Anda di halaman 1dari 14

CIGU! NADAI BISI UTAI?

EPISODE 08: MISI ADIWIRA

By

EL FADZRIL

(fadzrilafandy@gmail.com)

&

WAN DZULKARNAIN
(wdzul78@gmail.com)
MINIT 1-24

FADE IN:
1. INT. BILIK GURU - SIANG
Cikgu Nazri sedang bercakap dengan Cikgu Halim di telefon.

CIKGU NAZRI
Jadi sekarang, kau nak aku pergi
jumpa KK, dan minta budi bicara
dia untuk bagi bukti permohonan?
Hm..aku bukan tak nak
tolong..tapi..
(diam seketika, seperti mendengar
sesuatu dari Halim)
Okay-okay. Aku cuba.
Assalammualaikum, bye.
Cikgu Nazri mengeluh kerana kenal benar dengan perangai Ketua
Kampung, namun segera bangkit untuk ke rumah Ketua Kampung.
2.EXT. LUAR SEKOLAH – SIANG
Di luar halaman sekolah, Billy menarik lengan Encik Raden.

BILLY
Oi! Sitok kau. Aku nak nanyak,
sine pegi si Halim ngan Cynthia?

ENCIK RADEN
Adeh..kau tok Billy. Fikir lah
apa tek..nya duak..em..

BILLY
Nya duak apa? Kau tok lamak tok
makin pelik tangga ku. Macam
ngelak dari aku ada juak. Ne tuju
nya duak??

ENCIK RADEN
..nya duak di Kuching! Cikgu
Halim pergi Pertandingan Inovasi
di SK Bintang, Cikgu Cynthia
ngembak mak Kuma operate di
spetar. Sidak bukan pergi sekali
pun..asing-asing.
CNBU – ep08 – Ms:2
BILLY
Lalek apa aku. Halim ya ada utang
ngan aku..mun aku dapat nembiak
ya..
Billy melihat Guru Besar, Cikgu John masuk ke dalam pejabat.
Bah, aku chow lok. Camya lah
kawan. Aku perlu, kau nulong. Kau
merlu, aku nulong, betol sik?
Billy memegang bahu Encik Raden dengan kuat. Encik Raden
mengangguk dan Billy pun berlalu pergi.

3.INT. DEWAN SEKOLAH - SIANG


Hari pertama Pertandingan Inovasi. Tiada pembentangan, hanya
pendaftaran dan persiapan pameran.
Sekolah-sekolah lain tampak lebih bersedia dari SK Bukit Ruai,
dengan bilangan yang lebih meyakinkan dan pameran yang lebih
cantik.
Kuma hanya berpakaian lusuh dan hanya dia dan Halim yang
menyiapkan booth untuk pameran.
Tidak jauh dari booth mereka, ialah booth SK Semai Jaya, sekolah
bestari dan juara 3 tahun berturut-turut.
Melihat Halim dan Kuma sedang mendirikan booth, Cikgu Amir dari
SK Semai Jaya menghampiri mereka bersama para pelajarnya.

CIKGU AMIR
Cikgu Halim! Assalammualaikum!

HALIM
Waalaikummussalam..eh! Amir! Geng
satu maktab! Kau bawak sekolah
mana?

CIKGU AMIR
SK Semai Jaya. Kau di SK Bukit
Ruai eh? Wah..tahniah. Tak sangka
berjumpa kat sini. Amacam? Semua
ok?

CNBU – ep08 – Ms:3


HALIM
SK Semai Jaya? Wahhh..juara tiga
tahun berturut-turut Pertandingan
Inovasi kan? Perghh..juara
bertahan ni. Aku okay
Alhamdulillah. Persiapan ala
kadar je Mir. Cuma ada masalah
sikit waktu nak daftar tadi.

AMIR
Oh..harap semua ok lah bro. Okay,
all the best! Ada masa nanti kita
jumpa lagi.

Cikgu kedua-dua sekolah bersalaman namun salah seorang peserta


SK Semai Jaya memberikan pandangan sinis kepada Kuma. Kuma
gementar.

4. INT. DEWAN SEKOLAH - SIANG


Semasa Halim dan Kuma sedang makan packfood di booth mereka,
datang seorang juruteknik mencari Cikgu Halim.

JURUTEKNIK
Hello. Cikgu Halim? Saya nak
hantar ni (tunjuk kiosk) dari bos
saya.

HALIM
Oh..em, letak je kat situ.
Cikgu Halim tahu itu semua dari ibunya namun cuba menidakkan
rasa bersalah di dalam hatinya. Dia menerima buku manual dari
juruteknik tersebut dan mengucapkan terima kasih.

HALIM
Kuma, awak baca dulu manual ni
untuk belajar cara muat naik
content dalam kiosk ni. Rasanya
tak susah untuk awak belajar,
sebab awak dah tengok jugak dalam
Youtube. Saya nak tanya Cikgu
Nazri apa perkembangan untuk
dokumen awak tu.

CNBU – ep08 – Ms:4


KUMA
Baik cigu.

HALIM
Oh, tadi Cikgu Cynthia ada mesej.
Mereka dah di hospital dan kejap
lagi ibu awak akan dibawa untuk
pemeriksaan sebelum dibedah.
Setakat ni keadaan semua ok.
Kuma senyum dan bersyukur dengan perkembangan itu.
5. EXT. RUMAH KETUA KAMPUNG - SIANG
Cikgu Nazri berada di luar rumah Ketua Kampung apabila terdengar
suara Billy dan Ketua Kampung seperti bertelagah. Dia terus
menyorok agar tidak kelihatan.

KETUA KAMPUNG
(bahasa iban) Sudah-sudah la tu
Billy. Aku rasa tak sedap hati
kali ni.

BILLY
(bahasa iban) Eh! Kita dah pergi
sejauh ni senang-senang je nak
berhenti?(menggeleng-geleng
kepala) Jangan nak selamatkan
tengkuk sendiri je..ingat, rahsia
kau dalam kocek aku!
Ketika keluar, Cikgu Nazri dan Billy bertembung, namun Billy
mendengus dan segera beredar.

6. INT. RUMAH KETUA KAMPUNG – SIANG


Cikgu Nazri berjumpa Ketua Kampung dan selesai menjelaskan
situasinya.

KETUA KAMPUNG
Oh…Kuma..! Anak mendiang kawan
aku ya..hm, perlu..urgent kah?
Sik nak? (ketawa)

CIKGU NAZRI
(menahan geram)Mun sik urgent,
sikdalah kamek datang rumah kitak

CNBU – ep08 – Ms:5


tok KK. Sidaknya dah di Kuching
nun. Sikda masa gik tok.

KETUA KAMPUNG
Hm..mun macam ya..sikda embak
ole-ole tek? (senyum penuh makna)
Cikgu Nazri mula hilang sabar namun masih mengawal nadanya.

CIKGU NAZRI
Macam tok lah KK. Kitak boleh
berik kamek dokumen ya kinek tok,
kamek boleh terus snap gambar and
hantar dengan sidak sinun. Benda
tok dah lamak, takut mun pihak
lain yans siasat kelak..dokumen
lain hal dana Kerajaan pun sidak
selongkar kelak..hehe.

KETUA KAMPUNG
(muka berubah)Kau ugut aku kah?

CIKGU NAZRI
Eh…sikda lah. Sapa lah kamek nak
ugut Ketua Kampung. Lagikpun,
kitak bukan ada molah apa-apa
salah pun. Betul sik?
Ketua Kampung mengetap giginya menahan marah akibat sindiran
Cikgu Nazri. Dia pun bangun dan pergi ke tempat dia menyimpan
dokumen tersebut. Beberapa minit kemudian, dia datang semula
dengan dokumen yang diminta dan menghulurkan kepada Cikgu
Nazri.

KETUA KAMPUNG
Nah, ambik tok...benda kecik pun
mok kecoh.

NAZRI
Hehe..terima kasih (ambil
dokumen). Kamek mintak dirik
dolok k. Kitak nang hensem Ketua
Kampung. (ketawa kecil)
Ketua Kampung menahan geram namun sempat menegur Cikgu Nazri
yang sedang melangkah keluar di pintu.

CNBU – ep08 – Ms:6


KETUA KAMPUNG
Bait-bait balit ya. Iboh happy
gilak. Kita tok bermasa.
Cikgu Nazri hanya tersenyum mendengar ‘amaran’ tersebut.

7. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Cikgu Halim menerima emel dari Cikgu Nazri lalu melompat girang.

HALIM
Yes! Kau memang terbaik Naz.
Kuma, cikgu dah dapat dokumen tu!
Awak tunggu sini, cikgu pergi
daftar sekarang!
Kuma mengangguk keriangan.
Halim segera ke kaunter pendaftaran kerana jam hampir
menunjukkan jam 5.
Peserta-peserta lain kebanyakan sudah kembali ke tempat kediaman
yang disediakan.
Wakil pendaftar menerima pendaftaran tersebut, Halim kembali
kepada Kuma dan menunjukkan isyarat bagus. Mereka saling ‘high
5’!
Kuma sah menjadi peserta Pertandingan Inovasi! Mereka bingkas
untuk mengemaskini pameran mereka.

8. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Ketika Kuma bersendirian, dia dihampiri peserta SK Semai Jaya.

PESERTA SEMAI 1
Eh..sorang jak? Kenak tinggal
cikgu kah?

KUMA
Oh..hai. Sik lah. Nya ada urusan
tek.

PESERTA SEMAI 2
Kitak duak ajak kah? Bukan nak
madah apa lah, kamek orang tok
juara TIGA TAHUN berturut-turut.
Nasihat Ikhlas dari kamek orang,

CNBU – ep08 – Ms:7


isok hari, sik payah jak turun
bertanding.

PESERTA SEMAI 1
Aok, bagus berjalan-jalan jak di
Kuching tok. Hahahaha.
Peserta-peserta berkenaan beredar dari situ meninggalkan Kuma
terdiam seorang.

9. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Montage
Hari pertandingan. Semua pasukan sedang bersiap sedia. Suasana
lebih meriah dari semalam. Ketika Kuma sedang mengemas booth
nya, kumpulan pelajar semalam datang semula ke situ.

PESERTA SEMAI 1
Adoi..datang juak miak comot tok.
Sik faham kah apa padah kamek
orang marek.

KUMA
Apa masalah kitak orang tok? Aku
sikda ngaco kitak orang. Baguslah
mun kitak orang pandei. Aku
datang cuma mok ambik pengalaman
dan polah yang terbaik.

PESERTA SEMAI 2
Ish..kau tok..
Tiba-tiba terdengar suara yang dikenali menjerit ke arah mereka.

MARGARET
Woi!

10.INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG


Kuma tersenyum. Jelas Mag yang menjerit tadi sambil mencekak
pinggang dan membuat gaya ala detektifnya. Sylvester dan Leticia
juga berdiri di sebelahnya, seperti bersedia untuk ‘berperang’.
Pelajar SK Semai Jaya nampak gementar dan mengundur setapak demi
setapak.

CNBU – ep08 – Ms:8


Belum sempat keadaan menjadi lebih keruh, Cikgu Halim pun datang
menenteramkan keadaan.

HALIM
(senyum)Eh..apa kecoh-kecoh ni?
Wah, baguslah semua dah semangat
untuk pertandingan hari ni. Semua
buat yang terbaik k. Good luck!
Halim tersenyum melihat gelagat budak-budak sekolah yang belum
matang. Pelajar SK Semai Jaya berlalu pergi.

HALIM
Eh, kamu bertiga buat apa di
sini?
Cikgu Halim hairan melihat kehadiran Sylvester, Leticia dan Mag.

11. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Tidak lama kemudian, datang Cikgu John tersenyum sambil diiringi
oleh Encik Raden.

CIKGU JOHN
Hai cikgu Halim! Semua ok? Saya
yang ajak mereka ni semua pergi
sini hari ni untuk bagi sokongan
kepada Kuma. Lagipun, hari ni
cuti hujung minggu. Saya betul-
betul bangga dengan kesungguhan
kamu berdua.

Cikgu Halim tersenyum. Cikgu Halim memandang Encik Raden dengan


aneh, dia risau ada udang di sebalik batu. Terlalu drastik
perubahan Encik Raden baginya, manun dia cuba bersangka baik.

HALIM
Oh, terima kasihlah semua sebab
datang. Awak semua rehatlah dulu,
isi perut tu. mesti penat
perjalanan jauh awal pagi tadi.
Sekejap lagi pembentangan nak
mula.
Mereka yang lain bergerak ke kantin sementara Halim dan Kuma
meneruskan persiapan.

CNBU – ep08 – Ms:9


12.INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG
Kuma membuat latihan akhir di hadapan Cikgu Halim dan rakan-
rakan sambil menunjukkan demonstrasi.
Sylvester, Margaret dan Leticia mencuba digital photobooth
berkenaan.
Setiap dari mereka menggayakan pakaian adiwira yang menarik.
Keadaan seperti sangat positif. Tanpa disedari, Encik Raden
sedang mengintai seperti merancang sesuatu.

13.EXT. DEPAN BALAI POLIS - SIANG


Cikgu Nazri sedang berdiri di hadapan balai polis seperti sedang
memikirkan sesuatu.
Cikgu Nazri mengeluarkan telefon dari kocek dan memainkan
rakaman suara Billy dan Ketua Kampung.
Nekad, dia berjalan masuk ke dalam balai polis.

14. INT. DEWAN SEKOLAH - SIANG


Kuma sedang memuat naik grafik baju-baju adiwira 3D ke dalam
laptop sebagai persiapan akhir sebelum Halim datang.

HALIM
Kuma! Semua okay? Dah upload dan
periksa semua content?

KUMA
Dah cikgu!

HALIM
Bagus! Pagi tadi 3 kumpulan dah
buat pembentangan. Kita sesi
petang lepas rehat makan tengah
hari.

KUMA
Cikgu..macam mana keadaan mak
saya sekarang?

HALIM
Kejap, saya call Cikgu Cynthia.

CNBU – ep08 – Ms:10


15.INT. HOSPITAL - SIANG
Cikgu Cynthia menjawab telefon Cikgu Halim.

CIKGU CYNTHIA
Semua berjalan lancar setakat ni
cikgu. Auntie sedang dirawat
sekarang. Bagitau Kuma, jangan
risau k.

16. INT. KANTIN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG


Cikgu Halim, Cikgu John, Kuma, Cynthia dan Leticia sedang makan
di kantin.

HALIM
Eh..Syl mana?

LETICIA
Oh, dia makan awal tadi cigu. Dia
dengan Encik Raden jaga booth.
Beg-beg kita pun masih di sana.

Cikgu Halim hanya mengangguk tanpa memikirkan apa-apa.

17. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG


Sylvester baru datang dari tandas dan melihat Billy berada di
booth pameran dan Encik Raden sedang melakukan sesuatu pada
laptop Kuma. Encik Raden segera menutup laptop tersebut.

SYLVESTER
Em..kenapa tu Encik Raden? Ada
masalahkah?

ENCIK RADEN
Eh gago juak kau tok. Sikda papa,
nangga-nangga ajak.

SYLVESTER
Hm..(bahasa iban)uncle Billy buat
apa di sini?

CNBU – ep08 – Ms:11


BILLY
(bahasa iban) Memang kaki
penyibuk kau ni kan. Eh, aku nak
pegi mana ikut suka aku lah. Kau
ingat kerja aku kat sekolah kau
je? Eh, bapak kau tu masih
berhutang dengan aku tau. Dia
ingat senang-senang nak
bertaubat..
Telefon Billy berbunyi, menandakan mesej masuk.

18. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Billy membuka mesej dan tertera di sana

NOMBOR YANG TIDAK DI SAVE


Bos, KK dah kena tahan. Disyaki
menyeleweng duit PIBG dan dana
kerajaan. Dia bukak mulut nahas
bos!
Muka Billy nampak panik dan cemas.

19. EXT. DEWAN SEKOLAH - SIANG


Billy yang nampak panik berbisik sesuatu kepada Encik Raden dan
segera berjalan keluar. Di dalam perjalanan keluar dewan, dia
bertembung dengan Halim.

HALIM
Eh, kau buat apa kat sini?
Billy tidak mengendahkan Halim dan terus berjalan. Dia menemui
Kuma yang sedang meredakan kegugupannya. Setelah Halim masuk ke
dewan, Billy mengambil kesempatan bercakap dengan Kuma.

BILLY
(bahasa iban) Eh budak..kau
percaya cakap dia orang yang mak
kau okay?

KUMA
(bahasa iban) Apa maksud uncle?
Takkan lah cigu nak tipu saya.

CNBU – ep08 – Ms:12


BILLY
(bahasa iban)Aku tak cakap dia
tipu. Tapi..hehe. Ikut suka kau
lah.
Kuma cuba menidakkan perkara itu kerana mempercayai Cikgu Halim
dan Cikgu Cynthia namun ia berjaya memberi sedikit gusar di
hatinya lantas fikirannya mula bekecamuk.

20. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG

SUARA DI PEMBESAR SUARA


Semua peserta diminta bersedia di
booth masing-masing. Sesi
pembentangan berikutnya akan
bermula sebentar lagi.

Kuma masuk dewan dengan wajah yang gementar. Cikgu Halim


menyedari perkara itu dan meletakkan headphone di telinga Kuma
dan memasang bunyi sape.
Kuma kelihatan tenang.
Tidak lama kemudian Kuma kembali gementar dan tangannya sedikit
menggeletar sebaik pembentangan bermula.

HALIM VO
Alamak..kenapa ni? Sepatutnya
bunyi Sape tu buatkan dia tenang.
Cikgu Halim pula menjadi risau namun dia teringat pesanan Cikgu
Cynthia.

CIKGU CYNTHIA VO
Jangan cepat panik tau. Apa-apa
keadaan, awak mesti tenang.

Cikgu Halim menarik nafas seperti memikirkan sesuatu. Dia


terimbau kembali sewaktu Minggu Kerjaya.
Cikgu Halim seperti mendapat ilham dan segera menelefon Cikgu
Cynthia.

CNBU – ep08 – Ms:13


21. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG

HALIM
Baik cikgu. Terima kasih.

Cikgu Halim selesai bercakap dengan Cikgu Cynthia dan meletakkan


telefon.
Kuma sedang menyiapkan pembentangan untuk membuat semakan akhir
di kiosk digital sehingga dia tiba-tiba menjerit kecil namun
didengari oleh Cikgu Halim dan kawan-kawannya.

KUMA
(bahasa iban) Aduh! Habislah!

HALIM
Kenapa Kuma?

KUMA
Prop digital baju adiwira
saya…semua hilang!!

CNBU – ep08 – Ms:14

Anda mungkin juga menyukai