Anda di halaman 1dari 49

FANTASIA IN

EPISOD 7 (draf 3)

BAINUN W.
1 INT. RUMAH ANITA - NIGHT

ANITA sedang berlari dalam ketakukan. Kemudian dia menyorok


di sebalik pokok.

ADAM
Mama... Mama.... Mama kat mana tu?
Mama...

Anita semakin takut apabila suara tersebut semakin dekat


dengan dia. Kemudian suara tersebut hilang. Apabila merasakan
yang semuanya selamat, Anita keluar dari tempat
persembunyiannya. Tiba-tiba Adam muncul dari belakang.

ADAM
Mama...

Anita dibunuh oleh Adam.

CUT TO :

2 INT. RUMAH ANITA - DAY

Adam sedang kejutkan Anita yang sedang tidur.

ADAM
Mama... Mama...

Anita terjaga lalu menjerit sekuat hati.

ANITA
Argh!!!!

Adam mula menangis.

ANITA
Sorry Adam. Mama mimpi tadi. Maafkan
Mama ye.

Zarul datang mendapatkan Anita.

ZARUL
Kenapa ni?

ANITA
Tadi saya mimpi lagi...

ZARUL
Mimpi kena bunuh dengan Adam lagi?
2.

ANITA
hmm...

ZARUL
Sayang, anak kita ni kecik lagi lah.
Apa yang awak fikir ni? Takkanlah dia
nak bunuh awak...

ANITA
Saya tahu tu. cuma saya stress sebab
dia selalu nakal dan tak suka dengar
cakap saya saya jadi paranoid. Kalau
masa kecik dia macam ni. Nnati besar
macam mana pulak? Saya betul-betul
takut.

ZARUL
Sayang, anak-anak ni kita yang
corakkan dia...

ANITA
Ye saya tahu. Sebab tu saya lagi
takut.

Zarul melihat Anita dan dia perlu melakukan sesuatu.

ZARUL
Macam nilah... Apa kata sayang pergi
bercuti? Saya akan aturkan percutian
sayang nanti.

ANITA
Sayang serius ke ni?

ZARUL
Yup. Asalkan bila sayang balik rumah,
perasaan paranoid tu dah takde lagi.
Okay?

ANITA
Terima kasih sayang.

3 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Zarul berjumpa Tuan Rejab.


3.

TUAN REJAB
Sebelum saya terima isteri awak di
sini, boleh awak apa impian isteri
awak yang awak nak realisasikan tu?

ZARUL
Macam ni Tuan Rejab. Isteri saya ni
dia terlalu paranoid dengan anak saya.
Benda ni jadi selepas dia melahirkan
Adam.

TUAN REJAB
Paranoid yang macam mana?

ZARUL
Paranoid yang bukan-bukan. Ada sekali
tu dia mimpi yang anak kecik saya,
Adam bunuh dia. Ada juga masa yang dia
mimpi Adam tu dah besar lepastu dia
kena buli dengan anak menantu dia
sampai dia mati.

TUAN REJAB
Teruk tu. Dah pernah cuba ikhtiar lain
ke sebelum ni?

ZARUL
Macam-macam dah tuan. Dari psikitrik
sampai ke perubatan kampung. Tak jugak
elok masalah dia tu.

TUAN REJAB
Itu sebabnya Encik nak hantar dia ke
sini?

ZARUL
Betul. Saya dah tak tahu dah cara
lain. Saya harap Fantasia Inn dapat
bantu isteri saya hilangkan mimpi-
mimpi ngeri dia. Saya bukan apa, saya
kesian dekat anak isteri saya.
Hubungan dorang nampak sangat renggang
sangat disebabkan paranoid isteri saya
tu.

TUAN REJAB
Baiklah. Nanti pengurus saya akan
hubungi Encik untuk tetapkan tarikh
ye. Terima kasih kerana memilih
Fantasia Inn.
4.

ZARUL
Sama-sama Tuan Rejab.

4 INT. LOBI HOTEL - DAY

Arman sedang termenung melihat Puteri yang sedang sibuk di


kaunter. Madamme memanggil Arman beberapa kali tapi tidak
menyahut.

MADAMME TRIVOLA
Man... Armann. Wuit. Amboi bukan main
terpesona dengan si Puteri ni sampai
kita panggil pun tak dengar.

Madamme mengejutkan Arman.

MADAMME TRIVOLA
ASSALAMUALAIKUM!!! ARMAN!

Arman terkejut.

ARMAN
Madamme dah kenapa ni? Tak boleh nak
bagi salam dulu ke? Dah macam hantu
pula nak terkejut orang macam ni?
Kalau saya ada sakit jantung tak ke
mati kat sini jugak.

MADAMME TRIVOLA
Eh punyalah kuat saya bagi
Assalamualaikum tu awak cakap saya tak
bagi salam? Bukan takat tu je... Dari
jauh tadi saya dok memanggil awak buat
tak dengar.

ARMAN
Dah memang tak dengar.

MADAMME TRIVOLA
Ha pergi lah check telinga tu. Jangan
risau Fantasia Inn ada sediakan
insuran untuk semua staf.

ARMAN
Sinis betul...
5.

MADAMME TRIVOLA
Kalau tak pekak... Ada satu je sebab
lagi....

ARMAN
Apa dia?

MADAMME TRIVOLA
Sebab angau. Dari tadi dok menung
tengok Puteri tu. Berangan apa?
Berangan naik pelamin eh?

ARMAN
Saya dengan Puteri? Meremang bulu roma
saya dengar. Agak-agaklah Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Habis tu?

ARMAN
Habis apanya? Dahlah tak payah nak
buat gosip ni. Saya takde masa nak
layan. Madamme nak apa ni sebenarnya?

MADAMME TRIVOLA
Tuan Rejab panggil meeting pukul 2
petang ni. Puteri pun ada sekali...
Nak saya letakkan awak sebelah dia tak
nanti?

Madamme pergi ke arah Puteri.

MADAMME TRIVOLA
Puteri....

Arman terkejut sebab ingat Madamme nak bagitahu pasal dia


tengah tengok Puteri...

ARMAN
Eh eh orang tua ni karang....

MADAMME TRIVOLA
Tolong cari Gojie. Cakap kat dia Tuan
Rejab nak meeting pukul 2 ni.

PUTERI
Okay Madamme.
6.

Madamme pandang Arman tersenyum dapat kenakan dia lalu


beredar dari situ. Arman menarik nafas lega.

5 INT. DAPUR - DAY

Gojie di dapur sedang melakukan kerja dapur. Dia mendapat


panggilan dari ibunya di kampung.

GOJIE
Assalamualaikum Mak.

IBU GOJIE
Waalaikumsalam. Ni aku nak tanya kau
balik tak minggu ni?

Gojie sedih.

GOJIE
Gojie tak dapat janji lagi mak. Kalau
minggu ni takde pelanggan dekat resort
insyallah Gojie balik.

IBU GOJIE
Oh yeke. Hmmm takpelah. Kau tak payah
lah balik pun takpe.

GOJIE
Jangan macam tu mak. Sedih Gojie
dengar macam ni.

IBU GOJIE
Sedih apa nya. Aku nak pergi rombongan
dengan Mak Inah kau. Kalau kau balik
kang aku takde. Bermaharaja lela la
kau nanti kat rumah. Tak larat aku nak
mengemas. Mak risau itu je.

Gojie sentap dengan mak dia.

GOJIE
Oh yeke. Okay lah. Gojie tak balk.
Kalau dapat cuti pun Gojie tak nak
balik.

IBU GOJIE
Okay cun. Assalamualaikum.
7.

GOJIE
Waalaikumsalam! ....

Gojie tamatkan panggilan.

GOJIE
Macamtu je kena buang... Haih.

Puteri masuk mencari Gojie.

PUTERI
Gojie.

GOJIE
Ha kenapa?

PUTERI
Tuan Rejab nak jumpa. Pukul 2 ni...

Gojie tengok jam. Dah pukul 2.

GOJIE
Agak-agaklah Puteri. Sekarang dah
pukul 2 kot. Cakap jelah nak jumpa
sekarang.

PUTERI
Eh yeke? Sorry tak perasanlah. Kita
sampaikan pesanan Madamme je. Ha
jomlah.

6 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab, Madamme, Gojie, Arman,Puteri dan beberapa staf


lain sedang berkumpul di bilik Mesyuarat. Puteri duduk di
sebelah Arman. Madamme berdehem dekat Arman dan memberi
isyarat yang Puteri si sebelah dia.

TUAN REJAB
2 hari lagi kita akan menerima seorang
tetamu.

GOJIE
Thats mean adventure!

MADAMME TRIVOLA
Siapa tetamu kita kali ini Tuan Rejab?
8.

TUAN REJAB
Anita. Seorang ibu yang paranoid
dengan anaknya sendiri.

PUTERI
Huh? Macam mana dia boleh paranoid
dengan anak sendiri ni?

TUAN REJAB
Dia selalu rasa yang dia tak boleh
kawal anaknya. Dan selalu mimpi yang
anak dia tu akan berkomplot dengan
menantu untuk membunuhnya satu hari
nanti.

ARMAN
Berapa umur anak dia?

TUAN REJAB
5 tahun.

Puteri tergelak.

PUTERI
Seriouslah Tuan Rejab? Anak dia baru 5
tahun kot. Macam mana dia boleh fikir
sampai nak kena bunuh dengan anak
menantu ni?

MADAMME TRIVOLA
Sebab dia over thinking?

TUAN REJAB
Betul Madamme. Macam-macam cara dah
dibuat supaya Anita berubah tapi tak
berjaya. Jadi suami Anita memilih kita
untuk tolong dia sebagai ikhtiar
terakhir.

GOJIE
Yes! Ini yang saya mahukan. Saya tak
kisah kerja minggu ni Tuan. Weekend
pun takpe!

Semua orang pelik tengok perangai Gojie.

TUAN REJAB
Saya ada pelan. Saya nak kita semua
bermain dengan satu senario di mana
9.

kita semua adalah ahli keluarga Anita


bila dia tua nanti.. Arman akan
menjadi Adam, anak Anita. Puteri akan
jadi isteri kepada Adam.

MADAMME TRIVOLA
Maksudnya Puteri dengan Arman kena
berlakon jadi suami isteri?

PUTERI
Huh?

TUAN REJAB
ye betul...

Madamme senyum sinis pada Arman.

TUAN REJAB
Awak Madamme, kena berlakon sebagai
isteri saya.

Arman ketawakan Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Huh? Saya jadi isteri Tuan?

Madamme dalam diam nampak suka.

ARMAN
Ala Madamme bila lagi berlatih jadi
isteri orang.

TUAN REJAB
Saya harap awak semua dapat bantu saya
kali ini dan berikan kerjasama dengan
baik. Bukan untuk kita tapi untuk
tetamu kita.

PUTERI
Baik Tuan Rejab.

GOJIE
Jap jap. Habis tu saya takde watak ke?

TUAN REJAB
Kali ini takde.

GOJIE
Lahh...
10.

7 INT. LOBI HOTEL - DAY

Anita sampai ke perkarangan Fantasia Inn. Arman menyambut


Anita sebagai anak.

ARMAN
Assalamualaikum Mama!

Anita yang pada mulanya kebingungan.

ANITA
Jap awak ni siapa?

ARMAN
Saya Adam, anak mama bila dah besar
nanti?

ANITA
Huh?

ARMAN
Ye anak Mama Adam di Fantasia Inn.

ANITA
Oh okay. Hi...Kenapa tak kacak
sangat... Tapi takpelah.

Arman bawa Anita ke kaunter bertemu dengan Puteri.

ARMAN
Mama, kenalkan menantu mama, Puteri.

PUTERI
Assalamualaikum Mama.

Anita masih lagi cuba in karakter.

ANITA
Hmm.. okay. Hi Puteri...

PUTERI
Mama dah sedia nak tinggal di Fantasia
Inn?

ANITA
Ye.. Ma...ma dah sedia.
11.

PUTERI
Okay. Biar Puteri sediakan kunci bilik
Mama.

Anita cuba in karakter.

ANITA
Puteri dah lama ke kerja kat sini?

PUTERI
Setahun dua dah.

ARMAN
Rajinkan menantu Mama ni. Arman suruh
dia berhenti kerja tak nak.

PUTERI
Sayang nak tinggal kerja ni Mama.
Lagipun bosanlah sorang-sorang je kat
rumah.

ANITA
Oh. kerja kat kaunter pun sayang nak
tinggal eh? Okay.

Tuan Rejab dan Madamme Trivola datang berjumpa Anita di


kaunter.

TUAN REJAB
Dah sampai dah besan kita ni.

ANITA
Besan?

MADAMME TRIVOLA
Ye lah. Saya Madamme Trivola. Mak
kepada Puteri. Ini sua..mi saya Tuan
Rejab.

Madamme tersipu-sipu malu.

ANITA
Oh macamtu. Jadi Puteri adalah anak
kepada pemilik tempat ni?

TUAN REJAB
Ye. Dia satu-satunya Puteri kami.
12.

ANITA
Oh okay. Kalau macamtu okaylah.
Ingatkan kerja kaunter biasa je. Risau
pulak saya.

MADAMME TRIVOLA
Puteri, day sediakan bilik untuk mak
mentua kamu ni?

PUTERI
Dah Mummy. Ini kuncinya.

ARMAN
Mama rehat dulu ye kat bilik. Biar
Arman hantarkan.

ANITA
Okay.

8 EXT. BERANDA - DAY

Tuan Rejab dan Madamme Trivola sedang duduk di beranda.

TUAN REJAB
Apa pendapat sayang dengan besan
sayang tu?

MADAMME TRIVOLA
Tuan, takde orang ni...

TUAN REJAB
Maksud sayang?

MADAMME TRIVOLA
Takde orang ni. Nak kena sayang-sayang
juga ke tuan?

TUAN REJAB
Sayang, awak tau kan kita sekarang kat
Fantasia Inn. Biar saya ingatkan awak
Polisi Fantasia Inn, selagi tetamu
kita masih di sini kita kena berlakon
mengikut tugasan yang diberikan.

MADAMME TRIVOLA
Saya tahu tu... tapi kali ni punya
tugasan...
13.

TUAN REJAB
Faham. Tak lama pun sayang.

MADAMME TRIVOLA
Oh okay... saya gerak dulu ye
'suamiku'.

TUAN REJAB
Okay sayang.

Madamme beredar dengan perasaan gembira.

9 INT. CAFE - DAY

Arman membawa Anita ke café.

ARMAN
Mama nak makan apa? Apa je makanan
yang Mama teringin nak makan bagitahu
ya.

ANITA
Yeke Adam? Hebatnya bibik Adam.

ARMAN
Yes ma. Dia memang terer memasak. Cuma
perangai je menyampah sikit. Kejap
Arman panggil dia. Mama nak apa mama
bagitahu je dia okay... BIBIK GOJIE!

10 INT. DAPUR - DAY

Gojie perhatikan Arman dari dapur.

GOJIE
Kurang asam Arman. Berani dia nak
kenakan aku.

11 INT. CAFE - DAY

Continue scene 9.

Arman memanggil Gojie.


14.

ARMAN
Bibik Gojie!

Gojie keluar.

GOJIE
Ye Encik Adam.

ARMAN
Awak buat apa kat dapur tu sampai tak
dengar saya panggil ni?

GOJIE
Tengah blender bawang Tuan. Tuan tau
kan blender yang tuan belikan kat
dapur tu kualiti murah. Bunyi pun
macam mesin tebu kat pasar malam. Cuba
kalau tuan beli barang yang berkualiti
sikit lain kali.

ANITA
Adam. Kan mama dah ajar. Beli barang
jangan beli sebab murah tapi beli
sebab kualiti.

Arman pandang Gojie tak puas hati.

ARMAN
Baik Mama. Nanti Adam tukar yang baru.
Bukan apa Ma. Gojie ni tak pandai jaga
barang. Beli barang mahal pun bukan
reti jaga. Ha mama nak makan apa?
Bagitahu je dengan Gojie.

GOJIE
Ye Puan. Puan nak makan apa?

ANITA
Boleh buatkan saya kari ikan salmon,
Asparagus goreng dengan Quinoa?

GOJIE
Kinu what?

ANITA
Ye Quinoa. Saya tak makan nasi. Tengah
diet.
15.

GOJIE
Baik Puan. Tuan Adam, boleh ikut saya
ke dapur sebentar? Ada hal yang perlu
saya bincangkan sekejap.

ARMAN
Mama, Adam kejap eh.

Gojie tarik Arman jauh sedikit dari Anita.

GOJIE
Kau pahal cakap aku boleh masak macam-
macam?

ARMAN
Dah memang betul.

GOJIE
Mana ada! Kinu apa dia sebut pun aku
tak pernah dengar kot.

ARMAN
Google jelah. Lepastu pergilah suruh
budak kau pergi beli. Benda mudah je.

Madamme, Tuan Rejab dan Puteri datang ke cafe. Arman nampak


dan meninggalkan Gojie yang penuh tanda tanya.

ARMAN
Hi sayang. Daddy dengan Mummy pun ada.
Boleh lah kita makan sekali.

GOJIE
Arman!... weh. Ish dia nilah. (tahan
geram)

Gojie masuk ke dapur. Arman pula tolong tarik kerusi untuk


Puteri.

MADAMME TRIVOLA
Wah sweetnya menantu Mama ni.

PUTERI
Yelah tu....

ANITA
Tengoklah anak siapa kan.
16.

TUAN REJAB
Bertuah kami ni bermenantukan Arman.
Baik budaknnya. Dahlah rajin. Resort
ni kalau takde dia memang tak jalan
tau.

ANITA
Yeke? Tapi masa dia kecil dulu
punyalah buas. Lega saya dengar macam
ni.

MADAMME TRIVOLA
Biasalah budak-budak. Puteri ni pun
masa kecil memang nakal. Saya sampai
mimpi dia nak bunuh sayalah masa kecik
dulu.

ANITA
Eh? Madamme pun sama? Saya ingat saya
seorang je yang ada masalah ni.

TUAN REJAB
Rasanya semua ibu bapa akan ada mimpi
ngeri tu. Yang penting kita sebagai
ibu bapa ni yang perlu mencorakkan
mereka. Kan sayang?

MADAMME TRIVOLA
Betul.

PUTERI
Mummy dengan Daddy nak makan tak? Biar
Puteri ke dapur.

ARMAN
Panggil je bibik Gojie datang sini
sayang. Tak payah susah-susah.

PUTERI
Eh takpe-takpe. Mummy daddy, Puteri ke
dapur kejap ye.

MADAMME TRIVOLA
Minta Gojie masakkan apa yang Puan
Anita order untuk mummy dengan daddy
ye.

PUTERI
Okay mummy.

Puteri beredar dari situ.


17.

12 INT. DAPUR - DAY

Puteri melepaskan rasa gelinya di dapur.

GOJIE
Kau dah kenapa berjoget kat sini?

PUTERI
Yelah. Geli kot. Kenapalah aku sorang
je perempuan cantik kat sini. Tak
pasal-pasal kena berlakon jadi isteri
si Arman tu.

GOJIE
Kau jangan bagi aku pulak geli dengar
kenyataan berani mati kau ni. Ni
tolong aku jap. Dari tadi aku tak
masak-masak lagi untuk mak mentua kau
tu.

PUTERI
Biar betul Gojie. Apesal?

GOJIE
Yelah, dia minta quinoa. Aku google
tak jumpa. Aku dengar bedna tu pun tak
pernah. Nak masak macam mana.

Puteri gelakkan Gojie.

PUTERI
Kau eja macam mana?

GOJIE
Ni.

Gojie tunjuk ejaan Ki Nu Wa yang dia cari di Google.

PUTERI
Memang sampai esoklah tak jumpa.

Puteri gunakan handphone Gojie untuk taip perkataan Quinoa.

GOJIE
Oh la! Benda ni ada je kat dapur.

PUTERI
Ha pergi masak cepat. buat 4 potion.
Kitorang semua nak makan apa yang Puan
Anita tu makan.
18.

GOJIE
Bisa buk!

13 INT. CAFE - DAY

Gojie menghidangkan makanan pada Anita.

GOJIE
Hidangan Quinoa, Asparagus goreng dan
kari salmon untuk semua.

Anita makan hidangan Gojie. Mukanya pelik.

ANITA
Ni betul ke Quinoa?

Madamme Trivola, Tuan Rejab, Arman dan Puteri merasa makanan.


Muka mereka kelihatan pelik. Madamme dah dapat detect Gojie
menggunakan tepung suji bukan Quinoa.

MADAMME TRIVOLA
Err... saya rasa okay ni.

PUTERI
Aah. tapi mungkin Gojie tak mahir lagi
kot cara nak masak Quinoa.

ANITA
Tak tak. Jangan salah sangka. Mama tak
pernah rasa Quinoa sesedap ni. Pelik
sikit dari rasa Quinoa lain tapi
sedap!

Madamme dan Gojie menarik nafas lega.

TUAN REJAB
Dah jom kita makan. Kesian Puan Anita
mesti penatkan.

14 INT. BILIK ANITA - DAY

Arman dan Puteri menghantar Anita ke biliknya.


19.

ARMAN
Mama rehatlah dulu ye. Kalau ada apa-
apa Mama call je Puteri atau Adam
okay.

ANITA
Jap-jap. Mama ada baju nak bagi kat
Puteri ni.

PUTERI
Baju? Wah serius lah Ma?

ARMAN
Puteri je ke? Adam takde?

ANITA
Aah ada banyak ni. Kejap Mama dah
asingkan dah tadi.

Anita ambil baju-baju tu dan serahkan pada Puteri.

PUTERI
Wah banyak nya. Buat susah-susah je
Mama. Terima kasih.

ANITA
Puteri tolong iron elok-elok tau. Mama
tak percayalah kalau Gojie ke Adam ke
yang iron baju Mama. Mama nak pakai
esok pagi. Jadi, kalau boleh Puteri
hantar malam ni eh?

ARMAN
Boleh sangat Mama! Puteri ni memang
rajin orangnya. Dia memang suka sangat
iron baju. Langsir, selimut dalam
bilik ni pun semua dia iron sebelum
mama sampai haritu. Kan sayang?

Puteri jeling pada Arman yang cuba kenakan dia. Dia mula
tarik muka.

PUTERI
Baik Mama. Malam ni Puteri pass balik
kat Mama.

ANITA
Mama dah mengantuk lah. Mama nak nap
20.

kejap. Korang baliklah eh. Nanti kalau


mama nak apa-apa mama call . bye.

Anita tutup pintu bilik. Arman dan Puteri terkebil-kebil.


Anita pula duduk baring di katil dengan tenang.

ANITA
Syok juga jadi mak mentua ni.

15 INT. SWIMMING POOL - DAY

Keesokan harinya, Anita, Puteri dan Arman sedang duduk di


tepi swimming pool.

ANITA
Bestnya tempat ni. Bila Puteri rasa
nak ambik alih tempat ni?

PUTERI
Ha ambik alih? Tak kot. Puteri tak
rasa Puteri boleh jaga tempat ni macam
mummy dan daddy jaga.

ANITA
Ala Adam kan ada. Takkan lah selama-
lamanya Adam dengan Puteri nak jadi
staf je?

ARMAN
Eh okay je Mama. Lagipun bukannya
susah pun jaga resort ni.

ANITA
Korang ni tak pandai betul cari
peluang tapi suka hati koranglah.
Kalau macamtu elok korang buat anak
la. Ni ha Puteri bila nak bagi mama
cucu?

PUTERI
Huh?

ARMAN
Kitorang tengah fasa bulan madu lagi
la ma.
21.

PUTERI
Ha betul. Lagipun kitorang ni muda
lagilah Mama. Buat apa nak cepat-
cepat.

ANITA
Buat apa nak cepat-cepat? Puteri Mama
dulu masa dapat Adam umur Mama 28
tahun tau. Tu pun Mama rasa dah penat
sangat sampai stress Mama dibuatnya.
Sementara muda nilah kena beranak.
Nanti dua penat

Puteri mula rasa tak selesa dengan Anita.

PUTERI
Sebab tu kita kena work out. Biar
badan kita ni cukup stamina bila dah
tua nanti. Bila cepat penat sebab tu
kita cepat stress.

ANITA
Habistu Puteri ingat Mama tak bersenam
ke? Hari-hari mama berjalan kat mall.

PUTERI
Tu tak kiralah.

ANITA
Apa pulak tak kira banyak kot Mama
jalan. Ala tak payah lah banyak alasan
kalau taknak beranak lagi. Lagipun
Mama bukan tak nampak yang Adam dengan
Puteri ni tak mesra pun macam suami
isteri.

ARMAN
Mama ni takkan kitorang nak tunjuk
pulak. Puteri ni nampak je peramah
tapi sebenarnya dia pemalu. Tu yang
nampak macam kiotrang tak mesra tu
tapi kalau kat belakang-belakang
orang. Ha bukan main lagi dia peluk-
peluk Adam.

Puteri jegil mata dekat Arman.

PUTERI
Ish. Mana ada.
22.

ARMAN
Ala malu-malu pulak nak mengaku.

Anita nampak Tuan Rejab dan Madamme Trivola di taman.

ANITA
Ha tengok macam mummy daddy kamu tu.
Dah tua pun romantik lagi. Buat apa
nak sorok-sorok kalau dah sayang.
Tunjuk jelah. Lain lah kalau nak sorok
sebab ....

Puteri cepat-cepat panggil Madamme dan Tuan Rejab.

PUTERI
Mummy Daddy!

Madamme Trivola dengar suara Puteri dan berpaling. Kemudian


melambai ke arah mereka. Puteri membuat isyarat untuk mereka
datang ke situ.

MADAMME TRIVOLA
Nak kena pergi sana ke?

TUAN REJAB
Ala bukan lama pun. Jomlah kita
singgah kejap jumpa dorang.

Tuan Rejab menarik tangan Madamme kemudian pergi ke arah


mereka. Madamme nampak malu-malu dan terharu.

TUAN REJAB
Selamat pagi. Macam mana percutian
Puan Anita setakat ini?

ANITA
Okay je. Sekurang-kurangnya saya dapat
tidur lena tanpa mimpi apa-apa yang
mengerikan.

MADAMME TRIVOLA
Lega saya mendengarnya. Kan 'suamiku'?
Kalau macamtu kami beransur dulu ye.

TUAN REJAB
Takde lah hal sangat. Sebab harini kan
hari minggu. Selalunya kami akan ambik
masa ni untuk dating berdua.

Madamme tersenyum malu.


23.

ANITA
Ha tengok ni Adam Puteri. Cuba contohi
Mummy Daddy korang ni. Dah tua pun
masih lagi bercinta. Tak malu pun
depan-depan lagi.

TUAN REJAB
Mestilah baru lah cinta tu hangat
seperti semalam baru bermula.

MADAMME TRIVOLA
Err. ha. betulah tu. Dah jomlah
sa..yang.

TUAN REJAB
Okaylah Puan Anita kami bergerak dulu
lah ye. Adam, Puteri tengok-tengokan
Puan Anita ye.

PUTERI
Baik daddy. Elok rasanya kita pun
bergerak juga. Hari dah makin panas.

ANITA
Aah betullah. Nanti kang hitam pula
Mama.

16 EXT. KAKI LIMA - DAY

Arman dan Puteri beredar dari situ. Sepanjang jalan, Arman


dan Puteri awkward.

PUTERI
Eh Arman. Kejap. Aku nak cakap sikit.

ARMAN
Kenapa? Cakap jelah.

PUTERI
Kita ni berlakon je tahu. Kau tak
payahlah nak over sangat. Aku gelilah.

ARMAN
Habistu kau ingat aku suka berlakon
jadi suami kau?
24.

PUTERI
Takdelah. Kau tu bukan main beria-ria
in karakter.

ARMAN
Dah itu tugasan aku kena berlakon dan
aku memang pandai berlakon. Takkan aku
nak buat-buat kayu kot. Lakonan kau tu
kena ubah. Cuba buat kerja tu ikhlas
sikit.

Arman kemudian berjalan laju tinggalkan Puteri.

PUTERI
Eleh. Tak kayu konon. Kau dengan pokok
pun aku tak boleh nak bezalah. Kecoh.

17 INT. PEJABAT MADAMME - DAY

Madamme masuk ke pejabatnya dan mengucap panjang.

MADAMME TRIVOLA
Astaghfirullah... Aku ni dah betul-
betul tangkap cintan ke? Tenang
Madamme jangan ikut perasaan. Ingat
ini cuma lakonan bukan betul-betul.
Tarik nafas...hembus...

18 EXT. KAKI LIMA - DAY

Wook sedang berjalan lalu ternampak Puteri.

WOOK
Puteri my love!

PUTERI
Iyeewwww ni lagi sorang. Nasib baiklah
rakan kongsi Tuan Rejab kalau tak
memang tak kuasa aku nak layan.... Hi
Encik Wook!

WOOK
Nak ke mana tu?

PUTERI
Baru lepas setelkan tetamu ni. Encik
Wook nak kemana ni?
25.

WOOK
Saya saja je ronda-ronda kawasan. Oh
Ada tetamu. Siapa?

PUTERI
Puan Anita. Tuan Rejab tak bagitahu
ke?

WOOK
Dia lupa la tu. Jadi apa yang Puan
Anita impikan?

PUTERI
Entahlah. Tapi huh kitorang semua kena
berlakon jadi laki bini tau. Tak
selesa betullah.

WOOK
Laki bini? Jadi siapa yang jadi suami
awak?

PUTERI
Arman! Ada ke Tuan Rejab letak Arman
jadi suami saya. Geli betul. Saya lagi
rela Gojie tu berlakon watak tu.

WOOK
Saya rasa watak tu lagi sesuai untuk
saya.

PUTERI
Ish Encik Wook ni ke situ pulak.

WOOK
Mungkin sebab tu Tuan Rejab tak cerita
kat saya. Sebab kalau saya tau saya
memang akan terus tawarkan diri.
hahaha!

Puteri turut ketawa.

19 INT. BILIK ANITA - DAY

Dari bilik, Anita nampak Puteri dan Wook sedang berbual. Dia
mula mengesyaki yang Puteri curang dengan Arman.
26.

ANITA
Aku dah agak dah mesti ada yang tak
kena. Rupanya ada lelaki lain.... Siap
kau.

Telefon Anita berbunyi. Suami Anita menghubungi Anita.

ZARUL (OS)
Hello Sayang.

ANITA
Hello.

ZARUL (OS)
Macam mana dengan percutian sayang
setakat ni?

ANITA
Hmmm. Okaylah setakat ini. Saya kena
berlakon sebagai mak mentua... Jadi,
saya pun berlakon lah watak saya betul-
betul sepanjang saya kat sini.

ZARUL (OS)
Macam seronok je?

ANITA
Seronok apa sayang. Saya nampak
menantu kita main mata dengan orang
lain!

ZARUL (OS)
Menantu kita? hahaha

ANITA
Sayang boleh gelak? Menantu kita
curang tau!

ZARUL (OS)
Sayang, awak pun tahu itu semuakan
lakonan.

ANITA
Mestilah saya tau sayang. Tapi lakonan
dorang ni untuk bantu saya hilangkan
masalah yang saya hadapi. Jadi takkan
saya nak biar hal curang ni kacau
hidup saya nanti.
27.

ZARUL (OS)
Saya yakin sayang boleh selesaikan.
Mungkin tu salah satu dari pelan Tuan
Rejab kot.

ANITA
Oh betul juga! Nasib baik sayang
bagitahu.

ZARUL (OS)
Apa-apa pun saya nak sayang enjoy
percutian sayang. Jangan stress. Saya
nak bila sayang balik nanti masalah
yang sayang hadapi tu akan selesai.

ANITA
Okay sayang. Saya akan cuba.

ZARUL (OS)
Nanti saya call lagi ye.
Assalamualaikum.

ANITA
Waalaikumsalam sayang. bye.

20 INT. ANYWHERE - DAY

Anita mencari Arman di sekitar Fantasia Inn. Dia nampak Arman


dan memanggilnya.

ANITA
Adam!

ARMAN
Ye Mama.

ANITA
Puas Mama pusing satu resort ni cari
Adam.

ARMAN
La kenapa Mama tak call Adam je? Kan
dah penat.

ANITA
Tak boleh. Mama tak boleh call nanti
kalau Puteri dengar kantoilah.
28.

ARMAN
Ha kenapa Mama?

ANITA
Mama rasa ada benda tak kena dengan
Puteri.

ARMAN
Tak kena macam mana?

ANITA
Yela dia tak mesra langsung. Dengan
mama, dengan Adam. Mama perasan kot.

ARMAN
Oh biasalah tu Mama. Lama-lama nanti
dia okay la tu.

ANITA
Tak. Mama dah tau dah sebabnya. Itu
sebab Mama kena jumpa Adam.

ARMAN
Okay sebab apa?

ANITA
Sebab dia ada lelaki lain. Mama nampak
sendiri yang Puteri tengah bermesra
dengan lelaki lain di belakang Adam!
Kita kena siasat siapa lelaki tu? Mama
ada plan!

Arman terkejut.

21 INT. KAUNTER - DAY

Arman jumpa Puteri.

ARMAN
Puteri.

PUTERI
Yes? Ada apa? Aku tengah sibuk ni.

ARMAN
Aku dah tahu kenapa kau berat sangat
nak berlakon jadi bini aku. Patutlah.
29.

PUTERI
Kau ni dah kenapa Arman?

ARMAN
Hidup ni kena jujur tau. Jangan nak
bagi orang harapan.

PUTERI
Jap, jap. satu aku bagi harapan dekat
siapa? dua, berbalik pada soalan aku
yang pertama tadi. Kau ni dah kenapa?

ARMAN
Kau tak jujur. Kau tak bagitahu kat
kiotrang semua yang kau ada teman
lelaki.

PUTERI
Hello?! Kalau aku ada pakwe sekalipun
perlu ke aku nak kena bagitahu. Kerja,
kerja lah. Kenapa aku nak kena
libatkan hal peribadi aku.

ARMAN
Sebab ni Fantasia Inn. Bukan macam
resort lain? Nampak macam sekarang ni
kau kena jadi bini aku tapi kau tak
boleh nak berlakon dengan baik. sebab
apa? Ha sebab dah ada boyfriend lah.

PUTERI
Cakap jelah kau tu cemburu. Suka hati
kau lah Man. Ha ni 'mak mentua' aku
dah call.

Puteri angkat call Anita.

ANITA
Puteri, boleh datang ke bilik Mama
sekarang?

PUTERI
Okay Mama. Puteri datang sekarang.

Puteri jeling Arman dan meninggalkan dia.

ARMAN
Eh aku tak habis cakap lagi lah! ...
siapa pakwe dia ni?
30.

22 INT. BILIK ANITA - DAY

Puteri bunyikan loceng bilik Anita. Anita buka pintu.

PUTERI
Mama panggil Puteri?

ANITA
Ye. Mama nak minta tolong sikit ni.
Masuklah.

Puteri masuk.

ANITA
Mama nak minta tolong Puteri kemas
bilik Mama ni. Mama tak tahanlah
tengok bilik bersepah.

PUTERI
Huh? Kejap Puteri panggil orang
kemaskan.

ANITA
Tak tak. Mama nak Puteri kemaskan.

PUTERI
Hah?

ANITA
Kenapa tak boleh ke? Mama nak tengok
setakat mana Puteri boleh buat kerja-
kerja rumah tangga ni.

PUTERI
Oh. Okay. boleh je...

Puteri mula membersihkan bilik Anita. Anita tengok Puteri


dari belakang dan ikut ke mana saja Puteri pergi.

ANITA
Ha ni ada habuk ni. Cuci lagi.

PUTERI
Okay...

Puteri mula rimas tapi dia mengikut saja apa yang disuruh.
31.

ANITA
Mama bukan apa, kita ni perempuan kena
pandai kemas rumah. Kesian suami balik
tengok rumah bersepah-sepah.

PUTERI
Statement tu tak boleh pakai dah mama.
Zaman sekarang lelaki perempuan dua-
dua kerja cari duit. Tak aci lah kalau
perempuan kerja lepastu balik kena
kerja lagi. Lelaki buat apa? tengok
tv?

ANITA
Apa salahnya kalau dapat pahala.

PUTERI
Pahala kalau ikhlas Mama. Kalau tak
ikhlas dapat penat je.

ANITA
Jadi, Puteri tak ikhlas la kahwin
dengan Adam?

PUTERI
Eh mama ni ke situ pulak.

ANITA
Bila tak ikhlas tu yang boleh jadi
macam-macam.

PUTERI
macam-macam apa?

ANITA
Yelah macam-macam. Pasang skandal lah,
curanglah. Bukannya Mama tak pernah
tengok benda-benda ni depan mata.
Jadi, Mama cuma nak bagi peringatan je
lah.

Puteri terkejut dengan kata-kata Anita.

23 INT. LOBI HOTEL - DAY

Madamme nampak Arman.


32.

MADAMME TRIVOLA
Arman buat apa tu? Petang-petang ni
kenapa tak bawa Anita pergi jalan-
jalan?

ARMAN
Dia tengah lepak dengan Puteri.

MADAMME TRIVOLA
Eh Puteri bukan watak utama cerita ni
tau. Sepatutnya awak dengan Puteri
yang kena bersama-sama lepak dengan
dia.

ARMAN
Ah malas lah Madamme. Puteri tu dah
lah tak jujur dengan kita. Selama ni
rupanya dia dah ada teman lelaki. Ha
Madamme tau tak?

MADAMME TRIVOLA
Tak tau.

ARMAN
Ha tengok. Madamme pun tak tahu.

MADAMME TRIVOLA
Tapi itu hal peribadi dia. Kenapa saya
nak kena tahu. Oh! Cemburu la tu.. Tu
la lainkali kalau dah suka cakap je
terus terang. Tak payah nak ego
sangat.

ARMAN
Madamme, saya tak kisah la kalau dia
nak ada siapa pun dalam hidup dia.
Tapi kan kita tengah kerja ni. Dahlah
Anita yang bagitahu saya benda ni.
Kecohlah.

MADAMME TRIVOLA
Jap.. jap mana Anita tau yang Puteri
ada teman lelaki?

ARMAN
Manalah saya tahu. Sebab tu lah dia
panggil Puteri.
33.

MADAMME TRIVOLA
Alamak! Rosaklah rancangan kita macam
ni. Jom cepat ikut saya.

ARMAN
Pergi mana?

MADAMME TRIVOLA
Selamatkan rancangan kitalah! Awak nak
dia balik dari Fantasia Inn dengan
kegagalan ke?!

ARMAN
Malaslah. Madamme pergilah.

MADAMME TRIVOLA
Arman!

ARMAN
Tak nak!

MADAMME TRIVOLA
Ish. Susahlah cakap dengan orang
tengah kecewa tapi tak nak mengaku ni.

ARMAN
Ala Madamme pun sama jugak. Macamlah
kitorang tak perasan...

Madamme tinggalkan Arman.

24 INT. BILIK ANITA - DAY

Madame ketuk bilik Anita.

ANITA
Siapa pulak tu? Pergi bukak pintu
cepat.

Puteri buka pintu. Kelihatan Puteri sedikit selekeh sebab


penat kemas bilik Anita.

MADAMME TRIVOLA
Kenapa selekeh sangat ni?

PUTERI
Mummy!!
34.

ANITA
Ha Madamme ada apa ni?

MADAMME TRIVOLA
Takde saya ke hulu ke hilir cari anak
saya ni ha. Rupanya dia ada kat sini.
Bagusnya anak saya ni. Jarang nak
jumpa orang boleh duduk bersembang
dengan mentua kan. tapi minta maaf ye
Puan Anita. Saya nak kena ambik dia
kejap. Ada hal penting sikit.

ANITA
Hmmm. Yelah.

PUTERI
Mama, Puteri gerak dulu ye.

Puteri laju keluar dari bilik ikut Madamme.

25 INT. KAKI LIMA BILIK - DAY

Puteri dan Madamme jalan. Tiba-tiba Puteri menangis.

MADAMME TRIVOLA
Eh eh dah kenapa pulak ni?

PUTERI
Madamme, saya dah tak larat lagi nak
layan si Anita tu. Dari semalam dia
buat saya macam orang gaji. Sia suruh
iron baju dia yang selambak tu. Harini
nak suruh kemas bilik pulak!

MADAMME TRIVOLA
Sabar... sabar...

PUTERI
Saya dah tak boleh sabar dah Madamme.
Harini pulak dia dengan Arman
berkomplot cakap saya ni curang. Kalau
ikut pelan kita mana ada rancangan
tuduhan curang ni!

MADAMME TRIVOLA
Sebab tu saya tarik awak tadi. Arman
sendiri yang bagitahu. Awak jangan
risau. Saya akan selesaikan hal ini.
35.

Sekarang ni saya nak awak sabar. Dan


ingat ni cuma kerja je. Ni semua
lakonan. Tinggal sehari je lagi dia
kat sini. Dah jangan sedih-sedih.

PUTERI
Tapi saya dah tak boleh.

MADAMME TRIVOLA
Ingat Puteri. Kita ni kerja dengan
Fantasia Inn. Kita tak boleh gagal
bantu tetamu kita walau psiko macam
mana pun dia. Kuatkan semangat!

PUTERI
Okay. sehari je lagi.

MADAMME TRIVOLA
Ye. satu hari dan semua ni akan tamat.

26 INT. ANYWHERE - DAY

Anita tengah jalan-jalan di sekitar Fantasia Inn. Tiba-tiba


dia ternampak Wook.

ANITA
Eh ini... ini teman lelaki Puteri!

Dia lalu mendekati Wook.

WOOK
Hi Puan Anita.

ANITA
Macam mana awak tahu nama saya?

WOOK
Mestilah saya tahu semua benda dekat
Fantasia Inn ni.

ANITA
Ke Puteri yang bagitahu?

WOOK
Wow tekaan yang betul-betul tepat.
36.

ANITA
Dengar sini eh. Saya nak awak jauhkan
diri dari Puteri. Dia tu menantu saya.

Wook tergelak mendengar kenyataan Anita.

WOOK
Puan Anita, tenang dulu. Jangan buat
tuduhan melulu. Kan tak elok tu.

ANITA
Eh saya sendiri nampak la apa yang
korang buat dekat belakang Adam. Bukan
main lagi mesra. Saya akan laporkan
dekat Tuan Rejab nanti.

Wook ketawa sekali lagi.

WOOK
Tuan Rejab? Dahlah ini semua lakonan
je. Ingat dia nak kisah ke? Awak tak
tahu ke yang dia tu pun memang ada
hubungan sulit dengan Madamme Trivola.

ANITA
Huh? Hubungan sulit?

WOOK
Ahah.

Wook mengangguk dan tersenyum apabila Anita mula membeli kata-


katanya.

27 INT. DAPUR - DAY

Tuan Rejab masuk ke dapur jumpa Gojie.

GOJIE
Ye Tuan Rejab. Ada apa-apa yang boleh
saya bantu?

TUAN REJAB
Gojie, awak tahu apa makanan kegemaran
Madamme?

GOJIE
Takkanlah saya tak tahu Tuan. Saya ni
satu-satunya tukang masak terunggul di
Fantasia Inn.
37.

TUAN REJAB
Walaupun Quinoa yang awak masak haritu
tu sebenarnya tepung suji?

Tuan Rejab ketawakan Gojie.

GOJIE
Hah? Suji? Tapi bentuk dia kan macam
sama?

TUAN REJAB
Sama tapi lain. Takpelah. Asalkan
takde orang tahu. Ni, saya nak minta
tolong awak masakkan makanan kegemaran
Madamme sekarang. Saya nak buat
kejutan untuk dia.

GOJIE
Ahh bisa diatur!

28 INT. CAFE - DAY

Madamme dan Anita duduk berdua di café.

MADAMME TRIVOLA
Ada apa Puan Anita nak berjumpa saya
ni?

ANITA
Ada hal penting yang saya nak bincang
dengan Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Hal apa tu?

ANITA
Madamme, Puteri dah berlaku curang
dengan Adam.

MADAMME TRIVOLA
Ish. Apa Puan Anita cakap ni. Anak
saya tak macam tu. Tak baik kalau Puan
Anita salah sangka.

ANITA
Masalahnya memang betul. Saya nampak
sendiri dengan mata saya ni. D
38.

MADAMME TRIVOLA
Tak elok kita ambik bulat-bulat benda
yang kita nampak tanpa siasat betul-
betul.

ANITA
Madamme sendiri nampakkan yang Puteri
layan Adam tak macam Madamme dengan
Tuan Rejab.

MADAMME TRIVOLA
Apa maksud Puan Anita?

ANITA
Ala Madamme saya tahulah pasal
hubungan sulit Madamme dengan Tuan
Rejab. Sebab tu korang berdua nampak
selesa je sebagai suami isteri. Tak
macam Adam dengan Puteri. Dorang tu
masih nampak yang dorang tu kena paksa
Madamme.

MADAMME TRIVOLA
Jap. jap ulang balik apa awak cakap
tadi? Saya ada hubungan sulit dengan
Tuan Rejab?

ANITA
Madamme semua orang kat sini tahu
pasal tu. Tak payah lah nak sorok-
sorok. Lagipun Madamme dengan Tuan
Rejab kan solo. Apa salahnya.

MADAMME TRIVOLA
Hah?

Tuan Rejab keluar dari dapur dan nampak Anita dan Madamme
Trivola.

TUAN REJAB
Wah rancak berbual. Sembang apa tu?

Madamme terkejut bila nampak Tuan Rejab di mejanya.

ANITA
Rahsia wanita.
39.

TUAN REJAB
Eloklah tu. Sayang, ni saya ada minta
Gojie masakkan makanan istimewa untuk
awak.

ANITA
So sweet.

MADAMME TRIVOLA
Saya minta diri dulu.

Madamme bangun dan terus masuk ke dapur.

TUAN REJAB
Saya minta diri kejap ye Puan Anita.

ANITA
Okay.

Tuan Rejab mengejar Madamme ke dapur.

29 INT. DAPUR - DAY

Madamme tengah berdiri di pintu. Tuan Rejab masuk.

TUAN REJAB
Ada apa-apa yang tak kena ke Madamme?

MADAMME TRIVOLA
Ada! Ni Tuan! (Madamme tunjuk
bungkusan makanan Tuan Rejab bagi tu.)
Kenapa Tuan buat semua ni??

TUAN REJAB
Sebab awak kan tengah berlakon jadi
isteri saya?

MADAMME TRIVOLA
Tak tak boleh dah. Saya nak tamatkan
benda ni sekarang.

TUAN REJAB
Tapi kenapa?

MADAMME TRIVOLA
Sebab dah tersebar luas dekat sini
semua cakap kita ni ada hubungan!
40.

TUAN REJAB
Hah? Betul ke? Gojie?

Gojie yang dari tadi cuba menyorok terpaksa respon.

GOJIE
Ah .Adelah sikit.

MADAMME TRIVOLA
Ha tengok. Saya letakkan sepenuh hati
saya dekat tuan.. Tak maksud ssaya
Fantasia Inn bukan untuk dituduh ada
hubungan sulit dengan Tuan.

TUAN REJAB
Masalahnya itu orang kata. Saya tak
kata apa pun.

MADAMME TRIVOLA
Dahlah Tuan. Cukup. Saya sangat kecewa
dengan semua staf dekat sini. Saya nak
letak jawatan serta merta!

Madamme terus keluar dari dapur. Tuan Rejab dan Gojie mati
akal.

30 INT. ANYWHERE - DAY

Anita, Puteri dan Arman sedang berjumpa.

ANITA
Puteri, Mama nak Puteri mengaku
sendiri dekat Adam.

PUTERI
Nak mengaku apa ni Mama?

ANITA
Mengaku jelah yang Puteri curang
dengan dia!

ARMAN
Jadi betullah apa yang orang cakap
selama ni? Awak berlaku curang di
belakang saya?!
41.

ANITA
Ye Adam. Mama nampak Puteri dengan
teman lelaki dia dengan mata mama
sendiri.

ARMAN
Patulah selama ni awak dingin je
dengan saya kan?!

PUTERI
Mana ada!

Puteri kemudian beredar dari situ.

ANITA
Ha kalau tak betul kenapa dia lari
kan?Dah Adam. Mummy tak nak Adam
kecewa. Biar dia pergi.

31 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab dalam biliknya. Dia tak tahu apa yang patut
dilakukan.

Datang pula Puteri menangis mahu berhenti kerja.

PUTERI
Tuan!

TUAN REJAB
Kenapa ni Puteri?

PUTERI
Saya dah tak tahan dengan lakonan ni.
Puan Anita tu dengan Arman dua-dua
teruk fitnah saya macam-macam. Saya
dah tak nak kerja dekat sini lagi!
Rosak reputasi saya!

Arman pula masuk ke bilik Tuan Rejab.

ARMAN
Saya pun sama! Saya nak tamatkan semua
ni di sini dan berhenti hari ni juga!

TUAN REJAB
Eh Puteri, Arman.. nanti dulu!

Puteri dan Arman beredar dari situ. Tuan Rejab semakin buntu.
42.

32 INT. LOBI HOTEL - DAY

Arman, Puteri dan Madamme Trivola masing- masing menolak beg


troli mereka dan bergerak meninggalkan Fantasia Inn.

Wook nampak dari jauh dan gembira dengan kacau bilau yang
telah dia lakukan.

WOOK
Yes! Semua dah berambus. Senang kerja
aku.

33 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Tuan Rejab cuba bersikap rasional dan berfikir.

TUAN REJAB
Aku kena buat sesuatu.

Kemudian menghubungi suami Anita.

TUAN REJAB
Assalamualaikum Encik Zarul.

ZARUL (OS)
Waalaikumsalam Tuan Rejab.

TUAN REJAB
Ni saya nak tanya beberapa info
tentang Puan Anita.

ZARUL (OS)
Kalau ia boleh membantu untuk
sembuhkan dia saya boleh ceritakan.

TUAN REJAB
Semestinya Encik Zarul. Saya nak tanya
Puan Anita ada sejarah lampau tak?
Maksud saya yang buatkan dia trauma?
Selain Adam?

ZARUL (OS)
Hmmm..

TUAN REJAB
Encik Zarul kena cerita pada saya.
Saya tak boleh nak tolong kalau Encik
Zarul rahsiakan dari saya.
43.

ZARUL (OS)
Macam ni. Masa Anita kecil, dia
tinggal dengan neneknya. Suami nenek
Anita pernah curang. Dia melihat
sendiri kesengsaraan neneknya dan
menyebabkan Anita menjadi tekanan
perasaan yang menyebabkan dia trauma
dengan perkara tu sehingga sekarang.

TUAN REJAB
Jadi Anita jadi macam ni bukanlah
disebabkan oleh Adam tapi kerana
keluarga dia. Dia cuma paranoid dengan
Adam sebab adalah anak kandung dia.

ZARUL (OS)
Betul Tuan Rejab. Maafkan saya kerana
tidak menceritakan cerita ini dari
awal.

TUAN REJAB
Takpe Encik Zarul. Saya akan cuba
selesaikan hal ini. Terima kasih.

Tuan Rejab meletakkan telefon dan memikirkan sesuatu.


Kemudian dia cuba menghubungi Madamme.

34 INT. BILIK ANITA - NIGHT

Anita di dalam bilik sedang berbaring sambil melihat gambar


anaknya Adam di telefonnya.

ANITA
Rindunya Mama dekat Adam. Mama akan
pastikan Adam takkan mengalami situasi
yang sama macam Adam dengan Puteri
okay.

Anita kemudian tertidur.

CUT TO:

Seorang nenek tua berapa di katil Anita. Dia menggangu Anita


tidur. Anita yang sedang lena terjaga dan terkejut.

ANITA
Nenek? Mimpi ke ni?
44.

MADAMME TRIVOLA
Anita... Cucu nenek... Anita rindu
nenek ya.

ANITA
Rindu sangat. (Anita menangis)

MADAMME TRIVOLA
Kalau rindu nenek. Jangan jadi macam
nenek. Nenek nak Anita tinggalkan
perangai buruk Anita. Jangan kongkong
Adam dan Puteri. Dan jangan membuat
fitnah sampai terbukti kebenarannya.

ANITA
Tapi Anita takut kalau Adam akan jadi
macam Atok nanti. Atau Anita dapat
menantu jahat... Anita tak nak mati
macam nenek.

MADAMME TRIVOLA
Anita, kematian nenek bukan disebabkan
oleh sesiapa. Nenek mati kerana
ketetapan tuhan. Anita ingat pesanan
diri. Tidur balik ye. Nenek harap bila
Anita bangun nanti, Anita berubah
menjadi orang yang lebih baik dari
sekarang.

ANITA
Anita janji nek...

MADAMME TRIVOLA
Ingat pesan nenek ni ye. Dah tidur
balik...

Anita kemudian kembali tidur.

35 INT. PEJABAT TUAN REJAB - DAY

Anita masuk ke bilik Tuan Rejab.

TUAN REJAB
Ye Anita.

ANITA
Tuan Rejab, saya nak minta maaf atas
kesilapan yang telah saya lakukan pada
45.

semua orang di sini. Madamme, Puteri,


Arman... dan Tuan Rejab sendiri.

Madamme, Arman dan Puteri muncul di muka pintu.

MADAMME TRIVOLA
Kami maafkan awak. Kami faham yang
Puan Anita bukan minta untuk jadi
macam ni.

ARMAN
Betul tu Mama. Mama jangan risau. Adam
percaya bila Adam dah besar nanti Adam
mesti jadi lelaki yang baik dan dapat
isteri yang setia.

PUTERI
Setuju!

ANITA
Saya minta maaf ya dengan semua. Mulai
dari saat ini saya akan mula bersikap
positif. Lagipun semalam saya mimpikan
nenek saya. Dah lama saya nak jumpa
dia. Akhirnya dia datang dalam mimpi
saya. Dia nak saya berubah.

MADAMME TRIVOLA
Alhamdulillah.

TUAN REJAB
Baiklah, memandangkan harini merupakan
hari terakhir Puan Anita di sini. Apa
kata kita makan tengah hari bersama-
sama?

ANITA
Boleh.

36 INT. CAFE - DAY

Puteri, Arman, Tuan Rejab, Madamme dan Anita menikmati makan


tengahari bersama-sama. Masing-masing menjiwai watak masig-
masing.

PUTERI
Sayang, tambahlah lagi nasi tu.
46.

ARMAN
Eh cukuplah. Saya dah kenyang sangat
ni.

ANITA
Yeke? Setahu Mama, Adam kalau dapat
sambal belacan dengan ikan goreng
makan betambah-tambah.

ARMAN
Tu kegemaran Adam masa keci Mama.
Sekarang Adam suka makan quinoa.

ANITA
Quinoa ke tepung suji?

TUAN REJAB
La Puan Anita tahu rupanya.

ANITA
Takkanlah saya tak boleh detect Quinoa
dengan Tepung suji. haha. Tapi takpe
sedap juga masakan Gojie haritu.

Mereka bergelak ketawa. Anita mula rasa kebahagiaan.

37 INT. LOBI HOTEL - DAY

Tuan Rejab, Madamme, Arman,Puteri dan Gojie mengiringi Anita


ke lobi. Percutian Anita telah tamat.

ANITA
Saya nak ucapkan terima kasih banyak-
banyak sebab Fantasia Inn sudi
membantu mengatasi masalah saya.

TUAN REJAB
Kami semua harap, Puan Anita akan
sentiasa bersikap positif dan dapat
mengatasi segalah masalah yang datang
suatu hari nanti.

ANITA
Baik Tuan Rejab. Terima kasih ye
semua.

Anita kemudian masuk ke dalam kereta. Mereka melambai-lambai


Anita.
47.

PUTERI
Fuh lega. Habis satu bab. Tuan Rejab,
saya minta maaf atas kelakuan say
tempoh hari. Saya tak patut terlalu
emosi.

MADAMME TRIVOLA
Saya pun sama Tuan.

TUAN REJAB
Takpe. Saya yang patut minta maaf dan
terima kasih kerana sudi kembali ke
sini dan menghabiskan kerja kita
bersama-sama.

ARMAN
Tapi kan,saya tertanya-tanya dari
tadi. Mimpi Puan Anita pasal nenek dia
tu betul ke tak?

Madamme dan Tuan Rejab tergelak.

TUAN REJAB
Lepas saya dapat tahu pasal masalah
sebenar Puan Anita. Saya terus hubungi
Madamme untuk kembali. Lepas ceritakan
semua saya minta tolong Madamme.

PUTERI
Maksudnya Madamme yang menyamar jadi
nenek tu?

MADAMME TRIVOLA
Mantapkan lakonan saya?

GOJIE
Kalau tau, dari awal kita biar dia
mimpi je kan.

MADAMME TRIVOLA
Tapi korang semua mesti didenda sebab
percaya yang saya ada hubungan sulit
dengan Tuan Rejab!

ARMAN
Aala Madamme kalau suka cakap jelah.

MADAMME TRIVOLA
Eh eh korang ni!

Semua orang ketawa.


48.

38 EXT. ANYWHERE - DAY

Dari jauh Wook nampak Madamme, Tuan Rejab, Arman, Puteri dan
Gojie sakan bergelak ketawa.

WOOK
Gagal lagi pelan aku... Tapi takpe aku
takkan putus asa! Argh!!!

END.

Anda mungkin juga menyukai