Anda di halaman 1dari 41

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 16

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM

arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1. EXT. KEDAI KEDAI.SIANG


Watak: WAIRAH, MONA

WAIRAH masih terdiam dan barang terjatuh tak


diangkat lagi. MONA sampai, hairan lihat WAIRAH
begitu.

MONA
Wairah? Kenapa ni? Barang kau ke
jatuh ni?

MONA tolong angkat. MONA lihat sekeliling, tak tahu


apa yang WAIRAH sedang lihat.

MONA
Kau dah macam nampak hantu.
Wairah!

WAIRAH
Saya yang boleh naik hantu lepas
ni, kak.

MONA
Hah?

WAIRAH terus beredar dengan rasa marah. MONA


menurutinya.

CUT TO:

SC2.INT.KAWASAN KEDAI KEDAI.SIANG


Watak: WAIRAH, MONA

WAIRAH bercakap sambil jalan. MONA menuruti.

WAIRAH
Saya dah agak selama ni saya
hanya sandaran! Sandaran untuk
isi ruang kosong dia, isi
kekecewaan dia selepas kena
tinggal! Bodohlah kau ni Wairah!

MONA
2
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Kejap! Wairah, cuba cakap betul


betul, kau marah apa , marah
siapa ni?

WAIRAH
Ali! Ali Said Nursi! Ali yang
selama ni saya suka dia bertahun
tahun, dan bila kahwin dengan
dia, rupanya saya sorang jugak!
Saya je kahwin tapi dia ‘macam
kahwin’ tapi sebenarnya terpaksa,
ikut saja asal ada!

MONA
Wairah! Kau cakap mengarut ni!

WAIRAH nak cakap lagi tapi marahnya buatkan dia tak


tercakap. WAIRAH terus pergi. MONA masih tak faham.

CUT TO:

SC3.EXT.KAWASAN PERUMAHAN.SIANG
Watak: SYAM, ALI

SYAM duduk seorang diri seperti tidak keruan.


Kereta ALI lalu dan terus brek apabila nampak SYAM.
ALI parking tepi dan keluar jumpa SYAM.

ALI
Abang Syam.. assalamualaikum..
abang, ingat saya. Ali.

SYAM
Ali? Buat apa.. buat apa kat
sini? Rumah abang sana tu..

ALI
Tahu rumah abang kat sana, tapi
kenapa abang duduk sorang sini?
Nanti kalau ada orang nampak,
orang ingat abang tak betul
pulak.

SYAM
3
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Betul. Aku memang macam tu. Sejak


dia ikut Jun. bini aku tu. Dia
ikut Jun.

ALI
Siapa ikut kak Jun?

SYAM
Dia! Sana ramai. Sini pun ada.
dia tal bagi aku masuk rumah. Aku
tunggu Jun kat sini. Lilah hantar
Jun nanti.

ALI
Ok macam ni. Abang ikut saya
dulu. Saya bawak jumpa kak Jun.

SYAM
Tak boleh! Dia suruh aku tunggu
sini. Tunggu Jun sampai!

ALI
Saya boleh bawak abang jumpa dia.

SYAM
Aku tak boleh pergi mana mana!
Kau tak faham ke?

ALI
Baik.. abang tenang, sabar dulu.

ALI memikirkan cara lain untuk tolong.

CUT TO:

SC4.INT.RUMAH SEWA DELILAH.SIANG


Watak: KAK JUN

KAK JUN sedang cuba telefon berkali kali suaminya


tapi tak dapat. Dia resah.

Telefonnya berbunyi.

KAK JUN
4
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Hello!,.. Lilah.. akak cuba


telefon abang Syam tapi tak dapat
dapat…. Siapa ada dengan dia?..
Ali?.. Ali bekas suami Lilah ke?..
macam mana pulak dia… ok ok.. bila
Lilah nak datang?... Aim kat
sekolah lagi.. ok, kak siap
sekarang.

KAK JUN segera bersiap.


CUT TO:

SC5.EXT.KAWASAN PERUMAHAN.SIANG
Watak: ALI, SYAM

ALI pujuk SYAM lagi.

ALI
Abang, saya bawa ke tempat lebih
selesa, kita tunggu kak Jun
sampai.

SYAM
Jun datang?

ALI
Ya, baru Lilah telefon tadi. Tapi
tak naklah kat sini, nanti orang
kawasan ni nampak, mereka sangka
yang bukan bukan pulak.

SYAM
Nanti orang sangka bukan bukan?

ALI
Ya, ikut saya, kita ke taman
permainan sana tu. Redup sikit.
Tak jauh pun depan tu je. Kita
tunggu Kak Jun kat sana.

SYAM memikir dan kemudian dia bangun. ALI lega.

CUT TO:
5
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC6.EXT.TAMAN PERMAINAN PERUMAHAN.SIANG


Wata: SYAM, ALI, DELILAH, KAK JUN

ALI duduk dengar SYAM cerita.

SYAM
Aku kerja. Macam biasa tapi
kadang duit tak cukup. Aku rasa
macam tak cukup, aku cari peluang
baru nak tambah duit.

ALI
Abang jumpa siapa masa tu?

SYAM
Aku tak ingat nama dia, tapi dia
ajar aku cara nak pertahankan
diri. Macam bersilat tapi bukan
pun.

ALI
Abang ingat semuanya?

SYAM mengeleng. Dia jadi bingung. DELILAH dengan KAK


JUN sampai. SYAM nampak KAK JUN.

SYAM
Jun! Jun!

KAK JUN
Abang! Kenapa abang jadi tak
tentu arah ni?

SYAM
Kita kena pergi jauh. Rumah kita
tak elok. Kena pergi jauh.

KAK JUN
Ya, tapi sebelum tu abang kena
sihat dulu. Kita jumpa ayah saya
ya. Ayah boleh tolong abang. Biar
abang sihat baru kita pindah,
cari rumah lain.

SYAM
Jumpa ayah?
6
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN
Lilah dah beritahu ayah. Ayah
kata kita kena balik sana. Duduk
dengan ayah sampai abang sihat.

SYAM
Ya.. ya kita jumpa ayah.

KAK JUN lega SYAM dengar kata. DELILAH pandang ALI.


ALI bersungguh membantu.

DISSOLVE TO:

SC7.EXT.BANGUNAN PEJABAT.PETANG
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH jalan dengan ALI.

ALI
Lilah nak sambung kerja lagi? Dah
petang ni.

DELILAH
Ada tinggal sikit je kerja. Lepas
tu balik, mengemas nak bawak Kak
Jun dan abang Syam balik kampung.

ALI
Nak abang hantarkan pun boleh..
lama juga tak jumpa mak dengan
ayah.

DELILAH
Rasanya lebih baik tak payah.
Lain kali saja. Mak dengan ayah
mungkin belum bersedia nak tengok
saya datang dengan abang.

ALI
Ya, betulah tu.. tapi kalau perlu
apa apa telefon je abang.
7
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Baik… abang, terima kasih tolong
Lilah dengan Kak Jun tadi. Tolong
tenangkan abang Syam jugak.

ALI
Sama sama.

Masing masing terdiam. DELILAH tak dapat nak elak


dari terus tatap mata ALI. ALI senyum sebab sedari
itu, DELILAH baru perasan, dia cepat cepat pandang
arah lain.

DELILAH na masuk ke dalam bangunan, tapi jadi


kalut sendiri. ALI terasa lucu lihat gelagat
DELILAH. DELILAH bye bye ALI sambil tersenyum
malu.

CUT TO:

SC8.INT.PEJABAT UNESCO.PETANG
Watak : DELILAH, WAN RUBY, SYED NAHAR

SYED NAHAR sedang periksa kamera foto yang dia


baru dapat. DELILAH baru sampai.

SYED NAHAR
Eh!Ingatkan dah balik. Wan kata
kau ambil cuti separuh hari.

DELILAH
Sepatutnya tapi lupa ada kerja
sikit lagi nak siapkan dan esok
lusa aku kena cuti jugak. Lebih
baik aku siapkan kerja dulu.

SYED NAHAR
Kau nak ke mana pulak?

DELILAH
Ada hal keluarga di kampung.
8
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAN RUBY datang sambil tunjuk surat yang baru


diterima.

WAN RUBY
Dr Satria ada telefon. Dia masih
di Bangkok tapi dia kata, dah
beritahu dengan pihak MSF, dengan
Dr Andrew rasanya, untuk terlibat
dalam program sukarela mereka tu.
Dan ini surat sokongan dah sampai.

SYED NAHAR
Program mereka kita kerjasama atau
program kita, mereka ikut
bekerjasama? Kau salah ni.

WAN RUBY
Aku tak salah. Mulanya memang
program kita, tapi Dr Satria dah
tukar. Lilah? Ok tak program ni?

DELILAH
Kita bekerjasama dengan kumpulan
Doktors Beyond Borders? Yang kat
bangunan ni?

WAN RUBY
Betul! Kau kena buat sama sama
tau!

DELILAH terasa lucu.

DELILAH
Aku memang tak boleh lari dari dia
kan?

SYED NAHAR
Dari siapa? Aku?

DELILAH
Tak.. takde sesiapalah.. ok nanti
kita sesama kita buat diskusi
sebelum jumpa mereka nanti.

WAN RUBY
Baik!
9
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH ketawa sendiri sambil jalan ke meja


kerjanya.

CUT TO:

SC9.INT.PEJABAT MSF.PETANG
Watak: ALI, AZMI

ALI senyum senyum sendiri dalam bilik pejabatnya.


AZMI sampai.

AZMI
Dr Ali! Kau keluar dengan Lilah
tadi kan? Balik jadi macam ni,
bahaya ni.

ALI
Aku senyum jadi bahaya?

AZMI
Bahayalah.. tak nak sejarah
berulang. Itu je.

ALI
Ni sejarah baru, kalaulah betul
aku ni dipilihnya.

AZMI
Kau bersungguh ni?

ALI
Dia pun. Kau tahu tak, dah dua
kali dia terpaku pandang aku. Aku
tak tahu apa dalam kepala dia
masa tu, tapi, aku dapat rasa,
Lilah masih sukakan aku.

AZMI
Kalau aku jadi Lilah, baik dia
pilih kawan Ali tu, yang masih
bujang dan tak pernah kecewakan
hati sesiapa pun!
10
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Ah!Kau ni..

ALI malas nak layan, dia keluar dari dalam


biliknya. AZMI ketawa saja.

CUT TO:

SC10.INT.PEJABAT MSF.PETANG
Watak: ALI, AZMI, SUKARELAWAN

ALI beri arahan untuk siapkan kerja program lawatan


perubatan.

ALI
Buat beberapa cadangan tempat,
nanti kita kira kos dan siapa
yang kita boleh ajak bekerjasama
menyumbang.

SUKARELAWAN
Dalam Malaysia?

ALI
Ya, beberapa tahun lepas kita dah
fokus pada masyarakat luar
negara, kali ni tahun ni, negara
kita perlu diberi tumpuan.

AZMI
Betul tu. Yang program ni nanti
aku ikut turun tau. Lepas tu aku
perlukan pembantu. Kau pun
mungkin perlukan jugak. Pembantu
yang tahan lasak, rajin.

ALI
Siapa nak jadi pembantu tu?

AZMI
Aku ada sorang. Bagus, muda lagi.
Kalau kau ok, nanti aku bawak dia
jumpa kau.
11
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Boleh jugak. Siapa?

AZMI
Nanti dia datang, aku
kenalkanlah, tapi bukan hari ni.

ALI
Ok. Kau uruskanlah nanti.

AZMI puas hati.

CUT TO:

SC11.INT.PEJABAT HUD.PETANG
Watak: HUD SULAIMAN, WAIRAH

HUD SULAIMAN baru lepas cakap telefon pejabat, dia


seperti ada masalah. HUD SULAIMAN nampak WAIRAH lalu
depan biliknya. Dia paggil. WAIRAH patah balik,
jumpa HUD SULAIMAN.

HUD SULAIMAN
Awak sedang ada masalah ke?

WAIRAH
Takde.. takde masalah.

HUD SULAIMAN
Habis tu kenapa En Osman tunggu
kamu 2 jam tapi kamu tak sampai.
Lepas tu dia telefon, kamu kata
nak sampai, dan sampai sekarang,
dia masih tunggu kamu datang!

WAIRAH baru perasan dan dia terlupa terus.

WAIRAH
Ya Allah! Maaf.. memang sepatutnya
saya jumpa dia.. Takpe saya
telefon dia sekarang dan akan
perjelaskan semua.

HUD SULAIMAN
12
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Sekarang ya! Tolong jangan ulang


benda macam ni lagi, Wairah.
Ada masalah, tinggalkan luar
pejabat. Kerja kita membela anak
guam. Kalau kita sendiri tak mampu
urus diri, macam mana kita urus
masalah mereka?

WAIRAH
Ya, betul.. maaf.

WAIRAH segera beredar ke bilik pejabatnya. HUD


SULAIMAN sambung kerja.

CUT TO:

SC12.INT.BILIK KERJA WAIRAH.PETANG


Watak: WAIRAH, AZRI

WAIRAH masuk bilik, baru nak lepaskan marah dia, AZRI


masuk.

AZRI
Kejap lagi En Osman nak datang
sini. Kena siapkan apa yang pergi.

WAIRAH
Hah? Dia datang sini pulak? Mana
awak tahu?

AZRI
Dia baru telefon saya. Saya kenal
dia sebelum ni lagi. Dia kata dia
telefon awak tapi tak berjawab.
Dia nak datang jugak.

WAIRAH periksa telefonnya memang ada 3 miss call EN


OSMAN.WAIRAH mengeluh sendiri.

WAIRAH
13
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya.. ok saya uruskan dia. Minta


mereka bawa dia di bilik mesyuarat
ya.

AZRI
Baik.

AZRI beredar. WAIRAH terduduk sekejap. Jadi kelam


kabut pula dia.

CUT TO:

SC13.EXT.BANGUNAN PEJABAT.PETANG
Watak: DELILAH, ALI

ALI sedang menunggu AZMI, DELILAH jalan tergesa


keluar.

ALI
Lilah! Tak balik lagi?

DELILAH
Baru nak balik ni. Aim pun dah
ada di rumah. Lepas ni terus
ambil semua.

ALI
Abang Syam ok ke tu?

DELILAH
Ok, tadi Kak Jun telefon, dia
tidur je tapi kejap lagi nak
kejut dia bila Lilah sampai sana.

ALI
Abang rasa tak sedap hatilah..
biar abang temakan Lilah.

DELILAH
Tak apa, jangan risau. Apapun
terima kasih ambil berat lagi..
14
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH beredar. ALI terasa ralat sebab masih tak


sedap hati.

CUT TO:

SC14.EXT.KAWASAN KEDAI KEDAI.PETANG


Watak: ALI, AZMI

Mereka jalan berdua.

ALI
Aku tak jadi ikut kaulah hari ni.

AZMI
Eh! Apa tiba tiba je? Semua kawan
kawan yang sama pergi misi
bantuan dulu ada tau. Takkan kau
tak nak jumpa dorang?

ALI
Nak tapi aku risaukan Lilah. Dia
nak balik kampung kejap lagi
dengan kakak dia dan suami dia
yang sakit tu.

AZMI
Pulak? Bahaya jugak sebab keadaan
abang dia tu tak normal lagi kan?
Lilah pulak bawak kereta.

ALI
Aku patut pergi kan?

AZMI
Yalah..

ALI segera beredar.

CUT TO:

SC15.INT.KERETA DELILAH.PETANG
Watak: DELILAH, KAK JUN, SYAM, AIM

DELILAH memandu. AIM duduk depan. KAK JUN jaga


suaminya di belakang. SYAM tidur.
15
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AIM
Maksu, kenapa ayah tu tidur je?

DELILAH
Dia penat tu. Dia makan tak tadi
kat rumah maksu?

AIM
Tak. Dia tak nak. Mama dah ajak
banyak kali.

KAK JUN
Dia tak nak makan.. takut badan
dia lemah ni kan? Mungkin semalam
pun tak makan..

DELILAH
Nak berhenti mana mana ke?

KAK JUN
Tak payah kot. Nanti sampai
kampung, baru kita pujuk dia
makan.

SYAM masih tidur tak bergerak pun.

CUT TO:

SC16.EXT.PEJABAT PEGUAM HUD.PETANG


Watak: HUD SULAIMAN, AZRI

HUD SULAIMAN jalan nak ke pejabat sambil telefon


DELILAH.

HUD SULAIMAN
Assalamualaikum Lilah.. di mana
ni?.. Ohh.. dengan siapa?... ok..
awak ok ke tu?.. Kalau sampai
kampung nanti, ada masa, mesej
saya boleh? Saya risau juga
keadaan Lilah, Kak Jun tu.. baik,
jaga diri ya.. waalaikumsalam.
16
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HUD SULAIMAN memikirkan juga hal DELILAH itu. AZRI


keluar dari pejabat, tergesa.

AZRI
Nasib baik kau ada lagi, ingat dah
balik.

HUD SULAIMAN
Apasal?

AZRI
Aku rasa kau patut masuk ke bilik
mesyuarat. Wairah macam hilang
fokus hari ni. Aku risau En Osman
tu melenting je.

HUD SULAIMAN
Biarkan. Itu memang ujian untuk
dia. Dia patut tahu kes yang kita
kendalikan semua yang berat. Bukan
macam tempat dia kerja dulu.

AZRI
Tapi kalau En Osman mengamuk, cari
peguam lain pulak?

HUD SULAIMAN
Dia takkan buat macam tu. Hutang
dia kes yang dulu pun tak selesai
bayar kita lagi. Kau perhatikan
je, kalaulah En Osman bertindak
agresif ke.. yang lain biar Wairaj
hadap anak guam dia tu.

AZRI faham.

CUT TO:

SC17.EXT.BILIK MESYUARAT PEJABAT PEGUAM.PETANG


Watak: WAIRAH, AZRI

AZRI baru nak buka pintu bilik mesyuarat, dia


terdengar suara lantang dan tegas WAIRAH. AZRI
diamkan dulu dan dengar dari luar.
17
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH (suara)
Encik Osman! Dari tadi saya cuba
terangkan perancangan yang akan
kami buat bagi mendapatkan hak
pihak En Osman, tapi tak
habis-habis En Osman menengking,
salahkan saya benda yang saya tak
sempat nak terangkan pun!
Saya peguam bertauliah dan bukan
ini kali pertama saya kendalikan
kes. Jangan anggap saya budak
budak yang tak tahu apa apa!
Sifat baran dan tak sabar Encik
Osman ini akan buatkan Encik Osman
kalau dan gagal kalau Encik Osman
dipanggil beri keterangan di
mahkamah nanti! Tolong bertenang,
jadi rasional terhadap semua
perkara yang dibincangkan! Kalau
En Osman boleh buat begitu, saya
akan pastikan kes ini kita
menang!!
Ok. Saya akan ambil beberapa fail,
Encik Osman bertenang dulu, minum
air kopi ni. Kejap lagi saya jumpa
Encik Osman semula.

WAIRAH keluar dari bilik mesyuarat.

AZRI yang ada di situ, buat isyarat tepuk tangan


tanda bagus. WAIRAH terkejut, tapi kemudian dia
senyum puas hati.

WAIRAH ke biliknya. AZRI kagum.

DISSOLVE TO:

SC18.INT.KERETA DELILAH.LEWAT PETANG


Watak: DELILAH, AIM, KAK JUN, SYAM, ALI

DELILAH masih memandu sudah masuk kawasan kampung.


AIM tertidur. KAK JUN saja masih jaga, dia lihat
pemandangan kampung, hatinya rasa sayu. SYAM juga
masih tidur.
18
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN
Kenapalah semakin dewasa, kita
kena lalu macam macam dugaan? Tak
aman macam masa kita kecik dulu.
Tengok tenang suasana kampung
kita ni, akak rindu ketenangan
tu.

DELILAH
Faham.. rindu sangat kan? Tapi
dugaan dugaan macam nilah akan
jadikan kita kuat, kak. Dan bila
mampu kita harungi semua,
ketenangan itu akan tiba sebagai
hadiah berkat sabar.

KAK JUN setuju. Dia toleh arah SYAM, rupanya SYAM


sudah jaga, pandang KAK JUN dengan muka bengis. Dia
terus terkam cekik KAK JUN.

KAK JUN menjerit. DELILAH terkejut sama, terus ke


tepi keretanya dan brek. DELILAH tarik tangan SYAM
tapi SYAM lebih kuat. AIM terjaga, jadi takut lihat
ayahnya begitu. DELILAH terus pukul dan tarik sekuat
hati tangan SYAM.

Tiba tiba muncul ALI di cermin kereta, ketuk pintu


minta buka lock. DELILAH segera buka. ALI buka pintu
dan tarik SYAM sekuat hati, keluar dari kereta.

KAK JUN tercekik terbatuk batuk menangis. AIM


memanggil mamanya. DELILAH lihat keadaan kakaknya
ok, dia terus keluar.

CUT TO:

SC19.EXT.TEPI JALAN KAMPUNG.LEWAT PETANG


Watak: ALI, SYAM, DELILAH, KAK JUN, AIM

DELILAH pergi lihat ALI dan SYAM yang berada di


belakang kereta ALI. Kereta ALI belakang kereta
DELILAH.

SYAM cuba melawan tapi ALI lebih kuat dan ALI tumbuk
SYAM. SYAM pengsan, rebah.
19
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI terduduk sama. DELILAH hampiri ALI, lihat


keadaan ALI. ALI ok tak ada apa apa.

DELILAH lihat SYAM sudah pengsan. KAK JUN dan AIM


juga datang lihat.

DELILAH pergi arah kakaknya. KAK JUN peluk DELILAH,


ketakutan. DELILAH tenangkan.

ALI bawa AIM jauh dari SYAM.

DISSOLVE TO:

SC20.EXT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: DELILAH, ALI, FARIDAH

ALI duduk tunggu di pankin halaman rumah. DELILAH


keluar jumpa ALI.

.
ALI
Macam mana abang Syam? Patut ke
hospital terus tadi.

DELILAH
Tak payah. Abang kan dah ubatkan
dia. Tak serius kan? Abang kata
tumbukan abang pun dah buat kira
kira sudut mana yang tak bahaya.
Lebam jelah nanti tu. Biar rasakan
dia!

ALI senyum.

DELILAH
Kenapa tak nak masuk?

ALI
Takpelah.. tadi pun dah jumpa
ayah. Dia pun faham.. bukan
sekarang kot.. nantilah..

DELILAH
Abang takut kat mak ya?
20
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Sangat! Bukan takut sebenarnya,
tapi malu. Malu dengan apa yang
abang pernah buat pada dia. Tak
jaga Lilah dengan betul. Tak
pegang amanah yang dia berikan
pada abang dulu.

DELILAH diam mendengar semua itu. ALI bangun.

ALI
Abang balik dulu ya. Nanti apa apa
telefon je.

DELILAH
Nak balik KL malam ni jugak?

ALI angguk dan jalan ke keretanya. FARIDAH nampak.


Dia perhati di jendela sekejap, wajahnya serius.

DELILAH
Abang.. terima kasih.. tak sangka
abang ikut Lilah dari belakang?
Lepas tu selamatkan kami..
selamatkan Kak Jun terutamanya.
Kalau abang tak ada tadi..

ALI hampiri DELILAH dan pegang bajunya. Tenangkan


DELILAH. DELILAH dalam diam rasa rindukan perhatian
begitu daripada ALI.

ALI
Abang tak nak hilang Lilah lagi.
Abang sanggup buat apa saja
sekarang ni untuk tebus semua
salah abang dulu.

DELILAH terharu. ALI masuk dalam kereta . Dia bye


bye DELILAH dan beredar pergi. DELILAH terpaku di
situ. Hatinya sayu.

CUT TO:
21
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC21.INT.KERETA ALI.MALAM
Watak: ALI

ALI memandu balik, fikirannya jauh melayang.


Terimbas semula perbualannya dengan DELILAH tadi.

CUT TO FLASHBACK:

SC22. EXT.RUMAH AHMAD.MALAM


Watak: DELILAH, ALI

REPEAT PERTENGAHAN SC20.

DELILAH
Abang takut kat mak ya?

ALI
Sangat! Bukan takut sebenarnya,
tapi malu. Malu dengan apa yang
abang pernah buat pada dia. Tak
jaga Lilah dengan betul. Tak
pegang amanah yang dia berikan
pada abang dulu.

DELILAH diam mendengar semua itu. ALI bangun.

ALI
Abang balik dulu ya. Nanti apa apa
telefon je.

DELILAH
Nak balik KL malam ni jugak?

ALI angguk dan jalan ke keretanya. FARIDAH nampak.


Dia perhati di jendela sekejap, wajahnya serius.

DELILAH
Abang.. terima kasih.. tak sangka
abang ikut Lilah dari belakang?
Lepas tu selamatkan kami..
selamatkan Kak Jun terutamanya.
Kalau abang tak ada tadi..
22
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI hampiri DELILAH dan pegang bajunya. Tenangkan


DELILAH. DELILAH dalam diam rasa rindukan perhatian
begitu daripada ALI.

ALI
Abang tak nak hilang Lilah lagi.
Abang sanggup buat apa saja
sekarang ni untuk tebus semua
salah abang dulu.

DELILAH terharu. Fokus pada wajah DELILAH.

CUT BACK TO:

SC21A. INT.KERETA ALI.MALAM


Watak: ALI

ALI sendiri rasa sayu apabila teringatkan wajah


DELILAH tadi. Telefonnya berbunyi.

ALI
Assalamualaikum.. ya Haifa!.. ya
dengar.. ayah jauh ni, ada kerja
sikit.. tapi ayah dalam
perjalanan balik.. malam ni tak
sempat rasanya sebab jauh. Esok
kita jumpa ya.. baik, tidur cepat
tau.. Assalamualaikum.

ALI mengeluh sendiri teringatkan anaknya pula. Dia


terus memandu.
CUT TO:

SC23.INT.RUMAH AHMAD.LEWAT MALAM


Watak: DELILAH, FARIDAH

DELILAH keluar dari biliknya. Keadaan rumah lengang.


DELILAH tak boleh tidur. Dia duduk di ruang tamu,
menung sendiri.

FARIDAH dari dapur, nampak DELILAH ada. Dia hampiri


anaknya.

FARIDAH
23
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Dah lewat malam, ingat dah tidur


tadi.

DELILAH
Belum.. tak boleh nak tidur.

FARIDAH
Teringatkan Ali ke?

DELILAH
Lilah dah agak soalan tu akan
keluar juga. Tunggu masa je.

FARIDAH
Mestilah. Mak tanya kakak kamu
tadi, dia kata dia pun tak tahu
bila pertama kali kamu jumpa Ali
sejak balik. Tahu tahu Ali yang
datang tolong dari KL sampai ke
kampung. Maknanya dah banyak kali
jumpa?

DELILAH
Dunia ni kecik mak. Pejabat dia
kerja sekarang sama bangunan
dengan pejabat Unesco tempat
Lilah kerja tu. Tingkat je lain.
Lilah tak cari dia, lari jauh
bertahun daripada dia, tapi
takdir susun, terjumpa jugak.

FARIDAH
Dan kamu suka dapat jumpa semula?

DELILAH faham maksud mak itu. Dia hanya senyum dan


mengeleng. DELILAH bangun nak masuk bilik semula.

DELILAH
Pergilah tidur mak.. Lilah masuk
bilik dulu ya.

DELILAH masuk bilik. FARIDAH tak puas hati dengan


jawapan anaknya itu.

DISSOLVE TO:
24
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC24.EXT.RUMAH AHMAD.PAGI
Watak: AHMAD, SYAM

AHMAD dan SYAM(muka lebam kesan tumbukan), berbual


di pankin.

AHMAD
Syam kena sabar dan ikut semua
yang ayah ajar nanti. Insyaa
Allah tak ada penyakit yang tak
dapat diubati. Mula solat jangan
ditinggal lagi. Doa jangan
berheti. Syam sudi tinggal sini
sampai sihat?

SYAM
Sedia ayah.. insyaa Allah.. saya
takkan berani balik ke KL,
tinggal sendiri dengan Jun dan
Aim selagi belum sembuh. Saya dah
buat salah, terikut ajaran yang
menyesatkan sampai saya jadi tak
betul. Saya kesal hampir
cederakan Jun.. banyak betul
salah saya ni.

AHMAD
Yang penting kamu tidak terus
tenggelam dan percaya semua yang
tak betul tu. Kamu sakit, jadi
tak tentu arah ni pun, sebab kamu
melawan. Resmi badan tak terima
apa yang diajarkan tu.
Alhamdulillah cepat dapat bantu
kamu.

SYAM akui semua itu.

CUT TO:

,
SC25.EXT.RUMAH MAK SOM.PAGI
Watak: MAK SOM , DELILAH
25
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH peluk MAK SOM. Mereka duduk di serambi


rumah.

MAK SOM
Syukur kamu, Jun dan Aim selamat.
Tapi kenapa Ali tak datang rumah
Mak Som? Kenapa dia balik terus?

DELILAH
Dia kata dia malu nak ada di
sini. Malu dengan mak. Sebenarnya
Lilah dah banyak kali jumpa dia
Mak Som dan kami dah berjanji
untuk jadi kawan.

MAK SOM
Baguslah kalau dah tak ada
perasaan marah, berdendam.
Eloklah berkawan dari bermusuh
kan?

DELILAH
Tapi rasanya tak semua orang
faham macam tu. Saya ada terjumpa
sekali dengan Wairah jugak. Dia
tak berapa senang saya dah balik
Malaysia.

MAK SOM
Wairah tu biarkan je. Mereka dah
bercerai, kamu tahu kan?

DELILAH angguk.

DELILAH
Tapi betul ke?

MAK SOM
Betul cuma mereka berhubung lagi
sebabkan anak. Haifa tu. Mak Som
tak kisah Wairah tu, kamu pun
jangan kisahkan dia sangat.

DELILAH diam saja.

CUT TO:
26
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC26.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.PAGI


Watak: WAIRAH, HAIFA, ALI

HAIFA bukakan pintu. HAIFA dah siap nak pergi


sekolah tapi pakainya tak terurus. HAIFA salam
ayahnya.

ALI
Ni siapa pakaikan baju? Meh ayah
betulkan.

HAIFA
Haifa pakai sendiri.

ALI
Mama mana? Kereta dia ada ni.

HAIFA
Tu! Dah kejut tapi tak bangun
pun.

ALI nampak WAIRAH tertidur di meja yang penuh file


kes, kertas kertas dan buku, laptop depannya.

ALI masuk ke dalam. Dia kejutkan WAIRAH. WAIRAH


tersentak, baru bangun, mamai lagi.

ALI
Awak ok ke ni? Tak sihat ke?

WAIRAH
Taklah.. pukul berapa ni?.. Eh!
Aduhhh! Kena ke mahkamah pagi ni!
Haifa.. Haifa!

HAIFA
Haifa dah siap ibu!

ALI
Abang boleh hantar Haifa. Kenapa
sampai macam ni? Kerja sampai
biarkan Haifa siap sorang
sorang..

WAIRAH
27
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Taklah selalu! Saya dah lambat!


Abang boleh hantarkan Haifa kan?
Ok terima kasih, sila hantar dia
cepat! Tak payah bebel lagi. Saya
nak mandi.

WAIRAH terus meluru ke dalam bilik. ALI mengeluh


lihat WAIRAH.

CUT TO:

SC27.INT.PEJABAT PEGUAM HUD.PAGI


Watak: HUD SULAIMAN, AZRI, SETIAUSAHA

HUD SULAIMAN buka pintu bilik, nampak AZRI baru


lepas letak telefon di meja setiausaha.

HUD SULAIMAN
Dia kat mana?

AZRI
Baru nak keluar rumah. Dia terus
ke mahkamah.

HUD SULAIMAN
Dia patut dah sampai sana, bukan
baru nak keluar rumah!

HUD SULAIMAN masuk dalam bilik semula. AZRI dan


setiausaha saling berpandangan.

CUT TO:

SC28.INT.GERAI MAKAN.PAGI
Watak: ALI, HAIFA

HAIFA dah nak habis makan sarapan.


ALI sedang mesej tapi menunggu mesej tak berjawab,
dia terus telefon. HAIFA sambil makan perhatikan
ayahnya.
28
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Assalamualaikum, Hai.. dah bangun?
.. macam mana semua hari ni?

INTERCUT TO:

SC29.INT.RUMAH MAK SOM.PAGI


Watak: DELILAH, MAK SOM

MAK SOM hidang minuman. DELILAH cakap telefon dengan


ALI.

DELILAH
Semua baik, alhamdulillah. Abang
Syam pun dah segar pagi ni,
panjang dia borak dengan ayah.
Rasanya dia akan ada di sini
sampai sembuh… ya, Lilah ok je.
Ni kat rumah Mak Som… ya, Mak Som
pelik kenapa abang tak tidur je
kat rumah dia semalam?

MAK SOM
Ali ke tu? Ha ah kenapa tak nak
singgah budak bertuah tu?!

DELILAH ketawa.

DELILAH
Mak Som, dia kata nanti dia balik
bawah Haifa.

MAK SOM
Haa bagus tu! Cepat balik sini!

DELILAH
Dengar tak tu?.. Ohh ni sarapan
dengan Haifa? Lama tak jumpa
dia.. Eh! Tak.. bukan.. takdelah
mana ada cakap apa apa..
29
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH tepuk dahi terlepas cakap yang dia kenal


HAIFA. MAK SOM pelik lihat DELILAH.

DELILAH
Oklah ya.. nak tolong Mak Som ni.
Assalamualaikum.

DELILAH cepat cepat tamatkan perbualan telefon.


DELILAH lega.

CUT BACK TO:

SC28A. INT.GERAI MAKAN.PAGI


Watak: ALI, HAIFA

ALI letak telefonnya tapi wajahnya berkerut memikir.

HAIFA
Kenapa ayah?

ALI
Takde apa.. Haifa nanti bila bila
kita balik kampung nak?

HAIFA
Nak! Nak! Boleh mancing mandi
sungai tak?

ALI
Mestilah boleh!

HAIFA seronok.

ALI
Dah habis makan? Jom! Pergi
sekolah.

HAIFA menuruti ayahnya.

CUT TO:
30
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC30.INT.KAWASAN KAMPUNG PEDALAMAN.SIANG


Watak: ASLAM, MAN

ASLAM cakap telefon, MAN sampai naik motor.

ASLAM
Ya, boleh. Biar saya beritahu
ayah dulu. Kalau semua ok, minggu
depan saya datang sana… terima
kasih Doktor. Assalamualaikum.

ASLAM seronok.

MAN
Dr Azmi telefon ke? Dapat kau
kerja dengan dorang?

ASLAM
Dapat! Seronoklah aku ni. Duduk
KL nanti, Man!

MAN
Ya. Kau kena kerja. Duduk sana
bukan bercuti. Kena cari duit.
Tak ada duit, di bandar tu kau
diketepikan nanti. Jangan buat
perangai jugak. Tempat orang
kena jaga nama ayah kau, nama
aku pun!

ASLAM
Apa nama kau pulak?

MAN
Yalah, kau ingat aku tak
terkenal ke? Dulu ada krew RTM
datang buat dokumentari, aku
nilah dorang temuramah. Terkenal
dah aku.

ASLAM
Terkenallah kau kan?!

MAN
Memanglah!
31
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ASLAM mencebik saja. MAN berangan bangga sendiri.

CUT TO:

SC31.INT.RUMAH AHMAD.SIANG
Watak: SYAM, DELILAH

DELILAH beri salam, balik rumah. SYAM ada di ruang


tamu sedang baca buku agama. SYAM jawab salam.

DELILAH
Abang, ok?

SYAM
Alhamdulillah.. abang segan kat
Lilah. Sejak kahwin kita tak
pernah betul betul jumpa, bila
jumpa pulak, Lilah tengok abang
dalam keadaan yang paling tak
elok.

DELILAH
Jangan risau. Kak Jun dah lobi
abang, puji yang abang ni lelaki
yang baik, kuat bekerja,
penyayang jugak. Jadi apa yang
jadi sekarang, hal semalam, bukan
abang tu.

SYAM
Terima kasih Lilah.

CUT TO:

SC32.INT.DAPUR RUMAH AHMAD.PETANG


Watak: DELILAH, FARIDAH, AHMAD

FARIDAH sedang berbual dengan AHMAD, tapi cakap


perlahan tak nak ada yang dengar. DELILAH ke dapur,
nampak mereka.

DELILAH
32
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Hah! Mak dengan ayah pun dah


pandai gosip? Ingat Mak Som je
kaki gosip.

FARIDAH
Ada pulak gosip! Mak cerita hal
lainlah.

AHMAD
Hal kamu.

FARIDAH
Ish! Abang ni!

DELILAH
Dah agak dah. Mak mesti tak
habis lagi cakap pasal abang Ali
kan?

AHMAD
Ya, dia risau. Sebab dia tahu
kamu tu ada hati lembut macam
ayah. Kalau kamu macam mak,
keras gitu jelah.

FARIDAH
Memang mak risau. Walaupun dah
lama tapi tak nak benda ulang
balik. Kalau kamu lari lagi, tak
sanggup mak nak tunggu bertahun.
Umur makin tua, entah panjang ke
tak.

DELILAH
Mak! Apa cakap macam tu.. Insyaa
Allah.. Lilah tak cari dia pun,
semua ni jadi tak sengaja.
Rupanya ada hikmahnya.

AHMAD
Ya, tu yang ayah cakap jugak
tadi. Kalaulah Ali tak tergerak
hati nak ikut belakang kereta
Lilah, mesti Jun tu.. huh!Tak
diingat ingatkan!
33
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

FARIDAH
Betul tu. Saya tak nafikan. Tapi
kalau ianya benda biasa, kawan
biasa, dia takkan sanggup
bersusah payah ikut sampai ke
kampung ni! Itu yang kamu kena
fikirkan Lilah! Kesanggupan dia
tu!

DELILAH
Faham mak.. mak doalah Lilah
kuat ya. Ayah pun doakan tau.
Kak Jun mana ya?

AHMAD
Mana lagi, bawak di Aim ke
tempat biasa lah.

DELILAH tahu di mana.

CUT TO:

SC33.EXT.JAMBATAN KAMPUNG.PETANG
Watak: KAK JUN, DELILAH, AIM

AIM main di tepi tepi sungai bawah jambatan. KAK JUN


ada duduk tak jauh dari situ memerhatikan anaknya.
DELILAH naik basikal, sampai.

AIM
Maksu! Sini!

DELILAH hampiri mereka.

DELILAH
Apa menung sorang layan perasaan
pulak? Abang Syam tu sorang kat
rumah.

KAK JUN
Ayah tak bagi dia keluar dulu.
Kalau tak nak ajak jugak. Lilah
terima kasih semalam. Akak masih
macam trauma.
34
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Faham.. alhamdulillah semua dah
ok ni. Akak nak ikut Lilah balik
atau tinggal sini jugak?

KAK JUN
Akak kena balik. Aim kan
sekolah. Ayah pun kata takpe,
mereka jaga Syam di sini. Hari
minggu baru balik jumpa dia.
Kita balik bila?

DELILAH
Esok pagi ya. Lilah pun ada
banyak kerja.

KAK JUN
Satu lagi hal ni yang tak sempat
nak tanya lagi..

DELILAH
Tahu dah! Nanti dulu. ada masa
nanti Lilah cerita. Tak dengar
akak pulak bebel. Tadi mak, mak
som dah bercerita benda sama.

DELILAH pergi layan AIM tepi sungai, tak nak KAK JUN
tanya macam macam pasal ALI. KAK JUN senyum saja.

DISSOLVE TO:

SC34.INT.PEJABAT PEGUAM HUD.PETANG


Watak: HUD SULAIMAN, WAIRAH, AZRI

HUD SULAIMAN sedang bincang dengan AZRI, dan WAIRAH


baru sampai pejabat. WAIRAH senyum lebar, dia
hampiri HUD dan AZRI.

AZRI
Hebat tadi ya? Lebar senyum
bangga!

WAIRAH
Saya tahu saya baru di sini tapi
dah kalut hari tu, tapi kes ni
berjalan lancar tadi, rasanya
35
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

kemenangan berpihak pada kita.


saya yakin tu.

HUD SULAIMAN
Sangat yakin ya. Saya tahu kes ni
mudah awak uruskan,cuma hari tu
saya tak tahu apa buatkan tumpuan
awak terganggu.

WAIRAH
Lilah!

HUD SULAIMAN
Siapa?

WAIRAH
Takde apa. terima kasih Hud beri
kepercayaan kepada saya. Saya
akan pastikan Hud dan Sulivan tak
salah buat pilihan.

AZRI
Ya! Macam tu semangat yang kena
ada!

AZRI tepuk tangan. HUD pun layan tepuk tangan sama.


WAIRAH puas hati.

CUT TO:

SC35.INT.BILIK PEJABAT WAIRAH.PETANG


Watak: WAIRAH

WAIRAH lega dapat rehat seketika. Dia periksa mesej


di telefonnya, lihat ada mesej ALI.
WAIRAH baca.

WAIRAH (baca mesej)


Ambil Haifa di taman, kita jumpa
sekejap.

WAIRAH diam fikir seketika. Dia kemudian jawab ‘ok’.


WAIRAH susun file file kerja yang bersepah. Dia
bersihkan. Dia semakin yakin dengan kerjanya di sini.
36
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC36.EXT.JAMBATAN KAMPUNG.PETANG
Watak: DELILAH, AIM, KAK JUN

Mereka jalan atas jambatan. KAK JUN dengar banyak


mesej masuk di telefon DELILAH tapi DELILAH buat tak
dengar saja.

KAK JUN
Tak payahlah sebab ada kakak, kau
buat buat tak dengar pulak mesej
mesej tu.

DELILAH
Takpe, tak penting pun.

KAK JUN
Takut akak nampak kau jawab mesej
Ali ke?

DELILAH
Takdelah. Jangan fikir yang bukan
bukan. Kita dah dewasa dah matang
sekarang. Bukan macam masa muda
dulu.

KAK JUN
Masa muda yang semua salah buat
keputusan kan? Kalau kau ikut
cakap akak dulu, takdelah kau nak
merana sampai lari ke New York
berbelas tahun! Degil.

AIM
Maksu pun degil? Ingat Aim je.

KAK JUN
Kamu ikut maksu kamulah tu.

AIM
Oklah tu ikut maksu berjaya.

DELILAH
37
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya!Pandailah Aim, memang macam


maksu!

KAK JUN malas nak layan, dia terus jalan. AIM dan
DELILAH ketawa saja.

CUT TO:

SC37.EXT.RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: MAK SOM, FARIDAH

MAK SOM dan FARIDAH sedang berborak.

MAK SOM
Kau cakap apa ni Idah! Puan
Faridah, boleh tak jangan panik
pada benda yang belum jadi?

FARIDAH
Elok sebelum jadi kita risau. Dah
jadi, tak boleh buat apa dah!

MAK SOM
Kau nak aku buat apa?

FARIDAH
Jangan digalakkan sangat hal Ali
dah jumpa Lilah tu. Saya tak nak
mereka sangka kita semua suka.

MAK SOM
Kau memang tak sukalah Ali tu?

FARIDAH
Tak suka! Kau pun dah lupa apa di
buat dulu? Ingat senang je nak
lupa?

MAK SOM faham perasaan FARIDAH itu.

CUT TO:

SC38.EXT.TAMAN PERMAINAN.PETANG
Watak: WAIRAH, ALI, HAIFA
38
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HAIFA main di tempat permainan. ALI dan WAIRAH duduk


tidak jauh dari situ, berbincang.

ALI
Abang cuba nak beritahu, hujung
minggu ni abang nak bawak Haifa
balik rumah Mak Som.

WAIRAH
Untuk apa?

ALI
Balik kampunglah. Rumah Mak Som
tulah kampung kami. Takkan dah
lupa.

WAIRAH
Saya tak lupa dan tak lupa juga
macam mana menyampahnya MAK SOM
dekat saya ni sebab bff dia ialah
mak Lilah kan?

ALI
Janganlah ungkit macam tu. kita
cakap pasal Haifa. Takkan awak
punya pengalaman di sana, awak
nak hukum Haifa tak boleh balik
kampung?

WAIRAH
Kalau saya nak buat macam tu pun,
abang nak buat apa? Abang nak
balik sebab nak mula berbaik
dengan mak ayah Lilah ke? Setelah
selama ni jauhkan diri kan?
sekaranglah masanya nak baik!

ALI
Apa Wairah cakap ni?

WAIRAH
Jangan sangka saya tak tahu!!
Haifa! Balik sekarang!

HAIFA
Alah! Nak main lagi.
39
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Sekarang! Cepat!

ALI
Janganlah marah Haifa pulak!

WAIRAH
Abang jaga baik baik kalau masih
nak jumpa Haifa. Jangan langgar
apa yang saya tak bagi!

WAIRAH bawak HAIFA balik. HAIFA terpaksa ikut. ALI


bengang dengan WAIRAH.

CUT TO END
BERSAMBUNG
END CREDIT
40
episod 16 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Anda mungkin juga menyukai