Anda di halaman 1dari 39

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 21

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM

arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1.EXT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: ALI, AHMAD

ALI dan AHMAD duduk berbual di pankin halaman


rumah.

AHMAD
Kamu tak patut datang, Ali. Mak
tu, baru sembuh dari menanggung
rindu, dari rasa sedih setiap hari
kenangkan keadaan Delilah
sendirian di negara orang. Mak
juga tak mampu menahan airmata
bila teringatkan perginya Delilah
sorang diri dulu dengan beban rasa
amat sedih selepas keguguran anak
kamu dengan dia. Cuba kamu fikir
balik, apa yang kamu harapkan akan
berlaku selepas ini?

ALI terdiam mendengarnya.

AHMAD
Kamu sudah sampai pun, walaupun
masuk dek akal kamu tentang apa
yang ayah cakapkan tadi, ayah tahu
kamu takkan pulang atau pergi dari
sini.

ALI angguk tanda faham.

ALI
Terima kasih ayah, beri masa yang
mengejutkan ini untuk saya mohon
maaf terutama pada ayah dan mak.
Saya tahu dah berkali kali saya
telefon, mesej dan nak jumpa mak,
tapi ada saja halangannya. Kali
ini saya tak mahu mengelak lagi.
Saya terima apa saja kemarahan ,
kesakitan yang kalian akan buat
pada saya. Saya terima..

AHMAD diam, tatap wajah menantunya tanpa ALI sedar.


2
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC2.INT.RUMAH MAK SOM.PETANG


Watak: MAK SOM, FARIDAH

FARIDAH sedang masukkan bunga telur yang dah siap


dibuat dalam kotak. MAK SOM ke ruang tamu. Seperti
ada yang dia baru tahu dan cari jalan nak beritahu
FARIDAH.

FARIDAH
Dah siap semua! Lamanya kau cakap
telefon. Siapa yang telefon tadi?

MAK SOM
Ngah telefon

FARIDAH
Ohh patutlah.. ada masalah ke
dia?

MAK SOM
Macam masalah, tapi bagi dia
macam bukan masalah sebab dia
tengok keadaan tu macam positif,
tapi tak tahulah kan.

FARIDAH
Macam berat je. berat kat kau
pulak gayanya , bukan berat ke
Ngah.

MAK SOM
Betul sangat. Jadi berat bila
sampai ke aku.

FARIDAH
Kalau boleh cerita, masalah apa
sebenarnya? Pasal siapa?

MAK SOM serba salah nak cakap.

FARIDAH
3
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Som! Selalu cerita macam ni,


kaulah laju cerita.

MAK SOM
Sebab ni pasal Ali dengan
Delilah.

FARIDAH terkejut mendengarnya.

CUT TO:

SC3.INT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: FARIDAH, SYAM

FARIDAH balik rumah. Panggil suaminya, SYAM yang


sedang mengaji di satu sudut rumah, berhenti dan
jawab.

SYAM
Ayah keluar mak.

FARIDAH
Dia ke mana?

SYAM
Kedai kot..

FARIDAH
Ali ada datang sini tadi?

SYAM susah nak jawab.

FARIDAH
Ali ada datang sini kan? Dia ada
mana ni? Takkan datang sekejap,
terus balik KL?

SYAM
Tak tahu, mak.

FARIDAH
Jangan bohong, Syam! Ayah kamu ni
keluar, dengan Ali ke? Syam!!

SYAM
4
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya, ya.. dengan Ali. Sambung


bincang lagi. Warung kot. Tapi
mak..

FARIDAH tak nak dengar dah, dia terus keluar. SYAM


risau. Dia cuba telefon AHMAD, tapi tak dapat pula.
SYAM fikir nak telefon siapa.

CUT TO:

SC4.EXT.KAWASAN PERUMAHAN SYAM.PETANG


Watak: KAK JUN, AIM

KAK JUN jalan kaki dengan AIM yang pakai baju sukan
sekolah. Mereka jalan balik. KAK JUN sambil jalan,
cakap telefon dengan suaminya.

KAK JUN
Cuba abang cerita satu persatu.
Kelam kabut ceritanya, tak faham
saya…. Ok, dia datang tadi, lepas
tu? dia cakap apa?... kenapa abang
tak ada dengar sama?... lepas tu?
Hah? Mak pulak.. ok faham dah.. ya
ya, tahu dah..
ok, abang sihat tak tu? .. tulah
kami pun rindu kat abang, tapi
saya lega sebab abang makin sihat…
ya nanti kami balik sana ya..
waalaikumsalam.

AIM
Apa masalah lagi tu mama? Ayah ok?

KAK JUN
Ayah makin ok, nenek dengan atok
tu akan tak ok tu. Jom! Kita tak
jadi balik rumah, ibu telefon grab
jap.
5
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AIM
Nak ke mana pulak?

KAK JUN
Jumpa maksu.

CUT TO:

SC5.EXT.RUMAH AHMAD.PETANG
Watak: FARIDAH, MAK SOM

FARIDAH dah nak ke arah warung, MAK SOM nampak,


terus halang.

MAK SOM
Ikut aku dulu!

FARIDAH
Buat apa ikut kau pulak? Aku nak
pergi jumpa Ali dengan laki aku
ni.

MAK SOM
Tak payah. Kau jangan jadi macam
mak mak lain yang pi serang laki
dia, depan orang ramai. Jangan
memalukan kaum perempuan , boleh
tak?

FARIDAH
Aku tak kiralah semua tu.

MAK SOM
Ni cakap orang marah. Sudah tu!
Ikut aku dulu. Jom! Biar laki kau
urus hal Ali buat masa ni dulu.

FARIDAH
Som! Hati aku sakit ni! Berani dia
datang sini nak pujuk kononnya?
6
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

MAK SOM
Ya, aku faham sangat. Tapi kau
tahan marah tu dulu. tahan sekejap
je lagi. biar dorang habis bincang
dulu. Nanti laki kau balik, haaa
baru kau tanya. Jom!

MAK SOM pujuk lagi, FARIDAH akhirnya menurut walau


masih marah. SYAM nampak di muka pintu, rasa lega.
Dan beri isyarat pada MAK SOM tanda terima kasih.
MAK SOM angguk saja.

CUT TO:

SC6.INT.WARUNG DI KAMPUNG.PETANG
Watak: ALI, AHMAD

ALI berbual dengan AHMAD lagi.

ALI
Saya mohon ayah beri saya peluang
kali ni.

AHMAD
Kau sungguh sayangkan anak aku
atau kau sebenarnya rasa bersalah
je.

ALI
Saya sayangkan dia. Selama ni pun
saya tak pernah tak sayang dia.

AHMAD
Kau buat ayah serba salah.

ALI
Saya tahu, ayah. Tapi saya pinta
kali ni, restuilah saya. Saya tak
boleh memaksa Delilah menerima
saya, tapi saya boleh cuba dan
terus cuba. Saya cuma minta,
andai kami bersama semula, ayah
7
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ada bersama saya dan bukan


menghalang.
Berilah saya peluang untuk hidup
dengan Delilah. Saya sudah hilang
dia terlalu lama. Saya tak nak
buang masa lagi dengan membiarkan
dia .

AHMAD jelas faham.

CUT TO:

SC7.INT.PEJABAT WAIRAH.PETANG
Watak: WAIRAH, HUD SULAIMAN, AZRI

WAIRAH ulang kali telefon ALI tapi tak dapat. Dia


jadi resah. AZRI datang hantar file baru.

WAIRAH
Azri, kalau aku balik awal boleh
ke?

AZRI
Malam ni kan kita ada
perbincangan kes Vincent ni. Kau
patut ada.

WAIRAH
Aku tahu tapi, aku tak dapat
malam ni.

HUD SULAIMAN lalu, AZRI terus panggil. WAIRAH


terkejut.

AZRI
Wairah kata dia ada hal malam ni.
Kita nak teruskan perbincangan
atau tunggu Wairah ada.

HUD SULAIMAN
Wairah ada apa malam ni?

WAIRAH
8
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Saya.. saya tak berapa sihat.


Takut melarat. Maaf Hud.

HUD SULAIMAN
Tapi kes ni dah dekat. Takpe kami
buat dulu, tolong apa patut, esok
Azri akan terangkan dan Wairah
kena sambung buatlah.

WAIRAH
Ya, pasti! Terima kasih Hud.
Terima kasih sangat.

HUD senyum saja dan beredar. AZRI yang tak puas


hati.

WAIRAH
Nasib baik Hud ok.

AZRI
Aku yang tak ok ni. mesti malam
ni kerja aku berganda , dah kau
takde. Aduh!

WAIRAH
Selesai kes ni aku belanja kau.
Seminggu makan tengahari.

AZRI
Hah! Tu boleh!

WAIRAH gembira. AZRI beredar. WAIRAH kembali cuba


hubungi ALI masih tak dapat.

CUT TO:

SC8.INT.RUMAH SEWA DELILAH.LEWAT PETANG


Watak: DELILAH, KAK JUN, AIM

DELILAH duduk memikir di ruang tamu. KAK JUN yang


resah hairan lihat DELILAH lebih tenang. AIM datang
duduk sebelah DELILAH.

AIM
9
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Mama, Aim rasa lebih baik mama


duduk dulu.

KAK JUN
Tak boleh, tak boleh. Lilah! Kau
dengar tak apa aku cerita tadi?

DELILAH
Abang Ali dah sampai kampung dari
tadi, jumpa ayah.

KAK JUN
Ayah tu tak suka Ali sejak dia
buat kau macam dulu tu. Mak
lagilah. Boleh perang besar pulak
kat kampung nanti.

DELILAH
Ada abang Syam telefon lagi?
Kalau dah bergaduh, mesti abg
Syam akan telefon akak. Rasanya
kita tak perlu risau apa apa
dulu.

KAK JUN
Aku ni mimpi ke apa ni? Kau cakap
apa Lilah? Kau tak kisah Ali
balik jumpa ayah? Entah apa dia
cakap agaknya?

DELILAH
Dia nak mintak izin ayah tu.
Mesti ayah tak setuju. Tak perlu
kita risaulah kan?

AIM
Betul!

KAK JUN
Tak betul! Kita kena balik
kampung Lilah. Mak mesti meroyan
dah tu.

DELILAH pandang KAK JUN tapi dalam emosi yang masih


tenang.

DELILAH
10
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Aim nak balik kampung ke?

AIM
Mestilah nak tapi esok sekolah
lagi. hujung minggu boleh.

KAK JUN
Kau ni dah kenapa, Lilah? Hal
kecemasan macam ni, kau boleh
bertenang pulak?

DELILAH senyum saja. AIM ikut senyum. KAK JUN tak


puas hati.

CUT TO:

SC9.INT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: AHMAD, FARIDAH, SYAM

Mereka selesai solat. SYAM tolong kemas sejadah.


FARIDAH duduk depan suaminya. SYAM pandang AHMAD,
dah boleh agak apa yang FARIDAH nak tanya.

AHMAD
Syam, lepas ni kita dah ada janji
dengan Ustaz Usman kan? Jumpa dia
di dewan komuniti.

SYAM
Ya, malam ni ceramah ya?

AHMAD
Ya, lagi setengah jam.

FARIDAH
Abang jangan nak mengelak
daripada saya. Tadi Ali datang
sini jumpa abang kan?

AHMAD
Iya, sekejap je dia singgah.

FARIDAH
Dia nak apa? Dia cakap apa?
11
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AHMAD
Agak agak awak?

FARIDAH
Delilah?

AHMAD
Ya, dia nak janda dia balik.

FARIDAH
Tak habis habis lagi? Cintalah
kononnya kan? Jangan percaya
bang. Dia tu rasa bersalah je.
sekarang nak berbaik balik, sebab
dia dah cerai dengan Wairah. Ikut
sedap dia jee kan!

AHMAD
Tapi kalau anak kita pun nak
semula, apa kita nak buat?

FARIDAH
Takkan punya! Lilah dah cakap
hari tu, dia tak ada apa apa.
kawan je.

AHMAD
Cinta itu buta, idah.

FARIDAH
Cinta memang buta, tapi anak kita
ada dua mata, takkan tak boleh
tengok elok elok.

AHMAD
Kalau dah 12 tahun bawak diri,
balik masih solo tau, apa awak
ingat, kalau tak dia pun syok
juga pada Ali tu?

FARIDAH
Takkanlah, bang.. Dia cakap apa
tadi?

AHMAD
12
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Dia kata, dia nak usaha pikat


balik Lilah. Kalau ditakdirkan
Laila mahu rujuk semula, dia mita
kita jangan halang. Restuilah
dia. kali ni abang rasa dia benar
benar nak rujuk balik tu.

FARIDAH
Hati seorang mak ni kata, jangan
percaya. Abang pun janganlah
percaya!

FARIDAH bangun ke bilik. AHMAD mengeluh saja. SYAM


yang ada di situ senyum lihat ayah mertuanya tu.

CUT TO:

SC10.INT.KERETA ALI.MALAM
Watak: ALI

ALI memandu agak mengantuk juga. Telefon berbunyi.


Nama WAIRAH.

ALI
Assalamualaikum.. ya, abang dalam
perjalanan balik ke KL. . Ada hal
luar tadi.. bila? Datang
sekarang?.. Haifa nak apa?..
Rasanya letih sikit hari
ni..hmmm, tengok macam mana,
beritahu jelah kat dia nanti
abang telefon dia sendiri ya.. ok
.

ALI terasa letih .

CUT TO:

SC11.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: WAIRAH, MONA, HAIFA

WAIRAH cakap dengan HAIFA.


13
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Nanti kalau ayah telefon, ajak je
dia datang ya.

HAIFA
Ayah tak dapat datang ke?

WAIRAH
Tak dengar ke mama kata tadi?
Kalau ayah telefon, cakap je ayah
datang sini. Kena datang sini
jumpa Haifa. Boleh cakap macam tu
tak?

HAIFA
Boleh.. boleh..

MONA dari dapur, bawa nasi ke meja makan, terdengar.

MONA
Haifa, mari makan.

HAIFA
Aunty makan dulu. Haifa nak
tunggu ayah sampai.

MONA
Ayah datang ke?

HAIFA
Mama kata ayah datang. Kan mama
kan?

WAIRAH teragak agak nak jawab.

MONA
Takpelah, makan sikit dulu. kalau
ayah lambat pulak nanti, perut
Haifa sakit. Nanti ayah sampai,
Haifa boleh makan sikit lagi.

HAIFA pandang WAIRAH dulu. WAIRAH terpaksa angguk


tanda setuju. HAIFA seronok, dia ke meja makan.
MONA layan, hidangkan makanan untuk HAIFA.
14
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

MONA sempat pandang WAIRAH yang dia tahu ada plan


WAIRAH buat ni.

CUT TO:

SC12.INT.RUMAH SEWA DELILAH.MALAM


Watak: DELILAH, KAK JUN

DELILAH duduk menonton tv, KAK JUN ada tak jauh


dari situ sedang cakap telefon dengan mak.
DELILAH biarkan kakak dia menjawab soalan soalan
mak.

KAK JUN
Mak, mak! Jangan panik. Semua tu
Ali yang bersungguh, Lilah takde
apa pun.. betul! Masa saya tanya
dia tadi, dia tenang relaks je.
Tu semua usaha Ali. Bukan Lilah
yang beriya iya… Mana ada saya
kata saya tak kisah pulak, mak!..
Aduh! Mak ni!..

KAK JUN nak hulur telefon kepada DELILAH. DELILAH


mengeleng, cepat bangun dan masuk bilik air. KAK
JUN bengang kena layan mak.

CUT TO:

SC13.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: WAIRAH, MONA

MONA ke ruang tamu. WAIRAH sedang jawab jawab mesej


telefon.

MONA
Kenapa buat Haifa macam tu? Sikit
je budak makan sebab nak tunggu
ayah dia sampai. Buatnya Ali
sampai lambat atau tak jadi
datang? Kelaparan anak kau tu.
15
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Itu sebab Ali akan datang. Dia
tahu anak dia tu macam mana.

MONA
Yalah tapi kenapa sekarang ni,
sejak dua menjak ni kau berubah?
Haifa kata ayah datang makan sini
sama sama. Kau bersungguh balik
masak tiap malam. Apa lagi
muslihat kau ni, Wairah?

WAIRAH
Mana ada muslihat apa apa.

MONA
Kau nak menipu aku ?

WAIRAH
Tak. Benda biasa je. kebetulan
ada masa dia datang sini, belum
makan lagi, salah ke saya ajak
dia makan kat sini?

MONA
Aku tak cakap pun ajak makan tu
salah. Aku tanya apa muslihat
kau? Muslihat tu yang salah.

WAIRAH
Saya nak Haifa selalu ada dengan
ayah dia. dulu akak jugak kata,
saya ni kejam jauhkan Haifa dari
Ali. Sekarang bila saya dah
berubah bagi peluang Ali jumpa
anak dia selalu, pun akak kata
salah? Akak fikir muslihat? Aduh,
kak Mona, saya tak ada niat tak
baik pun!

WAIRAH bangun, ke dapur. MONA rasa macam ada yang


tak kena tapi dia diamkan dulu.

CUT TO:
16
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC14.INT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: FARIDAH, SYAM

FARIDAH masih susah hati, duduk sendiri. SYAM


nampak ibu mertuanya begitu, dia hampiri .

SYAM
Lambat tidur malam ni, mak?

FARIDAH
Adik ipar kamu punya hal lah ni.
Tak boleh mak nak lelap. Susah
hati ni.

SYAM
Tak boleh macam tu mak. Nanti naik
tekanan darah mak pulak. Hal Lilah
tu, dia dah besar, biar dia buat
keputusannya sendiri.

FARIDAH
Kalau salah keputusan dia dan dia
kecewa lagi, lepas tu dia lari
macam dulu?

SYAM
Lilah takkan tergamak buat macam
tu lagi, mak. Percayalah.

FARIDAH
Bila ia libatkan Delilah,
keputusan dia selalu menakutkan
mak.

SYAM
Kita boleh doa, mak. Doa biar kali
ni, apa pun keputusan Lilah tu,
takkan mudaratkan dia dan
keluarga. Biarlah dia dapat rasa
bahagia.

FARIDAH cuba untuk yakin dengan kata kata SYAM


itu.
17
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DISSOLVE TO:

SC15.INT.BILIK HAIFA.PAGI
Watak: ALI, HAIFA, WAIRAH

Pintu bilik dibuka perlahan lahan . WAIRAH suka


lihat ALI tertidur di sebelah HAIFA atas katil.
WAIRAH leka renung ALI.

Perlahan lahan dia dekati ALI, dan sentuh usap


rambut ALI perlahan lahan.

ALI bergerak sedikit. WAIRAH segera bangun dan


keluar dari bilik HAIFA.

ALI dan HAIFA masih nyenyak tidur.

CUT TO:

SC16.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI,PAGI


Watak: WAIRAH, ALI

WAIRAH hidang sarapan pagi. Dia bersemangat


siapkan semua.
Telefon ALI yang ada dekat dengan beg ALI,
berbunyi. WAIRAH pergi tengok dan terkejut lihat
nama DELILAH tertera.

WAIRAH menahan marah. Dia matikan deringan. WAIRAH


letak semula telefon ALI. WAIRAH cuba bertenang.

ALI muncul baru bangun dari bilik HAIFA.

ALI
Abang tertidur ya? Aduhh! Maaf..

WAIRAH
Tak apa. Nak kejut semalam pun
tak sampai hati. Nyenyak sungguh
abang tidur.
18
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Tulah dia.. letih terlebih pulak
semalam. Haifa sekolah hari ni?

WAIRAH
Ya, nak kejutkan dialah kejap
lagi. Abang terima kasih datang
juga walaupun dah lewat dan abang
letih kerja.

ALI
Tak apa. Kalau nak abang hantar
Haifa ke sekolah kejap lagi,
boleh je, kebetulan abang nak
balik rumah. Wairah siapkan dia
dulu.

WAIRAH
Boleh. Terima kasih.. mesti dia
suka sangat, ayah dia nak hantar
sekolah. Abang sarapan dulu ya.
saya siapkan Haifa.

WAIRAH seronok segera ke bilik HAIFA. ALI senyum


juga.

CUT TO:

SC17.EXT.RUMAH SEWA DELILAH.PAGI


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

DELILAH keluar rumah nak pergi kerja. Dia terkejut


lihat HUD SULAIMAN ada depan pintunya.
HUD SULAIMAN
Assalamualaikum , jiran.

DELILAH
Waalaikumsalam, jiran. Kenapa
tunggu depan rumah saya ni?

HUD SULAIMAN
Saya gembira dan berita gembira
selalunya saya akn kongsi dengan
umi saya, tapi hari ini saya nak
kongsi dengan jiran saya juga.
19
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Berita gembira apa?

HUD SULAIMAN
Kes bunuh tuduhan pelajar 12
tahun tu dah selesai dan saya
dapat permohonan ringankan
hukumannya. Dia juga boleh ikuti
sekolah macam yang pakcik saya
ustaz mat buat tu.

DELILAH
Alhamdulillah! Bagusnya, tahniah
tahniah. Awak berjaya buktikan
apa yang awak perjuangkan itu,
bukan hanya untuk kaut untung,
tapi untuk hak anak anak remaja
ini.

HUD SULAIMAN
Ya. terima kasih sebab awak,
saya berjaya!

DELILAH
Eh! Bukan saya pun. Semua
awaklah.

HUD SULAIMAN
Saya sendiri tahu ada sumbangan
awak yang sangat berharga buat
saya, walaupun hati saya ini
belum tentu awak terima sebagai
sesuatu yang berharga juga.

DELILAH tergamam. Tak sangka ayat itu keluar. HUD


SULAIMAN bye bye dan beredar. DELILAH rasa kesal
sendiri.

CUT TO:

SC18.INT.RUMAH MAK SOM.PAGI


Watak: MAK SOM, FARIDAH

FARIDAH masih tak senang duduk. MAK SOM resah sama


tapi dia tak boleh tunjuk pada FARIDAH.
20
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

FARIDAH
Aku tak boleh tidur, kepala ni
dah mula pening.

MAK SOM
Janganlah sampai macam tu. Tak
ada apa apa berlaku pun.

FARIDAH
Ali datang jumpa Ahmad. Dia akan
usaha dapatkan Delilah. Takkan
aku nak biarkan je? Ali tu lelaki
yang hancurkan 12 tahun hidup
anak aku!

MAK SOM
Anak buah aku tu taklah jahat
sangat. semua yang berlaku kan
salah faham dan keadaan yang
berlaku masa tu..

FARIDAH
Janganlah kau pulak kecik hati,
Som! Kau sendiri tahu apa yang
Lilah lalu dulu. Salah ke apa aku
cakap tadi pasal Ali?

MAK SOM
Tak salah dan tak semuanya betul.
Ali dah buat salah, betul. Ali
jugak dah kesal bertahun tahun
merana.
Dan jodoh. Kita tak tahu cerita
jodoh mereka. mungkin betul jodoh
mereka kuat dan akan bersama
juga, takkan kita nak nafikan
ketentuan Allah?

FARIDAH diam mendengarnya.

CUT TO:

SC19.INT.KAFE.SIANG
Watak: DELILAH, ALI
21
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH duduk bersama ALI.

DELILAH
Mak, ayah, kak jun, mak som.
Pastinya ibu dan ayah abang juga,
tak berhenti bercakap pasal kita.
Pasal kedatangan abang semalam ke
kampung. Saya tahu tak semua
setuju dan kalau setuju pun sebab
nak jaga hati Lilah atau abang.

ALI
Itu sebab kita perlu buktikan
kepada mereka, keputusan kita
kali ini, benar. Kalau dulu kita
masih muda, naif banyak perkara,
sekarang tak lagi.

DELILAH
Kita boleh bahagia?

ALI
Kita boleh bahagia. Inilah
saatnya. Bukan masa Lilah umur 19
tahun dulu, tapi sekarang ini.
Tak tahulah kenapa Tuhan duga
kita dengan kesakitan hati yang
amat sangat, tapi sekarang Dia
kurniakan jalan bahagia.

DELILAH
Abang percayakan semua itu dan
sekelip mata abang lupakan
beberapa tahun menjadi suami
Wairah?

ALI senyum saja.

DELILAH
Saya pernah jadi isteri abang,
dan terluka apabila Wairah datang
dalam hubungan kita. Kali ini
Wairah rasa luka yang sama
apabila Lilah pula datang di
antara kalian berdua.
22
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Tak sama. Abang dah bercerai dan
perceraian abang dengan Wairah
bukan pasal Lilah. Dah bertahun
Wairah desak supaya abang
lepaskan dia. kami tak bahagia.
Abang dah cuba, abang tahu Wairah
sangat cintakan abang, tapi…

ALI tatap wajah DELILAH, hatinya jadi sebak. Tidak


mampu berkata kata lagi. DELILAH dapat rasa
kesedihan ALI itu.

DISSOLVE TO:

SC20.EXT.KAWASAN KEDAI KEDAI.SIANG


Watak: HUD SULAIMAN, WAIRAH

HUD SULAIMAN jalan sendiri. Lihat barang jualan


tapi fikirannya ke arah lain. WAIRAH keluar dari
salah sebuah kedai. Dia nampak HUD SULAIMAN. WAIRAH
lambai-lambai. HUD tak perasan, terus jalan.

WAIRAH segera menurti HUD SULAIMAN. Baru HUD


perasan WAIRAH ada. Mereka berbual sambil berjalan
sama.

HUD SULAIMAN
Wairah? Dari mana ni?

WAIRAH
Jauh khayalnya, sampai tak nampak
orang keliling. Ada masalah ke?

HUD SULAIMAN
Punya banyak kes saya berjaya
selesaikan, tapi bila bab hati
perasaan sendiri, saya bingung,
tak jumpa jawapan.

WAIRAH
23
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Faham. Samalah kita. Masalah emosi


dan hati ni, tak ada doktor boleh
sembuhkan. Saya pun sedang lalui,
tapi sekarang rasanya dalam fasa
dapat kawal keadaan.

HUD SULAIMAN
Baguslah macam tu. Saya ni
perempuan yang saya suka, pernah
teruk kecewanya, jadi dia tak
berani memulakan apa apa dengan
lelaki lain termasuk saya.

WAIRAH
Kalau perempuan yang pernah teruk
kecewa, agak komplikated sikit
untuk awak jaga. Sangat
komplikated.

HUD SULAIMAN diam memikirkan. Mereka terus berjalan


tapi dua dua diam.

CUT TO:

SC21.EXT.KAFE.SIANG
Watak: DELILAH, ALI, WAIRAH, HUD SULAIMAN

WAIRAH dan HUD SULAIMAN jalan sehingga mereka


melintasi kafe. HUD pandang arah kafe.

HUD SULAIMAN
Nak makan tak dulu? Fikir hal
perasaan ni, mudah lapar kan?

WAIRAH
Oh ya ke? Ingat tak lalu makan.
Kalau nak makan sedap, ada satu
kedai kat sini. Nak cuba?

HUD SULAIMAN
24
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Boleh je. Mana? Kena bawa kereta


ke?

WAIRAH
Tak payah. Dekat je. Jom!

HUD SULAIMAN dan WAIRAH teruskan jalan. Seketika


kemudian, dari dalam kafe, keluar DELILAH dan ALI.

ALI
Nak balik ke pejabat terus?

DELILAH
Ya , ada banyak kerja .

ALI
Malam ni kita jumpa boleh? Haifa
pun ada.

DELILAH
Haifa? Boleh., rindu kat dia. Tapi
Wairah tahu abang bawa Haifa jumpa
lilah? Wairah tahu kita jumpa ni?

ALI
Tak. Wairah ada jumpa Lilah?

DELILAH
Ada terjumpa. Dia tahu pejabat
kita dekat. Dia tahu Lilah dah
lama balik sini. Dia tahu Lilah
pernah ajar Haifa dulu.

ALI
Dia dah lama tahu maknanya?
Patutlah..

DELILAH
Kenapa?

ALI
Takde apa. Jomlah! Nanti malam
abang datang ambil Lilah ya.

DELILAH setuju. Mereka beredar bersama sama.

DISSOLVE TO:
25
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC22.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: HAIFA, WAIRAH

HAIFA sudah bersiap pakai segak. WAIRAH keluar dari


bilik, terkejut lihat HAIFA bersiap nak keluar.

WAIRAH
Wah! Bukan main bersiap lagi. Nak
ke mana ni?

HAIFA
Keluar dengan ayahlah. Ayah tak
cakap kat mama ke?

WAIRAH
Dia ada kata nak ambil Haifa
keluar makan, tapi bukan main
smart lagi bersiap ni, macam makan
malam istimewa pulak. Ada majlis
ke? Hari jadi nenek ke? Atuk ke?

HAIFA
Tak tahu. Ayah tak cakap, tapi
ayah kata pakai elok elok. Nak
jumpa orang.

WAIRAH
Jumpa orang? Siapa?

HAIFA mengeleng tak tahu. WAIRAH hairan.

CUT TO:

SC23.EXT.KORIDOR RUMAH SEWA DELILAH.MALAM


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

HUD SULAIMAN baru sampai rumah, dia baru nak buka


pintu, nampak DELILAH keluar rumah. Cantik
pakaiannya. HUD SULAIMAN senyum lihat DELILAH.
26
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH jadi segan bila HUD SULAIMAN memerhatikannya


yang akan lalu depan rumah HUD.

HUD SULAIMAN
Assalamualaikum, jiran.

DELILAH
Waalaikumsalam, jiran.

HUD SULAIMAN
Cantiknya.. beruntung siapa yang
keluar sama dengan Lilah malam ni.

DELILAH
Terima kasih.. keluar dengan kawan
dan anak dia je.

HUD SULAIMAN
Baik. Hati hati ya.. tinggalkan
saya makan seorang diri.

DELILAH
Hud!!

HUD SULAIMAN ketawa, saja mengusik DELILAH. DELILAH


ketawa sama. DELILAH beredar. HUD SULAIMAN masih
perhatikan lagi,.

CUT TO:

SC24.INT.KERETA WAIRAH.MALAM
Watak: WAIRAH

WAIRAH memandu dan seperti mencari cari. Dia tak


jumpa, berhenti tepi di kawasan pusat membeli
belah.

WAIRAH cuba telefon HAIFA, tapi HAIFA tak jawab.


WAIRAH mesej anaknya. Dia tunggu. Seketika
kemudian, HAIFA jawab mesej.

WAIRAH baca.
27
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Haifa makan tempat selalu kita
pergi dulu.

WAIRAH fikir di mana yang selalu mereka pergi.

CUT TO:

SC25.INT.KEDAI MAKAN.MALAM
Watak: DELILAH, ALI, HAIFA

DELILAH gembira dapat berjumpa HAIFA. ALI jalan ke


meja makan mereka.

ALI
Meriahnya! Suka dapat jumpa cikgu
ya?

HAIFA
Suka sangat.

ALI
Lepas ni janganlah panggil cikgu
lagi. Panggil ibu Lilah.

HAIFA
Ibu? Cikgu.. eh! Ibu Lilah nak
jadi ibu Haifa ke?

DELILAH
Eh! Mungkin.. tak tahu lagi.

HAIFA
Alah! Jadi jelah ibu Haifa. Haifa
suka. Mama pun tak kisah tu

DELILAH
Mama? ..

DELILAH pandang ALI. ALI hanya senyum. DELILAH jadi


tak selesa.

CUT TO:
28
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC26.EXT.KEDAI MAKAN.MALAM
Watak: WAIRAH, DELILAH, ALI, HAIFA

WAIRAH baru sampai. Dia perhati dari luar. Dia


nampak DELILAH, ALI dan HAIFA di satu meja. Mereka
nampak rancak berbual.

WAIRAH terkejut dan sedih. WAIRAH segera telefon


ALI. WAIRAH perhati dari luar. Nampak ALI jawab
telefon.

WAIRAH
Hello! Abang! Tolong ada hal ni.
Boleh bawak Haifa balik tak? ..
Kena balik sekarang! Tolong
abang!

WAIRAH nampak ALI serba salah dah berdiri dan sedang


cakap dengan DELILAH. WAIRAH segera beredar dari
situ.
CUT TO:

SC27.EXT.PARKING KEDAI MAKAN.MALAM


Watak: DELILAH, ALI, HAIFA

Mereka jalan ke kereta.

DELILAH
Wairah tak suka kita keluar
bertiga ni,.

ALI
Taklah..

DELILAH
Dia tahu tak yang Lilah ada ni?

ALI
29
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Tak tahu. Abang tak perlu beritahu


pun. Dia bukan isteri abang lagi
dan abang tak curang pun sebab
kami tak ada hubungan lagi.

DELILAH
Haifa? Abang bawak Haifa malam ni,
jadi hal untuk Wairah. Dia mungkin
tak kisah abang keluar dengan
saya, tapi dia akan marah bila dia
tahu nanti, abang bawa anak dia
jumpa saya!

ALI diam. DELILAH masuk dalam kereta dengan HAIFA.

CUT TO:

SC28.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: ALI, HAIFA, WAIRAH

WAIRAH buka pintu, buat buat lemah dan nak muntah.


HAIFA terkejut lihat mama dia begitu. ALI bantu
WAIRAH duduk di sofa.

ALI
Kenapa ni? Tadi telefon macam ada
kecemasan.

WAIRAH
Maaf abang.. saya ada kerja luar
sebenarnya, nak bawa Haifa sama,
tapi tiba tiba kepala sakit, saya
pening, muntah dari tadi. Tak
tahu sebab apa..

ALI
Tak makan ke?

WAIRAH
Mungkin kot.. Tak tahulah..
30
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Kita jumpa doktor ya.

WAIRAH
Tak payah. Dah ada ubat. Nak
rehat je terus. Terima kasih
hantar Haifa. Maaf susahkan
abang.

ALI
Takpe.. Wai ok ke ni? Nanti Haifa
sorang kalau awak dah tidur.
Wairah tidur dulu. Abang temankan
Haifa.

HAIFA
Ayah tidur sini lagi? Yeahhh!

WAIRAH
Tak menyusahkan abang ke?

ALI
Takpe. Pergilah tidur.

WAIRAH bangun nak ke bilik tapi kepalanya sakit.


ALI segera bantu, pimpin WAIRAH sampai ke bilik.
HAIFA perhatikan mereka.

CUT TO:

SC29.INT.BILIK WAIRAH.MALAM
Watak: WAIRAH, ALI

ALI baringkan WAIRAH. Selimutkan. ALI perhatikan


sekitar bilik yang dulu biliknya juga. Dia rasa
sayu sendiri.

WAIRAH nampak reaksi ALI itu. Dia menangis. ALI


terkejut, hampiri WAIRAH.

ALI
Wairah? Kenapa sakit ke?

WAIRAH
31
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Abang..

WAIRAH terus pegang tangan ALI. ALI tersentak. Erat


WAIRAH pegang.

WAIRAH
Abang.. Wai perlukan abang..

ALI
Wairah, jangan macam ni. kita dah
tak ada hubungan lagi.. maafkan
abang. Rehatlah. Abang jaga Haifa
di luar.

ALI segera keluar bilik. WAIRAH sedih .

CUT TO:

SC30.EXT.KORIDOR RUMAH SEWA DELILAH.MALAM


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

DELILAH berehat di koridor. Masih pakai baju dinner


tadi. HUD SULAIMAN keluar, hampiri DELILAH.

DELILAH
Tahu tahu je saya ada di luar ya?

HUD SULAIMAN
Kita ada deria rasa yang sama.
Ada yang tak kena masa keluar
makan tadi ke?

DELILAH
Saya Masalahnya pada saya yang
cari masalah. Saya bukan
perempuan baik sangat mcm yang
awak sangka. Saya sangat
pentingkan diri. Dari muda , apa
saja yang saya nak, saya akan
usaha dapatkan walaupun ia akan
menyusahkan saya untuk dapat
sesuatu itu. faham tak?

HUD SULAIMAN
32
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Faham. Saya suka orang yang


berani macam tu, sebab saya tak
diajar begitu. Semua kena ikut
tertib. Tak boleh, lupakan jangan
dipaksa. Jangan susahkan orang,
itu pesan arwah ayah saya.

DELILAH
Bagus macam tu. Saya harap saya
macam tu, tapi tak.. saya akan
lalu masalah ni, tapi saya tetap
degil. Ikut hati sendiri. Awak
pun patut jauh jauh dari saya.
Kalau tak, awak akan lalu masalah
juga dengan saya.

DELILAH murung sendiri. HUD SULAIMAN diam, beri


laluan DELILAH luahkan perasaan yang dipendam.

DISSOLVE TO:

SC31.INT.BILIK WAIRAH.PAGI
Watak: WAIRAH, HAIFA

HAIFA masuk bilik WAIRAH perlahan lahan. WAIRAH buka


mata, HAIFA gembira da peluk WAIRAH. HAIFA panjat
naik atas katil, baring dengan WAIRAH.

HAIFA
Mama dah sihat?

WAIRAH
Dah. Ayah mana?

HAIFA
Ayah keluar beli sarapan.

WAIRAH
Ohh.. semalam Haifa keluar dengan
siapa selain ayah?

HAIFA
Dengan cikgu Lilah.
33
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Cikgu Lilah? Cikgu yang suka buat
milo tu?

HAIFA
Ya, cantik cikgu semalam. Ayah pun
kata cikgu cantik.

WAIRAH rasa cemburu. Dia sabarkan dirinya.

WAIRAH
Apa lagi ayah cakap?

HAIFA
Ayah kata jangan panggil cikgu
lagi. tapi panggil ibu Lilah.
Mama, nanti cikgu akan jadi ibu tu
macam mama jadi mama Haifa kan?

WAIRAH
Hah?.. yalah kot.

HAIFA seronok. WAIRAH pula sakit hati sangat dengar


semua itu.

CUT TO:

SC32.INT.RUMAH SEWA DELILAH.PAGI


Watak: DELILAH, KAK JUN

DELILAH masih baring di sofa. Dia tak ada mood nak


pergi kerja. KAK JUN beri air panas yang dibuatnya.

KAK JUN
Ok, kita berdua je ni. cerita.
Apa jadi semalam.?

DELILAH
Dia bawa keluar makan malam
dengan Haifa dan tiba tiba Wairah
telefon suruh bawa Haifa balik
segera.
34
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN ketawa.

DELILAH
Kenapa? Apa yang kelakarnya?

KAK JUN
Wairahlah! Tak berubah lagi
rupanya dia. Itulah Wairah yang
akak tahu sejak dia masuk campur
dalam rumahtangga korang dulu.
Itu memang cara dia, dan Ali
masih boleh layan dan tak tahu
dia dipermainkan!

DELILAH
Tak baik kita sangka macam tu.

KAK JUN
Tak baik kalau kita biarkan diri
kita dipermainkan macam tu. Kau
kena hati hati Lilah.

DELILAH mengeluh sendiri.

CUT TO:

SC33.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI,PAGI


Watak: WAIRAH, ALI

WAIRAH berbual serius dengan ALI.

WAIRAH
Abang dah memutuskan?

ALI
Apa?

WAIRAH
Abang fikir dengan peluang ke dua
ni, abang akan lebih bahagia?

ALI
Mana awak tahu semua ni?
35
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH keluarkan lukisan yang HAIFA buat. Ada


DELILAH juga dalam lukisan itu. ALI lihat lukisan
anaknya itu.

WAIRAH
Lukisan tu jelas Haifa tulis apa.
Ayah,ibu dan Haifa.

ALI
Tapi dia tak tulis pun nama
Delilah di situ.

WAIRAH
Betul. Tapi saya tanya siapa ibu?
Dia jawab cikgu Lilah! Dia kata ,
ibu nanti boleh tinggal sama
Haifa dan ayah. Nampaknya awak
jilat ludah sendiri ya?

ALI
Kenapa awak nak tahu semua ni?

WAIRAH
Sebab saya mama Haifa. Saya ada
hak untuk tahu siapa ibu baru
Haifa yang akan jaga Haifa juga
nanti! Itu saja sebabnya!!

ALI
Betul ke semua soalan ni demi
Haifa? Betul ke Wairah?!

ALI bengang dan beredar keluar. WAIRAH menahan


marah.

CUT TO:

SC34.INT.BILIK WAIRAH.PAGI
Watak: WAIRAH

WAIRAH masuk bilik, terus lepaskan semua kemarahan


yang dia tahan dari semalam.
36
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH sepahkan barang dan mengamuk sendiri sampai


dia penat dan terduduk. WAIRAH menangis sambil
melepaskan marah dan cemburunya.

WAIRAH
Kenapa Lilah jugak yang kau
pilih??! Kenapa Lilah?! Sakitnya
hati aku ni!!

WAIRAH sendirian dalam keadaan tidak tenteram .

CUT TO:

SC35.EXT.PARKING BANGUNAN PEJABAT.SIANG


Watak: ALI, DELILAH

ALI dalam kereta, rasa stress. Seketika kemudian,


ALI nampak kereta DELILAH tiba. ALI segera keluar
dan DELILAH juga keluar kereta. ALI hampiri DELILAH.

ALI
Maafkan abang hal semalam.

DELILAH
Tak apa. Saya dah boleh agak
semua ni takkan jadi. Kita ni
mungkin tak boleh bersama. Semua
serba tak kena dan saya tak nak
terlibat dalam hal abang dengan
Wairah.

ALI
Tak ada apa apa berlaku. Abang
perlu perjelaskan saja pada
Wairah supaya dia tidak buat
benda benda yang boleh
memudaratkan diri Wairah dan
Haifa terutamanya.

DELILAH
Buatlah apa abang nak buat. Saya
tak boleh nak fikir apa apa
sekarang ni.
37
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH beredar. ALI tenangkan dirinya sendiri.

CUT TO:

SC36.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI,SIANG


Watak: WAIRAH, MONA

WAIRAH masih marah marah, keadaan diri pun tak


terurus. MONA terkejut lihat keadaan WAIRAH itu.

WAIRAH
Dia nak kahwin dengan Lilah
semula! Dia tak nafikan langsung
walaupun dia tak kata ya.

MONA
Tak kisahlah apa yang Ali dan
Lilah nak buat, tapi kau tak boleh
lembik mcm ni, Wairah!

WAIRAH
Aku rampas suami dia dulu,
sekarang perempuan tu balas balik!
Jahatnya dia , lama berdendam dan
dia berjaya kalah kan aku!

MONA
Wairah! Sudah cakap macam ni! Tak
ada siapa pun berdendam dan kau
pun tak payah nak dendam denga
sesiapa pun!

WAIRAH
Dia yang berdendam dengan aku!
Takkan aku nak biarkan anak aku
dirampasnya jugak? Laki aku dia
dah rampas! Aku tak boleh
biarkan!!

WAIRAH melepaskan kemarahannya. MONA usaha


tenangkan.
38
episod 21 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC37.EXT,PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH,

DELILAH nak masuk ke pejabat, telefonnya berbunyi.


Dia jawab.

DELILAH
Assalamualaikum, abang Syam.. ya
kat pejabat ni, kenapa?.. kak jun
ada kat rumah saya ni. dia datang
pagi tadi.. kenapa ni bang?...
hah? Ya Allah!!

DELILAH terkejut dengar berita ibunya.

CUT TO END
BERSAMBUNG
END CREDIT

Anda mungkin juga menyukai