Anda di halaman 1dari 22

CIGU! NADAI BISI UTAI?

EPISODE 03

By

EL FADZRIL

(fadzrilafandy@gmail.com)

&

WAN DZULKARNAIN
(wdzul78@gmail.com)
MINIT 1-10

FADE IN:
1.INT. BILIK TIDUR HALIM – MALAM
Halim sedang tidur nyenyak sambil telefon disebelahnya. Pada
telefon skrin terpapar jam 10.15 malam. Deringan dalam mode
senyap dan mesej masuk tidak disedari oleh Halim. Beberapa mesej
marah dari Anisah keluar pada notifikasi di skrin telefon Halim.

2. INT. BILIK TIDUR ANISAH – MALAM


Anisah menekan-nekan telefon dan kemudian cuba membuat
panggilan.
Beliau berjalan mundar-mandir di dalam biliknya sambil cuba
menelefon Halim tapi beliau hampa dan kesal Halim tidak
menyambut panggilannya.
ANISAH
Ish….mana pergi dia ni…orang
call, mesej tak jawab..!! betul-
betul nak kena dia ni!
Anisah merebahkan badannya ke katil dan mula menghentak-
hentakkan kakinya dan kemudian menjerit marah.

3. INT. BILIK TIDUR HALIM – SIANG


Esok pagi, Halim membuka mata dan terus bangkit dari katilnya
dan melihat jam.
HALIM
Alamak..! Dah lewat! Alarm ni la
buat hal pulak tak bunyi.

Beliau teringat yang hari ini ada mesyuarat di sekolah. Halim


segera menyiapkan diri dan bersedia untuk turun mengajar.
Dalam beliau bergegas turun, Halim terlupa telefon yang
ditinggalkan di atas tilam.

4. EXT. SEKOLAH - SIANG


Di luar pagar sekolah, Halim melihat Cikgu Nazri sedang menunggu
dengan buku catatannya.

CNBU – Ep03 Ms:1


CIKGU NAZRI
Eh, ingatkan murid je yang lewat.
Nak kena tulis nama cikgu jugak
ke ni?

HALIM
Haha! Jangan macam tu Naz.
Terlajak tidur tadi. Alarm pulak
tak bunyi.

CIKGU NAZRI
Ada je alasan kau kan. Dah-dah,
jom masuk. Meeting dah nak start.

Ketika Halim hendak sampai ke pejabat dengan berlari anak-anak,


beliau dilambai oleh Cikgu Cynthia dari jauh untuk segera masuk
ke bilik mesyuarat.
Halim memandang dan mengangguk tersenyum. Cikgu Nazri melihat
dari tepi memberikan signal thumb ups dan mini love serta
tergelak.

5. INT. BILIK MESYUARAT GURU - SIANG

Di dalam bilik mesyuarat, guru-guru sedang membincangkan isu


yang dihadapi pelajar masing-masing.
HALIM
GB, saya rasa kita perlu buat
sesuatu mengenai kehadiran
pelajar ke sekolah. Ada
sesetengah kelas sampai tak ada
langsung pelajar yang datang.

CIKGU CYNTHIA
Betul tu. Isu ni saya rasa dah
berlarutan agak lama. Kebanyakan
keluarga pelajar ni kita dah
hubungi dan tahu apa masalah
mereka, tapi tak ada perubahan.

CNBU – Ep03 Ms:2


CIKGU NAZRI
Saya pun setuju. Ada yang hadir
ke sekolah, lepas seminggu dua,
menghilang lagi.

ENCIK RADEN
Alah…benda ni bukan baru. Isu ni
dah lama. KPM pun dah hantar
surat. Tapi apa boleh kita buat?
Cikgu Halim, awak tu orang baru.
Tak tau lagi sekolah ni macam
mana. Baguslah kan pelajar tak
ramai. Kerja pun jadi mudah.
(tersengih)

HALIM
Encik Raden. Sebagai warga
sekolah, tak kira apa pun jawatan
dan peranan kita, tugas utama
kita tetap sebagai pendidik. Buat
malu je kalau macam tu cara kita
berfikir.

ENCIK RADEN
Sebut pasal jawatan ni nak perli
ke apa? Eh, orang Melaya tok. Ada
kelak..

CIKGU JOHN
Raden. Kita tok nak berbincang
kah nak kelaie? Udah gik.
(terdiam seketika)
Macam ni lah. Apa yang Cikgu
Halim kata tu ada benarnya. Tapi
terus terang saya kata, macam-
macam cara dah kita buat. Tetap
juga masalah ni berulang. Cikgu
Halim mungkin ada cadangan?

CNBU – Ep03 Ms:3


HALIM
Saya..? hm, tak ada GB.
Encik Raden tersenyum.
HALIM
Cikgu-cikgu bagi saya masa, dalam
beberapa hari ni saya cuba
fikirkan inisiatif lain yang
boleh kita buat.

6. INT. BILIK GURU – SIANG

Halim termanggu dalam fikirannya tersendiri di dalam bilik guru.


HALIM
Aduh..kenapa lah aku sibuk sangat
nak masuk campur tadi? Aku pun
bukannya stay lama kat sini.
Cikgu Nazri menghampiri dari belakang dan memukul meja Halim.
Halim terperanjat.
CIKGU NAZRI
Termenung jauuuh nampak..teringat
kat sapa tu cikgu? Yang jauh
ke…yang dekat? (tergelak besar
dan melirik matanya ke arah Cikgu
Cynthia yang hanya tersenyum).

HALIM
Eh kau ni. Memandai je. Aku fikir
pasal kerja lah.

Tiba-tiba dari pintu masuk kelihatan Billy yang sedang membawa


kotak dan dokumen.
BILLY
Wah..happy juak kitak orang tok.
Sikda kerja kah?

Cikgu Nazri kelihatan agak janggal dan tidak selesa.

CNBU – Ep03 Ms:4


CIKGU NAZRI
Eh..kau duhal Billy. Sikdalah,
kamek orang rilek-rilek jak
sitok. Apa cerita tek?

BILLY
Sik ada lah, saja jak singgah
sitok ngabas kitak orang. Rindu
bah. (sambil melihat Cikgu
Cynthia yang pura-pura tidak
dengar).
Bah, kelak jumpa gik. Nak ngantar
tok lok. (menunjuk invois di
tangan).

7.a) EXT. BILIK GURU – SIANG


Cikgu Cynthia hendak keluar dari pejabat dan terserempak dengan
Billy yang menghalang laluannya.
CIKGU CYNTHIA
(bahasa iban) Tolong ke tepi
sikit. Aku nak cepat ni.
BILLY
(bahasa iban) Apa yang nak
tergesa-gesa sangat? Awak tu
cikgu. Murid memang kena tunggu
cikgu. Hahaha.
Eh cikgu, lepas sekolah ni kita
makan nak tak? Saya belanja.
Pilih je nak makan apa.

CIKGU CYNTHIA
(bahasa iban) Maaf. Saya sibuk.

Cikgu Cynthia lalu beredar meninggalkan Billy di situ.

7.b) EXT. BILIK GURU – SIANG

Billy mencebik terkilan, sebelum Halim pula muncul.


CNBU – Ep03 Ms:5
BILLY
Wah, semangat betul orang baru
ni. Nak pergi mana?

HALIM
Nak pergi memancing. Mestilah nak
ke kelas.

BILLY
Amboi, nak tunjuk lagak nampak.
Lupa ka ‘kenangan’ kita hari tu?
Aku tanya bagus-bagus kan.

HALIM
Eh Billy. Kau jangan ingat aku
lupa apa yang kau buat kat aku
hari tu. Apa yang aku dapat tak
setimpal langsung dengan apa aku
bayar.
BILLY
Hahaha. Kau jangan tuduh aku scam
pulak. Aku cuma bagi apa yang kau
mintak masa tu. Aku tak janji kau
akan sampai ke destinasi. Hahaha.

HALIM
Apa-apa lah. Malas aku nak layan
kau.
Halim pun berlalu pergi.

7.c) EXT. BILIK GURU – SIANG

Encik Raden pula lalu di situ.


BILLY
Hello kawan. Apa khabar tek? Eh,
malam tok free sik? Pegi rumah
aku. Ada projek tok. Macam biasa.
On sik?
CNBU – Ep03 Ms:6
ENCIK RADEN
Hm..aku gago sikit seminggu duak
tok. Aku fikir dolok lah k.
Tiba-tiba Cikgu John datang dari belakang.

CIKGU JOHN
Eh, apa polah kitak duak sitok?
Udah gik beloyar ya. Kelas nak
start kejap gik. Kelak bah kitak
duak sambong ngopi. (tersenyum)
Cikgu John tersenyum dan berlalu diikuti Encik Raden. Billy
pun beredar.

8.INT. KELAS 3 BIRU - SIANG

Seperti biasa, kelas 3 Biru sunyi dan sepi. Hanya Kuma, Leticia
dan 2 orang lagi rakan mereka yang hadir. Namun Cikgu Halim
tetap mengajar dengan bersemangat walaupun kepalanya ligat
memikirkan cara untuk menggalakkan pelajar-pelajar lain ke
sekolah.
HALIM
Baik. Cikgu nak tau, kamu semua
ada cita-cita?

MURID-MURID
Ada cikgu..!!

HALIM
Okay, sorang-sorang. Awak
Leticia?

LETICIA
Saya nak jadi guru! Macam Cikgu
Halim!
HALIM
Haha. Bagus. Ha, awak pulak
Margaret?

CNBU – Ep03 Ms:7


MARGARET
(tabik) saya nak jadi polis!

SYLVESTER
(angkat tangan) Saya nak jadi
pemain bola sepak! Macam Ronaldo.
Siu..!!! (membuat gaya Ronaldo)

HALIM
Hahaha. Ada gaya. Awak Kuma?

KUMA
Aaa..saya..saya mau jadi pereka
permainan video cigu.

HALIM
Ah? Hebat awak Kuma. Macam mana
boleh ada cita-cita macam tu?

KUMA
Sebab…sebab saya suka main game
kat telefon mak saya cigu. Saya
nak cipta permainan video yang
best dan bermanfaat pada masa
sama. Sebab mak saya selalu kata
main game tak ada faedah.
Halim dan murid-murid lain tergelak.
HALIM
Bagus Kuma. Okay, kalau macam tu.
Apa yang awak tau pasal kerjaya
tu? Apa kemahiran yang
diperlukan?
Kuma menunjukkan muka suram dan menggeleng-geleng kepala
tidak tahu. Wajah Halim berubah, dia tiba-tiba mendapat
ilham.

CNBU – Ep03 Ms:8


9.INT. BILIK GURU -SIANG
Di dalam mesyuarat, Cikgu Halim tidak sabar untuk berkongsi
ideanya.
HALIM
Apa kata, kita adakan Hari
Kerjaya?
Begini. Kita anjurkan Hari
Kerjaya di mana pada hari
berkenaan, dalam masa 3 minit,
setiap pelajar perlu berkongsi
mengenai cita-cita mereka,bebas
memakai pakaian atau prop yang
melambangkan cita-cita dan kita
bagi hadiah untuk persembahan
yang terbaik.

CIKGU JOHN
Idea yang baik tu cikgu. Cuma
saya kurang faham macam mana Hari
Kerjaya ni boleh beri kesan
kepada kehadiran pelajar?

HALIM
Mungkin ini yang menjadikan usaha
sekolah dulu kurang membuahkan
hasil. Kita terlalu fokus dengan
pelajar, sedangkan kunci kejayaan
mereka pada waktu ini ialah ibu
bapa. Saya percaya, kalau kita
jemput ibu bapa dan biar mereka
dengar dan tonton sendiri
persembahan anak mereka, mereka
mungkin berubah fikiran mengenai
pendidikan anak-anak mereka.

CIKGU NAZRI
Bijak tu Cikgu Halim. Untuk
hadiah nanti guru-guru boleh
sumbangkan wang. Kita tawarkan
juga hadiah cabutan bertuah untuk
menarik kehadiran ibu bapa. Wah,
saya pun bijak kan? (tersengih-
sengih).
CNBU – Ep03 Ms:9
CIKGU JOHN
Saya tiada bantahan. Saya
serahkan ini pada Cikgu Halim.
Yang lain?
Guru-guru lain semua mengangguk dan menyatakan persetujuan.

10. INT. KELAS 3 BIRU – SIANG

Halim sedang sibuk mengajar kemudian terdengar bunyi loceng


sekolah menandakan masa sudah tamat. Pelajar-pelajar mengemas
beg dan bersiap untuk pulang.
HALIM
Baiklah. Kamu semua jangan lupa
kerja rumah yang cikgu bagi tadi
okay. Esok mesti semua dah siap.

Sambil melihat para pelajar keluar dan berterima kasih


kepadanya, Halim meraba poket seluarnya.
HALIM
Aduh, lupa pulak handphone
tertinggal kat bilik. Baik aku
balik sekarang.

Halim bergegas keluar.


MINIT 12-26
11. a)INT. RUMAH HALIM – MALAM
Halim kelihatan sedang berbual di telefon bersama ibunya.
HALIM
Mana ada Halim lupa. Halim tau
yang mak sekarang sedang susah
payah pastikan Halim dapat pindah
segera. Tapi mak kita tak dapat
nak..hello? Mak?
Panggilan terputus. Telefon berdering lagi dan Halim terus
mengangkat tanpa memeriksa nama pemanggil.
HALIM
Hello? Sorry terputus tadi.

CNBU – Ep03 Ms:10


ANISAH
Terputus?? U cakap dengan siapa
tadi? Ohh..patut pun satu hari ni
tak dapat nak call.

HALIM
Eh..Anisah. Sorry tak perasan you
call. I cakap dengan mak lah tadi
tapi terputus. U ni…

ANISAH
Apa? You ingat I tak tau? Mesej
semalam tu U nak hantar kat sapa?
You curang kan? Dah ada pilihan
lain? I dah agak dah. Semua
lelaki sama..I tak
sangka..(menangis teresak-esak)

HALIM
Eh..eh..U cakap apa ni..jangan
macam ni..u dengar dulu apa yang
I nak cakap. Mesej semalam tu,
I..I..nak hantar kat…ha! Kawan I
Cikgu Nazri! I just nak kata
terima kasih je sebab banyak
tolong I. ha..

ANISAH
Nazri? Kawan u? Perlu ke emoji
mini love tu semua?

HALIM
Mini love? I hantar mini love ke?
Laa…salah tekan lah tu. I nak
hantar emoji thumbs up tu.
Ngantuk sangat kot. Itu yang tak
nampak.

CNBU – Ep03 Ms:11


ANISAH
Betul ni?

HALIM
Ya…

ANISAH
Okay…macam tu lah. Sayang u
ketat-ketat!

HALIM
Eh..mak I dah call balik lah. I
cakap dengan dia sekejap k.

ANISAH
Hm..sekejap nya. Oklah bye..Good
night. Nanti mesej tau.
Halim memutuskan panggilan dengan Anisah untuk mengangkat
panggilan Hajah Zaleha.
HALIM
Ya mak.
HAJAH ZALEHA
Takda, tadi mak tak sempat nak
cakap, yang mak rasa mak ada
kawan yang confirm boleh tolong
Halim pindah sekolah.

HALIM
Oh ya ka mak? Er..kalau macam tu
bagus lah.

HAJAH ZALEHA
Halim jangan risau. Bab tu serah
pada mak. Yang penting,
selesaikan 30 hari tu dan
dapatkan sokongan Guru Besar.
Okay, mak nak tidur dah ni.
CNBU – Ep03 Ms:12
HALIM
Okay mak, Assalammualaikum.
Halim terduduk. Wajahnya rungsing memikirkan hal di rumah
yang sedikit menganggu fikirannya.

11.b) INT. RUMAH HALIM – MALAM


Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Cikgu Cynthia berdiri di
hadapan pintu rumah membawa bekas makanan. Halim membuka
pintu.
CIKGU CYNTHIA
Hai, maaf menggangu. Saya ada
mesej tadi tapi signal tak berapa
ok pulak. Tak ada apa, nak hantar
ni je. Kan saya janji nak belanja
makan hari tu.

HALIM
Oh, terima kasih. Susah-susah je.
Awak masak ke?

CIKGU CYNTHIA
Eh, tak lah. Kakak saya yang
masak. Dia mualaf, jadi awak
jangan risau kalau..

HALIM
Eh, tak lah. Saya tahu awak jenis
yang memahami.

CIKGU CYNTHIA
Terima kasih. Baiklah Cikgu
Halim, saya mintak diri dulu. Tak
manis pulak nanti kalau ada yang
tengok saya lama sangat kat sini.
Selamat malam. Jumpa kat sekolah.

CNBU – Ep03 Ms:13


HALIM
Okay cikgu. Selamat malam. Hati-
hati balik tu.
Cikgu Cynthia mengangguk dan berlalu pergi sambil diperhatikan
oleh Halim. Halim tersenyum sendiri, seperti lupa segala
masalah yang dihadapinya.

12.INT. SEKITAR SEKOLAH - SIANG

Cikgu Halim mula menjalankan aktiviti promosi untuk Hari Kerjaya


tersebut. Dia sedang mengajar Kuma mereka dan menyunting poster
di laptop.
HALIM
Awak klik yang ni..kemudian pilih
warna ni. Ha..pandai! Boleh tahan
awak ni Kuma. Cepat tangkap apa
yang cikgu ajar.
KUMA
Tak ada la cigu. Duluk bapak saya
selalu ajar saya pakai komputer
ni sebelum dia meninggal. Dia
duluk kerja jurutera IT.

HALIM
Boleh cikgu tahu kenapa ayah Kuma
meninggal dunia?

KUMA
Kami sekeluarga kemalangan jalan
raya cigu. Saya dan mak selamat,
tapi bapak saya meninggal dalam
perjalanan ke hospital.

HALIM
Oh..macam tu. Maaf la cikgu
bertanya ni.

CNBU – Ep03 Ms:14


KUMA
Tak apa cigu. Sebab itu juga saya
mau kerja dalam bidang komputer.
Mau ikut jejak langkah bapak
saya. Tapi..

HALIM
Tapi apa Kuma?

KUMA
Tapi saya tidak pandai belajar
macam bapak dan kawan-kawan saya.
Saya risau nanti tidak dapat
capai cita-cita saya tu cigu.

HALIM
Eh, kenapa awak cakap macam tu?
Kuma, awak antara pelajar yang
cikgu-cikgu di sini lihat ada
potensi. Asalkan awak sanggup
berusaha, cikgu-cikgu akan
sentiasa bantu. Jangan putus asa
k?
Kuma mengangguk dan tersenyum. Halim memandang Kuma dengan
sayu.

13.INT. SEKITAR SEKOLAH - SIANG

Cikgu Halim berjalan di setiap kelas untuk mempromosi dan


menggalakkan pelajar menyertai Hari Kerjaya. Dia mengedar poster
dan memberi semangat kepada para pelajar untuk menyertai.
HALIM
Em..ini Hari Kerjaya. Nanti..em,
nuan kalau berminat, ulih join
lah..
Halim cuba bertutur bahasa Iban kepada sekumpulan pelajar
namun gagal. Pelajar-pelajar yang mendengar hanya tertawa dan
menggaru kepala. Cikgu Cynthia yang lalu dan terdengar turut
ketawa.

CNBU – Ep03 Ms:15


HALIM
Amboi Cikgu Cynthia. Suka betul
awak ketawakan saya ya.

CIKGU CYNTHIA
Ya lah..lain sangat ‘level’ tu
cikgu. Takpa, pelan-pelan
belajar.

HALIM
Hm, kalau macam tu, cikgu ajar
saya bahasa Iban boleh? Jadi
cikgu bahasa Iban saya.

CIKGU CYNTHIA
(terdiam)Boleh. Itupun kalau Hari
Kerjaya ni berjaya capai apa yang
kita nak. Boleh?

HALIM
Okay! Saya akan buat yang
terbaik!

Halim mengangguk dan menunjukkan isyarat ‘bagus’.

14. EXT. SEKITAR KAMPUNG – SIANG


Hari-hari berikutnya, Cikgu Halim turut mengedarkan surat
jemputan kepada ibu bapa melalui pelajar dan rumah ke rumah di
sekitar kampung. Cikgu Nazri turut sama membantu.
HALIM
(bercakap dengar salah seorang
ibu bapa)Ini surat jemputan untuk
Hari Kerjaya Sabtu depan pakcik.
Kita ada sediakan hadiah-hadiah
menarik untuk pelajar dan ibu
bapa. Jangan lupa datang tau.
Halim dan Cikgu Nazri meneruskan perjalanan dari rumah ke
rumah.

CNBU – Ep03 Ms:16


CIKGU NAZRI
Eh Halim. Aku dengar kau guna
duit sendiri untuk beli hadiah-
hadiah tu semua. Kau biar betul.

HALIM
Ya Naz. Alah, hadiah biasa-biasa
je. Tapi untuk dia orang, mungkin
sesuatu yang berharga. Lambat
sangat aku tunggu si Raden tu nak
uruskan bajet. Duit PIBG
pulak..kau tahu lah. Bukan banyak
pun.
Cikgu Nazri mengangguk. Dia memandang Halim dengan rasa
kagum. Teringat ketika dia mula-mula menjadi guru tidak lama
dahulu.

15. INT. DEWAN SEKOLAH - SIANG

Cikgu Halim tiba awal di sekolah pada hari itu (Hari Sabtu),
Hari Kerjaya yang ditunggu. Sekali sekala dia menoleh ke kiri
dan ke kanan.
HALIM
Tak ada pun ibu bapa yang datang
ni. Habislah aku kalau tak dapat
sambutan.
(menarik nafas dalam)
Takpa, takpa. Awal lagi ni.
insyaAllah semua berjalan lancar.
Amin.
Perasaannya seakan melonjak apabila melihat ibu bapa mula datang
dan duduk di dewan. Ibu Sylvester datang seorang kerana ayahnya
enggan hadir, ibu bapa Leticia dan datuk Mag datang walaupun
keberatan dan dibelenggu masalah kesihatan. Ibu Kuma juga datang
berkerusi roda dan ditemani ibu saudara Kuma. Begitu juga dengan
ibu bapa pelajar-pelajar lain.

16.a) INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Hari Kerjaya bermula secara rasminya. Seorang demi seorang,
pelajar-pelajar berkongsi cita-cita mereka. Ibu bapa yang hadir
memberi tepukan dan ada kalanya ketawa melihat gelagat anak-anak
di pentas.
CNBU – Ep03 Ms:17
Tiba giliran Sylvester yang menggunakan jersi bola sepak dan
membawa sebiji bola.
SYLVESTER
Selamat pagi semua. Saya
Sylvester Anchu dari kelas 3
Biru. Saya mahu jadi seorang
pemain bola sepak professional!
Saya mahu jadi wakil negeri dan
satu hari nanti wakil kebangsaan.
Tiba-tiba dia berlari sekeliling pentas melakukan
aksi gelecek dan acah-acah menjaringkan gol dan
meniru cara idolanya, Cristiano Ronaldo
menjaringkan gol.
SYLVESTER
Siu..!!
Orang ramai tertawa dan memberi tepukan sebelum Sylvester
menyambung persembahannya.
SYLVESTER
Saya mahu jadi pemain bola untuk
mengubah kehidupan saya dan
keluarga. Saya tak mahu ibu saya
kerja sampai tua. Dan..ayah..saya
mahu…dia..
Ketika ini ibu Sylvester memandang anaknya dengan bangga. Dia
cuba menahan diri untuk tidak mengalirkan air mata.
SYLVESTER
Saya mahu ayah saya bangga dengan
saya dan kami boleh pergi jalan-
jalan bersama-sama. Terima kasih.
Sekali lagi orang ramai memberi tepukan gemuruh kepada
Sylvester.
16.b) INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG
Giliran Leticia naik ke atas pentas mengenakan pakaian formal
seperti seorang cikgu yang tegas dan rotan sebagai aksesori.
LETICIA
Kenapa semua duduk lagi ni?
Kenapa tak ucap selamat pagi?
Cikgu kamu dah masuk.
Semua hadirin tertawa setelah memahami apa yang cuba
disampaikan. Terhibur dengan telatah Leticia, ibu bapa semua
berdiri memberi sokongan.
CNBU – Ep03 Ms:18
IBU BAPA DAN GURU
Selamat pagi cikgu!

LETICIA
Bagus. Sila duduk. Saya Cikgu
Leticia ak James. Saya mahu
menjadi guru kerana saya yakin,
pendidikan adalah kunci untuk
kita maju ke hadapan.
Ibu bapa Leticia berpandangan ketika ini. Mereka kagum melihat
keyakinan anak mereka berucap di hadapan, pada masa yang sama
terkejut kerana tidak pernah mengetahui cita-cita anak mereka
sebelum ini.
LETICIA
Bagi saya, guru ialah antara
pekerjaan paling mulia. Di
belakang kejayaan sesiapa sahaja
di dunia ini, tidak kira lah
jurutera, ahli perniagaan,
doktor, peguam, pemimpin negara
sekalipun, pasti ada guru di
belakang yang membimbingnya.
Ketika ini wajah guru-guru kelihatan terharu. Halim paling
terkesan. Begitu kena dengan situasinya ketika ini. Antara
tanggungjawab dan kepentingan peribadi.

16.c) INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Tiba giliran Margaret atau Mag, dengan pakaian seragam ala-ala
polis dan memberi tabik hormat.
MARGARET
Selamat pagi semua. Saya Margaret
Nelson. Semua dengar apa saya nak
cakap. Sesiapa tidak bagi
perhatian, saya tangkap.
Orang ramai tertawa mendengarnya.
MARGARET
Cita-cita saya ialah untuk
menjadi seorang pegawai polis.
Mendiang ayah saya dahulu seorang
polis dan beliau meninggal dunia
CNBU – Ep03 Ms:19
semasa bertugas. Ketika
pengkebumian, ramai orang
berjumpa saya dan mengucapkan
terima kasih.
(terdiam, cuba mengawal perasaan
sedih)
Sejak itu saya tahu, ayah saya
seorang wira. Ramai orang dia
telah bantu dan selamatkan. Saya
ingin jadi seperti itu.
Orang ramai bertepuk tangan.
16.d) INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG
Tiba giliran Kuma. Dia memakai pakaian pejabat dan
membawa replika komputer/laptop.
KUMA
Selamat pagi. Saya Kuma dari
kelas 3 Biru. Cita-cita saya
ialah untuk menjadi pereka
permainan video dan pakar
komputer seperti mendiang ayah
saya. Ketika masa lapang, saya
suka main permainan video di
telefon ibu saya. Ibu saya selalu
cakap belajar betul-betul supaya
depan komputer pun saya boleh
dapat gaji. Betul tak mak?
Ibu Kuma hanya mengangguk dan orang ramai bertepuk
tangan sambil tertawa.
KUMA
Pada masa yang sama, saya hendak
buka kelas komputer percuma
kepada golongan yang memerlukan.
Sekian terima kasih.
Orang ramai bertepuk tangan. Cikgu Halim tersenyum bangga
melihat anak-anak didiknya.

17. INT. DEWAN SEKOLAH – SIANG


Selesai murid-murid berkongsi cita-cita mereka, Cikgu Halim
sedang membuat ucapan penutupan.

CNBU – Ep03 Ms:20


HALIM
Sekali lagi saya mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa yang
datang dan saya minta sedikit
masa ini untuk kita sama-sama
merenung kembali. Sejauh mana
kita ambil berat tentang
pendidikan anak-anak kita? Saya
yakin ramai yang terharu
mendengar cita-cita anak-anak
tadi. Tetapi cita-cita hanya akan
menjadi mimpi tanpa sebarang
usaha untuk mencapainya. Hendak
mengusahakan kebun dan ternakan
pun pada zaman ini perlukan ilmu
untuk pergi jauh. Jadi tanya diri
kita sendiri. Adakah kita sudah
lakukan yang terbaik? Izinkan
saya memetik kata-kata ilmuwan
terkemuka Ibnu Sina, “tak ada
penyakit yang tak bisa
disembuhkan kecuali kemalasan.
Tak ada ubat yang tak berguna
selain kurangnya pengetahuan.
Sekian terima kasih.
Ucapan Halim disambut tepukan gemuruh oleh semua ibu bapa dan
guru. Encik Raden di satu sudut hanya mencebik. Cikgu
Cynthia, Cikgu Nazri dan Cikgu John tersenyum memberi
tepukan.

18. INT. SEKOLAH – SIANG


Pada minggu seterusnya, Isnin, suasana berbeza di SK Bukit Ruai,
kelas-kelas penuh termasuk 3 Biru. Cikgu Halim berasa gembira
dengan perubahan itu, Kemudian Cikgu Halim memandang ke arah
meja Kuma. Kuma tiada di tempatnya. Di mana Kuma?

CNBU – Ep03 Ms:21

Anda mungkin juga menyukai