Anda di halaman 1dari 17

CIGU! NADAI BISI UTAI?

EPISODE 02: MANA BUDAK NI PERGI?

By

EL FADZRIL

(fadzrilafandy@gmail.com)

&

WAN DZULKARNAIN
(wdzul78@gmail.com)
MINIT 1-10

FADE IN:
1. EXT. LAPANGAN TERBANG KUCHING — SIANG (SAMBUNGAN SC.10 EP. 1)
Cikgu Nazri dan Cikgu Cynthia menunggu di lapangan terbang
sehingga petang.
CIKGU NAZRI
Adeh..lamak gilak dah tok.
Mustahil kita salah
flight.
CIKGU CYNTHIA
Bah, gine lah? Kelak ada
kita tok kenak ceramah
oleh Cikgu John.
CIKGU NAZRI
Bukan salah kita..dari
tadik dah kita nunggu
sitok. Nak contact nya sik
dapat. Sikpa, kita balit
jak dolok. Mungkin nya dah
sampei, atau tertinggal
flight kah. Iboh bingong,
pande lah nya embak dirik
nya pun.
CIKGU CYNTHIA
Hm...ok.

Kedua-dua Cikgu Nazri dan Cikgu Cynthia berlalu meninggalkan


lapangan terbang.

2. EXT. DI HADAPAN PAGAR SK BUKIT RUAI — SIANG

Sambungan dari episod lepas,


HALIM
Apa benci tempat ni! Aku benci
Sarawak!

CNBU – ep02 – Ms:1


CIKGU JOHN
Hahaha..! Dugaan hari
pertama cikgu..satu negeri
pulak kena. Hahaha. Sabar
Cikgu..ada hikmahnya.

Halim kehairanan melihat Cikgu John yang sedang cuba untuk


menahan diri dari tergelak besar.

CIKGU JOHN
Jum kita ke kuarters dulu.
Cikgu boleh lah bersih kan
diri, tenangkan diri, buat
la apa yang patut.

Setiba di dalam kuarters, Halim menggaru kepala melihat bilik


yang agak usang namun tidak dapat terlalu memikirkannya kerana
dia perlu mandi segera dan hari beransur senja.

3. EXT. KUARTERS GURU - MALAM


Hari beransur gelap dan keadaan di bilik mandi agak menyeramkan,
dia berasa seperti kembali 20 tahun ke zaman lampau. Selesai
mandi, Halim kembali ke bilik di dalam kesejukan dan bersiap-
siap.
Halim terbaring kepenatan. Halim melihat telefonnya, namun tiada
isyarat.

Dia mengamati kipas siling sambil mengenang nasibnya.


HALIM
(voice over)
Takpe, aku kena bertahan.
30 hari je. Lepas tu, bye-
bye lah tempat ni.

Dia tersenyum kembali, dan tidur dalam kepenatan.

CNBU – ep02 – Ms:2


4.INT. BILIK GURU - SIANG

Alarm jam berbunyi. Halim berjalan kaki untuk hari pertama


mengajar.
Halim di dalam bilik guru menuju ke bilik Guru Besar untuk
melapor diri secara rasmi. Sebelum masuk ke bilik Guru Besar,
Cikgu Halim berselisih dengan seorang Cikgu Cynthia.
HALIM
Eh, gadis kopi kan? Yang jalan
tak pandang depan?

CIKGU CYNTHIA
Awak….Cikgu Halim? Eh, kitorang
hari tu kat airport tunggu cikgu
tau.
HALIM
Mana nak nampak,kalau mata tak
fokus ke depan? (senyum sinis)

CIKGU CYNTHIA
Eh..main sindir pulak. Kan saya
dah..

HALIM
Bye!

Halim segera berlalu sebelum Cikgu Cynthia dapat menghabiskan


ayatnya, meninggalkan Cikgu Cynthia menahan geram.

5.INT. BILIK GURU BESAR -SIANG

Halim mengetuk pintu dan masuk setelah mendengar suara Cikgu


John.
CIKGU JOHN
Ha, selamat datang ke hari
pertama sesi mengajar Cikgu
Halim. Duduk.
Cikgu Halim duduk.
CNBU – ep02 – Ms:3
CIKGU JOHN
Macam mana tidur semalam? okay?

HALIM
Hm..ok je Cikgu. Lama-lama nanti
biasalah. Hehe.

CIKGU JOHN
Bagus-bagus. Positive mindset. Ok
Cikgu Halim, kelas pun dah nak
start, saya tak nak ambil masa
cikgu lama sangat. Semua maklumat
ada dalam fail ni.

Halim membuka fail muka pertama sambil mengangguk.


HALIM
Oh, jumlah pelajar 28 orang
cikgu?

CIKGU JOHN
Betul. Mungkin kamu sedia maklum,
sekolah kita ni kategori SKM.
Sekolah Kurang Murid. Ada
sesetengah kelas, tak sampai 5
orang pun pelajar. Kebanyakan
pelajar dari Kampung Bukit Ruai
dan rumah panjang Ruai.

HALIM
Oh, penyertaan dan kehadiran
pelajar pulak macam mana cikgu?

CIKGU JOHN
(tersengih) Hehe, yang tu nanti
kamu tengok sendiri lah.

Halim kehairanan, kurang faham maksud Cikgu John.


CNBU – ep02 – Ms:4
6.INT. BILIK GURU -SIANG
Cikgu John membawa Halim ke luar pejabat dan berjalan sekitar
bilik guru. Pertama sekali, Cikgu John memperkenalkan Halim
kepada Encik Raden, pembantu tadbir sekolah.
CIKGU JOHN
Cikgu Halim, kenalkan, ni Encik
Raden. Dia pembantu tadbir.
Peminat dangdut ni Cikgu.
Hahahaha.
Encik Raden hanya terdiam tanpa tersenyum. Dia bersalaman
dengan Cikgu Halim seperti acuh tak acuh.
Mereka beredar ke meja Cikgu Cynthia. Halim bersalaman dan
tersenyum sinis seperti tidak sabar untuk ‘membahan’ Cikgu
Cynthia.

CIKGU JOHN
Ini pulak..

HALIM
Cikgu Cynthia.

CIKGU JOHN
Betul! Eh dah kenal ke?

HALIM
Panjang ceritanya Cikgu. Kena
minum KOPI dulu baru boleh
cerita.
Cikgu John terkedu, tidak memahami sindiran Cikgu Halim.

CIKGU CYNTHIA
(berbisik bahasa iban)baru datang
tempat orang dah nak tunjuk
eksen.

CNBU – ep02 – Ms:5


CIKGU JOHN
(bahasa iban) Cikgu Cynthia….tak
baik cakap macam tu.

Tiba-tiba kedengaran suara berdehem dari belakang.


CIKGU NAZRI
Ehem!

Cikgu John dan Halim menoleh ke arah Cikgu Nazri.


CIKGU JOHN
Eh, Cikgu Nazri. Sakit suara kah
ktk?

CIKGU NAZRI
Bukan sakit suara. Sakit hati ada
kali. Ne ndak. Bertunggu di
airport sampei berjam-jam.

Wajah Halim nampak kebingungan walaupun dia faham serba


sedikit apa yang dikatakan Cikgu Nazri tadi.

CIKGU JOHN
Hahaha..udah agik lah ktk duak
Cynthia ya. Sik nya sengaja molah
kedak ya. Hm, Cikgu Halim.
Kenalkan ini Cikgu Nazri.

Mereka bersalaman dan Cikgu John terus memperkenalkan Halim


kepada beberapa orang guru yang lain.

8.INT. KELAS 3 BIRU — SIANG

Cikgu John dan Halim berada di hadapan bilik guru setelah


selesai sesi perkenalan.

CNBU – ep02 – Ms:6


CIKGU JOHN
Baiklah Cikgu Halim. Kelas cikgu,
tu di sebelah sana, belok kiri.
(menunjuk ke arah kelas 3 Biru).

HALIM
Terima kasih cikgu. Oh..ya. Boleh
ajar saya “Selamat pagi dan apa
khabar” dalam bahasa Iban?

CIKGU JOHN
Wah..semangat nampak cikgu.
Selamat pagi tu selamat lemai.
Kalau apa khabar, “nama berita”.
Boleh ingat? Atau cikgu nak
tulis.

HALIM
Selamat lemai…nama berita. Okay.
Boleh cikgu. Takpa, saya boleh
ingat.

8.INT. KELAS 3 BIRU — SIANG

Cikgu Halim melangkah masuk ke kelas 3 Biru, kelas di bawah


seliaannya.
HALIM
Selamat lemau! Mana berita?
Suara yakin Halim disambut dengan suasana sunyi. Halim
menyedari hanya ada seorang pelajar di dalam kelas.

KUMA
Hahahaha! Salah tu cigu! Apuh,
cigu nadai bisi utai!
Ketawa Kuma memecah kesunyian.
HALIM
Apa yang awak cakap ni? Cikgu tak
faham. Mana kawan-kawan awak?

CNBU – ep02 – Ms:7


KUMA
Eh, cikgu tidak nampak ka? Penuh
kami satu kelas ni cigu. Apuh,
bahaya cigu ni tidak nampak.
(ketawa)

HALIM
Awak jangan nak main-main dengan
cikgu ye. Eh, awak budak yang
main bola sampai terkena kepala
cikgu hari tu kan? Siapa nama
awak?
Kuma terdiam dan tersipu-sipu apabila teringat peristiwa itu.
KUMA
Em..Kuma nama saya cigu.
Alah..sori la cigu. Saya betul-
betul tidak sengaja.
(terdiam sebelum cuba menukar
topik)
Ah..cigu! Memang begini dalam
kelas ni cigu. Tidak ramai yang
datang. Kalau enam orang yang
datang tu kira cukup bagus sudah
tu cigu.
Cikgu Halim tercengang mendengar kata-kata Kuma tersebut.

9. INT. BILIK GURU - SIANG


Cikgu Halim mula mengelamun memikirkan situasi yang dihadapinya
sebentar tadi.

HALIM
Biar betul apa yang aku dengar
tadi. Memang la sekolah ni kurang
murid. Masalahnya pelajar kelas
aku tadi tak sampai separuh pun
datang. Aku tak boleh buang masa.
Aku kena cepat sesuaikan diri
dengan sekolah dan persekitaran
kampung di sini.
Halim terpandang Cikgu Cynthia yang sedang duduk di mejanya.
dia terus mendapat idea dan menghampiri Cikgu Cynthia.
CNBU – ep02 – Ms:8
HALIM
Ehem. Cikgu Cynthia. Sibuk ke?
Saya nak mintak tolong sikit ni.

CIKGU CYNTHIA
Apa dia? Ulang sekali lagi. Saya
tak salah dengar ke ni?

HALIM
Jangan la macam ni. Awak masih
terasa hati dengan saya ke? Okay,
saya mintak maaf kalau reaksi
saya melampaui batas. Jujur, saya
agak stress hari tu. Macam-macam
yang saya fikir. Ya lah kan, baru
menjejakkan kaki kat tempat baru.

CIKGU CYNTHIA
(tersenyum)Ha..tau takut. Nak
mintak tolong apa cikgu Halim?

MINIT 11-24

10.EXT. PEKAN SEBUYAU - SIANG

Cikgu Cynthia dan Halim berjalan-jalan di pekan Sebuyau.


Kelihatan Halim membawa plastik berisi barang keperluan diri
yang baru dibelinya di pekan.
CIKGU CYNTHIA
Okay, kalau cikgu nak saya tolong
cikgu sesuaikan diri dengan
sekolah dan kampung, cikgu kena
kenal dulu anak-anak murid dalam
kelas cikgu tu.

HALIM
Itulah masalahnya cikgu. Kalau
dah hari-hari pelajar ramai tak
datang, sampai hujung tahun pun

CNBU – ep02 – Ms:9


saya tak akan kenal dia orang
semua.

CIKGU CYNTHIA
Yang cikgu tergesa-gesa nak kenal
dengan dia orang ni kenapa cikgu?
Baru hari pertama.

HALIM
Er..er..saya memang macam ni
cikgu. Semangat berkobar-kobar.
Saya pun ada KPI sendiri yang
saya nak capai. Lagipun, cikgu
anak jati kampung ni dan kenal
sangat dengan pelajar-pelajar di
sini. Hehe.

CIKGU CYNTHIA
Ada-ada je cikgu ni. Okay, kita
makan dulu. Saya ada satu “port”
baik makanan sedap dan halal kat
sini.

11. INT. WARUNG MAKAN — SIANG

Cikgu Cynthia dan Halim sedang duduk makan tengah hari di sebuah
warung. Mereka sedang rancak berbual.
CIKGU CYNTHIA
Okay, selain murid-murid yang
saya cerita tadi, 4 sekawan ni
yang cikgu kena betul-betul
kenal. Sebab mereka ada
personaliti menarik dan boleh
mempengaruhi rakan-rakan sebaya.

HALIM
Siapa cikgu?

CNBU – ep02 – Ms:10


12. MONTAJ - INT. RUMAH KUMA – SIANG
Kuma sedang membuat kerja rumah di bilik yang sempit sebelum
terdengar ibunya memanggil. Dia segera pergi ke arah ibunya
sambil membawa air. Kelihatan ibunya sedang duduk di kerusi
roda.
CIKGU CYNTHIA (VO)
Yang pertama cikgu dah jumpa,
iaitu Kuma. Kuma ni walaupun
nampak nakal dan kuat bermain,
sebenarnya dia seorang yang
bijak. Ibu Kuma mengalami masalah
kaki dan perlu menggunakan
tongkat dan kerusi roda. Walaupun
usia muda, Kuma dah boleh
berdikari.
Ayah Kuma seorang jurutera
perisian komputer dan telah
meninggal dunia. Wang peninggalan
dan KWSP dari arwah ayahnya
sedikit sebanyak membantu mereka
menyara hidup. Kuma seorang budak
berpandangan jauh dan meminati
bidang sains dan perkomputeran.

13. MONTAJ - INT. RUMAH SYLVESTER - SIANG


Sylvester sedang menonton bola sepak di televisyen sebelum
terdengar sesuatu. Dia mengintai di balik pintu dan melihat
ayahnya sedang merebut beg tangan dari ibunya dan mengambil duit
dengan kasar. Ayahnya terpandang Sylvester sedang mengintai lalu
terus mengambil tali pinggang dan berjalan ke arahnya dengan
bengis.
CIKGU CYNTHIA (VO)
Sylvester pulak seorang yang lucu
dan aktif bersukan. Boleh kata
atlet harapan sekolah lah. Cuma,
kehidupan dia tak menentu dan
selalu tak hadir sebab ayahnya
memang terkenal di kampung
sebagai kaki judi dan kaki botol.
Panas baran pulak tu.

CNBU – ep02 – Ms:11


14. MONTAJ - INT. RUMAH LETICIA - SIANG
Kelihatan Leticia sedang semangat mengemas beg untuk ke sekolah.
Dia pergi ke bilik dan melihat ibu bapanya sedang nyenyak tidur.
Dia melihat jam dinding menandakan dia sudah lewat ke sekolah.
Dengan wajah yang kecewa, dia meletakkan kembali beg sekolahnya
dan terduduk kecewa.
CIKGU CYNTHIA (VO)
Leticia pulak pelajar paling
pintar dalam kelas. Dia sangat
cemerlang dalam akademik tapi
sayang, ibu bapanya tak begitu
ambil berat soal pendidikan. Ibu
bapa Leticia selalu malas nak
hantar dia sekolah. Rumahnya
jauh sedikit dari sekolah, dan
agak bahaya bagi budak perempuan
berjalan seorang diri ke sekolah.
Bagi mereka, Leticia anak
perempuan tidak perlu belajar
terlalu tinggi. Bila dewasa
nanti, boleh berkahwin dengan
lelaki dari keluarga berada.

15. MONTAJ - EXT./INT. RUMAH MARGARET - SIANG


Margaret dan datuknya yang tua kemudian melalui titian usang
untuk ke sekolah. Mereka berhenti seketika apabila datuknya
tiba-tiba batuk tidak henti-henti dan sesak nafas. Mereka
meneruskan perjalanan setelah datuknya mulai pulih namun
Margaret sering memandang ke arah datuknya dengan wajah yang
risau.
CIKGU CYNTHIA (VO)
Margaret, seorang yang lasak
walaupun perempuan. Mungkin
kerana dia dibesarkan oleh
datuknya, seorang pesara polis.
Tetapi itulah, datuknya kurang
sihat. Kalau datuk dia sakit,
mungkin susah dia nak ke sekolah.
Saudara mara dia pun tak membantu
sangat.

CNBU – ep02 – Ms:12


16. INT. WARUNG MAKAN / EXT. PEKAN SEBUYAU — SIANG

CIKGU CYNTHIA (VO)


Begitulah ceritanya cikgu.
Kebanyakan pelajar ni dari latar
belakang keluarga yang kurang
berkemampuan dan tidak
berpendidikan, jadi agak sukar
nak bagi kesedaran.

HALIM
Hm, mencabar jugak tugas saya ni
nanti cikgu. Hm, jum temankan
saya beli sim card sekejap. Line
yang saya pakai sebelum ni takde
signal kat sini.
Cikgu Cynthia mengangguk dan mereka beredar.Ketika Halim dan
Cikgu Cynthia beredar, seorang pelanggan di warung di situ
merenung mereka dari jauh. Berselindung di sebalik suratkhabar
yang sedang dibaca, Billy melihat gelagat kedua mereka dengan
penuh geram dan cemburu. Tiba-tiba nada telefonnya berbunyi.

BILLY
(bahasa iban)Hello. Ha, aku lah
yang mesej tadi. Barang yang aku
mintak tu dah ada ke belum?
(berhenti seketika)
Hah? Lambat betul. Minggu depan
aku nak dah settle. Ok bye.

Selepas meletak telefon dia kembali teringat dengan kelibat


Halim dan Cikgu Cynthia yang dilihatnya tadi.

BILLY
(mengomel sendiri dalam bahasa
Iban) Cikgu baru ni, baru sampai
dah tunjuk lagak bawa anak dara
orang ke sana sini. Kau tunggu
je…

CNBU – ep02 – Ms:13


17. EXT. KANTIN – SIANG
Esoknya selepas waktu balik dan loceng berbunyi, kelas bersurai.
Cikgu Halim yang sedang berada di kantin melihat Kuma lalu
teringat perbualannya dengan Cikgu Cynthia tempoh hari.
HALIM
Kuma! Dah nak balik? Jum join
cikgu makan sini kejap. Cikgu
belanja. Nanti cikgu temankan
kamu jalan balik.

KUMA
Eh betul ni cigu? Tapi tak dapat
lama. Takut mak saya tunggu.

Cikgu Halim kagum melihat Kuma begitu berselera makan makanan


tengah hari yang dia belanja. Kuma memesan sebungkus lagi nasi
lemak untuk ibunya.

18. EXT. JALAN KAMPUNG – SIANG


Halim dan Kuma dalam perjalanan ke rumah Kuma. Kuma menunjukkan
ekspresi kurang selesa apabila hampir sampai ke rumahnya.
KUMA
Cigu, tidak payahlah hantar saya
sampai rumah. Sampai sini saja
sudah cukup. Saya sudah biasa
cigu. Jangan risau.

HALIM
Eh, takpelah. Bukan jauh pun.
Okay, kalau tak sampai rumah pun,
cikgu hantar sampai simpang depan
saya okay?

Kuma mengangguk. Sampai di simpang, Kuma berjalan sendiri. Atas


rasa tanggungjawab, Cikgu Halim mengekori Kuma pulang tanpa
disedarinya. Sepanjang perjalanan, Halim memerhatikan
sekeliling kampung. Beberapa penduduk kampung lalu menyapa dan
berbual dengannya. Halim cuba membawa diri dan menegur mereka.

CNBU – ep02 – Ms:14


19. EXT. RUMAH KUMA – SIANG
Sebaik Kuma tiba di rumah, Cikgu Halim yang mengekori dari jauh
berhenti memerhatikannya dan agak tersentak melihat keadaan
persekitaran, rumah dan ibu Kuma yang berkerusi roda sedang
menyambutnya. Kuma kelihatan gembira ketika memberi nasi lemak
kepada ibunya.

20. EXT. JALAN KAMPUNG – SIANG


Dalam perjalanan balik, Halim melihat sekumpulan budak bermain
di bendang, di kebun dan sungai. Halim tersenyum melihat gelagat
mereka.
HALIM (VO)
Jauh sangat perbezaan masa kecil
aku dengan budak-budak kat sini.
Keadaan hidup mereka ni
menjadikan mereka matang sebelum
usia.
Melihatkan gelagat kanak-kanak yang riang ceria bermain
seperti tiada masalah menyebankan Halim termenung panjang.
HALIM (VO)
Betul ke apa yang aku buat ni?
Adakah aku dah mula lupa
tanggungjawab aku sebagai guru?

Terngiang-ngiang suara ayahnya memesan kepada Halim akan amanah


seorang guru untuk berjasa kepada bangsa.

21. INT. BILIK CIKGU HALIM – MALAM


Halim sedang bertelefon dengan ibunya.
HALIM
Ye mak..kan Halim dah cakap,
takde line. Bukan saja-saja tak
nak call. Tak perlu lah risau
sangat. Oklah mak, Halim nak
masuk tidur dulu. Kirim salam kat
ayah.
Selesai bertelefon dengan ibunya, Halim duduk semula di katil.
Halim semakin buntu memikirkan situasinya.

CNBU – ep02 – Ms:15


Dia melihat galeri gambar dia dan Anisah, serta gambar ibunya
di dalam telefon. Gambar ibunya tiba-tiba bergerak dan “berkata-
kata”.
HAJAH ZALEHA
Jangan kecewakan mak tau! Ingat,
TIGA PULUH HARI!
Halim terkejut dan menggosok-gosokkan matanya, sedar akan
dirinya yang mungkin sudah terlampau letih.
Mesej dari Anisah masuk bertalu-talu, tetapi hanya dibacanya
tanpa membalas. Dia berbaring, matanya semakin berat, kemudian
terdapat satu mesej yang masuk dari Cikgu Cynthia.
CIKGU CYNTHIA (MESEJ)
Selamat datang ke SK Ruai Sebuyau
dan terima kasih kerana belanja
makan tengahari, nanti giliran
saya pulak belanja.
Halim tersenyum sendirian. Dalam keadaan agak mengantuk, Halim
membalas,
HALIM (MESEJ)
Terima kasih awak sebab bantu
saya hari ini. (emoji mini love)

Halim meletakkan telefon ke sisinya dan menghidupkan penggera


di jam deringnya. Beliau memandang ke atas dan tersenyum
sendirian, kemudian seketika beliau tertidur.
Tanpa diketahuinya, beliau telah tersalah hantar mesej tersebut
ke telefon tunangnya.
Selepas beberapa minit keluar paparan notifikasi di skrin
telefon Halim, mesej dan emoji marah dari tunangnya Anisah!

CNBU – ep02 – Ms:16

Anda mungkin juga menyukai