Anda di halaman 1dari 3

Cerpen: Aduhai Pak Jemang.

“Cepat la kakak, ambik Si Jimin tu bawak masuk dalam”. Umi mula membebel.
Tidak pasti sebab kakak atau sebab Si Jimin.

“Kalau susah-susah, tinggalkan aje di rumah” ayah mengusik. Tapi memang


ayah tidak ambil tahu pun pasal Si Jimin.

Aku dan adik hanya mampu untuk tengok sahaja. Walaupun kadang-kadang
kami bermain juga dengan Si Jimin, tapi sekadar bermain sahajalah. Untuk jaga
dan mandikan Si Jimin semua dah jadi tanggungjawab kakak.

“Kakak yang nak sangatkan? Kakak jaga la dia”. Ayat biasa yang keluar dari
mulut aku apabila disuruh menguruskan Si Jimin. Aku memang malas kalau
disuruh menguruskan Si Jimin. “ Baik aku menonton televisyen. Lagi bagus”.

Macam-macam ragam, macam-macam kerenah dan macam-macam cerita.


Kekadang terhibur juga dengan kerenah dan keletah Si Jimin, kucing parsi
jantan kesayangan Alya.

Cuti sekolah kembali lagi. “Horey…”. Aku bersorak kegembiraan. Sejak


pandemik Covid-19, musim sekolah hanya dihabiskan di rumah. Tapi sekarang
keadaan makin baik, pandemik pun sudah jadi endemik.

“Kakak, abang, adik, ambil baju semua. Umi nak masukkan dalam beg. Esok
kita nak balik kampung”. Umi mula sibuk mengemas barang-barang, bersiap
untuk balik ke kampung

“Yes!” adik menjerit keseronokan. “Nanti kakak tolong kemas baju-baju adik
yer” adik seperti biasa, dengan muka yang acah-acah comel. Memang begitulah
selalunya. Walaupun kakak marah, tapi kakak tetap mengemas pakaian adik.
Adik memang manja dengan kakak
“Alamak, Jimin tak cari lagi hotel”. Terdengar lagi bebelan umi. “Kakak, nanti
masukkan Si Jimin ke dalam sangkar, nak hantar ke hotel. Dah tambah satu lagi
masalah, nak cari tempat untuk letak Si Jimin sementara kita pulang ke
kampung”. Tapi begitu la, nak tak nak, kena usahakan la juga.

Si Jimin pun satu hal juga. Masa sedang main-main, elok jer dia. Ni macam
tahu-tahu-tahu jer orang nak tinggalkan dia. Mula la buat perangai mengada-
ngada dia. Tak nak makanlah,menyoroklah.

“Macam mana nak masukkan Si Jimin dalam sangkar ni Umi” kakak dah mula
bingung sebab Si Jimin tak mahu masuk dalam sangkar. Masalah, masalah,
masalah.

“Adik, abang, tolong hehe, bantuan diperlukan”.Jerit kakak.

“Adik duduk kat situ, jangan bagi Si Jimin lari” kakak mula mengatur strategi.

“Abang, nanti bersedia tepi sangkar. Kalau Si Jimin masuk, cepat-cepat tutup
pintu sangkar dan terus kunci” kakak fokus dengan arahan dan tindakannya.
Aku akur saja dengan segala arahan kakak. Sebab aku pun tak tahu nak buat
macam mana sebenarnya.

“Ok, jaga-jaga semua” kakak memulakan tindakan, tapi Si Jimin nampak


semakin garang dan berkeras kepala tidak mahu masuk ke dalam sangkar.

“Abang, tutup cepat!” adik menjerit tatkala Si Jimin memasuki sangkar.


“Yahoo…berjaya” semua menjerit kegembiraan. Ternyata strategi kakak
berjaya dan membuahkan hasil.

Kakak dengan perancangan dan strateginya.


Adik dengan bantuan yang tak seberapa.
Aku? Tanpa aku, perancangan kakak mungkin tak berjaya.
Si Jimin, kakak, aku dan adik. Kadang-kadang menimbulkan perbalahan dan
kekecohan. Namun di sebalik semua itu, terselindungi satu keakraban dan
kemesraan. Pernah kami berbalah kerana Si Jimin. Si Jimin hilang selama 3
hari. Puas kami mencari. Kakak mula menangis dan menyalahkan aku kerana
tidak mengawasi sangkar Si Jimin. Aku dan adik pergi meronda satu taman
untuk mencari Si Jimin tetapi Si Jimin masih tidak dijumpai. Semasa aku dan
adik menonton televisyen, aku nampak kelibat di pintu gelongsor. Apabila aku
buka pintu gelongsor, rupanya Si Jimin sudah kembali.

Siapa yang membentuk kemesraan itu? Kakak? Aku? Atau adik? Masing-
masing ada peranan masing-masing. Ada yang buat salah, ada yang menegur.
Ada yang mengusik, ada pula yang menangis. Ada yang melawak, ada yang
ketawa. Semua memerlukan antara satu sama lain.

Si Jimin? Si Jimin atau juga kami panggil dengan nama Abe atau juga kekadang
di panggil Pak Jemang, juga merupakan watak penting dalam kehidupan
keluarga aku. Tanpa Si Jimin, kakak tidak perlu membuat perancangan dan
mengatur pelbagai strategi. Tanpa Si Jimin, aku dengan hal aku . Tanpa dia,
adik dengan hal adik.

Adanya dia, kami bersatu dan bekerjasama. Itu lah Si Jimin, ahli keluargaku
yang ke enam. Aduhai Pak Jemang..

Anda mungkin juga menyukai