Anda di halaman 1dari 3

BUDAK NAKAL Petang itu, cuaca agak baik.

Keadaan berangin membuatkan ku berasa tenang dan santai duduk menghadap komputer riba sambil membuat kerja krususku yang semakin banyak. Terasa berat rasanya diri ini untuk menyaipkan kerja yang semakin banyak. Namun begitu, semangatku perlu kuat kerana tidak lama lagi diriku akan bergelar pendidik generasi masa hadapan. Umurku kian meningkat dan semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi menjadi orang dewasa. Kalau boleh diputarkan kembali masa inginku terus menjadi kanak-kanak yang sentiasa gembira tanpa memikirkan sebarang masalah. Ingin ku kembali kezaman sekolah rendahku yang penuh kenangan. Teringatku kepada semua rakan-rakan sekolah rendahku seperti Zul Hadi, Helmi, Aiman, Siti, dan ramai lagi yang sentiasa bersama dalam keadaan suka duka. Kini mereka semua sudahpun menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Paling tidak kulupa satu nama yang segar diingatanku JEBON budak paling nakal di kelasku. Banyak masalah yang telah dilakukannya semasa berada di sekolah yang segar di ingatanku. JEBON Bin Harun itulah namanya seorang anak orang berada yang mana ibubapanya berkerja sebagai usahawan. Seorang yang bertubuh kurus tinggi, berkulit sawo matang dan mempunyai mata yang sepet merupakan anak tunggal yang manja namun dia hanya dapat tinggal dengan pembantu rumah kerana ibubapanya yang sibuk berkerja. Semua guru mahupun pelajar sekolah rendahku tahu akan perangainya yang negatif. Hari ini aku terpanggil untuk menulis cerita akan JEBOn sebagai tugasan kerja krususku. Kejadian pertama berlaku semasa kelas Cikgu Ramlah, kami pada masa itu sedang diajar mata pelajaran matematik. Selepas 20 minit Jebon baru masuk kedalam kelas. Dia datang dalam keadaan yang kelang kabut dan tidak kemas. Dia berlari masuk kedalam kelas tanpa memberi salam terlebih dahulu. Cikgu Ramlah yang ternampak perbuatan Jebon memanggilnya kehadapan namun jebon berkeras dan tidak mahu datang kehadapan. Apabila Cikgu ramlah memanggil Jebon secara baik jebon pula memalingkan muka dan terus ketempat duduknya. Cikgu Ramlah mengelengkan kepala melihat reaksi yang dilakukan Jebon. Kami sekelas hanya

mampu berdiam diri melihat kejadian yang berlaku itu. Sikap tidak menghormati guru yang diamalkan Jebon sememangnya tidak baik dicontohi. Jebon sudah banyak kali di bawa kaunseling mengenai hal tidak menghormati gurunya itu tapi dia tetap tidak berubah. Selain itu, Jebon juga suka membuli membuli rakan-rakannya yang lemah. Saya sendiri pernah melihat jebon mencuri pensil siti semasa kelas bahasa Melayu. Saya telah memberitahu Cikgu Ravi akan kejadian itu, saya dan jebon di panggil cikgu ravi dan semasa cikgu ravi menanyakan kepada jebon adakah dia yang mengambil pensil tersebut dia dengan tidak rasa bersalah menafikan tuduhan itu dihadapan saya yang melihat dia mencuri. Saya marah dengan penipuan yang dilakukan oleh jebon, Pernah sekali saya meminta pertolongan Zul Hadi untuk sama-sama dengan saya untuk

mengugut jebon mengaku adakah dia yang mencuri. Jebon terpaksa mengaku kerana dia takut dengan Zul Hadi kerana fizikal zul yang lebih besar dan kuat darinya. Sikap menipu jebon sangat menjadi-jadi sehingga menipu gurunya dan saya merasa kesal kerana guru tidak melakukan apa-apa tindakan dan kesian dengan siti yang sering menjadi mangsa buli Jebon. Semasa di dalam kelas juga Jebon sering tidak menyiapkan kerja. Pernah sekali semasa kejadian dalam kelas Cikgu Anis kami diminta membuat lukisan bentuk. Kami melakukan kerja dengan tekun. Tiba-tiba Jebon mengoyakkan kertas lukisan yang diberikan cikgu Anis. Semua pelajar terpaku dan melihat kepada tingkah laku jebon. Cikgu anis terus mendekati jebon dan memarahinya atas perbuatan yang biadab itu. Cikgu anis juga telah melepaskan kata-kata kesat yang membuatkan jebon lari meninggalkan kelas. Ketua kelas diarahkan oleh cikgu anis untuk memanggil jebon. Kami yang lain hanya diam melukis dan tidak berani mengeluarkan kata-kata maklumlah Cikgu anis agak garang. Kerja rumah juga sering tidak disiapkan oleh Jebon. Guru-guru sudah lali dengan sikap jebon yang tidak menghantar kerja rumah. Kerosakan dalam bilik darjah juga sering berlaku dan tidak lain dan tidak bukan ianya perbuatan Jebon. Jebon sering merosakkan keceriaan dalam kelas. Dia sering menconteng meja dengan pensil, dia juga menconteng buku-buku teks yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Pernah sekali dia ditangkap menconteng buku teks oleh cikgu dan

cikgu telah mendendanya dengan berdiri atas meja sambil mengangkat satu kaki. Kami semua mentertawakannya kerana perbuatannya membuatkannya malu. Apabila saya fikirkan kembali akan hukuman Jebon saya rasa ianya tidak patut. Dalam pelajaran Jebon sememangnya pelajar yang paling ketinggalan dalam kelas. Saban tahun keputusannya peperiksaannya merosot. Dia seperti tidak ada semangat untuk belajar. Saya yakin keputusannya yang buruk ada kaitannya dengan masalah ponteng sekolah. Kadang-kadang dalam seminggu dia hanya hadir 3 atau 4 kali dan selebihnya dia ponteng. Saya rasa sikap ponteng perlu diatasi kerana sekiranya kita ponteng banyak maklumat penting yang kita akan tertinggal dalam pembelajaran. Semasa hari permuafakatan Ibubapa dan guru (IPBG) ibubapa Jebon sering menyalahkan pihak sekolah yang tidak memberikan didikan yang sempurna kepada anak mereka. Mereka juga mengadu anak mereka kurang ajar semasa di rumah dan kurang menghormati mereka lagi. Guru besar Puan Hanim sering menasihati ibubapa jebon supaya mereka sepatutnya mengambil masa yang lebih banyak dengan anak mereka kerana beliau berpendapat Jebon kurang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Saya mendapat tahu Ini semua daripada ibubapa saya yang telah menceritakan kepada saya. Petang sudah hampir di penghujungnya, angin luar yang tenang juga sudah berhenti,wap panas naik dan keadaan menjadi agak lembab. Saya juga sudah tamat mengingati cerita tentang rakan saya itu. Sekarang saya sudah tidak lagi tahu dimana agaknya Jebon berada. Adakah dia sudah berjaya? Dapatkah lagi saya bertemu dengannya? Adakah dia sudah menjadi orang yang berjaya? Walaupun saya tidak mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini namun sekiranya ada Jebon yang akan muncul semasa saya menjadi guru nanti akan saya didik menjadi pelajar yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai