akak.

DAYANA
Tak ada susah apa apalah. Berapa
kali nak cakap.

DELILAH
Kak maaf pagi tadi, Lilah cakap
macam tu kat akak.

DAYANA
Takde apa. Akak faham, cuma akak
harap Ali dan Wairah bukan
penghalang Lilah teruskan hidup,
sebab mereka dah lama teruskan
hidup mereka.

DELILAH
Ya, betullah tu. Terima kasih
tolong Lilah sejak balik sini,
tolong kemas rumah ni.. Lilah
akan terus kenang semua jasa
akak.

DAYANA
Kita dah macam adik beradik.
Janganlah risau apa apa.

DELILAH
Cuma Lilah tak boleh nak terus
mengajar di sana. Lilah harap
5
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

sangat akak faham. Haifa pun dah


makin baik.

DAYANA
Yalah.. walaupun berat hati nak
setuju dengan keputusan Lilah tu,
tapi akak faham. Akak hormati
keputusan Lilah.

DELILAH
Terima kasih kak..

DELILAH dan DAYANA saling berpelukan.

DISSOLVE TO:

SC5.INT.PEJ MSF.PAGI
Watak: ALI, DR ANDREW, 3 PEKERJA

ALI masuk ke pejabat DOCTORS WITHOUT BORDERS atau


dikenali ​Medecins Sans Frontieres​ (MSF).

DR ANDREW gembira sambut kedatangan ALI. 3 PEKERJA


yang ada juga bersalaman dengan ALI.

DR ANDREW
Selamat pulang semula ke mari Dr
Ali.

ALI
Kau ni sambut macam aku lama tak
balik Malaysia pulak.

DR ANDEW
Memang pun. Sebelum ni 10 tahun
kau terbang sana sini, berhubung
dari jauh je kita. bila dah
balik, kau tak masuk ke mari
juga, kau turun pedalaman di
Malaysia. Berapa lama lagi nak
lari?

ALI
6
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Mana ada lari. Kan semua tu


tugas MSF. Aku bekerjalah.
Kalian uruskan hal di sini.

DR ANDREW
Ya betul, tapi kali ni kau tak
boleh elak lagi. Pekerja-pekerja
dan sukarelawan ramai datang ke
sini, perlukan bimbingan kau
juga.

ALI pandang pekerjanya. Semua sokong DR ANDREW. ALI


senyum saja.

CUT TO:

SC6.INT.BILIK PEJABAT ALI.PAGI


Watak: ALI, DR ANDREW

DR ANDREW bawa ALI masuk ke bilik pejabat. Tertera


nama di atas meja ‘DR ALI SAID NURSI m.d’. ALI
ketawa lihat tanda nama itu.

DR ANDREW
Bulan depan aku perlu ke UK. 10
tahun aku ada sini gantikan kau.
Sekarang masanya kau ambil
semula jawatan peneraju cawangan
pertama MSF di Malaysia ni.

DR ALI
Kau serius? Aku ni lebih hidup
bila di lapangan. Kau pun tahu
tu.

DR ANDREW
Tahu buat masa ni, kau kena
sambung dan ada sini.

DR ALI
Ke UK sebab apa?

DR ANDREW
7
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ayah aku.. Melanoma Cancer.


Stage 3. Di hospital sana dan
dia perlukan aku sekarang ni.

DR ALI
Andrew.. takziah.. maaf aku tak
tahu..

DR ANDREW
Takpe. Takde siapa yang tahu
pun. Pekerja sini pun tak ada
yang tahu. Kau takkan hampakan
aku, kan Ali. Tempat ini visi
kau sedari awal masa kau tahun
akhir pengajian di uni dulu. Aku
sambut semangat kau tu..kau kena
terus beri semangat dan bantuan
kepada yang memerlukan khidmat
kita.

ALI faham dan terus setuju. DR ANDREW gembira.

CUT TO FLASHBACK:

SC7.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.SIANG


Watak: WAIRAH, ALI

(5 tahun lalu)

ALI letak bag pack travelnya di ruang tamu. ALI pun


dah bersiap. WAIRAH hampiri suaminya.

WAIRAH
Abang kahwin dengan saya, tapi
sibuk kerja dari sebuah negara
ke sebuah negara. Baru balik
dari Iraq bulan lepas, sekarang
nak ke Baghdad pulak?

ALI
MSF terima tugasan ini, dan
tanggungjawab abang ke sana.

WAIRAH
Macam mana tanggungjawab abang
dalam rumah ni?
8
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Abang dah sediakan semuanya kan?

WAIRAH
Kalau abang maksudkan harta,
saya tak kisah tu sebab saya pun
ada harta. Kasih sayang,
perhatian abang pada saya Haifa
yang tak ada! Abang lari dari
mengadap anak abang yang lembab
tu kan?

ALI
Jangan cakap dia macam tu. Dan
abang tak lari dari dia! Ini
tugas abang!

WAIRAH
Abang lari dari Haifa dan saya!
Itu yang pasti!

WAIRAH beredar ke dalam bilik dengan marah. ALI


menahan rasa marahnya.

CUT TO END FLASHBACK:

SC8.EXT.INT.KERETA ALI.SIANG
Watak: ALI

ALI tersandar dalam keretanya dan rasa letih apabila


teringatkan kenangan dengan WAIRAH.

ALI hubungi AZMI.

ALI
Assalamualaikum, Az. Sibuk?..

INTERCUT TO:

SC9.INT.KLINIK DESA.SIANG
Watak: AZMI

AZMI sedang susun ubatan baru.


9
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AZMI
Tak sibuk sangat. susun stok ubat
baru sampai je. Kau tahu tak, Dr
Andrew dan hantar dua doktor ke
sini, tolong aku. Dorang ok juga,
sebab sorang tu memang keluarga
dia asal dari kaum asal.
Kau apa cerita kat sana?

CUT BACK TO:

SC8A.INT.KERETA ALI.SIANG
Watak: ALI

ALI masih cakap telefon.

ALI
Andrew nak aku ada di MSF.. ya,
baru jumpa dia tadi dan kalau
aku setuju.. sebenarnya aku kena
setuju, aku perlukan kau balik
sini jugak. Ada banyak kerja… ya
itu sebabnya di hantar 2 doktor
ke sana… betul.. kita kena ada
di sini, Az.

CUT TO:

SC10.INT.GALERI NANCY.PETANG
Watak: DELILAH, NANCY

DELILAH duduk berbual dengan NANCY. NANCY serahkan


name card DR SATRIA.

NANCY
DR SATRI, pemimpin UNESCO
Malaysia. Dia tahu pasal kau,
reputasi kau sangat baik dan dia
nak kau ada dengan kumpulannya di
sini.

DELILAH
Betul ke? Alhamdulillah..
10
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

NANCY
Saya tak pasti Lilah suka atau
tak dengan lapangan baru ni, tapi
saya tahu Lilah sentiasa mahukan
cabaran baru.

DELILAH
Tepat sekali. Terima kasih Nancy.
Ini sangat membantu.

NANCY
Mereka perlukan ketua penyelidik
di UNESCO Malaysia. Kurator
kontrak di MET, pulang jadi guru
khas anak anak istimewa dan akan
datang ketua penyelidik UNESCO!
Wow! Sangat menarik!

DELILAH gembira.

DISSOLVE TO:

SC11.EXT.SEK KHAS.PAGI
Watak: WAIRAH, DAYANA, HAIFA

WAIRAH hantar HAIFA hari ini. DAYANA yang baru


sampai, nampak WAIRAH. HAIFA nampak DAYANA, dia
terus lambai dan beredar ke kelas.

WAIRAH pandang DAYANA. DAYANA senyum dan hampiri


WAIRAH.

DAYANA
Assalamualaikum puan. Jarang
nampak puan hantar Haifa.

WAIRAH
Selalunya saya kerja. Hari ni
cuti.. saya nak tanya, ada tak
guru nama DELILAH mengajar di
sini?

DAYANA
11
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Lilah ada. Delilah tak ada pulak.


Dulu dia mengajar Haifa.

WAIRAH
Lilah?.. Dia ada hari ni?

DAYANA
Dia dah berhenti. Dia kerja sini
sementara saja. Ada apa tu puan?

WAIRAH
Takde apa. terima kasih.

WAIRAH ke keretanya dan beredar. DAYANA senyum saja


dan lambai. Apabila WAIRAH beredar, DAYANA lega.

CUT TO:

SC12.EXT.KEBUN BUAH AHMAD.SIANG


Watak: AHMAD, DELILAH

AHMAD sedang buat kerjanya, DELILAH berdiri


belakang AHMAD. Apabila AHMAD toleh, terperanjat
lihat anaknya depan mata. DELILAH ketawa terus
salam ayahnya.

AHMAD
Budak bertuah ni! Nasib baik ayah
kamu ni jantung masih kuat.
terkejut! Apa balik diam diam
ni?

DELILAH
Saja. kan Lilah memang suka buat
kejutan..

AHMAD
Memang. Kejutan kejutan tu yang
sampai berbelas tahun tak balik
kan?

DELILAH
12
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ayah.. janganlah ingatkan lagi..


sedih Lilah.

AHMAD
Dia pulak yang sedih. Dah tu! Jom
balik rumah! Ni mak tahu tak?

DELILAH
Tak. terus datang sini. Jom balik
dengan Lilah ya.

Mereka jalan ke depan kebun, ada kereta baru. DELILAH


tekan remote kunci. AHMAD terkejut, dia tahulah itu
kereta DELILAH.

AHMAD
Wah wah wah!! Kejutan lagi.

DELILAH
Jom! Balik naik kereta.

AHMAD
Motor ayah tu?

DELILAH
Kemudian kita datang ambil.

DELILAH seronok ajak ayah naik kereta.

CUT TO:

SC13.EXT.RUMAH AHMAD.SIANG
Watak: DELILAH, AHMAD, FARIDAH

DELILAH di anak tangga rumah sedang lihat AHMAD dan


FARIDAH dalam kereta, mencuba cuba. DELILAH rasa lucu
lihat gelagat mereka yang kononnya sedang memandu.

FARIDAH keluar dari dalam kereta.

FARIDAH
13
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Baguslah dah ada kereta. senang


nak ke mana mana, nak balik
sini.

DELILAH
Betul. boleh bawak mak ayah
jalan jalan jugak.

FARIDAH
Ni balik sorang, kenapa tak ajak
DAYANA balik sama?

DELILAH
Kalau hujung minggu boleh ajak.
Ni hari kerja, dia kena
kerjalah.

FARIDAH
Kamu tak mengajar ke? Kalau dah
DAYANA kerja, bukan ke dia
majikan kamu?

AHMAD keluar dari kereta.

DELILAH
Hari tu ya, sekarang tak.

FARIDAH
Hah! Dah kenapa pulak? Gaduh ke?

AHMAD
Ish! Tak gaduhlah kan. Mesti
Lilah nak cuba bidang lagi
mencabar.

DELILAH
Pandai ayah.

FARIDAH
Ya ke ni? Macam ada hal lain je.

AHMAD
Mak kamu ni. Kalau ada hal pun,
bukan sebab dia bergaduh dengan
kak Dayana dia. Ayah mandi kejap,
lepas tu kita boleh zuhur sama
ya.
14
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Yalah.

AHMAD masuk dalam rumah. FARIDAH yang masih sangsi,


ikut masuk. DELILAH senyum saja tapi bila mereka
tiada, wajah DELILAH serius semula.

CUT TO FLASHBACK:

SC14.INT.PEJABAT GURU.PAGI
Watak: WAIRAH, DELILAH,KERANI

REPEAT SC38 di EPISOD 8

WAIRAH sampai ke pejabat dan tanya pada KERANI.

WAIRAH
Maaf saya nak tanya, siapa cikgu
yang baik sangat dengan anak
saya, pandai buat milo?

KERANI
Maaf puan, siapa nama cikgu tu?

DELILAH nak ke pejabat guru juga, dia terdengar


suara yang dia macam kenal.

WAIRAH
Awak ni pekak ke? Kalau saya dah
tahu, saya tak tanya lagi.

KERANI
Tapi saya tak tahu cikgu yang
mana satu tu. Anak puan kelas
apa?

WAIRAH
Kelas apa entahlah. Dia selalu
melukis kalau masuk kelas cikgu
ni. Anak saya selalu cakap pasal
cikgu ni. katanya cikgu ni baik,
selalu bancuh Milo untuk dia.
Tapi cukuplah situ ya. Saya tak
suka cikgu tu campur hal kami!
15
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH betul terkejut dengar suara itu. DELILAH


undur perlahan lahan dan lindung di tempat yang
WAIRAH tak nampak.

WAIRAH beredar dengan bengang dan lalu depan DELILAH


tapi WAIRAH tak perasan DELILAH yang berlindung.

DELILAH masih tergamam perhatikan WAIRAH pergi.

CUT TO END FLASHBACK:

SC15.INT.BILIK HAIFA.PETANG
Watak: WAIRAH, HAIFA

HAIFA sedang mewarna dalam biliknya. Pintu terbuka


separuh, WAIRAH ada di sini sedang memerhatikan
HAIFA. Lama dia merenung anaknya.

Mesej masuk di telefonnya. Dia baca, ALI mesej: ​Abang


dalam perjalanan ke sana.

WAIRAH mengeluh sendiri.

WAIRAH
Haifa, kalau dah siap kerja
sekolah tu, siap cepat. Ayah dah
nak datang ni.

HAIFA
Baik mama.

HAIFA segera siapkan. WAIRAH beredar.

CUT TO:

SC16.INT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: DELILAH, FARIDAH

DELILAH sedang minum petang dengan FARIDAH.


16
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

FARIDAH
Berapa lama dah tak kerja di
sekolah khas tu?

DELILAH
Seminggu.Lilah ambil masa kemas
rumah yang Lilah baru sewa tu.

FARIDAH
Ni dah ambil kereta, dah menyewa
rumah, dah dapat kerja baru tak?

DELILAH
Dah di KL jugak. UNESCO Malaysia.
Tak jauh pun dengan bidang kerja
dulu. ada kaitan seni bahasa juga
dan pendidikan. Mak jangan risau.
Semuanya alhamdulillah Allah atur
baik buat Lilah.

FARIDAH
Termasuklah jadi isteri Ali dulu
dan tinggal sorang diri bertahun
tahun di negara orang?

DELILAH
Betul. ibu pun pernah cakap tu
kan? Ayah pun ada pesan, tak
boleh kita ragu ragu dengan apa
saja yang Allah beri dan uji
kita. Lilah taklah kuat mana,
tapi Lilah tak berhenti usaha.

FARIDAH lega mendengar keyakinan anaknya itu.

CUT TO:

SC17.EXT.JAMBATAN KAMPUNG.PETANG
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH naik basikal dan berhenti di jambatan


kampungnya. Kenangan bersama ALI muncul.
17
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI (20-an) panggil DELILAH. ALI ada di tepi sungai


bawah jambatan sambil pegang pancing. DELILAH
terkejut seperti lihat ALI benar ada.

ALI
Sayang, jangan lompat tau. Nanti
abang tangkap ikan banyak banyak!
Janji!

ALI ceria. DELILAH ikut senyum sama tapi ALI sudah


tiada di tempat yang DELILAH lihat tadi. Tinggal
DELILAH sendirian sebenarya.

DELILAH tak suka dia teringat semua itu. Dia naik


basikal semula dan beredar dari situ.

CUT TO:

SC17.INT.KEDAI MAKAN.MALAM
Watak: ALI, HAIFA

ALI dengan HAIFA sedang makan. HAIFA lebih ceria.

ALI
Suka ayah tengok Haifa ceria
macam ni.

HAIFA
Ceria? Ayah ada.

ALI
Mama pun ada kan?

HAIFA
Ya. Mama pun ada, tak marah dah.
Tapi cikgu yang dah takde.

ALI
Cikgu?

HAIFA
Cikgu yang selalu buatkan air
milo dan bagi biskut kat Haifa.
18
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Cikgu tu dah tak ada. Dia kerja


lain. Haifa suka dia. Baik.

ALI
Ohhh.. Haifa tak sedih?

HAIFA
Sedih tapi cikgu ada datang
jumpa. Dia kata dia tak ajar lagi
tapi dia takkan lupa Haifa dan
ada masa dia datang jumpa.

ALI senyum mendengarnya.

CUT TO:

SC18.EXT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: WAIRAH, ALI

ALI hulur beg HAIFA ke arah WAIRAH.

WAIRAH
Dapat beg baru terus lupa beg
lama ni ya. Buat apa abang
belikan lagi beg kat dia?

ALI
Takpelah. Dia suka. Dia bukan
selalu minta macam macam, tadi
dia tengok beg baru tu, dia terus
nak.

WAIRAH
Ohh.. ok. Abang lama lagi ada di
KL ke?

ALI
Mungkin akan ada sini terus.

WAIRAH
Dah tak kerja luar?

ALI
Mungkin. Abang akan uruskan MSF
di sini. Andrew ada hal keluarga
di London.
19
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Akhirnya helang yang selalu mahu
terbang bebas, pulang ke sarang
semula. Kalau dari dulu..

ALI
Kalau dari dulu pun, belum tentu
Wai akan puas hati dengan apa
yang abang buat. Kita memang
selalu macam tu dari dulu.

WAIRAH terdiam.

ALI
Maaflah.. abang balik dulu.
Assalamualaikum.

WAIRAH masih diam. ALI beredar.

CUT TO:

SC19.EXT.KAWASAN KEDAI.MALAM
Watak: ALI

ALI parking depan kedai. Dia beli minuman dan keluar


semula. Dia bersandar di keretanya dan telefon AZMI.

ALI
Assalamualaikum, Az. Dah tidur
ke?.. Macam mana dengan Aslam?
Masih sakit?.. aku dapat mesej
kau awal tadi tapi tak sempat nak
balas… ohh..
aku cadangkan bawa ke Hospital di
KL terus. Aku boleh hubungi DR
NITA. Dia pakar ortho… kau bawak
bincang dengan Pak Khalid dulu.
Beritahu dia, aku akan ada dengan
Aslam bila Aslam sampai KL… ok,
apa apa nanti telefon aku balik
ya.. terima kasih Az.
Waalaikumsalam.

ALI selesai berbual di telefon. Dia nak masuk


kereta, WAIRAH telefon.

ALI
20
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Assalamualaikum… belum sampai


rumah lagi. singgah kedai. Ada
apa, Wai?... kenapa Haifa
menangis pulak?.. oklah abang
patah balik.

CUT TO:

SC20.INT.BILIK HAIFA.MALAM
Watak: ALI, HAIFA

ALI masuk dalam bilik HAIFA. HAIFA berselimut sedang


menangis. Dia nampak ALI, terus dia peluk.

ALI
Haifa? Kenapa menangis ni?

HAIFA
Mimpi ayah hilang.

ALI
Mimpi je tu. Ayah ingatkan Haifa
sakit ke. Selalu ayah pesan
kalau mimpi kena buat apa?

HAIFA
Baca al fatihah.

ALI
Haifa tahu al fatihah kan?

HAIFA
Tahu.

ALI
Ok, baca sekarang. Jangan risau
ayah tak hilang. Ayah ada je.

HAIFA angguk dan baca al fatihah. Selesai baca, ALI


baringkan anaknya, selimutkan. Dia duduk temankan
sampai HAIFA tidur.
21
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI usap rambut anaknya penuh kasih. HAIFA kembali


tidur.

CUT TO:

SC21.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: ALI, WAIRAH

WAIRAH tunggu di ruang tamu. ALI keluar dari bilik


HAIFA.

ALI
Dah tidur.

WAIRAH
Maaf susahkan abang. Kalau dia
tak menangis kuat tadi, Wai je
yang tenangkan dia.

ALI
Takpelah, abang pun belum sampai
rumah tadi.

WAIRAH
Abang, surat mahkamah akan keluar
tak lama lagi.

ALI
Ohh? Ok..

WAIRAH
Abang nak teruskan?

ALI
Jangan tanya abang.. yang failkan
surat cerai tu Wairah, bukannya
abang. Abang cuba tak nak paksa.
Abang tak nak seksa Wai, kalau
Wai rasa hidup rumahtangga dengan
abang selama ni tak bahagiakan
Wairah. Abang terima semua
kelemahan abang tu.
22
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Abang tak nak hidup dengan saya
lagi?

ALI
Apa Wai tanya benda pelik ni?
Saja nak sakitkan hati abang ke
apa? Abang penat nak bergaduhlah.

WAIRAH
Saya tanya je.. kenapa abang nak
marah?

ALI nak jawab tapi dia tak kuasa. Dia terus beri
salam dan keluar dari rumah. WAIRAH terkilan.

CUT TO:

SC22.INT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: AHMAD, FARIDAH

AHMAD baru balik masjid. FARIDAH ada di ruang tamu


sedang baca terjemahan al quran.

AHMAD
Mana Lilah? Tidur dah?

FARIDAH
Belum. Dalam bilik, dia kata ada
panggilan online dari MET. Tempat
dia kerja dulu. Orang sana nak
dia balik kot? Tapi dia tak nak
dah. Dia kerja dengan UNESCO
Malaysia.

AHMAD
Baguslah tu. Pandailah dia susun
hidup dia.Jangan nak pengaruhi
dia apa apa. kita sokong dan
doakan saja.

FARIDAH
23
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya.. tapi hati ni macam rasa


tengah tengah je, kenapa ya bang?
Bukanlah saya tak nak Lilah
berjaya apa yang dia usahakan.

AHMAD
Mungkin ada yang dia tak cerita
pada awak ke? ‘Rasa’ awak tu
kadang betul. Tapi jangan desak.
Kalau dia nak cerita kat kita,
dia akan cerita sendiri.

FARIDAH faham.

DISSOLVE TO:

SC23.INT.RUMAH MAK SOM.PAGI


Watak: DELILAH, MAK SOM

DELILAH duduk berbual serius berdua dengan MAK SOM.

MAK SOM
Mereka ada sorang anak, tapi anak
mereka tu istimewa. Akalnya agak
lambat berbanding umurnya, tapi
doktor kata boleh dilatih dan
diajar di sekolah khas.

DELILAH
Ya, sekolah kak Dayana tu anak
mereka ada. Dan saya tak tahu
yang saya mengajarnya.

MAK SOM
Ohh.. bila Lilah tahu ni? Dayana
takkan tak tahu tu anak Ali?

DELILAH
Dia tahu tapi dia ada sebabnya
tak beritahu saya. Itu sebab saya
berhenti mengajar dan kerja
tempat lain bila balik KL nanti.

MAK SOM
24
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Kamu macam mana?

DELILAH
Saya sedih. Bukan sedih pada saya
pada Haifa. Mereka abaikan anak
itu. Haifa lalui tekanan tanpa
mak ayahnya tahu, Mak Som. Dia
rasa dia lembap sebab mama dia
selalu cakap macam tu.

MAK SOM
Mak Som tak tahu Wairah buat
macam tu, tapi yang Mak Som tahu,
Ali sayangkan Haifa. Kalau ada
masa terluang dia akan cari anak
dia.

DELILAH
Cari anak dia? Mereka tak tinggal
serumah ke?

MAK SOM
Tak lagi. Bercerai ke tak, itu
Mak Som sendiri tak pasti. Tapi
mereka dah tak duduk sebumbung.

DELILAH terdiam mendengarnya.

.
CUT TO:

.
SC24.INT.KEBUN BUAH AHMAD.PAGI
Watak: DELILAH, AHMAD

DELILAH duduk sendirian di pondok rehat. ada buah


buah yang sudah dikutip. DELILAH menung sendiri.
AHMAD sedang buat kerjanya, perhatikan anaknya itu.

AHMAD hampiri DELILAH. Duduk rehat. DELILAH senyum


saja.

DELILAH
Ayah nak air?
25
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AHMAD angguk. DELILAH tuangkan air, bekal yang


dibawa.

AHMAD
Fikir panjang tentang tempat baru
nak kerja atau fikir panjang
tentang orang lama yang dah tak
jumpa?

DELILAH
Takdelah ayah.. saja rehat sini.
Tenang.

AHMAD
Eloklah kalau tak ingat dua dua
tu. Lilah lama dah hidup sendiri,
takde niat nak cari teman?

DELILAH
Umur Lilah ni dah dekat 32 tahun
ayah. Bukan muda lagi nak cari
teman teman yang macam tu.

AHMAD
32 bukan tua pun lagi. Manalah
tahu kalau jodoh datang, jangan
dinafikan. Itu rezeki daripada
Allah SWT.

DELILAH senyum dan ketawa kecil.

AHMAD
Gelak pulak dia. Ayah cakap benda
betul ni.

DELILAH
Ya, tahu ayah. Jangan risau Lilah
selesa hidup sendiri.

AHMAD mencebik saja.

CUT TO:

SC25.INT.RUMAH MAK SOM.SIANG


Watak: MAK SOM, FARIDAH
26
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

MAK SOM hulur lengkuas pada FARIDAH yang menunggu


di pintu dapur.

FARIDAH
Tadi pagi Lilah datang sini kan?
Apa dia cakap?

MAK SOM
Dia tanya pasal Ali dengan
Wairah.

FARIDAH
Kenapa dia tanya?

MAK SOM
Antara sebab dia dah tak kerja
di tempat Dayana. Dia tak cerita
kat kau ke?

FARIDAH
Lilah tu banyak tak cakap sebab
tak nak aku rasa susah. Dia ada
masalah ke, Som?

MAK SOM
Takde. dia tanya je, cuma dia
tak nak ada kena mengena dengan
hal Ali dan Wairah.

FARIDAH
Betullah gerak hati aku semalam.
Ada yang tak kena, tapi abang
Mad tak bagi aku desak tanya
tanya dia. Takpelah dia beritahu
kau pun ok. Sekurang kurangnya
aku akan tahu jugak.

MAK SOM
Dia tahu aku akan cerita kat
kau. Mungkin dia tanya aku sebab
aku ni makcik Ali dan selalu
jumpa Ali dengan Wairah.

FARIDAH
Ya, betullah tu.

CUT TO:
27
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC26.INT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: DELILAH

DELILAH sedang bersihkan hiasan yang ada di ruang


tamu. Telefonnya bunyi.

DELILAH
Assalamualaikum kak.. ya kat
kampung ni.. Eh! Lilah tak
beritahu akak ke semalam?.. ohh!
Maaf lupa.

INTERCUT TO:

SC27.EXT.SEK KHAS.PETANG
Watak: DAYANA

DAYANA sedang jalan ke kereta sambil cakap telefon


dengan DELILAH.

DAYANA
Haa tulah.. takpe, ni akak
telefon nak beritahu, Haifa ada
tulis kad untuk Lilah. Dia ingat
tadi Lilah ada datang…
tulah, tapi dia faham Lilah dah
tak mengajar sini… setakat ni
rasanya dia ok, cikgu Hanim pun
kata dalam kelas dia beri
interaksi dengan semua.. ya
alhamdulillah..

CUT BACK TO:

SC26A.INT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: DELILAH, FARIDAH
28
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH masih cakap telefon.

DELILAH
Takpe, nanti ada masa, Lilah
siggah di sekolah. Kad tu akak
simpankan dulu ya… baik, insyaa
Allah.. waalaikumsalam.

FARIDAH dah dapur, ke ruang tamu.

DELILAH
Mak, kak Dayana kirim salam.

FARIDAH
Waalaikumsalam.. dia di mana
tadi?

DELILAH
Ada kerja di sekolah.

FARIDAH
Tak rindu kat pelajar bila dah
tak kerja sana?

DELILAH
Mestilah rindu.. mereka tu anak
anak istimewa yang bijak
sebenarya. Sangat jujur. Memang
Lilah akan rindu.

FARIDAH
Habis tu, kenapa tiba tiba
berhenti?

DELILAH
Entahlah mak..

FARIDAH
Ada masalah kat sana ke?

DELILAH diam saja. FARIDAH pun tak nak memaksa.

CUT TO:
29
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC28.INT.GERAI MAKAN.MALAM
Watak: ALI, MONA

ALI duduk minum sorang dan berfikir sendirian. Dia


ternampak MONA ke gerai nak pesan makanan bungkus.
ALI lambai, MONA nampak, dia hampiri ALI. ALI ajak
duduk.

ALI
Makan sini?

MONA
Tak. Bawak balik je. Sorang?

ALI
Sorang jelah kak.

MONA
Kamu ok? Hal dengan Wairah macam
mana?

ALI
Macam tulah, rasanya kak Mona pun
banyak tahu. Wairah ada kakak
kalau dia nak bercerita apa apa
kan.

MONA
Tak semua dia cerita. Banyak juga
keputusan tiba tiba dia buat,
akak tak tahu langsung. Macam hal
kamu duduk asing ni, akak tak
tahu yang itu desakan Wairah.

ALI
Dia tak boleh saya ada dalam
rumah tu tapi kalau saya kerja
luar lama pun , dia tak boleh.
Saya pun tak faham.

MONA
Orang perempuan ni kadang memang
komplikated. Akak perempuan pun
kadang tak faham dengan perempuan
lain.

ALI ketawa. MONA senyum.


30
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Saya selalu tak sempat ucap
terima kasih kat akak. Terima
kasih sebab selalu ada dengan
Wairah, beri nasihat yang baik
dan bukan yang memburukkan
keadaan kami. Dan selalu ada
tolong sama jaga Haifa. Saya amat
hargainya.

MONA terharu mendengarnya. Dia faham apa yang ALI


dan WAIRAH lalui.

DISSOLVE TO:

SC29.INT.RUMAH SAID NURSI.PAGI


Watak: ALI

ALI bergegas keluar bilik, baju tak butang habis


lagi, dia lihat sarapan sudah sedia. Dia panggil
ibunya tak berjawab.

ALI
Mana pergi semua orang ni?

ALI duduk makan cepat cepat. Lihat jam dia dah


lambat. Dia baru perasan begnya. Dia lari ke bilik
semula dan keluar bawak beg.

ALI dah nak keluar, cari stoking tak ada pula. ALI
bersungut sendiri. Dia lari ke dalam bilik semula
dan segera keluar sambil bawa stokin dan kasut tak
dipakainya, terus keluar rumah.

CUT TO:

SC30.INT.KERETA ALI.PAGI
Watak: ALI

ALI memandu terperangkap dalam kesesakkan lalu


lintas. ALI resah. Telefonnya berbunyi.
31
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Hello! Ya, Andrew.. dalam
perjalanan ke MFS lah ni… aku
lambat bangun.. ya, aku mesti
datang, takkan hampakan kau… ok
jumpa sana.

ALI terus memandu. ALI buka siaran radio, lagu


Rafeah Buang ‘Bisikan Hati’ berkumandang. Ali
terkejut. Dia kuatkan suara. Dia diam terkenang.

CUT TO FLASHBACK:

SC31.INT.BILIK ALI RUMAH SAID NURSI.SIANG


Watak: ALI, DELILAH

Semasa mereka baru kahwin.

ALI buka pintu bilik perlahan lahan, lagu BISIKAN


HATI sedang berkumandang. DELILAH kemas pakaian ikut
menyanyi. ALI perhati saja isterinya itu.

DELILAH toleh nampak ALI ada. Dia terus sambung


nyanyi ikut lagu tapi jalan hampiri ALI. ALI senyum
saja. DELILAH tarik tangan ALI dan duduk di hujung
katil.

DELILAH terus menyanyi.

ALI
Kenapa nyanyi lagu putus asa
macam ni?

DELILAH
Bukan lagu putus asa lah, bang.
Lagu faham hakikat hidup yang
selalu pasangan lalui.

ALI
Kita takkan lalu semua tu. Abang
takkan mungkir janji.

DELILAH
32
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Jangan janji apa-apa. Bahaya.

ALI
Abang tak takut sebab abang tak
akan mungkir janji dengan sayang.

DELILAH senyum mendengarnya.

INTERCUT TO END FLASHBACK:

SC30A.INT.KERETA ALI.PAGI
Watak: ALI

ALI leka dengar lagu yang hampir habis, dia masih


terkenang.
Kereta belakang hon sebab depan dah tak ada kereta.
ALI segera memandu dan lagu pun tamat.
CUT TO:

SC32.INT.GALERI NANCY.PAGI
Watak: NANCY

NANCY cakap telefon sambil lihat lukisan yang baru


sampai.

NANCY
Hai, Lilah.. dah sampai di
pejabat UNESCO?.. alamak!
Terbabit jala sesak?... ada Dr
Satria telefon? Atau
setiausahanya?

INTERCUT TO:

SC33.INT.KERETA DELILAH.PAGI
Watak: DELILAH

DELILAH sedang memandu sambil berbual di telefon


dengan NANCY.
33
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Dr Satria sendiri yang telefon.
Dah beritahu saya dalam
perjalanan… terima kasih Nancy
rekomen kerja yang sangat saya
suka ni. terima kasih sangat… ok,
jumpa lagi nanti ya. Bye.

DELILAH kembali fokus pemanduan, sudah tiba di


kawasan bangunan pejabat. Dia cari parking.

CUT TO:

SC34.EXT.PAKRING SEKITAR BANGUNAN PEJABAT.PAGI


Watak: DELILAH, ALI

DELILAH baru parking. Dia nak keluar, terasa


keretanya bergegar seperti dilanggar. DELILAH
bengang terus keluar.

DELILAH
Apa ni? Orang dah masuk parking
pun langgar ke?

Kereta ALI yang nak parking sebelahnya yang


terlanggar sikit belakang kereta DELILAH. ALI
turunkan cermin kereta. ALI tergamam lihat wanita
itu ialah DELILAH. DELILAH juga terkejut.

DELILAH
Abang?

ALI segera parking dan keluar kereta. DELILAH nak


beredar, ALI halang. Mereka berpandangan tapi
terdiam seketika.

ALI
Maaf kena kereta.. kepala
memikir macam macam tadi.. Abang
bayar ganti rugi.

DELILAH
34
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Takpe.. takpe.. saya dah lambat


kerja..

DELILAH segera beredar masuk dalam bangunan


berdekatan. ALI tak sempat nak cakap apa apa. ALI
lihat bangunan tersebut, dia pun nak ke situ. ALI
segera masuk dalam bangunan yang sama.

CUT TO:

SC35.INT.LOBI BANGUNAN PEJABAT.PAGI


Watak: ALI, orang awam

ALI masuk di lobi. Orang awam kelur masuk, ada


menunggu di lif. ALI cari DELILAH tapi tak nampak.
Dia cari lagi masih tak jumpa.

ALI mengeluh sendiri. Dia macam tak percaya dia


jumpa DELILAH tadi.

ALI
Aku tak mimpi kan?.. Takkkk! Mana
kau, Lilah!

ALI cari tak jumpa juga. Dia give up.

CUT TO:

SC36.INT.PEJABAT MSF.PAGI
Watak: ALI, DR ANDREW

ALI jumpa DR ANDREW. DR ANDREW sedang tunjuk beberapa


perancangan yang dah dibuat tapi ALI khayal.

DR ANDREW
Dr Ali? Masih di pejabat MSF atau
dah terbang ke markas bantuan
perubatan ni?

ALI
Hah? Lilah..
35
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DR ANDREW
Lilah? Siapa tu?

ALI
Siapa? Takde siapa. Ok apa tadi?

DR ANDREW
Kau ok ke tak ni? Takkan dengan
aku kau nak bohong pulak. Aku
belajar ilmu psikologi tau.

ALI
Ya ya.. aku oklah. Tadi teringat
aku langgar kereta orang. Lilah.

DR ANDREW
Kau langgar orang tadi?

ALI
Tak. kereta dia. sikit je.
Parking bawah.

DR ANDREW
Ohh.. nama dia Lilah ke?

ALI
Lilah.. ha ah.. nama dia. ok
takpe, sambung cerita. Apa
perancangan yang sedang dibuat?

DR ANDREW senyum salah lihat ALI. Dia sambung


terangkan.
CUT TO:

SC37.INT.PEJABAT UNESCO.PAGI
Watak: DR SATRIA, DELILAH

DELILAH jumpa DR SATRIA.

DR SATRIA
Dalam kajian UNESCO, di
kebanyakkan negara, kanak-kanak
tidak ada hak di dalam penjara
sana. Perkara asas kemanusiaan
yang sepatutnya diperoleh adalah
penjagaan kesihatan, makanan dan
pendidikan secara umum.
36
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Ya, saya juga semasa di US pun
ada pernah terlibat dengan
aktiviti UNESCO di sana. Setakat
kajian saya, lebih kurang sejuta
kanak kanak di dalam penjara
seluruh dunia. Mungkin lebih.

DR SATRIA
Tapi negara prihatin akan hak
mereka masih ada. Tapi di negara
miskin, hak mereka ditutup
sebelah mata.

DELILAH
Ya, dan kita antara negara yang
prihatin itu. Alhamdulillah. Itu
sebab saya sangat teruja bila
tawaran di sini tiba kepada
saya. Masa yang amat tepat untuk
saya berkhidmat di sini.

DR SATRIA
Delilah sudah ada reputasi yang
sangat bagus. Kami yang gembira
Delilah akan menjadi keluarga
kami di sini. Terima kasih
terima tawaran ini.

DELILAH gembira, terharu.

CUT TO:

SC38.EXT.PARKING DEPAN BANGUNAN PEJABAT.PETANG


Watak: ALI, DELILAH

DELILAH keluar dari bangunan pejabat. Dia segera ke


keretanya, terkejut lihat ALI sudah tunggu di kereta
sebelah.
37
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Terhenti langkah DELILAH. ALI nampak, tak sempat


DELILAH nak patah balik. ALI senyum lambai pada
DELILAH.

DELILAH terpaksa hampirinya.

ALI
Assalamualaikum..

DELILAH
Waalaikumsalam

ALI hulur duit RM300.

ALI
Buat betulkan lekuk belakang
kereta tu. Maaf sangat abang tak
perasan tadi.

DELILAH
Takpe.. lupakan.

ALI
Mana boleh lupakan. Allah susun
takdir kita hari ni untuk jumpa
kan? setelah 12 tahun..
lamanyaaaa..

DELILAH angguk saja dan terus buka pintu kereta.


ALI nak panggil nak cakap lagi tapi DELILAH segera
beredar. ALI hanya mampu perhati saja kereta
DELILAH pergi. ALI rasa sayu sendiri.

CUT TO END.
BERSAMBUNG
END CREDIT.
38
episod 9 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Anda mungkin juga menyukai