Anda di halaman 1dari 16

CIGU! NADAI BISI UTAI?

EPISODE 04: TUKANG KAYU KERJANYA ENTENG?

By

EL FADZRIL

(fadzrilafandy@gmail.com)

&

WAN DZULKARNAIN
(wdzul78@gmail.com)
MINIT 1-10

FADE IN:
1.INT. RUMAH HALIM – SIANG
Halim sedang bersiap sedia untuk turun ke sekolah. Dia melihat
kalendar di telefon.

HALIM
Hm..dah 3 minggu aku kat sini.
Kejap lagi mesti mak call,
ingatkan aku untuk bersiap nak
pindah. Itu kemahuan
dia..sekarang ni..kemahuan aku
pulak?ah…serabut aku fikir semua
ni.
(berhenti seketika)
Semalam pelajar-pelajar lain
datang, Kuma pulak tak datang.
Kenapa agaknya…

Dia berhenti mengelamun dan terus keluar.

2. INT./EXT BILIK KELAS - SIANG


Esoknya, Cikgu Halim gembira melihat semakin ramai yang hadir
ke sekolah. Subjeknya sudah tamat, namun mata Halim masih
tertumpu pada meja Kuma. Sekali lagi dia melihat kerusi Kuma
kosong.

HALIM
Ada di antara kamu yang tau mana
pergi Kuma? Dah 2 hari dia tak
datang ni. Dia pun tak maklumkan
apa-apa pada cikgu.
Murid-murid menggeleng kepala.

MARGARET
Tak ada cigu. Mungkin dia kurang
sihat.
Halim hanya mengangguk kehairanan.

CNBU – ep04 – Ms:2


SYLVESTER
Cigu! Kami keluar PJ dulu ya!

HALIM
Okay. Jumpa nanti.

Pelajar-pelajar 3 Biru keluar untuk Pendidikan Jasmani


meninggalkan Halim termangu di mejanya.

HALIM
Mana pulak pergi Kuma ni. Dia
bukan jenis macam ni.
Tiba-tiba ada meja yang rebah di belakang kelas. Halim pun
memeriksa meja berkenaan dan mendapati meja tersebut agak usang
dan terdapat pembaikan yang tidak sempurna. Halim keluar kelas
untuk ke bilik pejabat.

3. EXT. BILIK KELAS (PEMANDANGAN KE PADANG) – SIANG


Dari luar bilik kelas, terbentang padang bola dan terdapat
aktiviti sekumpulan murid-murid kelas Cikgu Halim sedang bermain
bola. Cikgu Halim memerhatikan gelagat muridnya ditemani Cikgu
Nazri. Dia agak kagum apabila melihat salah seorang muridnya
iaitu Sylvester agak lincah di padang menggelecek dan menendang
bola.

HALIM
Berbakat Sylvester ni. Dia boleh
pergi jauh dalam bidang sukan.

CIKGU NAZRI
Dia memang atlet sekolah. Acara
olahraga pun selalu dia yang
sapu. Tapi itulah, kadang-kadang
isu bajet, sekolah tak hantar dia
wakil untuk lokasi yang jauh dari
sekolah.

CNBU – ep04 – Ms:3


HALIM
Hendak seribu daya Naz..

CIKGU NAZRI
Tapi Halim..bukan nak kata apa
lah. Aku pun dulu macam ni..main
bola terer, lari pecut pun juara.
Kalau aku lari..awek-awek sekolah
berbaris nak tengok…eh! Pergi
mana tu?
Cikgu Halim membuat mimik muka berlalu meninggalkan Cikgu
Nazri dengan kisah dongengnya.

3. EXT. BILIK KELAS - SIANG


Di dalam perjalanan ke bilik guru, Halim memerhati ada longgokan
perabot-perabot diletakkan di luar pagar sekolah dalam keadaan
usang, meja dan kerusi kebanyakan tidak dapat digunakan. Dia
singgah dan cuba memeriksa keadaan perabot, ada yang tercabut
dan rosak. Kemudian dia disapa Billy dari belakang.

BILLY
Buat apa tu Cikgu Halim? Nak jadi
tukang kayu pulak ka?

HALIM
Kerusi meja ni semua..teruk
sangat keadaannya..

BILLY
Eh, dah kerusi meja kayu. Memang
la tak tahan lama. Cikgu tak
perlu fikir pasal benda ni. Pihak
sekolah dah upah saya untuk baiki
perabot ni semua. Tak perlu
risau.
Halim hanya terdiam. Matanya masih memandang perabot-perabot
usang di hadapannya.

CNBU – ep04 – Ms:4


BILLY
Eh cigu. Hari tu saya tengok
rancak cigu dan Cynthia
bercerita. Ada apa tu cigu?

HALIM
Eh..ada lah hal yang kami
bualkan. Kenapa pulak kau nak
tau?

BILLY
Wah..makin lama makin berani ya
cikgu. Tak ada lah cikgu. Aku dan
Cynthia tu rapat. Dari kecik kami
kenal. Itu je lah nak cakap.
Billy tersengih membuat muka bangga dan berlalu pergi. Halim
sedikit pun tidak terkesan.

4. INT. BILIK GURU BESAR – SIANG


Cikgu Halim berjumpa Guru Besar – Cikgu John untuk menyatakan
kebimbangan terhadap keadaan kerusi meja di sekolah yang semakin
uzur.

CIKGU JOHN
Saya faham kebimbangan kamu Cikgu
Halim. Kita dah pohon untuk
kerusi meja baharu, tapi ambil
masa. Sementara tu, saya dah
arahkan Cikgu Raden untuk uruskan
hal-hal baikpulih menggunakan
peruntukan yang ada.

HALIM
Tapi..

CIKGU JOHN
Jangan risau lah cikgu. Kita
sabar sikit lagi ya.
CNBU – ep04 – Ms:5
5. INT/EXT. BILIK KELAS – SIANG
Loceng berbunyi dan murid-murid keluar dari kelas. Halim melihat
meja Kuma yang masih kosong dan keluar dari bilik kelas. Halim
balik ke bilik guru dan mengambil beg serta keluar semula. Dia
bertembung dengan Cikgu Cynthia.

CIKGU CYNTHIA
Eh cikgu. Macam orang lari
marathon pulak. Dah lunch belum?
Kalau belum join saya dan cikgu-
cikgu ni nak keluar makan kejap
lagi.

HALIM
Oh..terima kasih cikgu. Tapi saya
nak ke rumah Kuma ni.

CIKGU CYNTHIA
Rumah..Kuma?

HALIM
Ya. Beberapa hari ni dia tak
datang. Saya tak dapat apa-apa
info dari dia atau mak dia. Risau
pulak. Saya mintak diri dulu
cikgu.
Cikgu Cynthia tersenyum melihat gelagat Cikgu Halim.

6. EXT. JALAN KAMPUNG – SIANG


Halim berjalan menuju ke rumah Kuma yang tidak jauh dari sekolah
itu. Dalam perjalanan dia ditegur oleh beberapa orang murid dan
ibu bapa, sambil berkenalan dan bertegur sapa. Di dalam
perjalanan, Halim terpesona melihat keindahan pemandangan
kampung.

7. EXT. RUMAH KUMA – SIANG


Halim memberikan salam dan mengetuk pintu. Kelihatan seorang
perempuan tua yang membuka pintu.

CNBU – ep04 – Ms:6


IBU KUMA
(bahasa iban) Ya..ada apa? Tuan
ni cikgu sekolah Kuma kan?
Halim agak terpinga-pinga kerana tidak faham Bahasa Iban.

IBU KUMA
Eh..maaf. Cakap Iban pulak. Ni
Cikgu Halim kan? Datang sini cari
Kuma?

HALIM
Ya puan. Maaf la mengganggu. Dah
3 hari dia tak datang. Saya risau
kalau ada apa-apa jadi. Saya tak
tahu macam mana nak hubungi dia.

IBU KUMA
(tertawa kecil)Oh, maaflah cigu.
Telefon saya ada masalah, itu
yang tidak dapat talipon cikgu.
Kuma ada di bilik tu, dia kenak
asma sampai demam panas. Ni dah
bagus sikit sakit dia.
(bahasa Iban) Kuma..! datang
sini. Ada Cikgu Halim ni nak
jumpa kamu.
Kuma datang dengan wajah kurang bermaya. Namun dia tetap
tersenyum melihat kelibat Cikgu Halim.

KUMA
Wah..cigu! rindu betul Cigu sama
saya. Sampai datang rumah lagi.
Sorry la kurang sihat. Kalau
tidak tadi sudah saya masak
chicken chop untuk cigu. Hahaha.

HALIM
Sakit-sakit pun ada hati lagi
awak nak bergurau ya Kuma. Yalah,
mana cikgu tak risau. Hari tu
bukan main lagi semangat awak nak
capai cita-cita awak. Lepas tu
hilang.

CNBU – ep04 – Ms:7


KUMA
Maaf cigu..esok kalau dah sembuh
saya datang. Eh, tadi cigu tak
faham ya apa yang mak saya cakap?
Ingatkan cigu dah pandai.

HALIM
Sikit-sikit tu boleh la. Ha, cuba
awak ajar cigu sikit. Baru cepat
pandai.
Mereka terus berbual sambil Kuma mengajar Cikgu Halim bahasa
Iban. Ibu Kuma hanya ketawa mendengar keletah lucu mereka.
Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas.

8. INT. BILIK GURU – SIANG


Hari seterusnya, Encik Raden dengan muka yang masam pergi
berjumpa Cikgu Halim.

ENCIK RADEN
Cikgu Halim. Saya dengar cikgu
ada mengadu dengan GB pasal
kerusi meja rosak. Semua tu saya
yang uruskan. Apa yang jadi
masalah?

HALIM
Bawa bertenang Encik Raden.
Datang pun tak bagi salam. Mana
lah saya tahu Encik Raden yang
uruskan. Saya tanya je pun.

ENCIK RADEN
Sekarang cikgu dah tahu kan? Tak
perlu lagi nak tanya itu, tanya
ini. Buat masa ini, Billy
kontraktor yang dilantik untuk
selenggara semua kerusi meja dan
perabot.

HALIM
Ya, itu yang GB maklum pada saya.
Tapi Encik Raden ada pantau tak
hasil kerja Billy? Bukan masalah
CNBU – ep04 – Ms:8
siapa kontraktor, tapi tengoklah
mutu kerja tu. teruk sangat
kualitinya. Sebab tu masalah ni
berulang.

ENCIK RADEN
Tak apa cikgu. Macam yang saya
kata, hal itu bawah seliaan saya.
Cikgu kalau boleh tak perlu masuk
campur urusan pentadbiran. Terima
kasih.
Halim terkedu melihat Encik Raden yang berlalu pergi. Dia
terkilan kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

9.INT. BILIK GURU - SIANG


Cikgu Cynthia masuk menerpa ke dalam Bilik Guru.

CIKGU CYNTHIA
Ada kecemasan! Ada pelajar
tertusuk kayu tajam semasa nak
ambil bola di tempat perabot
rosak tadi. Dia perlu dirawat
segera!

CIKGU NAZRI
Alamak..pelajar mana cikgu?

CIKGU CYNTHIA
(memandang Cikgu Halim)
Sylvester.
Sepantas kilat, Halim bingkas bangun dan keluar pergi ke arah
tempat kejadian dengan muka yang risau.

10. EXT. LUAR SEKOLAH – SIANG


Sylvester dibawa ke bilik kesihatan pelajar. Diperhatikan darah
keluar dengan banyaknya pada paha Sylvester. Mereka segera
melakukan rawatan kecemasan. Sylvester mengerang kesakitan
walaupun sedaya Upaya cuba menahan.

HALIM
Saya rasa kita perlu bawa dia ke
klinik sekarang.

CNBU – ep04 – Ms:9


Cikgu Halim dengan bantuan Cikgu Cynthia segera membawa
Sylvester ke kereta untuk ke Klinik Kesihatan Sebuyau.

11. INT. KLINIK -SIANG


Ibu Sylvester datang ke klinik dalam keadaan sangat bimbang dan
terkejut. Setiba di klinik, ibu Sylvester terus berjumpa Cikgu
Halim dengan wajah cukup cemas.

IBU SYLVESTER
Cigu! Mana anak saya? Apa sudah
jadi?

HALIM
Sabar puan. Sylvester sedang
dirawat. Dia terjatuh atas
longgokan perabot waktu ambil
bola. Kaki dia tertusuk kayu.
(menarik nafas sebelum cuba
memberitahu dengan perlahan)
Dia sedang dirawat sekarang..kami
dimaklumkan kayu tersebut terkena
saluran darah utama. Dia perlukan
darah segera dan kita kena bawak
dia ke Hospital Simunjan.
Ibu Sylvester lemah terduduk mendengar berita itu dan
menangis teresak-esak. Cikgu Cynthia cuba menenangkannya.

12. INT. PERJALANAN KE HOSPITAL - SIANG


Dalam perjalanan ke hospital, ibu Sylvester bertambah bingung.

IBU SYLVESTER
Cikgu, saya mintak tolong kamu
cari bapak dia. Kalau tak ada di
warung, di tempat biasa dia lah
itu. Biarlah dia mau marah kah
apa. Dia perlu ada di sini. Anak
dia perlukan dia.

CNBU – ep04 – Ms:10


HALIM
Baik puan. Nanti saya cuba
dapatkan pertolongan dari Cikgu
Nazri.
Halim mendail telefon untuk menghubungi Cikgu Nazri.

13. INT. HOSPITAL DI PEKAN – SIANG


Tiba di hospital, Sylvester segera masuk ke bilik rawatan.
Wajahnya sudah pucat lesi.

14. EXT. SEKITAR KAMPUNG BUKIT RUAI - SIANG


Kuma, Leticia dan Mag berusaha mencari kelibat ayah Sylvester.

KUMA
(bahasa iban) Kita nak ke mana
ni?

LETICIA
(bahasa iban) Kita mesti cari
ayah Sylvester. Tadi aku
terdengar perbualan Cikgu Nazri
dan Cikgu Halim di telefon.
Sylvester dalam perjalanan ke
hospital. Ayah dia perlu tahu
keadaan Sylvester.

MARGARET
(bahasa iban) Betul. Dan sini
tempat ayah dia selalu minum dan
berjudi. Apa pun jadi, kita mesti
jugak dapatkan ayah dia dan
bagitahu keadaan Sylvester.
Kuma ternampak ayah Sylvester dari luar sebuah tempat
perjudian.

KUMA
(bahasa iban) Ha, itu dia!
Mereka cuba masuk dan mendapatkan ayah Sylvester namun dihalang
oleh rakan-rakan ayah Sylvester termasuk Billy yang juga berada
di situ.

CNBU – ep04 – Ms:11


BILLY
(bahasa iban) Oi, apa kamu semua
buat di sini? Ini bukan tempat
budak-budak. Pergi balik!
Kuma, dan Leticia ketakutan. Hanya Margaret yang cuba
menunjukkan keberaniannya.

15.INT. HOSPITAL - SIANG


Di hospital, doktor pergi berjumpa ibu Sylvester, Cikgu Halim
dan Cikgu Cynthia.

DOKTOR
Puan, anak puan ketika ini
perlukan pendermaan darah segera.
Malangnya, darah dia adalah jenis
RH17, satu jenis darah yang rare
dan biasanya terdapat dalam etnik
Bidayuh. Kumpulan darah yang lain
boleh menjejaskan sistem
imunisasi badan dia. Puan..tahu
mengenai perkara ini? Mungkin
puan dari kumpulan darah yang
sama?

IBU SYLVESTER
Saya..tak sama doktor. Kami
pernah buat medical check up
dulu…ayah dia yang sama kumpulan
darah dengan dia. Ayah dia ada
campur Bidayuh.

DOKTOR
Boleh saya dapatkan ayah dia
sekarang? Bank darah di Hospital
Umum di Kuching pun mempunyai
bekalan darah yang terhad untuk
jenis ni. Kalau pun mencukupi,
perlu 3 jam untuk bekalan sampai
ke sini. Saya takut kita tak ada
banyak masa.
Mereka berpandangan.

16. EXT. TAPAK PERJUDIAN – SIANG

CNBU – ep04 – Ms:12


Kuma, Leticia dan Margaret masih dihalang di hadapan tempat
perjudian ayah Sylvester. Tanpa rasa takut, Margaret menjerit.

MARGARET
(bahasa iban) Pakcik! Ayah
Sylvester!Anak pakcik di
hospital. Dia dalam kecemasan!!
Ayah Sylvester mendengar jeritan itu dan segera bangun untuk
keluar tetapi dihalang Billy dan rakan-rakan.

BILLY
(bahasa iban)eh nak ke mana tu?
cakap budak-budak ni pun kau nak
percaya. Duduk. Sambung lagi
main. Kalau tak, bila kau nak
habis bayar hutang kau hah?
Ayah Sylvester cuba melepaskan diri namun masih dihalang. Di
dalam keriuhan suasana, bunyi siren polis kedengaran dan
rakan-rakan ayah Sylvester lari lintang pukang meninggalkan
ayah Sylvester terpinga-pinga.
Ketika yang lain tercengang, keluar kelibat Cikgu Nazri
membawa telefon dan speaker kecil sambil tersengih-sengih dan
membuat tarian Tik Tok. Bunyi tersebut hanyalah satu helah
dari Cikgu Nazri. Kuma, Margaret dan Leticia ikut ketawa
melihat Cikgu Nazri.

17. INT. HOSPITAL – SIANG


Cikgu Halim dan ibu Sylvester gelisah menunggu kedatangan ayah
Sylvester. Cikgu Cynthia masih cuba menenangkannya.

CIKGU CYNTHIA
(bahasa iban) Makcik sabar ya.
Kejap lagi dia orang sampai lah
tu.
Tidak lama kemudian, Cikgu Nazri dan Kuma tiba bersama ayah
Sylvester. Ayah dan ibu Sylvester berpandangan tanpa berkata
apa-apa. Ayah Sylvester segera dibawa ke dalam bilik rawatan
oleh jururawat yang kurang selesa dengan baau alkohol dari ayah
Sylvester.
Mereka yang lain tersenyum lega.

CNBU – ep04 – Ms:13


18. INT. HOSPITAL – SIANG
Tidak lama kemudian, doktor keluar dari bilik rawatan dengan
wajah yang muram.

DOKTOR
Puan, saya minta maaf. Walaupun
kumpulan darah mereka sama, tapi
kandungan alkohol yang tinggi
menyebabkan ayahnya bukan
penderma yang sesuai. Kita
perlukan penderma lain. Saya
sedang cuba hubungi beberapa
pihak juga sekiranya mereka boleh
membantu. Sementara itu, kita
hanya dapat bersabar.

Ibu Sylvester mula menangis teresak-esak. Mereka yang lain turut


terkedu. Tidak pasti berapa lama Sylvester mampu bertahan.

19. INT. HOSPITAL – SIANG


Kuma yang melihat keadaaan itu tidak duduk diam. Sedang masing-
masing sugul mencari ikhtiar, tiba-tiba dia bingkas bangun.

KUMA
Cikgu Halim,pinjam telefon.

HALIM
Awak nak buat apa? Waktu macam ni
awak nak main game?

KUMA
Cigu ni..bukanlah. Saya nak buat
live streaming kat Facebook,
dalam group Sebuyau dan kawasan
sekitar. Mungkin ada yang sama
darah dengan Syl. Tidak dapat
saya duduk diam saja cigu.
Cikgu Halim memberikan telefonnya kepada Kuma. Sambil Kuma log
masuk ke dalam Facebook, Halim memandang Kuma dengan rasa
kagum. Semangat setiakawan anak kecil ini memang hebat.

20. INT. SEKITAR HOSPITAL – SIANG


CNBU – ep04 – Ms:14
Liputan internet di kawasan hospital lebih baik dari kampung,
namun isyaratnya tidak stabil. Kuma, Margaret dan Leticia sedang
cuba mencari kawasan yang isyaratnya stabil.

KUMA
(bahasa iban)Hai semua! Kami
sangat-sangat memerlukan
pertolongan. Sesiapa yang
mempunyai kumpulan darah RH17
boleh tampil segera di Hospital
Sebuyau untuk derma darah kepada
kawan kami yang sangat
memerlukan. Info lanjut saya
tulis di dalam caption. Sila..eh!
Talian terputus lagi.
Mereka mencuba di pelbagai tempat. Mereka berdiri di tempat
parkir, memanjat tangga sehingga hampir terjatuh, berpusing-
pusing di cafeteria dan macam-macam lagi. Orang sekeliling
hanya menggeleng tetapi terhibur dengan gelagat mereka.

21. INT. HOSPITAL – SIANG


Selesai live, mereka sama-sama menunggu di lobi hospital
bersama-sama yang lain. Kuma masih setia melihat maklum balas
orang ramai di Facebook.

MARGARET
(bahasa iban) Wah, 2 ribu share!

LETICIA
(bahasa iban) ya..tapi, belum ada
yang sama kumpulan darah dengan
Syl. Macam mana keadaan dia tadi?

CIKGU CYNTHIA
(bahasa iban) Setakat ni dia
stabil. Cuma..

HALIM
Takpa. Syl kuat. Saya tahu dia
tak mudah putus asa.

KUMA

CNBU – ep04 – Ms:15


(bahasa iban) Aduh..signal
internet hilang lagi! Macam mana
ni??

Liputan internet hilang, mengecewakan semua.


Ketika semua sedang tunduk sugul di hospital, terdengar suara
doktor menegur mereka. Semua menoleh terkejut.

CNBU – ep04 – Ms:16

Anda mungkin juga menyukai