Anda di halaman 1dari 43

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 20

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM

arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.PETANG


Watak: WAIRAH, MONA

WAIRAH menung jauh dan ter flash SC36 EPISOD 19 di


mana ALI baru sampai dan peluk HAIFA.

MONA datang dan kejutkan WAIRAH yang mengelamun


jauh.

MONA
Ali dah balik Malaysia,
alhamdulillah. Nasib baik tak ada
apa apa yang bahaya dia lalu kan?

WAIRAH
Akak.. dia baru sampai Malaysia
tadi tu, ke sini dia sampai dulu.

MONA
Sebab Haifa. Dia paling rindu
Haifa kan..

WAIRAH
Bukan sebab tu je.. dia dah
terbiasa balik sini. Kalau dulu
dia terbang merata ikut bantuan
MSF pun, sinilah dia akan balik
kan?

MONA
Mungkin, tapi sebab Haifa ada
sini. Baguslah, dia ayah yang
ambil berat.

WAIRAH
Tak kak. Bukan sebab Haifa je.

MONA
Habis tu sebab siapa lagi? Takkan
kau pulak?

WAIRAH senyum dan angguk dengan yakin. MONA keliru.

CUT TO:
2
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC2.INT.RUMAH SEWA DELILAH.MALAM


Watak: DELILAH, DAYANA

DELILAH bercerita sambil terharu tentang ALI dan


selamat balik. DAYANA dengar.

DELILAH
Saya tak pernah lalu pengalaman
risau macam ni setiap kali dia
terbang ke negara yang sedang
bergolak. Mungkin Wairah dah
biasa, tapi saya baru pertama
kali lalu semua tu tadi.

DAYANA
Maknanya, Lilah dengan Ali dah
biasa jumpa? Haifa pun dah tahu?

DELILAH
Dah.

DAYANA
Wairah? Tahu?

DELILAH
Mereka dah bercerai kan? Tak
perlu pun semua perkara Wairah
tahu.

DAYANA
Dari cakap Lilah ni, kalaulah mak
atau Kak Jun dengar, kes naya ni.

DELILAH
Janganlah beritahu. Nanti mereka
susah hati, padahal Lilah kawan
je dengan abang Ali. Tak perlu
risau apa apa pun.

DAYANA
Itu Lilah yang kata. Dari mata
mereka lain.. dan apa Lilah cakap
tadi, Ali kata dia pulang sebab
Lilah dah pulang kan? Apa
maknanya tu?

DELILAH
3
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Makna apa? Takde apa apa pun.

DELILAH ambil air di dapur, mengelak dari menjawab


panjang lebar lagi. DAYANA senyum saja.

CUT TO:

SC3.INT.RUMAH SAID NURSI.MALAM


Watak: ALI, SAID NURSI, ASLAM, AZMI

Mereka duduk berbual sama.

ALI
Dapat saja pelepasan balik,
memang tak fikir apa apa lagi
dah. Terus siap dan balik. Bawa
semua yang sepatutnya balik sama.
Itu yang tak sempat telefon
sesiapa pun, sampailah dan
mendapat di KL.

SAID NURSI
Takpelah, syukur kamu selamat.
Ibu je yang risau.

AZMI
Saya pun risau pakcik. Saya
telefon dia, Lilah tak berhenti
telefon jugak, dia tak jawab,
sesiapa pun boleh panik.

SAID NURSI
Lilah telefon Ali?

ALI pandang AZMI. AZMI terlepas cakap depan ayah


ALI. ALI beri isyarat supaya kena pandai jawab
balik.

AZMI
Saya sebut apa? Mana ada Lilah
pulak, pakcik ni. Eh! Saya ke
tandas kejap. tetiba pulak rasa
semacam.
4
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SAID NURSI gelakkan saja lihat gelagat AZMI


mengelak. ALI buat tak tahu apa apa kononnya.

ASLAM
Abang tak takut ke?

ALI
Mana ada orang tak takut dalam
dunia ni, Aslam. Selagi kita ni
nama manusia yang serba terbatas
pengetahuan kita, mesti kita akan
takut atau risau pada perkara
yang kita tak pasti.

SAID NURSI
Betul tu.. tapi ayah masih
teringat si Azmi cakap tadi..
Lilah telefon kamu?

ASLAM ketawa bila lihat muka nakal SAID NURSI


mengusik ALI. ALI ikut ketawa saja, tak jawab pun.

DISSOLVE TO:

SC4.INT.KAWASAN REHAT DI KL.PAGI


Watak: DELILAH, ALI

DELILAH dan ALI berjumpa.

ALI
Ada orang telefon abang 34 kali
semalam.

DELILAH
Lilah baca berita letupan
berdekatan khemah perubatan MSF.
Lilah risau kalau abang cedera.

ALI
Ya, alhamdulillah abang tak ada
apa apa, tapi seorang ahli
5
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

rombongan, Mohamad meninggal


dunia.

DELILAH
Itu jugak yang Lilah dengar. Tapi
kenapa tak balas panggilan dari
sini? Semua orang susah hati.

ALI
Betullah tu. Abang terlalu sibuk
uruskan jenazah Mohamad. Bantu
warisnya buat tuntutan macam
macam. Maaf sangat.. Lilah, abang
balik sebab ayat Lilah hari tu.
Abang tak pasti patut atau tidak
apa yang abang nak tanya ni, tapi
masa abang di sana, tak pasti
nyawa akan masih ada atau tak
masa tu, wajah Lilah saja yang
abang nampak..
Abang bertekad bila balik, abang
nak tahu, kalau sekali lagi abang
ada dalam hati Lilah, masih Lilah
sudi terima abang?

DELILAH terkejut. Hilang kata kata. Bagai tak


percaya apa yang didengarnya ini.

CUT TO:

SC5.EXT.KAWASAN KEDAI KEDAI.PAGI


Watak; DELILAH, HUD SULAIMAN, ALI (suara)

DELILAH jalan sendiri, memikirkan pertanyaan ALI


tadi.

ALI (suara)
Lilah tak perlu jawab sekarang
dan kalau Lilah tak nak jawab
sampai bila bila pun, abang tak
boleh paksa.. tapi terus terang,
begitulah perasaan abang
sekarang.
6
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HUD SULAIMAN
Banyak sangat masalah sedang
difikirkan tu ya?

DELILAH tersentak. Rupanya HUD SULAIMAN berdiri


depannya. DELILAH hairan mana datangnya HUD.

HUD SULAIMAN
Ada jumpa orang tadi di sini, dah
selesai, nak ke pejabat, tapi
nampak pula seorang wanita yang
selalunya manis ni, tapi hari ni
berkerut kerut dahinya khayal
memikir. Fikirkan apa? Siapa?

DELILAH
Hah? Tak ada siapa pun.. Hud,
saya nak kena ke pejabat cepat .
saya pergi dulu ya.
Assalamualaikum.

HUD SULAIMAN
Waalaikumsalam, jiran.

DELILAH senyum lemah dan beredar. HUD SULAIMAN


dapat rasakan ada yang tak kena.

CUT TO:

SC6.INT.KERETA WAIRAH.SIANG
Watak: WAIRAH

WAIRAH memandu sambil dia nak hubungi ALI tapi tak


tahu nak cakap apa. WAIRAH resah sendiri.

WAIRAH akhirnya hubungi ALI juga.

WAIRAH
Hello!.. walaikumsalam, abang.
Hari ni kalau nak ambil Haifa di
sekolah, saya ok. Haifa rindu
sebab lama hari tu abang tak
jumpa dia masa kat luar negara
tu.
7
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

INTERCUT TO:

SC7.EXT.PEJABAT MSF.SIANG
Watak: ALI, AZMI, ASLAM

ALI cakap telefon dengan WAIRAH sambil menuju ke


pintu masuk pejabat.

ALI
Ya boleh. Abang boleh ambil dia..
ohh lepas tu malam hantar ya?
ok.. terima kasih Wairah..

ALI macam hairan juga WAIRAH yang suruh ambil anak.


ALI bertembung dengan AZMI dan ASLAM yang nak
keluar.

AZMI
Hei! Masuk pejabat jugak ke? Kan
patut kau rehat dulu.

ALI
Tak payah. Aku ok. banyak benda
buat, laporan apa berlaku di sana
aku kena siapkan. Ni kau nak
bawak Aslam ke mana pulak?

ASLAM
Pergi kilang.

ALI
Kilang mana?

AZMI
Nak ambil barang sumbangan untuk
kawasan pedalaman tu. Aku dah
beri tugas ni pada Aslam.

ASLAM
Tapi saya masih baru, tak boleh
biar saya buat sorang, jadi saya
ajak Dr Azmi ikut saya. Boleh ke?

ALI
8
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Boleh takde masalah. Belajar


semua dari Azmi. Banyak ilmu yang
baik cara pengurusan kau boleh
dapat nanti.

ASLAM
Ya, betul tu.

AZMI
Kami pergi dululah..

AZMI dan ASLAM beredar. ALI sebelum masuk, lihat


mesej kalau ada dari DELILAH tapi tak ada.

CUT TO:

SC8.INT.RUMAH DELILAH.PETANG
Watak: DELILAH, DAYANA, KAK JUN, AIM

DELILAH baru balik rumah. Dia keletihan. Dia lihat


mesej dari ALI ada banyak. DELILAH tak jawab satu
pun.

Telefon DELILAH berbunyi, nama DAYANA tertera.

DELILAH
Waalaikumsalam, ya baru sampai
rumah.. kat mana? Lahh ya ke?
Naiklah ke rumah.. bye.

DELILAH segera ke biliknya. Seketika kemudian


loceng rumah berbunyi. DELILAH segera buka pintu.
terkejut lihat rupanya DAYANA, KAK JUN dan AIM ada
sama. AIM terus salam dan peluk DELILAH.

DELILAH terkejut tapi gembira dapat jumpa.

DELILAH
Macam mana boleh datang bersama
ni? memang berjanji ke?

KAK JUN
Tak jugak tapi disebabkan bff kau
ni tak pandai berbohong, aku
9
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

tahulah yang kau ada hal. Dia


kata nak datang sini, aku
ikutlah!

DAYANA
Maaf Lilah.. kakak kau ni pandai
psiko orang. Aku jadi panik tak
pasal pasal.

DELILAH
Yalah tuu..

DAYANA tersengeh sengeh.

CUT TO:

SC9.INT. DAPUR RUMAH DELILAH.MALAM


Watak:DELILAH, DAYANA, KAK JUN, AIM

KAK JUN yang masak untuk semua. DELILAH duduk,


DAYANA buatkan air. AIM sudah tak sabar nak makan.

KAK JUN
Semua benda yang kau cerita dari
tadi, sampai aku dah habis masak
ni, takde satu pun yang logik.
Sejak dari hari yang si Ali ikut
kita balik kampung dan jadi hero
selamatkan kita masa abang Syam
meroyan tu.

DAYANA
Hah! Yang itu memang macam agak
pelik sikit kan?

KAK JUN
Bukan pelik. Tapi tak logik.

DELILAH
Akak nak kata semua Lilah yang
rancang dengan abang Ali?
Termasuk hal semalam?
10
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN
Itu kau yang cakap, bukan aku.

DELILAH
Habis tu apa?

AIM
Jodoh!

KAK JUN
Hei! Boleh pulak dia menyampuk ?
Tapi apa si Aim cakap sepatah tu
betul! Bab menyampuk tetap salah
tau, Aim!

AIM
Ya, maaf mama.Aim lapar ni.

DAYANA
Meh! Kita ke meja makan. Acik
hidangkan untuk Aim ya.

AIM dan DAYANA bawa lauk ke meja makan.

KAK JUN
Akak tahu kau macam mana dan akak
pun tahu Ali tu macam mana. Jadi
hati hatilah. Akak tak terkejut
kalaulah kau boleh saja terima
dia semula walaupun salah yang
dia buat dulu sangat berat buat
Lilah! Akak takkan terkejut!

KAK JUN pula bawa nasi dan pinggan ke meja makan.


Tinggal DELILAH sorang di dapur, memikir.

CUT TO:

SC10.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: ALI, HAIFA,WAIRAH

WAIRAH ajak ALI masuk dulu. HAIFA lari masuk bilik


bawa beg sekolah juga. ALI nampak ada makanan
terhidang di meja makan.
11
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Wanginya bau .. ada tamu nak
datang ke nanti?

WAIRAH
Abanglah tamunya.

ALI
Abang? Tak pernah pernah pulak
abang hantar Haifa, ada dihidang
makanan pulak?

WAIRAH
Hari ini lain sikit. Abang belum
makan lagi kan?

ALI
Belum..

WAIRAH
Haifa! Mari makan sama! Ayah pun
ada ni.

WAIRAH jemput ALI duduk. HAIFA dari biliknya, keluar


gembira lihat ALI dah duduk di meja makan.

HAIFA
Ayah makan sama kita? Wahh! Lama
dah kan? Ayah kena selalu datang
makan sama sama tau.

ALI
Ya, insyaa Allah.

WAIRAH seronok sama. Dia layan ALI dan mereka


bertiga nikmati makan malam dengan gembira. ALI
hairan dengan layanan WAIRAH ini, tapi dia gembira
lihat HAIFA gembira.

CUT TO:

.
12
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC11.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: ALI, WAIRAH

ALI duduk tonton tv, WAIRAH bawakan kuih pula dan


air panas.

ALI
Eh! Kuih pulak?

WAIRAH
Abang suka kuih ni kan? Mana
Haifa?

ALI
Dalam bilik air. Sakit perut
katanya.

WAIRAH
Banyak sangat dia makan tadi kan?
Jarang dia makan selera macam tu,
bang. Mungkin salah saya juga,
selalu tak sempat temankan dia
makan. Saya sambung buat kerja.
Dia makan sorang, tak ada selera
sangat.

ALI
Tulah tengok dia makan tadi, tak
sangka banyak. Baguslah dia
berselera.

WAIRAH
Bila abang ada..

ALI terdiam.

ALI
Wairah..

WAIRAH
Abang, saya banyak buat salah
pada abang. Lama saya fikir dan
saya makin faham yang kita ada
tanggungjawab pada Haifa.
Tanggungjawab itu boleh lahirkan
13
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

perasaan sayang. Wairah tak boleh


nafikan perasaan itu walaupun
kebelakangan ni kerap kita
berselisih faham. Abang pun rasa
yang sama tak?

Susah untuk ALI jawab apa apa. Dia hanya senyum.

WAIRAH
Saya nak cakap yang saya mohon
maaf sangat sangat, bang. Saya
akan jaga hubungan ni dengan
baik.

ALI mengiyakan tapi dia masih kurang faham tujuan


WAIRAH cakap semua ini.

CUT TO:

SC12.INT.RUMAH SEWA DELILAH.MALAM


Watak: DELILAH, DAYANA, KAK JUN, AIM

DELILAH potongkan buah untuk AIM.

AIM
Kesian maksu. Kena bebel kat mama
dan acik Dayana je. Sabar tau.
Aim tahu maksu lagi pandai dari
dorang tu.. mesti apa yang maksu
buat, yang betul semuanya.

DELILAH
Aamiin.. pandainya anak buah
maksu ni!

KAK JUN
Hah! Apa tu ? ngumpat?

AIM
Taklah. Aim nasihat maksu je.

KAK JUN
Dia pulak yang nak nasihat? Bawak
buah ni kat sana, pergi tengok
tv.
14
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AIM tepuk bahu DELILAH seperti gaya orang dewasa


saja dia. AIM ke ruang tamu sambil makan buah.
DELILAH senyum saja lihat gelagat AIM. KAK JUN pula
saja buat buat garang.

DAYANA
Lilah, nasihat kami, jauhkan dari
Ali.

DELILAH
Kenapa dan sampai bila kalau iya
pun. Lilah tak buat apa apa .
kenapa korang yang tak senang
duduk, macamlah esok Lilah ni nak
kahwin dengan abang Ali?! Kenapa
nak cemas pada perkara yang tak
jadi pun!

KAK JUN
Akak tak nak dah jadi, baru kami
nak bebel macam ni, lebih baik
tak payah. Sebelum jadi apa apa,
sebelum apa apa berputik semula,
kita cantas dulu!

DELILAH
Aduhai! Janganlah risau!

DAYANA dan KAK JUN masih tak puas hati lagi.

CUT TO:

SC13.EXT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: WAIRAH, ALI, HAIFA

HAIFA salam dan peluk ALI.

HAIFA
Ayah nanti datang makan sama sama
macam tadi ya?
15
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Insyaa Allah.. Haifa suka ayah
ada ya?

WAIRAH
Haifa dan mama Haifa suka kalau
selalu datang makan macam tadi.

HAIFA seronok dan mengiyakan. ALI jadi serba salah


dan terpaksa iyakan juga. WAIRAH senyum dan cara
pandangnya juga sudah lain. Sudah tidak ada
kebencian pada wajah WAIRAH.

CUT TO:

SC14.INT.RUMAH SAID NURSI.MALAM


Watak: ALI, SAID NURSI

ALI sampai rumah. Dia lihat ayahnya duduk sorang


sedang pasang cd lagu keroncong. Suasana di ruang
tamu tidaklah terang benderang, cukup sekadar cahaya
yang merehatkan.

ALI duduk sama di ruang tamu, diam mendengar


keroncong. SAID NURSI nampak ALI seperti memikirkan
masalah. SAID NURSI perlahankan volume lagu.

ALI
Ya, ayah.. mesti nak tanya apa
yang sedang saya fikir.

SAID NURSI
Jawab kamu ya tu, maknanya kamu
baru lepas hantar Haifa, kamu
bergaduh lagi dengan Wairah?

ALI
Itu kebiasaannya kan? sampai ayah
pun dah boleh agak, tapi kali ni
lain ayah. Kalau yang tadi tu,
saya tak menung macam ni, sebab
dah biasa.

SAID NURSI
Kali ni lain? Maknanya tak gaduh
tak bertegang lidah?
16
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI mengeleng ngeleng. Ayah jadi berminat dan lucu


pula.

SAID NURSI
Apa yang jadi? Dia pujuk rayu goda
kamu?

ALI
Macam lebih kurang nak ke arah
itu..

SAID NURSI
Wow! Tapi kenapa? Tiba tiba je?

ALI
Haa soalan tulah yang buat saya
menung tadi ni. Ayah boleh tolong
buat andaian tak?

SAID NURSI
Kalau bekas isteri kamu tu orang
lain, ayah boleh yakin beri
andaian yang 99% tepat.. tapi
sebab bekas isteri kamu tu Wairah
orangnya, sangat sukar diramal,
sangat keras hati, ayah tak berani
nak keluarkan apa apa teori
andaian. Memang kamu kena menung
dan fikir sendiri.

ALI bersandar semula.

DISSOLVE TO:

SC15.EXT.BANGUNAN PEJABAT.PAGI
Watak: ALI, DELILAH

DELILAH baru keluar kereta, dia nampak ALI yang


jalan ke bangunan. DELILAH tak jadi jalan, dia
17
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

biarkan dulu. tapi ALI toleh pula dan nampak


DELILAH.

DELILAH dah tak tahu nak mengelak macam mana lagi.


ALI sudah berdiri di hadapannya.

ALI
5 minit? Boleh?

DELILAH lihat jam. Masih awal sebenarnya. DELILAH


akhirnya setuju.

CUT TO:

SC16.INT.KEDAI MAKAN.PAGI
Watak: ALI, DELILAH

ALI dan DELILAH duduk di tempat jauh sikit dari


orang ramai.

ALI
Abang tahu, abang bukan pilihan
terbaik. Tapi abang fikir
pengalaman banyak mendewasakan.
Abang tahu abang salah.

DELILAH
Awal kita jumpa di sini dulu,
kita janji terus berhubung
sebagai kawan kan? Kalau janji
itu pun abang dah mungkir, macam
manalah untuk Lilah percaya cakap
abang untuk minta peluang ke dua
dari Lilah?

ALI
Sebab abang dapat rasakan Lilah
pun tak nak kita ni hanya kekal
kawan! Betul tak? Jujurlah
beritahu abang.

DELILAH
Saya tak faham, dan abang pun tak
faham saya!
18
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Lilah, kita bukan tak bijak untuk
faham semua ini terutama
perasaan. Tak semudah itu untuk
kita nafikan dengan perkataan
kalau airmuka yang jelas nampak
berbeza dengan apa yang kita
cakapkan!

DELILAH
Tak betul semuanya. Tolong
hormati Lilah. Kita kekal sebagai
kawan saja.

ALI
Abang bukan saja hormati Lilah,
malah masih sayangkan Lilah.

DELILAH terkejut. Spontan reaksinya menghentak meja


dengan kuat. beberapa orang yang ada berdekatan
terkejut dan pandang mereka.

DELILAH bangun dan beredar dari situ. ALI mengeluh


sendiri.

CUT TO:

SC17.INT.PEJABAT MSF.PAGI
Watak: ALI, AZMI

AZMI dengar ALI baru habis cerita.

AZMI
Tak boleh kau buat macam tu, Ali.
Kau tak boleh nampak macam
mendesak memaksa dia supaya ikut
cakap kau sorang! Itu akan buat
perempuan macam Delilah akan
protes.

ALI
Dia takkan buat macam tu!
19
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AZMI
Dia dah buat macam tu pun! Tadi
bila dia hentak meja, dan dia
gerak terus, proteslah namanya Dr
Ali!

ALI terdiam.

ALI
Lepas tu hal Wairah pulak?

AZMI
Wairah tu kes terpencil yang
unik. Dia susah diramal.

ALI
Kau dengan ayah aku sama jelah.
Tu jugak ayatnya.

AZMI
Sebab memang betul. Kau pun
kahwin dengan Wairah siapa suruh?

ALI
Amboi! Cakap tu macam lupa dah ke
siapa yang tiap hari dok nasihat
aku supaya lupakan Lilah dan
kahwin dengan perempuan yang
setia tiap hari ada dengan aku!
Wairah saja yang selalu ada! Kau
pun sama salah!

AZMI pula diam dan terpaksa akui kata kata ALI itu.

CUT TO:

SC18.EXT.KAWASAN PEJABAT PEJABAT.SIANG


Watak: WAIRAH, HUD SULAIMAN

WAIRAH ceria bekerja, jalan dengan HUD SULAIMAN


sambil itu berbual, bincang.

HUD SULAIMAN
Terima kasih temankan saya jumpa
saksi yang ke tiga tu.
20
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Takde masalah , dan kebetulan
hari ni saya memang tak ada
masalah. Macam dah selesai semua.

HUD SULAIMAN
Wah! Ini tandanya kena belanja!

WAIRAH
Takde masalah juga. Saya boleh
belanja, atau Hud pun boleh
belanja saya. Saya sangat
gembira.

HUD SULAIMAN
Kes tuntutan jagaan dan selesai?

WAIRAH
Belum, tapi kami ok. dah boleh
tolak ansur, tahu tanggungjawab
kami , jaga anak kami.

HUD SULAIMAN
Bagus tu.. kalau semua pasangan
yang baru cerai boleh berpakat
macam ni, kita pulak tak ada
kerja kan? kurang jadinya kerja
kita.

WAIRAH
Mana boleh jadikan hal cerai tu
main main!

HUD SULAIMAN
Betul! Kahwin dan cerai itu hal
serius. Tak boleh kita ambil
mudah dan main mainkan! Maafkan
saya.

WAIRAH
Tak apa.. saya masih senang hati,
jadi saya belanja minum sebelum
kita masuk pejabat ya?

HUD SULAIMAN setuju.


21
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC19.INT.PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH, WAN RUBY

DELILAH tekun buat kerja, WAN RUBY datang bawa


sejambak bunga.

WAN RUBY
Lilah, ini kes serius ni.

DELILAH
Bunga dari siapa ni?

WAN RUBY baca kad kecil yang ada dalam jambangan


bunga itu. WAN RUBY baca.

WAN RUBY
Kerana hafsaku.. langit dan awan
itu..

DELILAH terkejut dengar ayat itu.

CUT TO FLASHBACK:

SC20.EXT.TEMPAT REHAT KAWASAN TINGGI.MALAM


Watak: ALI (20AN), DELILAH (19)

Semasa mereka baru kahwin.

ALI bawa DELILAH jalan lihat pemandangan bandar


dari tempat tinggi. Nampak cahaya lampu pelbagai
dari kawasan bandar. ALI kagum melihat pemandangan
itu, tapi DELILAH lebih leka melihat bulan penuh
yang muncul malam itu.

ALI dongak sama dan lihat.

DELILAH
22
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Hafsa..

ALI
Hafsa?

DELILAH
Kalau abang samakan Lilah itu
langit, abang itu hafsa Lilah.
Setianya hafsa tidak pernah
kurang cahaya buat kita semua.

ALI
Abang seperti hafsa? Bulan ke
maknanya?

DELILAH senyum dan angguk. ALI gembira. Mereka sama


sama tatap cahaya bulan.

ALI
Kerana hafsaku.. langit dan awan
itu..

DELILAH tatap wajah ALI penuh kasih.

CUT TO END FLASHBACK:

SC21.EXT.PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH, WAN RUBY

DELILAH sudah keluar dari pejabat sambil bawa


jambangan bunga tadi. DELILAH nak buang dalam tong
sampah, tapi WAN RUBY segera halang.

WAN RUBY
Bunga ni tak salah, yang kau nak
buang kenapa? Jangan bazirkn
pemberian orang pada kita.

DELILAH
Kau ambiklah! Aku tak nak!

WAN RUBY
Siapa yang bagi ni? Betul ke DR
ALI yang hadiahkan ni?
23
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Kau nak bunga tu kan? ambiklah.
Tapi kalau ada sesiapa tanya pasal
bunga ni, cakap je aku dah buang!

WAN RUBY angguk. Takut juga nak bersuara sebab


DELILAH sedang marah. DELILAH masuk dalam pejabat
semula.

CUT TO:

SC22.INT.PEJABAT MSF.PETANG
Watak: ALI, ASLAM

ALI sedang menerangkan hal kerja pada ASLAM.

ALI
Apa yang kita buat di sini sudah
dirancang dari awal ikut
peruntukan yang ada. penaja datang
dari masa ke semasa tetapi kita
lebih utamakan penajaan barangan
perubatan sebab di sini yang
terlibat ialah doktor dan pegawai
perubatan yang menjadi
sukarelawan.

ASLAM
Faham. Saya sangat senang dengan
semua tugas yang Dr Azmi beri.
Cuma bila saya ni orang baru, ada
yang tak berapa yakin saya yang
menguruskan. Mungkin saya masih
muda.

ALI
Maknanya?
24
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ASLAM
Jangan beri jawatan ketua dulu?
Saya boleh jadi penolong, pembantu
kepada Dr Azmi atau sukarelawan
yang lebih senior?

ALI
Dr Azmi jarang beri tugas pada
sebarang orang. Selalunya samada
saya atau dia sendiri yang akan
uruskan. Jadi, bila dia beri tugas
utama ini kepada Aslam, saya
percaya dengan keputusannya itu.
Lagipun tugas tu nanti akan bawa
Aslam ke pedalaman semula. Aslam
mudah berkomunikasi dengan
penduduk pedalaman, berbanding
doktor bandar yang akan ke sana
nanti.

ASLAM
Dr Ali yakin saya boleh buat?

ALI
Ya.

ASLAM rasa bersemangat semula.

CUT TO:

SC23.EXT.PEJABAT MSF.PETANG
Watak: ASLAM, WAIRAH

ASLAM nak keluar, dia nampak WAIRAH seperti mencari


orang.

ASLAM
Assalamualaikum.. nak jumpa
siapa?

WAIRAH
Waalaikumsalam.. Dr Ali. Dia ada?

ASLAM
Ya, ada. bilik dia di sana tu.
25
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Boleh masuk?

ASLAM
Ya, boleh.

WAIRAH
Terima kasih.

WAIRAH ke arah bilik ALI. ASLAM pula keluar dari


pejabat.

CUT TO:
SC24.INT.BILIK PEJABAT ALI.PETANG
Watak: ALI, WAIRAH, AZMI

AZMI sedang bincang dengan ALI, WAIRAH muncul depan


pintu bilik.

AZMI
Eh! Apa mimpi tetiba sampai ke
mari ?

WAIRAH
Tulah dia.. macam mana pulak
boleh sampai sini. Pertama kali
saya datang ni. Azmi! Kau apa
khabar?

AZMI
Alhamdulillah.. sihat. Lama jugak
kita tak keluar borak makan makan
kan?

WAIRAH
Betul. Bolehlah nanti kita keluar
semua sama sama macam dulu dulu.

AZMI
Ya, boleh. Ok, aku siapkan surat
ni dulu, Ali. Ok, jumpa lagi Wai!

AZMI keluar. WAIRAH senyum dan lihat bilik ALI. ALI


perhati saja.

ALI
26
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Takde kes nak kena urus ke petang


ni? Sempat ambil masa datang
sini?

WAIRAH
Ada pagi tadi. Dah selesai. Ada
sekitar sini tadi, teringat
tempat kerja abang dah tak jauh,
saja singgah. Maaf kalau ganggu
masa abang.

ALI
Takde, ok je. Cuma sejak kita
kahwin, mana pernah awak nak
ambil tahu sangat.

WAIRAH
Di Nottingham dulu, saya yang
aktif dengan MSF. Saya yang bawa
awak jumpa pensyarah saya yang
juga ahli senior MSF. Sampailah
sekarang dah jadi macam hal wajib
untuk selalu ada di lapangan ,
bantu mereka yang kurang rawatan.
Macam mana pulak abang boleh kata
saya tak minat apa apa?

ALI
Ya, maaf lupa tu. Jadinya datang
sini untuk apa?

WAIRAH
Haifa.

ALI
Kenapa dengan Haifa? Mana dia?

WAIRAH
Masih di sekolah, tapi cikgu dia
telefon, beritahu Haifa nak ayah
ambil. Saya cuba telefon abang
tapi tak dapat. Jadi saya datang
sini kebetulan lalu sekitar sini
tadi.

ALI
Ambil Haifa?
27
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Boleh? Malam hantar macam semalam
ya. terima kasih abang. Terima
kasih sangat.. Saya balik pejabat
dulu ya.

ALI terdiam dengar kata kata wairah itu.

CUT TO:

SC25.INT.PEJABAT UNESCO.PETANG
Watak: DELILAH, WAN RUBY

DELILAH nak balik . WAN RUBY hairan.

WAN RUBY
Lilah, nak balik dah?

DELILAH
Ha ah. Ada hal sikit.

WAN RUBY
Baik.. tapi Lilah kalau tadi kau
marah aku pasal bunga tu, aku
minta maaf ya.

DELILAH
Eh! Taklah.. aku yang terlebih
perangai pulak tadi.. bunga tu
nak ambil bawak balik pun takpe.
Aku memang tak nak bunga tu.

WAN RUBY
Terima kasih. Kalau ada apa apa
telefon aku tau.

DELILAH
Yalah..

DELILAH beredar.

CUT TO:
28
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC26.EXT.BANGUNAN PEJABAT.PETANG
Watak: DELILAH, WAIRAH

DELILAH keluar lif. Dia jalan menuju ke pintu


utama, depan pintu itu WAIRAH patah balik. Hampir
terlanggar DELILAH.

WAIRAH
Delilah? Ada sini?

DELILAH
Ya, Wairah? Saya kerja sini.
Pejabat Unesco.

WAIRAH
Ohhh.. selalulah terjumpa abang
Ali?

DELILAH
Tak juga..

WAIRAH
Tapi tahu dia kerja sini juga?

DELILAH
Tahu.. tapi..

WAIRAH
Oklah tu.. Lama terpisah, dapat
jejak semula ya? Memang saja
kerja dekat dekat? Atau rezekilah
ya.

DELILAH
Tak tahulah.. yang pastinya saya
balik sini bukan untuk mencari
dia. Abang Ali pun dah lama jadi
hak Wairah, maka pertanyaan
seperti syak sesuatu atau curiga
dah tak perlu kan?

WAIRAH
29
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Seawalnya mungkinlah bukan itu


tujuannya, tapi sekarang boleh
saja berubah?

DELILAH
Maaf, Wairah.. saya tak faham apa
maksud Wairah ni dan hal abang
Ali tu dah lama. Lama sangat.
lupakanlah.. maaf saya ada hal
lain. Assalamualaikum.

DELILAH beredar. WAIRAH rasa tercabar pula.

CUT TO:

SC27.INT.KERETA DELILAH.PETANG
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH masuk kereta tapi dia cuba tenangkan dirinya


dulu. Tangannya terasa menggeletar. Dia beristirfar.
Tiba tiba cermin pintu sebelahnya diketuk. DELILAH
terperanjat.

ALI rupanya yang ketuk pintu. DELILAH lihat


sekeliling kalau WAIRAH ada pula, tapi tak ada. ALI
panggil suruh keluar.

DELILAH mengeluh sendiri dan keluar juga.

CUT TO:

SC28.EXT.KERETA DELILAH.PETANG
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH keluar kereta. Mereka berbual jauh sedikit


dari kereta. DELILAH resah kalau ada WAIRAH lagi.

ALI
Kenapa tak balas mesej abang? Ada
dapat bunga yang abang beri?
30
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Maaf abang, Lilah perlu masa.
Semua ni terlalu cepat dan saya
tak nak didesak semata mata mahu
tunaikan kemahuan abang saja.
Kalau dulu saya masih muda, saya
ikut saja tapi sekarang lain.

ALI
Abang memang tak ada peluang
lagi?

DELILAH
Saya tak tahu.. jangan tanya
macam tu.. saya tak tahu! Maaf
bang.

ALI
Abang nak tahu itu je. Masih ada
peluang atau tidak?

Sukar DELILAH nak jawab.

ALI
Risaukan apa mak dan ayah cakap?
Kak Jun? Apa ibu dan ayah abang
cakap pulak? Mak Som? Itu ke yang
halang Lilah?

DELILAH tak tahu nak jawab apa juga. ALI senyum dan
dia mula faham.

ALI
Jangan risaukan itu. Percayalah.
Kalau Lilah kata abang masih ada
peluang , percayalah semua akan
terima kita juga.

DELILAH
Jangan cakap apa yang abang tak
tahu . jangan mudah buat andaian
sesenang itu!
31
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH masuk dalam keretanya semula. ALI hanya


perhatikan DELILAH pergi.

CUT TO:

SC29.EXT.TAMAN PERMAINAN.PETANG
Watak: ALI, HAIFA, DELILAH (SUARA)

ALI diam memikirkan hal dia dengan DELILAH.


Terdengar suara DELILAH dalam SC28 semula.

DELILAH(suara)
Maaf abang, Lilah perlu masa.
Semua ni terlalu cepat dan saya
tak nak didesak semata mata mahu
tunaikan kemahuan abang saja.
Kalau dulu saya masih muda, saya
ikut saja tapi sekarang lain.

DELILAH (suara)
Jangan cakap apa yang abang tak
tahu . jangan mudah buat andaian
sesenang itu!

ALI mengeluh sendiri. HAIFA datang sergah ALI. ALI


layankan dan kejar kejar anaknya. HAIFA seronok.

ALI
Dah penat main?

HAIFA
Belum! 5 minit boleh?

ALI
Ya, boleh!

HAIFA
Yeahh! Lepas tu boleh balik
rumah, kita makan sama sama macam
semalam ya!

ALI
Ohh.. tengok macam mana ya.
32
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HAIFA
Alah! Bolehlah ya?

ALI
Ya ya boleh.

HAIFA seronok, pergi main semula. ALI tak ada


pilihan terpaksa ikut anaknya.

CUT TO:

SC30.EXT.KAWASAN REHAT SEKITAR RUMAH SEWA


DELILAH.PETANG
Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

DELILAH berehat sendirian. HUD SULAIMAN baru sampai,


dia nampak DELILAH. HUD SULAIMAN hampiri dan beri
salam. DELILAH jawab salam dan ajak duduk sama.

HUD SULAIMAN
Terima kasih.. Lilah ok hari ini?
Maksud saya mood.

DELILAH
Saya ni baran kan? Awak baru
kenal saya pun dah boleh tanya
soalan macam tu. Tanya mood saya
ok ke tak..

HUD SULAIMAN
Bukan baran. Tegas je. dan
mungkin tekanan sesuatu buatkan
Lilah jadi terlebih tegas?

DELILAH
Awak ni patut jadi pakar
kaunseling berbanding peguam.

HUD SULAIMAN
Tak tahu ke, seorang peguam itu
juga mampu menjadi pakar
kaunseling buat anak guamnya. Dia
perlu jaga emosi anak guam
terutama semasa dalam
perbicaraan.
33
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Betul jugak.. patutlah cakap awak
banyak boleh pakai..

HUD SULAIMAN
Saya terima itu sebagai satu
pujian yang sangat saya hargai.
Terima kasih.

DELILAH
Ya.. saya juga hargai. Hud, saya
ni pernah kecewa dalam hubungan
dan saya lari dari hubungan itu
selama 12 tahun. semua saya
tinggalkan. Merana ibu ayah saya
tapi untuk pulang, saya tak buat.
Sampaikan tahun ini saya pulang.
Dan tekad saya mahu stabilkan
keadaan saya sendiri dulu.

HUD SULAIMAN
Faham.. saya amat hargai, Lilah
mahu kongsi cerita peribadi ini
kepada saya. Saya amat
hormatinya.

DELILAH rasa dihargai.

CUT TO:

SC31.EXT.JALAN NAK KE LIF RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN, DAYANA

DAYANA menunggu lif. Dia nampak dari tepi, DELILAH


dan HUD SULAIMAN sedang berbual mesra sambil jalan
ke arah lif juga.

DELILAH baru ternampak DAYANA. DAYANA sudah senyum


lebar. HUD SULAIMAN pandang DAYANA.

DAYANA
Haa sini rupanya. Telefon mana?
Puas kita telefon tadi,
34
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Alamak! Telefon kat dalam bilik.
Maaf .. Ini kenalkan HUD
SULAIMAN. dan ini bff saya,
DAYANA namanya.

HUD SULAIMAN
Hai, cantik cantik semua yang
Lilah balik rumah.

DAYANA
Cantik? Terharu saya. Hud ya
nama? Macam pernah dengar sebab
nama tu agak ganjil kan?

DELILAH
Sulivan,Hud and Associate!

DAYANA
Ohhhh.. Hud yang itu ke? Ini
dia? Hud yang terkenal tu?
Peguam sensasi tu?

HUD SULAIMAN
Wow! Pujian depan depan orangnya
ya?

DELILAH
Kawan saya ni memang macam tu.
belum makan ubat itu sebabnya.

Lif terbuka. DELILAH terus tolak DAYANA masuk. HUD


SULAIMAN masuk sama.

CUT TO:

SC32.INT.PEJABAT MSF.PETANG
Watak: ASLAM, AZMI

ASLAM baru sampai pejabat dari kerja di luar. AZMI


nampak, panggil ASLAM.

AZMI
35
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Macam mana?

ASLAM
Alhamdulillah semua selesai dengan
baik. Ada duit lebih, duit yang Dr
Azmi beri tadi.

AZMI
Takpelah.. ambil je. buat duit
tambang.

ASLAM
Alhamdulillah.. terima kasih.

AZMI
Kau tunggu sini dulu, aku ada
kerja sikit lagi, lepas tu kau
boleh ikut aku balik. Aku tengah
uruskan tempat tinggal kau.

ASLAM
Terima kasih Doktor..

AZMI
Panggil aku abang Az je. Bila ada
urusan formal baru panggil doktor
tu.

ASLAM
Baik. Boleh.. Dr Ali?

AZMI
Sama. panggil abang Ali.

ASLAM faham.

CUT TO:

SC33.EXT.RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN
36
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH dah nak masuk rumah, dia dengar suara HUD


memanggilnya. DELILAH intai keluar, HUD berlari ke
depan pintu rumah DELILAH.

HUD SULAIMAN
Saya nak masak. Kalau kejap lagi
saya bawa makanan ke rumah Lilah,
kita makan malam sama sama dengan
Dayana jugak, boleh?

DELILAH
Awak nak masak?

HUD SULAIMAN
Ya.. Lilah tolong masakkan nasi
je. Nak tak?

DELILAH
Boleh jugak.. terima kasih..

HUD SULAIMAN
Ok, dah siap nanti saya beritahu
ya.

HUD seronok dan segera ke rumah nya semula. DELILAH


masih tak sangka HUD nak masakkan.

CUT TO:

SC34.INT.RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


WATAK: DELILAH, DAYANA, HUD SULAIMAN

Mereka sudah susun pinggan dan gelas di meja makan.

DAYANA
Bagus lagi Hud ni, pandai masak,
peguam, sopan orangnya.Ni yang
Kak Jun ada cerita hari tu.

DELILAH
Untuk awak ke? Calon suami?

DAYANA
37
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Kita pulak? Kita cakap awaklah.

Loceng rumah bunyi. DAYANA yang seronok dan pergi


buka pintu. DELILAH hidang minuman.

DAYANA (O.S)
Wahh wanginya bau.. mesti sedap
ni. Jemput masuk.

HUD SULAIMAN (o.s)


Saya bawa penyendal pintu. biar
pintu terbuka, taklah orang
salah anggap nanti.

DAYANA (O.S)
Ya betul sangat.

DAYANA ke meja makan bawa dulang lauk. HUD SULAIMAN


juga masuk. HUD pandang DELILAH dengan pandangan
yang DELILAH sendiri rasa hatinya sudah cair.

DAYANA
Apa tercegat kat situ pulak. Mari
duduk. Nasi baru masak ni. Lilah
tengoklah lauk yang Hud masak..
mesti sedap. Mana pandai masak
ni?

HUD SULAIMAN
Umi saya yang ajar dan arwah ayah
pun suka memasak, tapi masakan
Jepun lah.

DAYANA
Ohh.. Hud ada darah kacukan Jepun
ya? Patutlah.. kemas, rajin.

HUD gelak saja. DELILAH hidang nasi ke pinggan HUD.


HUD pandang saja DELILAH dengan senyuman. DELILAH
tuangkan air juga. DAYANA nampak cara HUD pandang
DELILAH itu.

DELILAH dan DAYANA duduk nak mula makan. HUD terus


bacakan doa makan. DAYANA angkat kening pada DELILAH.
DELILAH buat buat tak nampak saja.

CUT TO:
38
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC35.EXT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: ALI, WAIRAH

ALI dah nak balik. WAIRAH di muka pintu,

ALI
Terima kasih masak lauk sedap
sedaap lagi malam ni.

WAIRAH
Sepatutnya macam nilah seorang
isteri patut layan suaminya kan?
Dulu jarang saya buat semua ni
untuk abang. Saya rasa bersalah
pulak.

ALI
Tak apa. abang bukan jenis lelaki
yang mesti ada itu ini yang isteri
kena sedia. Abang faham Wairah pun
bekerja.

WAIRAH
Dan semasa kita suami isteri, saya
lupa yang saya ada suami yang baik
dan sangat faham saya .

ALI
Tak apalah, semua dah lepas. Tak
perlu rasa kesal apa apa.

WAIRAH hampiri ALI. ALI terkejut juga. WAIRAH


pegang tangan ALI. ALI segera rentap dan undur
sedikit,

ALI
Abang balik dulu ya..
assalamualaikum.

WAIRAH tak sangka ALI mengelak. ALI segera masuk dlm


kereta. WAIRAH rasa tak puas hati.
39
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DISSOLVE TO:

SC36.INT.BILIK RUMAH SEWA DELILAH.PAGI


Watak: DELILAH

DELILAH tersentak dari mimpi. Mimpi yang meresahkan


dia. Dia cuba pejam mata nak lupakan apa yang dia
mimpi tadi tapi tak boleh.

DELILAH
Kenapa? Aku kena lupakan!

Telefon berbunyi, nama ALI tertera. DELILAH jadi


sebak sendiri sebab memang ALI yang dia ingat.
DELILAH jawab panggilan.

DELILAH
Assalamualaikum.. ya, Lilah pun
nak jumpa abang.

CUT TO:

SC37.EXT.TAMAN.PAGI
Watak: DELILAH, ALI, WAIRAH, HAIFA

DELILAH jumpa ALI.

DELILAH
Abang, 12 tahun Lilah cuba
lupakan abang, tapi 12 tahun itu
juga setiap kenangan kita
bersama ulang berulang datang,
mengingatkan yang separuh hati
Lilah masih ada pada abang.

ALI
Allahuakbar.. Lilah, itu juga
yang abang lalu selama ini.
Abang kahwin bukan kehendak
abang sepenuhnya, tapi sebab
kerisauan ibu, abang cari juga
40
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

isteri dan Wairah saja yang


selalu ada dengan abang dulu.

DELILAH
Wairah dah beri jasa pada abang,
dia berhak dapat cinta abang.

ALI
Abang sayangkan dia. Tapi hati
dan rasa cinta tak dapat abang
beri kepada orang lain, selain
Lilah. Abang tahu Lilah sama
merana macam abang juga. Kita
perlu ambil pertemuan kali ni
sebagai petanda yang jodoh kita
kuat bersama, Lilah.

DELILAH tunduk tapi angguk. ALI pegang tangan


DELILAH. DELILAH rasa sayu hatinya.

Tidak jauh dari situ, laluan jalan raya berdekatan


taman, kereta WAIRAH lalu di situ. WAIRAH turunkan
cermin kereta. WAIRAH terkejut lihat ALI dan
DELILAH.

HAIFA juga ada dalam kereta, dia intai sama. HAIFA


lambai lambai, WAIRAH tak bagi. WAIRAH naikkan
cermin kereta dan beredar dari situ.

DISSOLVE TO:

SC38.EXT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: AHMAD, ALI,SYAM

AHMAD minta SYAM bantu dia alihkan barang lama


bawah rumah. Heboh suasana, mana nak letak barang,
mana yang salah yang betul.

AHMAD sedang menyelongkar kotak lama, dia dengar


suara lelaki beri salam. AHMAD terus saja jawab.

SYAM dah nampak terus tergamam. AHMAD hairan lihat


SYAM begitu, AHMAD pun pergi tengok betul betul
siapa yang beri salam tadi.
41
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Ayah..

AHMAD tak sangka ALI datang sendiri kali ini.

CUT TO END
BERSAMBUNG
END CREDIT
42
episod 20 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Anda mungkin juga menyukai