Anda di halaman 1dari 13

CIGU! NADAI BISI UTAI?

EPISODE 09: AGI IDUP, KAMI NGELABAN!

By

EL FADZRIL

(fadzrilafandy@gmail.com)

&

WAN DZULKARNAIN
(wdzul78@gmail.com)
MINIT 1-24
FADE IN:
1.INT. RUMAH KETUA KAMPUNG – SIANG
(FLASHBACK)
Ketua Kampung yang merangkap pengerusi PIBG sedang bertelagah
dengan Billy.

KETUA KAMPUNG
(bahasa iban)Anak buah kau dah
kena tangkap. Silap haribulan
kita dua pulak ke dalam!

BILLY
(bahasa iban)Jaga sikit mulut tu
KK. Anak buah aku bukan jenis
macam. Nama kita dua selamat. Nak
risau apa?

KETUA KAMPUNG
(bahasa iban)Sedap lah kau
bercakap. Siapa Ketua Kampung?
Aku. Pengerusi PIBG? Aku. Apa-apa
berkenaan dana sekolah dan dana
kerajaan untuk Pembangunan
kampung, memang nama aku keluar.
Kau perlu settle ni cepat. Yang
kau sibuk sangat dengan cikgu
baru tu apahal?

BILLY
(bahasa iban)Sebab dia punca
semua! Kalau dia tak sibuk sangat
hal tepi kain orang, benda ni
takkan jadi.

Perbualan itu didengar sayup oleh Cikgu Nazri yang mempunyai


perasaan bercampur baur sambil mengeluarkan telefon bimbitnya
untuk merekod perbualan mereka.

KETUA KAMPUNG
(bahasa iban)Habis sekarang macam
mana? Aku rasa kita kena senyap
dulu.

CNBU – ep09 – Ms:1


BILLY
(bahasa iban)Jangan gelabah
sangat boleh tak? Hal-hal dokumen
semua biar Raden uruskan. Bukti
tak ada apa nak risau?
Scene 5 episod 8

KETUA KAMPUNG
(bahasa iban) Sudah-sudah la tu
Billy. Aku rasa tak sedap hati
kali ni.

BILLY
(bahasa iban) Eh! Kita dah pergi
sejauh ni senang-senang je nak
berhenti?(menggeleng-geleng
kepala) Jangan nak selamatkan
tengkuk sendiri je..ingat, rahsia
kau dalam kocek aku!

Billy pun keluar dari rumah ketua kampung dengan muka yang masam
mencuka.

2.INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG (SAMBUNGAN SC 21 EP


8)
Rekabentuk grafik pakaian adiwira Kuma hilang. Mereka hairan dan
risau.

KUMA
Aduh, macam mana ni cikgu?
Habislah!

HALIM
Syl, awak ada nampak apa-apa
waktu kat sini tadi.

SYLVESTER
Tak ada cikgu..yang ada kat sini
pun..Encik Raden dan Billy.

HALIM
Billy? Mana Encik Raden?

CNBU – ep09 – Ms:2


MARGARET
Saya nampak dia dah balik tadi
cigu.

HALIM
Kuma, awak ada buat backup tak?

KUMA
Ada cigu, tapi kena download.
Dalam cloud, online. Tapi..ambil
masa..

HALIM
Takpa! Download je. Itu je
pilihan kita sekarang. Tapi, kita
perlu lengahkan para juri.

Margaret, Leticia dan Sylvester berpandangan dan mengangguk.


Semangat empat sekawan membara lagi!

3. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Semasa juri sedang membuat penilaian di salah sebuah booth,
Sylvester tiba-tiba lalu di hadapan dan menumpahkan air di
lantai.

JURI DAN ORANG RAMAI


Ah…!!

SYLVESTER
(bahasa iban) Aduh..macam mana
ni? Habislah..habislah aku kena
buang sekolah..
Sylvester ‘overreact’ di dalam aksinya mengejutkan orang
sekeliling dan para juri. Dia pura-pura mengelap lantai dengan
tisu.

JURI 1
Em, takpa dik. Jangan risau,
nanti ada orang bersihkan.

CNBU – ep09 – Ms:3


SYLVESTER
Tidak, tidak..! Habislah..kalau
mak bapak saya tau…memang kena
humban dalam
sungai..tolonglah..jangan bagitau
mereka!
Sylvester ketika ini memegang lutut salah seorang juri dengan
penuh dramatik.

JURI 2
Eh, dik! Apa ni..sudah-sudah.
Malu lah sikit, pertandingan
berlangsung ni. Dah, ke tepi.

Juri-juri meneruskan membuat penilaian di booth berikutnya.


Sylvester menggaru kepala, masih risau dan tidak pasti adakah
Kuma sudah selesai.

4. INT. DEWAN SEKOLAH - SIANG


Kuma mengambil masa terlalu lama untuk muat turun. Ada beberapa
file yang corrupt dan tiada masa untuk dibaiki.

KUMA
Lambat sangat nak tunggu download
ni cigu…aduh…

HALIM
Takpa, kita ada masa lagi..itu je
backup…
Cikgu Halim yang mulanya risau tiba-tiba diam seperti mendapat
ilham.

HALIM
Kuma, hari tu awak ada bantu buat
grafik untuk pakaian etnik Cikgu
Cynthia kan?

Kuma hanya mengangguk namun keliru.

CNBU – ep09 – Ms:4


5.INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG
Para juri kini menghampiri booth SK Semai Jaya, juara bertahan
di sebelah booth mereka.
Leticia dan Margaret berpandangan dan mengangguk seolah-olah
berhubung melalui telepati.

6. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG


Leticia dan Margaret tiba-tiba muncul di hadapan juri dengan
berpakaian aneh (menggunakan topi, cermin mata hitam dan
suratkhabar yang dipotong seperti baju).

MARGARET
Istimewa untuk Pertandingan
Inovasi! (membuat gaya pembukaan
seperti hendak menari)

LETICIA
(meniru gaya Margaret dengan
teragak-agak)Tt…terimalah
persembahan khas dari kami!

Mereka membuat persembahan tarian yang kekok dan melucukan di


hadapan para juri.
Sylvester memainkan muzik dari telefon pintar yang diletakkan
di speaker.
Para penganjur kehairanan dan saling bertanya mengenai
persembahan ini..namun semua hanya mengangkat bahu.
Juri yang menyangkakan ia sebahagian dari pengisian hanya
tersenyum kelat dan bertepuk tangan. Margaret dan Leticia sering
memandang ke arah Halim.
Halim memberi ‘thumbs up’ kepada Leticia dan Margaret tanda
mereka sudah bersedia.

7. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Juri selesai mengadili SK Semai Jaya dan menunjukkan reaksi yang
cukup positif. Para peserta SK Semai Jaya serta guru pengiring
mereka gembira. Salah seorang peserta menjeling Kuma.

CNBU – ep09 – Ms:5


8. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN - SIANG
Para juri tiba di booth terakhir iaitu booth SK Bukit Ruai.
Kuma memulakan pembentangannya namun kedengaran menggeletar dan
menggelabah. Halim dilihat berkali-kali menoleh di pintu masuk
dewan.

KUMA
S..sselamat pagi ss..semua. Saya
Kuma ak Alex dari SK Bukit
Ruai…aa..hari ini..ss..
Juri ketika ini nampak kurang yakin dengan Kuma sebelum Halim
segera menyampuk untuk memberi masa Kuma bertenang.

HALIM
Selamat pagi semua. Baiklah,
sebelum Kuma memulakan
pembentangan, saya cuma ingin
berikan sedikit pengenalan.
Inovasi ini merupakan satu yang
saya yakin akan mengkagumkan
tuan-tuan. Kuma, anak murid saya
yang bijak bestari ini akan
menerangkan kepada anda.
Kuma menyambung pembentangan namun suara masih tersekat-sekat.

9. EXT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Pintu dewan berhampiran booth mereka tiba-tiba terbuka. Masuk
Cikgu Cynthia dengan menyorong ibu Kuma yang berkeadaan baik
walaupun berkerusi roda. Cikgu Halim tersenyum.

HALIM
(dalam hati)Aku yakin tak silap
kali ini! Bukan muzik Sape’
sahaja yang tenangkan Kuma waktu
Minggu Kerjaya, yang betul-betul
bagi dia keyakinan ialah ibunya!
Terima kasih Cynthia, tepat pada
masanya!

10. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN– SIANG


CNBU – ep09 – Ms:6
Kuma bagai diberi semangat baru. Dia terus membuat pembentangan
persis seorang profesional.

KUMA
Photobooth. Apa yang bermain di
fikiran tuan-tuan? Pastinya
rekaan prop fizikal yang banyak.
Sekarang, dengan adanya
photobooth digital, semuanya
berubah…
Kuma terus membentang dengan yakinnya. Wajah-wajah juri
kelihatan kagum.
Kuma mempersila juri mencuba digital photoboothnya.
Photobooth tersebut yang pada asalnya menggunakan pakaian
adiwira untuk ditampilkan menerusi AI, kini menggunakan grafik
pakaian etnik hasil lakaran Cikgu Cynthia. Para juri kagum
melihat diri mereka berpakaian etnik pada monitor kiosk dan
mengambil gambar.
Melihatkan itu, Cikgu Cynthia tersenyum dan memandang Halim. Dia
tahu itu idea darinya.
Juri-juri, orang ramai malah peserta SK Semai Jaya memberi
tepukan gemuruh dan kagum.

11. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN– SIANG


Keputusan pertandingan sedang diumumkan. SK Semai Jaya selesai
mengambil trofi tempat kedua.

PENGACARA MAJLIS
Tahniah SK Semai Jaya, mendapat
naib johan. Agaknya siapa juara
baru kita? Johan Pertandingan
Inovasi STEM antara sekolah
rendah Sarawak tahun 2023 ialah…

Waktu ini masa seakan terhenti. Ekspresi muka masing-masing


penuh harapan.

PENGACARA MAJLIS
Sk Bukit Ruai!!

SK Bukit Ruai menjadi juara!

CNBU – ep09 – Ms:7


Kuma memeluk ibunya erat dan mereka semua bersorak.
Cikgu Halim turut bersorak sehingga terlupa dia semakin hampir
dengan perpindahan.

12. INT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN– SIANG


Kuma sedang memeluk ibunya erat, kemudian dia menerpa Cikgu
Halim dan mereka berpelukan.
Cikgu Cynthia pula datang menghampiri dan berjabat tangan dengan
Cikgu Halim.

CIKGU CYNTHIA
Tahniah cikgu. Pakaian etnik
ya..mesti idea cikgu ni. Tak
sangka minat dan hobi saya tu
boleh membantu.

HALIM
Hahaha! Ilham tiba-tiba datang.
Tak sangka grafik asal tu hilang.
Entah macam mana..

CIKGU JOHN
Tahniah cikgu.
Cikgu John datang sambil mengesat air mata di pipinya. Dia
bersalam dan memeluk Halim.

LETICIA
Jum ambil gambar!
Mereka terus meraikan kegembiraan mereka sambil mengambil gambar
kenangan.

13. EXT. DEWAN SEKOLAH PERTANDINGAN – SIANG


Cikgu John menghampiri Cikgu Halim di luar dewan.

CIKGU JOHN
Nah, ambil ni.

HALIM
Eh..apa ni GB? (membuka
surat)Ss..surat sokongan? GB dah
tandatangan?
CNBU – ep09 – Ms:8
CIKGU JOHN
Dah lama saya sign. Hahaha.
Cikgu, apa pun pencapaian cikgu
dalam dua pertandingan yang
dijanjikan, saya tetap akan sign.
Ada orang atasan yang mintak saya
sign segera. Cuma, sejujurnya
saya memang berat hati lepaskan
seorang guru seperti awak. Siapa
tahu, sehari dua ni cikgu boleh
pertimbangkan lagi?

BILLY
(bahasa iban) Eh! Kita dah pergi
sejauh ni senang-senang je nak
berhenti?(menggeleng-geleng
kepala) Jangan nak selamatkan
tengkuk sendiri je..ingat, rahsia
kau dalam kocek aku!
Cikgu Halim diam sambil merenung surat itu. Sambil menepuk bahu
Halim, Cikgu John pun berlalu pergi.

FADE OUT:
14. INT. RUMAH HALIM – MALAM
Halim sudah kembali ke rumahnya dan kelihatan agak letih tapi
senyuman masih terukir di bibirnya menggambarkan satu kepuasan
di wajahnya.
Terbayang imbasan Kuma dan anak-anak muridnya yang lain gelak
ketawa ketika mereka memenangi pertandingan itu.

15. (Flashback) EXT. LUAR RUMAH KUMA – PETANG/SIANG


Kuma, Halim dan Cikgu Cynthia berada di luar rumah Kuma setelah
menghantar ibu Kuma masuk ke dalam rumah selepas balik dari
Kuching

KUMA
Terima kasih sekali lagi cikgu.
Tak tau macam mana lagi mau
cakap. Cigu dah buat terlalu

CNBU – ep09 – Ms:9


banyak untuk saya dan kawan-
kawan. Cigu dah macam abang saya.
Kuma memeluk Halim. Halim terharu mendengar kata-kata Kuma.

HALIM
Cikgu hanya buat apa yang
termampu je Kuma. Sebenarnya,
awak semua yang banyak mengajar
cikgu. Yang penting, awak belajar
bersungguh-sungguh dan jadi
seorang yang berguna kepada
keluarga dan masyarakat. Cikgu
akan bersama awak dan kawan-kawan
di SK Bukit Ruai ni sehingga
tamat sekolah untuk pastikan kamu
semua berjaya.

Kuma gembira dan menghulurkan jari kelingkingnya untuk isyarat


berjanji. Isyarat itu disambut oleh Cikgu Halim.
Cikgu Cynthia mendengar perbualan itu dan terasa kagum melihat
Cikgu Halim.
Halim pun beransur pergi menumpang kereta Cikgu Cynthia.

16. (Flashback)EXT. LUAR RUMAH – MALAM


Cikgu Cynthia dan Halim berada di luar kuarters guru untuk
menghantar Halim.

HALIM
Terima kasih cikgu sudi
tumpangkan saya.

CIKGU CYNTHIA
Alah cikgu, benda kecik je.
Lagipun arah tujuan kita sama.
(menarik nafas)
Jangan lupa tau, awak dah janji
dengan Kuma tadi untuk ada di
sini sampai dia habis darjah
enam.

Halim menggaru kepala sambil tersengih.

CNBU – ep09 – Ms:10


CIKGU CYNTHIA
Jadi..kena cancel lah kan plan
nak pindah sekolah tu?
Halim membeliakkan mata terkejut.

HALIM
Macam mana awak tau?

CIKGU CYNTHIA
Maaflah, saya tak sengaja
terdengar perbualan cikgu dengan
tunangan cikgu di telefon hari
tu.

HALIM
Hm..kalau ikutkan saya,
perancangan tu takkan berlaku
lagi. Saya dah fikir masak-masak
dan..saya rasa hati saya dah
bertaut pada sekolah, komuniti
dan pemandangan di kampung.
(memerhati Cikgu Cynthia)
Lebih-lebih lagi ada cikgu yang
manis di sini…

CIKGU CYNTHIA
Eh…jangan nak lebih-lebih. Nanti
cik tunang tu serang saya dan
merajuk baru padan muka.

HALIM
Haha..tengok lah nanti macam
mana.

CIKGU CYNTHIA
Eh, dah lah. Melalut je awak ni.
Saya balik dulu. Tahniah sekali
lagi.
Cikgu Cynthia pun meminta diri sambil tersenyum melihat Halim.

17. INT. DALAM RUMAH – MALAM


Halim memerhati kereta Cynthia berlalu dan naik ke rumah. Dia
termenung sekejap di ruang tamu.
CNBU – ep09 – Ms:11
HALIM (VO)
Aku kena tetapkan pendirian.
Mereka di sini masih perlukan
aku.
Tidak jauh dari situ, Billy muncul dengan wajah yang tidak
berpuas hati. Kepalanya mengangguk-angguk, seperti ada rancangan
jahat muncul di minda.

CNBU – ep09 – Ms:12

Anda mungkin juga menyukai