Anda di halaman 1dari 41

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 5

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM
arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1.INT.KERETAPI.SIANG
Watak: DELILAH (masa kini)

KONTI SC10 di episod 1.

Super Text : Januari. 12 tahun berlalu..

DELILAH terlelap tapi tersedar dari mimpi


kenangannya. Dia lihat sekeliling, tahulah dia
masih dalam keretapi.

Dia lihat mesej dalam phone. Ada mesej dari kak


DAYANA.

Teks mesej DAYANA : Dah sampai?

DELILAH tapi mesej: Belum. Sejam lagi rasanya.

DELILAH lihat foto pula, foto dia dengan ibunya


FARIDAH. Dia sabarkan diri supaya tak menangis.

DISSOLVE TO FLASHBACK:

.
SC2.INT.SATU RUANG BERDEKATAN JENDELA
BERTUTUP.MALAM
Watak: DELILAH, KAK JUN (suara)

Super Text: JANUARI

DELILAH pakai baju sejuk (NEW YORK). Dia cakap


telefon dengan KAK JUN. DELILAH takup mulut supaya
kakaknya tak dengar suara sebaknya.

KAK JUN (suara)


12 tahun Lilah. Sangat sangat
lama. Baliklah.. Panjang sangat
rajuk kau tu. Mak sejak akhir
akhir ni kurang sihat. Baliklah..

Terkenang di mata DELILAH wajah mak menunggu depan


pintu rumah kampung. DELILAH rasa sakit sangat
dadanya menahan pilu. Dia duduk bersandar di
dinding, masih lagi pegang telefon.
2
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN (Suara)


Mak terlalu lara bila kau
berpisah tiba tiba dengan Ali.
Betullah kisah kalian tu dah
berakhir lama, sepatutnya kau dah
tak perlu terus lari macam ni.
Dia pun dah terima takdir dan
teruskan hidup dia. Kau kena
lebih lagi bersedia, sebab semua
tu dulu, keputusan kau tinggalkan
dia, tinggalkan kami juga.
Selalu aku bising bising, bebel
kat kau kan.. tapi kali ni serius
aku rayu, baliklah Lilah.. Balik.

DELILAH masih diam tak jawab apa apa tapi keadaannya


sungguh hiba.

DISSOLVE END FLASHBACK:

SC3.EXT.HALAMAN RUMAH AHMAD.PETANG


Watak: DELILAH, FARIDAH

DELILAH jalan kaki sambil tarik 2 beg pakaian


besar. Tiba di hadapan laman rumah. Mulanya DELILAH
tergamam lihat rumah kelahirannya itu masih sama
cuma ada penambahan beberapa hiasan pokok pokok dan
dekorasi laman lebih teratur.

FARIDAH (O.S)
Delilah? Lilah?

DELILAH terkejut, dia pandang ke tepi laman, di


pankin rupanya mak ada duduk menung di situ
sendiri. Nampak pucat dan lemah keadaan mak.
DELILAH tak fikir panjang terus lari salam cium
tangan dan kucup sepuasnya dahi dan pipi mak yang
amat dirindukannya.

FARIDAH ulang lafaz ‘alhamdulillah’ itu saja


diulang semakin lama semakin sebak. DELILAH peluk
lutut mak ulang ulang ucap ‘ampunkan Lilah,mak..’.

FARIDAH tarik DELILAH di hadapannya, dia nak tatap


wajah anaknya ini. Dia yakin ini bukan mimpi.
3
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

FARIDAH peluk lagi erat anaknya tapi dia tepuk


tepuk belakang DELILAH seperti meratib anak kecil.
DELILAH terus merindih rindu dan rasa berdosanya.

DISSOLVE TO:

SC4.INT.DAPUR RUMAH AHMAD.PETANG


Watak: KAK JUN, AHMAD, DELILAH,FARIDAH

KAK JUN sedang goreng jemput jemput ikan bilis.


Sudah hampir siap. Dia dengar seperti orang ke
dapur dan dia sangka itu mak. KAK JUN tak pandang
sambil nak hidang makanan dia bercakap.

KAK JUN
Eloklah mak dah masuk, kita makan
jemput jemput ikan bilis ni ya.
Sedap, panas panas lagi.

Apabila KAK JUN ke meja makan nak letak makanan, dia


tergamam lihat mak berdiri di sebelah DELILAH.
DELILAH menangis tapi masih berdiri sebelah mak. KAK
JUN juga masih berdiri di tempat sama.

KAK JUN
Balik jugak kau, dik.. cukuplah
12 tahun kau buat kami menangis,
12 kali raya kami hajatkan kau
balik tapi sampai habis syawal
bayang kau pun tak sampai.
Cukuplah lepas ni Lilah! Aku tak
boleh tahan tengok mak rindukan
kau! Kalau aku takde pun belum
tentu mak jadi macam ni!

DELILAH angguk angguk dan terus peluk kakaknya. KAK


JUN mulanya tak beri DELILAH peluk tapi DELILAH
berkeras, dia peluk kakaknya dari tepi dan KAK JUN
dapat rasakan dia rindukan adiknya ini.
DELILAH rangkul kepala adiknya dan dia menangis
terduduk di kerusi. FARIDAH sebak sama lihat anak
anaknya itu. DELILAH berlutut tepi kakaknya.

DELILAH
4
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Terima kasih akak tak berhenti


pujuk Lilah balik. Lilah balik
terus ni, Lilah tak pergi mana
mana dah.

AHMAD (O.S)
Alhamdulillah..

Semua terkejut dan toleh di pintu dapur. Ayah baru


balik. Dia gembira bergenang airmatanya juga.
DELILAH lebih sebak dan gembira lihat ayahnya ada.

CUT TO:

SC5.INT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: AHMAD, FARIDAH, DELILAH, KAK JUN

Mereka selesai solat sedang berdoa, selesai doa


mereka bersalaman. DELILAH hampiri ayahnya, tunduk
mohon ampun lagi. FARIDAH dan KAK JUN ada diam
memerhati.

DELILAH
Tak cukup sekali dua saja Lilah
mohon ampun pada mak pada ayah.
Entah kenapa keras begitu lama
hati Lilah ni, langsung tak
balik sini.

AHMAD
Ayah kenal anak ayah ni. Ayah
tahu Lilah terpelihara, selamat
walau di mana Lilah berada. Doa
ayah, mak, kakak dan ramai yang
kenal Lilah, buatkan ayah sangat
percaya ia jadi pelindung kamu.
Alhamdulillah, Allah duga kita
semua dengan rindu yang teramat
lama, ini hikmah hadiahnya
selepas kita terus bersabar dan
berdoa tanpa berhenti.

DELILAH
Terima kasih ayah.. terima
kasih..
5
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AHMAD tenang, rasa amat bersyukur. FARIDAH dan KAK


JUN juga rasai hikmah ini.

CUT TO:

SC6.INT.BILIK DELILAH RUMAH AHMAD.MALAM


Watak: DELILAH

DELILAH simpan telekung. Dia buka salah satu beg


pakaiannya. Dia hanya duduk atas katil dan
perhatikan pakaian pakaiannya itu. DELILAH baru
perasan ada sweater biru langit terselit. DELILAH
bawa keluar.

CUT TO FLASHBACK:

SC7.EXT.TEMPAT REHAT CANTIK DI KL.PETANG


Watak: DELILAH, ALI (semasa mereka baru kahwin)

DELILAH sedang buka bungkusan hadiah. ALI di


hadapannya senyum saja perhatikan DELILAH. DELILAH
buka, ada sweater biru laut (sama seperti di SC6).

DELILAH
Cantiknya, bang.. abang tahu
warna kesukaan Lilah?

ALI
Memang biru ni ke? Abang agak
je. Bila setiap kali jumpa Lilah
sebelum kita kahwin pun, abang
nampak warna Lilah, biru macam
ni. Biru langit pagi.

DELILAH
Langit pagi je? Ni langit petang
pun lebih kurang warnanya.

ALI
Ha ah lah.. biru ketika langit
di cuaca yang selesakan semua.
Tak panas, tak gelap.
Secukupnya. Indah, macam isteri
abang ni.
6
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Abang patut sambung pengajian
sama fakulti seni dengan Lilah,
bukannya ambil medik.

ALI ketawa.

ALI
Apabila hayati kejadian seni
seindah ini, sesiapa saja akan
diberi ilham kagumi dengan
seindah bahasa.

DELILAH rasa amat bahagia. Mereka luang masa berdua.

CUT TO END FLASHBACK:

SC8.EXT.KLINIK DESA DI KAWASAN PEDALAMAN.MALAM


Watak: ALI (masa kini), AZMI

ALI (berpakaian lasak, ada ​stethoscope tergantung di


bahunya) yang keletihan duduk ambil angin sebentar,
tersentak seperti terdengar suara DELILAH. Spontan
dia panggil.

ALI
Lilah?

AZMI
Ali!

AZMI yang muncul belakang ALI. ALI baru sedar ia


igauannya saja. Dia kembali buat biasa.

ALI
Yup?

AZMI
Aslam dah sedar, tapi masih
bingung lagi.

ALI segera bergegas masuk ke dalam.


7
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC9.INT.BILIK DELILAH RUMAH AHMAD.MALAM


Watak: DELILAH, KAK JUN

DELILAH masukkan sweater hadiah ALI itu dalam


plastik dan simpan dalam almari. KAK JUN ketuk pintu
dan masuk. DELILAH segera kesat airmata yang
bergenang, senyum pada kakaknya.

KAK JUN lihat pakaian yang belum dikeluarkan dari


dalam beg.KAK JUN duduk di tepi katil.

KAK JUN
12 tahun Lilah di New York kerja
dengan Metropolitan Arts Museum,
betul?

DELILAH
Ya, dengan MET. Mereka sangat baik
dari hari pertama Lilah diterima
kerja sana. Lilah berjawatan
kontrak tapi 12 tahunlah mereka
sambung kontrak Lilah dan bila
Lilah beritahu nak balik Malaysia,
semua sedih, ada yang sangka gaji
kurang ke, boss Lilah nak naikkan
gaji. Aduhaii baik sangat mereka.

KAK JUN
Alhamdulillah, bagus macam tu.
Rezeki Lilah lama dengan mereka.
Lilah ralat sebab akak paksa balik
sini?

DELILAH
Eh! Tak .. takde.. Bersyukur
sangat Allah lembutkan hati Lilah
bila kali akhir hujung tahun lepas
akak telefon tu. Itu yang buat
Lilah tersedar.. Kenapa selama ni
Lilah sangat pentingkan perasaan
sendiri? Esoknya tu Lilah terus
8
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

buat permohonan untuk balik


Malaysia.

KAK JUN
Syukur sangat. Akak harap Lilah
dapat buka cerita baru yang lebih
baik di sini. Buatlah apa saja
kerja, pergilah KL ke atau mana
mana, asalkan tak susah untuk
Lilah balik sini semula.

DELILAH faham dia juga bersemangat untuk hidup


barunya.

CUT TO:

SC10.INT.KLINIK DESA.MALAM
Watak: ALI, AZMI, ASLAM (awal 20an), PAK
KHALID(ketua kampung)

PAK KHALID salam ALI dan AZMI. ASLAM sudah boleh


berdiri tak sakit sangat lagi tapi masih lemah. AZMI
tolong pimpin dia.

PAK KHALID
Terima kasih Doktor. Nasib baik
doktor ada lagi di sini, tak jadi
balik KL hari ni. Terima kasih
sangat.

ALI
Alhamdulillah.. terima kasih
kembali Pak Khalid. Aslam malam
ni balik rehat dapatkan tidur
yang cukup ya. Esok pagi bangun,
sarapan, lepas tu terus makan
ubat ubat tu. Nanti esok saya
periksa Aslam semula.

ASLAM
Terima kasih Doktor..

AZMI
Ali, aku hantar dorang balik ya.
9
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI benarkan. AZMI bawa ASLAM keluar. PAK KHALID


menuruti. ALI duduk tersandar di kerusi kerjanya.
Kecil saja ruang rawatannya tapi kemas dan dia
selesa. ALI menung jauh. Dia lihat telefonnya tapi
rupanya baru dia sedar bateri dah habis.

ALI malas nak charge. Dia biarkan saja atas meja dan
bangun beredar dari situ.

DISSOLVE TO:

SC11.INT.RUMAH AHMAD.PAGI
Watak: KAK JUN, DELILAH

DELILAH keluar bilik, terdengar heboh suara KAK JUN


cakap telefon. Dia ke arah kakaknya.

KAK JUN
Hello! Aim! Dengar tak mama
cakap? Ya, mama kat rumah tok
lah. Esok balik sini.. tak
bolehlah, lama dah ni. Esok balik
ya… bagi mama cakap dengan MAK
SOM….

DELILAH rasa lucu lihat gelagat kakaknya bebel sama


macam yang dia kena dulu. DELILAH nampak ada foto
KAK JUN, ABANG SHAM dan AIM (umur 6 tahun). DELILAH
ambil foto tersebut.

KAK JUN senyum, dia sambung cakap telefon dengan MAK


SOM pula.

KAK JUN
Mak Som! Ya waalaikumsalam. Mak
Som, janganlah dilayan sangat
kerenah anak Jun tu.. dah berapa
hari dia cuti kat sana. Esok Mak
Som balik bawak dia sama… yalah,
nanti telefon balik esok ya.. Eh!
Ni ada..

DELILAH beri isyarat jangan beritahu dia ada sini


pada MAK SOM. KAK JUN faham.
10
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN
Oklah.. takde apa, lupa dah apa
nak cakap tadi. Takpelah jumpa
esok ya.. waalaikumsalam.

KAK JUN lega dah selesai cakap telefon.

DELILAH
Mak Som tu biar dia balik sini,
Lilah buat kejutan kat dia.

KAK JUN
Kann..

DELILAH
Aim anak akak kan? Tak sabarnya
nak jumpa.

KAK JUN
Tulah dia. Ni dah 3 hari ikut
Mak Som pergi ke Lumut. Tak nak
balik pulak budak tu.

DELILAH
Ohh kisahnya ya. Mesti bijak
anak akak tu..

KAK JUN
Mestilah, tengok mama dia!

DELILAH malas nak dengar ala ala berangan kakaknya


itu. KAK JUN terus sambung bebel dan bercerita itu
ini.

CUT TO:

SC12.INT.KEBUN BUAH AHMAD.SIANG


Watak: FARIDAH, AHMAD

AHMAD sedang susun buah yang sudah dikumpulkan.


FARIDAH datang bawa bekas air dan kuih. AHMAD nampak
isterinya datang.

FARIDAH
Abang, kenapa tinggalkan bekal
ni?
11
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AHMAD
Tulah dia, lupa. Ingat nak patah
balik, tapi rasanya hari ni tak
lama kat sini. Lilah ada kat
rumah, kesian pula kita tak ada
dengan dia.

FARIDAH
Takpe. Saya dengan Jun kan ada.

AHMAD rehat sekejap sambil minum air yang dibawa


FARIDAH.

FARIDAH
Abang, Lilah tu ok ke?

AHMAD
Ok lah kan?

FARIDAH
Hati saya ni rasa macam ada yang
tak selesai. Abang, Ali perlu
tahu tak yang Lilah dah balik?

AHMAD
Eh! Awak ni.. jangan campur hal
mereka tu. Kita doa supaya dia
balik, dah termakbul pun kan?
Jaga baik baik Lilah.

FARIDAH terpaksa iyakan kata kata suaminya tapi


dalam hati, dia masih resah.

CUT TO:

SC13.INT.RUMAH AHMAD.SIANG
Watak: DELILAH

DELILAH surf internet guna laptop. Dia penat salin


info peluang kerja yang ada. Dia hanya duduk diam
12
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

dan pandang ke skrin laptop dengan pelbagai iklan


mencari pekerja.

DELILAH bangun dan sudah letih. Dia jalan ke arah


jendela rumah melihat pemandangan. Telefonnya
berbunyi. Nama DAYANA tertera. DELILAH segera jawab
dengan rasa gembira.

CUT TO:

SC14.INT.KEDAI MAKAN DI KAMPUNG.SIANG


Watak: DELILAH, DAYANA

Mereka berpelukan lama tak jumpa. Duduk berbual.

DAYANA
Sampai tadi lepas telefon Lilah
dan betul tahu Lilah dah ada
sini, baru akak percaya Lilah
balik.

DELILAH
Saya ni.. Lilah sendiri masih
rasa macam mimpi. Masa di New
York, Lilah kerap mimpi balik
kampung, jumpa semua sama macam
ni. Bila terjaga Lilah akan sedih
sebab Lilah masih sendiri. Tapi
sekarang, alhamdulillah.. sungguh
masa ubat Lilah banyak. Masa
sendiri di tempat asing bertahun
tahun.. banyak Lilah belajar kak.

DAYANA
Ali tahu Lilah balik?

DELILAH
Tak dan tak perlu tahu pun. Kami
dah bercerai lama. Dah jadi
sejarah. Saya tak nak ambil tahu
pun pasal dia.

DAYANA
13
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Tapi akak rasa Ali masih ingatkan


Lilah sampai sekarang. Akak tahu
sebab akak tengok sengsaranya dia
bila Lilah tiba tiba hilang dulu.

DELILAH diam saja.

CUT TO FLASHBACK:

SC15.EXT.RUMAH SAID NURSI.PETANG


Watak: ALI, DAYANA

ALI dalam keadaan tidak terurus baring di ruang


rehat halaman rumah. DAYANA datang

DAYANA
Ali..

ALI nampak DAYANA, dia terus bangun nak masuk tapi


DAYANA halang.

DAYANA
Dah 6 bulan.. takkan Ali masih
macam ni?

ALI
Kalau datang sini bukan nak
beritahu dah jumpa Lilah, lebih
baik akak balik je.

DAYANA
Akak datang sebab semua orang
risaukan Ali.

ALI
Semua orang? Akak ada bercakap
dengan Lilah ke? Dapat bercakap
dengan dia? Dia tahu saya macam
ni? Dia tahu?

DAYANA
Ali! Jangan macam ni!

ALI
14
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Akak ada jumpa dia tak? Ada


bercakap dengan isteri saya tak?!

DAYANA
Tak!Takde Ali..

ALI bengang terus masuk rumah.

CUT TO END FLASHBACK:

SC16.EXT.KAWASAN PEDALAMAN.SIANG
Watak: ALI

ALI duduk menung terkenang. Dia duduk dalam kereta


yang berhenti tepi jalan. ALI keluar dari kereta,
lihat jam, sudah lama dia tunggu.

ALI hubungi AZMI.

ALI
Az! Mana kau ni?.. ya kat sekitar
situlah, kereta tak boleh hidup
lagi… kau datang dengan siapa?
oh.. ok. Cepat!

ALI mengeluh. Dia kembali duduk di kerusi kereta.


Masuk mesej nama WAIRAH.

Teks: Bila balik KL? Lama lagi kerja di sana?

ALI mengeluh, dia tak jawab. Dia letak telefonnya di


tepi saja.

CUT TO:

SC17.EXT.KAWASAN KAMPUNG PEDALAMAN.PETANG


Watak: ALI, AZMI, PAK KHALID
15
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Kereta AZMI parking, ALI dan AZMI keluar kereta.


Sambil bawa keluar alatan perubatan, mereka
bercakap.

ALI
Mana satu rumah dia? Kau dah
telefon PAK KHALID? Kita dah
lambat.. lambat!

AZMI
Dahh.. tak jauh pun. Depan tu je.
Hah tu, Pak Khalid..

PAK KHALID segera hampiri mereka, salam dan bawa


mereka ke rumah pesakit. AZMI lupa kunci kereta
pula, dia patah balik. ALI jerit suruh cepat,
biarkan saja. AZMI lari ke arah ALI semula.

CUT TO:

SC18.INT. RUMAH MAN DI PEDALAMAN.PETANG


Watak: ALI, AZMI, PAK KHALID, NISA (pesakit),
MAN(suami NISA).

ALI, AZMI, PAK KHALID masuk dalam rumah. MAN sedang


pangku bahagian kepala NISA. NISA sarat nak
bersalin. ALI periksa NISA. Cekap kerjanya.

ALI sentuh perut NISA dan dia dapat rasakan bayi


dalam kandungan.

ALI
Isteri kamu dah nak bersalin.
Kita kena bawa ke hospital
daerah sekarang jugak. Az!
Tolong telefon bahagian
kecemasan, beritahu kita nak ke
sana.

NISA
Saya tak boleh.. saya tak larat
doktor.. tolong saya..
selamatkan anak saya.. tolong..
16
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Berlalu bleeding dan NISA menjerit kesakitan. ALI


lihat.

ALI
Saya kena bawak awak ke hospital.
Kalau bersalin di sini, saya tak
ada kelengkapan kalau berlaku
pendarahan terus pada kamu dan
kalau ada komplikasi pada anak
kamu.
MAN
Tolong doktor Ali.. selamatkan
isteri dan anak saya..Doktor dah
banyak sembuhkan penduduk sini.
Kami percayakan doktor..

AZMI
Ali?

ALI fikir alternatif apa yang dia boleh buat. Dia


pandang arah beg perubatannya.

ALI
Ok, bawak isteri kamu ke dalam.
Az, Pak Khalid saya perlukan kain
bersih banyak, air, dettol
antiseptik untuk saya sanitasi
alatan perubatan saya.

PAK KHALID
Cecair peluntur tak boleh guna
untuk sanitasi?

AZMI
Tak boleh. Bila kena pada kulit
kita, bahaya sebab ia keluarkan
radikal klorin. Takpe saya ada
bahan antiseptik dalam kereta.

AZMI lari keluar. PAK KHALID ke dapur cari kain dan


air. ALI dan MAN bawa NISA yang menahan sakit ke
dalam bilik.
Darah banyak di lantai.

CUT TO:
17
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC19.EXT.RUMAH MAN DI PEDALAMAN.PETANG


Watak: ALI, AZMI, PAK KHALID, beberapa orang
kampung, NISA (suara)

AZMI dan PAK KHALID menunggu resah di halaman rumah.


beberapa jiran datang sama.

Dengar suara NISA meneran dan suara ALI minta NISA


bertahan dan teran lagi. seketika kemudian, dengar
suara bayi menangis.

AZMI dan semua terkejut dan bersorak gembira,


bersyukur. Seketika kemudian, ALI muncul, berpeluh,
ada terkena darah pada bajunya tapi ALI lega
gembira.

ALI
Alhamdulillah, dua dua selamat,
Man dapat seorang hero yang
sihat.

Semua raikan dan ucap tahniah pada ALI. ALI duduk


kepenatan.

ALI
Az, uruskan bawa isteri Man dan
anak dia tu ke hospital. Biar
dapatkan pemeriksaan susulan.

AZMI
Baik.

AZMI tepuk tepuk bahu ALI tanda syabas. ALI senyum


saja. Dia jalan ke halaman rumah, lihat pemandangan
biru langit yang aman. Dia sebut udara segar. ALI
tatap biru langit awan yang menenangkannya itu,
terkeluar di bibirnya.

ALI
Alhamdulillah..

ALI kemudiannya pandang semula ke langit.

ALI
Delilah..
18
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO FLASHBACK:

SC20.INT.SUDUT DI RAK RAK BUKU KLASIK(NEW


YORK).PETANG
Watak: ALI, DELILAH (setahun lalu)

DELILAH pegang beberapa buah buku sastera, ruang di


sudut rak rak akan sempit sedikit. DELILAH mengundur
sambil mencari tajuk lain di rak, dia langgar orang
bila mengundur.

DELILAH terkejut segera toleh dan dia tergamam. ALI


depannya.

ALI
Allauakbar! Lilah? Lilah ni?
Abang..

DELILAH
Abang di New York?

ALI
Lilah pun ada sini? Selama ni ke?

DELILAH
Ya, Lilah kerja sekitar sini.
Abang?

ALI
Ada seminar perubatan dunia di
sini.. dah 3 hari..

DELILAH
Ohh.. ok..

ALI
Macam mana.. Kita ni.. hampir
10? 11 tahun tak jumpa? Abang..

DELILAH
11 tahun..

ALI terdiam, DELILAH pun terdiam. Saling pandang


tapi masih terpaku, terkejut.
19
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ALI
Lamanya.. sejak..

DELILAH
Sejak abang tinggalkan Lilah?

ALI
Abang tinggalkan Lilah?

DELILAH senyum sinis saja.

ALI
Kita saling salah. Saling tak
faham masa tu. Terlalu muda
jalani alam rumahtangga.

DELILAH hanya gelak saja.

ALI
Allah temukan kita semula,
mungkin kita boleh terus
berhubung? Lama sungguh kita..
Lilah kita boleh jumpa? Telefon?
Emel?

DELILAH senyum, mengeleng dan perlahan lahan beredar


tinggalkan ALI tergamam di situ.

CUT TO END FLASHBACK:

SC21.INT.KEDAI MAKAN DI KAMPUNG.LEWAT PETANG


Watak: DELILAH, DAYANA

DELILAH bercerita tentang flashback itu kepada


DAYANA. Mereka masih di kedai makan konti SC14.

DAYANA
Kenapa akak tak tahu cerita ni?
Tahun lepas Lilah pernah jumpa
Ali di New York? Serius?

DELILAH
Ya, Januari tahun lepas.
20
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DAYANA
Kita ada skpe, video call.. tapi
tak keluar pula cerita ni.

DELILAH
Memang Lilah tak cerita pada
sesiapa pun, sampailah hari ni.
Ya, betul dia masih ingat dan
berharap pada Lilah tapi..

DELILAH senyum dan mengeleng. DAYANA masih lagi baru


terkejut dengan cerita dia baru dengar ini.

DISSOLVE TO:

SC22.INT.DAPUR RUMAH AHMAD.MALAM


Watak: DELILAH, DAYANA, KAK JUN

DELILAH sedang masak, DAYANA tolong. KAK JUN baru


lepas cakap telefon, dia segera ke dapur. KAK JUN
tunjukkan foto di telefonnya. Foto ​Kneeling
Attendant. ​DELILAH pantas menjawab.

DELILAH
Kneeling Attendant? Cambodia.
Kenapa tiba tiba tunjuk foto ni?

KAK JUN
Ingat kawan lama akak nama Nancy?

DAYANA
Ingat. Dia ada galeri di KL,
pernah jumpa dia beberapa kali
tahun lepas.

KAK JUN
Betul. Dia tahu kau dah balik
sini. Dia perlu bantuan
pengalaman kau kerja berbelas
tahun di METS. Ada satu sesi di
galerinya dua hari lagi. Dia
perlukan kau. Ada bayarannya
21
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

untuk pembentang mewakili galeri


dia. Semua info dia akan emel
kalau kau setuju.

DAYANA yang excited dan angguk agguk. DELILAH masih


terpinga-pinga. KAK JUN tanya lagi.

KAK JUN
Nancy dah panik tu. Tolonglah dia
ya. Lilah tahu pasal semua ni
kan?

DAYANA
Dia tahu. Dia boleh tolong Nancy.
Nak aku temankan? Aku pun nak
balik KL esok.

KAK JUN anggap itu sebagai setuju. KAK JUN ucap


terima kasih dan terus telefon NANCY semula.
DELILAH hanya mengeluh dan senyum saja. DAYANA
seronok.

DAYANA
Anggap saja ini permulaan Lilah
kena kerja dan tumpu pada masa
depan di tanahair sendiri. Akak
pun perlu bantuan Lilah ni, tapi
takpe tu kemudian. Kita pergi
tolong Nancy ya.

Lihatkan excited semua, dia pun setuju.

CUT TO:

SC23.INT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: DELILAH, FARIDAH, DAYANA

DELILAH sedang baca emel dari Nancy. Dia catat apa


yang dia perlu buat persediaan. FARIDAH nampak,
hampiri DELILAH.

FARIDAH
Emel dari Nancy ke tu?

DELILAH
Ya. Baru habis baca bahan yang
dia bagi.
22
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

FARIDAH
Dia nak buat ni untuk apa?

DELILAH
Pameran Seni Kemboja di galeri
dia. Nancy jadi penolong kurator
kali ni. Dia cuma perlu seseorang
yang tahu pasal bahan pameran ni
kepada penaja. Kurator dia yang
patut buat tapi kurator tu tak
sihat. Ada di hospital baru
selesai pembedahan jantung,
katanya.

FARIDAH
Ohh.. yalah Nancy tak nak beri
tekanan pada kurator dia. baru
bedah jantung pulak tu. Lilah
boleh tolong dia?

DELILAH
Insyaa Allah Lilah cuba.

DAYANA dari dapur bawa kuih, hampiri mereka.

DAYANA
Kuih ni sedaplah makcik.

FARIDAH
Makanlah.. kamu nak pergi KL esok
ke?

DAYANA
Sepatutnya.. lilah macam mana?

DELILAH
Boleh je tak ada masalah.

FARIDAH
Eloklah. Buatlah kerja baik baik.

FARIDAH beredar ke biliknya. DELILAH menung. DAYANA


dapat agak.

DAYANA
Jangan risau. Kau dah biasa
dengan semua ni.
23
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Tapi Nancy minta saya jangan
sentuh dan tentang kalau penaja
mahukan Kneeling Attendance tu di
pamerkan.

DAYANA
Ohhh ok, faham. Itu sebab dia
perlukan kau. Kak Jun mesti dah
banyak cerita tentang suara
berani kau masa di METS.

DELILAH senyum saja tapi perlu fikirkan secara


serius apa dia perlu buat.

DISSOLVE TO:

SC24.INT.BANDAR KL.SIANG
Watak: DELILAH, DAYANA, SAIFUL

DELILAH keluar kereta. DAYANA ada sama. DELILAH


lihat sekelilingnya. Semakin moden KL.

DELILAH
Lama sungguh tinggalkan semua ni.
Modennya Notingham atau New York,
tepat moden KL yang Lilah suka.

DAYANA
Wah! Patriotik sangat! bagus
bagus.

DELILAH ketawa dengan usikkan DAYANA. Mereka jalan


bersama. Tidak jauh dari situ, SAIFUL sedang jalan
bertentangan dengan mereka. SAIFUL melintasi
DELILAH tapi terhenti langkah SAIFUL.

SAIFUL pandang semula arah DELILAH dan DAYANA. Dia


seperti kenal itu DELILAH. Dia nak panggil tapi
mereka dah jalan jauh.

CUT TO:
24
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC25.INT.KAFE.SIANG
Watak: SAIFUL, WAIRAH

WAIRAH pakai korporat (peguam) sedang leka jawab


mesej dan ada beberapa notes sedang dirujuknya.
SAIFUL sampai.

SAIFUL
Hai darling! Lama sampai.

WAIRAH serius pandang SAIFUL.

WAIRAH
Aku batalkan temujanji aku
dengan sorang anak guam aku
sebabkan kau, tapi perangai kau
tak berubah, macam ni jugak.

SAIFUL
Aduh kau ni. Seriusnya. Ni bukan
mahkamah, tak payahlah gaya
macam nak mendakwa pesalah
pulak.

WAIRAH
Memang sekarang kau pesalahnya.
Aku ada masa 15 minit je lagi,
lepas ni aku kena jumpa anak
guam aku yang betul betul
perlukan khidmat guaman!

SAIFUL
Ok! ok!

SAIFUL hulur surat saman dia pada WAIRAH. WAIRAH


baca dan terkejut.

WAIRAH
Apa kau dah buat sampai mereka ni
nak saman kau 100 ribu?

SAIFUL
Aku tak salah. Nanti aku
ceritalah. Kau boleh tolong aku
tak?
25
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH
Ok. Bagi aku bawak ke pejabat
dulu. Esok aku telefon kau.

SAIFUL
Yaa! Terima kasih Wai..

WAIRAH bangun nak beredar.

WAIRAH
Aku kena beredar dulu kalau dah
takde apa apa. Esok mungkin kau
boleh datang pejabat aku? ok bye.

SAIFUL
Baik.. Eh! Wai tadi aku rasa..
aku rasalah kalau tak silap mata
aku ni, aku nampak Lilah.

WAIRAH
Siapa?

SAIFUL
Delilah.

WAIRAH terkejut.

CUT TO:

SC26.INT.KERETA WAIRAH.SIANG
Watak: WAIRAH

WAIRAH masuk dalam kereta. Dia diam berfikir


sebentar tentang apa yang Saiful cakap tadi. WAIRAH
cuba telefon ALI, tapi tak dapat. Dia bengang.

WAIRAH hubungi MONA.

WAIRAH
Hello! Kak.. ada mana?.. Ohh..
ingat nak jumpa.. takpelah.. esok
je. ok. bye.

WAIRAH jadi resah. Dia malas nak fikir, terus mula


memandu.
26
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC27.EXT.GALERI NANCY.PAGI
Watak: DELILAH, DAYANA, NANCY, TUAN MAZLAN, PEMBANTU
TUAN MAZLAN

DELILAH dan DAYANA disambut mesra oleh NANCY. Sambil


jalan NANCY menerangkan.

NANCY
Terima kasih kerja tiba tiba ni
Lilah terima. Lilah penyelamat
saya.

DELILAH
Saya tak pastilah saya dapat
bantu ke tidak, saya cuba.

DAYANA
Ni pameran khas artifak Kemboja?

NANCY
Ya. Kemboja negara yang terganggu
banyak masalah sosial dan
peperangan. Artifak mereka banyak
dicuri sekitar 1970 hingga 1990.

DELILAH
Ya, dan muzium seluruh dunia
sekitar 1990an memang amalkan
polisi tak lagi tanya secara
terperinci tentang item yang
didermakan atau dijual oleh
individu.

NANCY
Itu isunya dan saya tahu Lilah
faham motif pertemuan ini kan?

DELILAH
Faham! Dunia Barat ni terlalu
oportunis dalam hal macam ni dan
orang kita tak patut terpengaruh!
27
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

TUAN MAZLAN dan pembantunya dah ada berdekatan


mereka. Dia dengar.

TUAN MAZLAN
Ya, itu sangkaan nakal tentang
Barat! Hai, saya Mazlan dan ini
pastinya Puan Delilah Azilah
Ahmad?

Yang lain tergamam. DELILAH hanya sempat angguk dan


mereka bersalaman.

NANCY terus pelawa TUAN MAZLAN ke ruang


presentation. Diiringi oleh pembantu TUAN MAZLAN.

DELILAH dan DAYANA saling berpandangan dan senyum.

CUT TO:

SC28.INT.DEWAN MESYUARAT/ MINI STAGE GALERI.SIANG


Watak: DELILAH, DELILAH, DAYANA, NANCY, TUAN MAZLAN,
PEMBANTU TUAN MAZLAN

Ruang yang selesa tidak terlalu formal, ada ruang


tayangan video atau slide. DELILAH sudah selesai
perbentangan slide dengan lukisan lukisan unik dari
Kemboja. TUAN MAZLAN beri arahan kepada pembantunya
untuk pasang slide dia pula. DELILAH masih tenang.

TUAN MAZLAN
Tak ada yang saya tak setuju
dengan senarai dan penerangan
puan. Tapi saya rasa puan
tertinggal dua artifak yang saya
mahu galeri ini bawa dan
pamerkan. Saya sanggup bayar
berapa pun.

Pembantu tuan mazlan tayang video atau slide


artifak ​kneeling attendance​ dan Duryodhana.

DELILAH
Saya sudah maklum hasrat tuan
itu, tapi setelah perbincangan
28
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

dengan kurator lain juga, dan


pendapat saya sendiri, tidak
molek mencari balah.

TUAN MAZLAN
Tidak perlu berbalah pun.

DELILAH
Kemboja sudah buat tuntutan rasmi
untuk patung ini. Jadi janganlah
mencari pasal dengan menjadikan
ia sebahagian pameran.

TUAN MAZLAN ketawa sinis.

TUAN MAZLAN
Kenapa takut Puan Delilah?
Bukankah puan dah banyak
pengalaman pelbagai pameran yang
lebih kontroversi semasa di New
York?

DELILAH
Saya tidak mahu galeri ini malah
Malaysia terjejas dengan isu yang
pasti akan jadi liputan luas.

TUAN MAZLAN
Ini publisiti mudah dan percuma,
Delilah! Kenapa takut? Orang yang
dah kerja lama, dah jadi orang
Amerika macam puan, patut tak
macam ni.

DELILAH
Saya bukan orang Amerika. Saya
orang Malaysia!

TUAN MAZLAN terdiam.

TUAN MAZLAN
Oklah, tapi kenapa tak boleh
dipamerkan? Saya masih tak nampak
masalahnya. Ia dicuri?

DELILAH
29
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Saya rasa tuan dah tahu tentang


artifak ini , sebelum mahu
pamerkan patung yang memang dah
dicuri tahun 1970 di Kuil Prasat
Chen Wilayah Siem Reap, Kemboja
ni! Patung itu dipercayai
diseludup keluar dari Kemboja
melalui Thailand.

TUAN MAZLAN
Wah! Senang ya patung seberat 200
paun diangkat dan diseludup ya?

TUAN MAZLAN ketawa, PEMBANTU nya juga ikut ketawa.


DAYANA dan NANCY mula resah. DELILAH masih tenang
dan senyum tapi tegas.

DELILAH
Ia dipisahkan kepada 4 bahagian
sebelum dijual!

TUAN MAZLAN
Itu spekulasi.

DELILAH
Ini fakta, tuan. Arkeologist
warga British di Thailand,
Douglas A.J Latchford takkan tuan
tak kenal? Sudahlah jajah negara
orang, harta orang pun dicuri.
Saya tak mahu pameran ini nanti
terganggu. Demi kebaikan kita
negara Asia Tenggara. Saya
percaya tuan juga seorang patriot
dalam bidang kita kan? Kami amat
hargai tuan mahu bersama sama
kami menaja pameran ini.

TUAN MAZLAN terus berubah cara senyumnya. Dia suka


cara DELILAH tegas, diplomasi dan bijak tangani
tekanan. NANCY lega lihat reaksi TUAN MAZLAN itu.
DELILAH juga senyum sempat pandang DAYANA yang buat
gaya tepuk tangan.

DISSOLVE TO:
30
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC29.INT.RESTORAN KL.MALAM
Watak: DELILAH, DAYANA

DAYANA lihat DELILAH makan bersungguh sungguh, macam


lapar sangat. DAYANA ketawa lihat gelagat DELILAH.

DELILAH
Apa?

DAYANA
Nampaknya hujah dengan Tuan
Mazlan tadi, buatkan Lilah lapar
sangat ya?

DELILAH
Kannn.. geram sebenarnya sebab
rupanya orang di sini yang
berduit, perangainya sama je
dengan orang di luar negara. Sama
je rakus tamak sampai tak nak
fikir sebab akibat apa yang
mereka akan buat.

DAYANA
Sama je kalau dah namanya sifat
manusia, zaman apa pun sama!

DELILAH
Tapi kan..rasa puas, lega. Elok
jugaklah Nancy telefon Kak Jun
mintak tolong tu.

DAYANA
Faham dan akak pun senang hati
lihat semangat Lilah macam ni.

DELILAH gembira sama, terus sambung makan.

CUT TO:

SC30.INT.RUMAH MAN PEDALAMAN.MALAM


31
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Watak: ALI, AZMI, MAN

ALI juga sedang bersila makan makan, juga berselera.


AZMI, MAN memerhatikan saja ALI. ALI baru perasan.

ALI
Kenapa?

MAN
Nak sediakan air lebih ke? Takut
tercekik..

AZMI
Senang hati kau hari ni ya? Dah
selera makan.

ALI
Senang hati apanya.. kalut lagi
ada ni, tu yang terlebih makan
kot?

MAN
Oh bukan kalau susah hati kalut
tu, tak lalu makan, doktor?

AZMI
Lain orang lain resmi badannya.

MAN
Betul jugak tu. Doktor makanlah
banyak mana pun, hati saya yang
senang sekarang sebab doktor
selamatkan isteri dan anak saya.
Doktor, saya beri nama anak saya,
Ali.

ALI tersedak.Tak sangka. AZMI suka.

MAN
Saya nak dia besar nanti, dia
tahu nama tu sempena nama doktor
yang sanggup buat apa saja untuk
selamatkan mak dan dia juga.

ALI tak tahu nak cakap apa, dia terharu.


32
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC31.EXT.RUMAH MAN PEDALAMAN.MALAM


Watak: ALI

ALI duduk rehat di luar selepas makan. Dia lihat


mesej dari WAIRAH.

TEKS: Abang masih di sana? Tolonglah jawab mesej


Wai ni.

ALI mengeluh dan dia jawab juga. ALI taip.

ALI TEKS: Ya masih di sini, banyak kerja lagi.


Jangan risau, abang baik saja. Wai jaga
diri.

ALI teragak nak send atau tidak, tapi kemudian dia


send juga. ALI kembali masuk ke dalam rumah.

DISSOLVE TO:

SC32.INT.KERETA DAYANA.PAGI
Watak: DELILAH, DAYANA

Kawasan perumahan elit. DAYANA pandu masuk ke


kawasan perumah, DELILAH terkejut. Dia pandang
DAYANA. DAYANA perasan DELILAH pandang pelik begitu
padanya.

DAYANA
Ya, ni jalan nak ke rumah mertua
Lilah.

DELILAH
Bekas mentua.

DAYANA
33
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya, ya.. tapi bukanlah kita nak


ke sana. Akak nak singgah ambil
barang di kawasan perumahan
sebelah ni. Ikut jalan pintas.
Ada rumah kawan akak.

DELILAH
Ohh..

DAYANA
Kenapa? Lilah nak singgah jumpa
makcik Sufiah?

DELILAH
Eh! Takdelah.. tak payah.

DAYANA
Dia tahu tak Lilah dah balik?

DELILAH hanya mengeleng. Hatinya jadi sayu pula


terkenang wajah mentuanya. DELILAH pandang keluar.

CUT TO FLASHBACK:

SC33.INT.RUMAH SAID NURSI.MALAM


Watak: ALI, DELILAH, SUFIAH, SAID NURSI

INI IALAH REPEAT SC6 DI EPISOD 4 UNTUK FLASHBACK


(sama tak ada penambahan)

ALI tolong bawakan beg ibu ayah ke kereta. DELILAH


baru keluar dari bilik. SUFIAH nampak, SAID NURSI
yang baru keluar dari bilik air juga nampak DELILAH
nampak agak pucat.

SUFIAH
Lilah, kamu ok ke ni?

SAID NURSI
Lama jugak kamu tidur dari balik
kampung tadi kan? Mesti lapar tu,
hidang makan dia dulu..

DELILAH
34
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Eh! Takpe ayah.. Takpe ibu, Lilah


tak nak makan lagi, tadi ada roti
dalam bilik, dah makan. Kejap
kejap lagilah ya. Jangan risau,
Lilah ok.

ALI baru masuk ke rumah semula.

SUFIAH
Kalau sakit, rasa tak sedap badan
ke, beritahu cepat tau. Ali kamu
tu kena jaga Lilah ni.

ALI
Doktor Ali kan ni. Ibu jangan
risaulah.
SAID NURSI
Yalah. Ayah ibu pergi dulu ya.
Nanti lagi lambat sampai sana.

DELILAH
Hati hati ayah. Ibu.

DELILAH salam ibu dan peluk erat seperti terasa dia


nak berpisah jauh pula. SUFIAH juga dapat rasakan.
Dia tatap wajah menantunya. DELILAH cuba untuk
senyum.

SUFIAH
Jaga diri baik baik ya.

DELILAH iyakan. DELILAH salam SAID NURSI juga. ALI


salam ibu ayahnya. DELILAH perhati saja tapi hatinya
jadi sayu sendiri.

CUT TO END FLASHBACK:

SC34.EXT.KAWASAN PERUMAHAN ELIT.PAGI


Watak: DELILAH, DAYANA

Mereka menunggu depan kereta DAYANA. Kereta parking


berdepan dengan sebuah rumah (kawan DAYANA).

DELILAH
35
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Itulah kali akhir Lilah jumpa


ibu. Masa kami berpelukan sebelum
ibu bertolak ke Kuala Terengganu,
Lilah dapat rasa sesuatu. Macam
nak berpisah lama. Masa tu tak
terfikir akan jadi macam macam
hal antara Lilah dan Ali.. bila
fikir balik, kesian kat ibu dan
ayah mentua Lilah,kak. Mereka tak
salah apa apa pun. Mereka sangat
sayangkan Lilah.

DELILAH segera kesat airmata yang dah bergenang.


DAYANA diam saja mendengar semua itu.

DAYANA
Akak pun rasa bersalah.. Masa
akak dah tahu Lilah ada di mana,
hati ni memang nak beritahu
terutama autie Sufiah.. tapi
sebab akak pegang janji dengan
Lilah untuk rahsiakan..

DELILAH
Akak tak salah apa apa. Akak
amanah pegang janji.

DAYANA senyum. Telefon DAYANA bunyi segera DAYANA


jawab.

DAYANA
Hello! Kau kat mana?.. aku dah
sampai depan rumah kaulah.. yalah
cepat sikit. Ok bye.

DELILAH diam saja fikirannya masih teringat ingat


salah salahnya.

CUT TO:

SC35.INT.RUANG REHAT DI GALERI.SIANG


Watak: DELILAH, DAYANA, NANCY

Mereka duduk berbual bertiga.


36
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

NANCY
Semua dah selesai. Baru jam 9
pagi tadi, Tuan Mazlan sendiri
telefon dan bersetuju ikut semua
yang kita susun dan yang Lilah
bentangkan semalam. Dia tak tokok
tambah. Dia juga dapat tahu dari
KDN juga tentang isu patung tu.
Mujurlah Lilah bertegas dan beri
dia faham. Terima kasih sangat.

DELILAH
Alhamdulillah. Terima kasih juga
percayakan saya. Saya bimbang
juga kalau cakap saya boleh beri
kesan negatif pada galeri ni.

NANCY
Oh tak sebab sepanjang Lilah di
METS, ramai kurator di sini yang
tahu perkembangan Lilah. Kejayaan
Lilah beri nama baik pada negara
ni.

DAYANA
Betul tu. Saya selalu beritahu
dia bila dapat berhubung dengan
dia masa dia di sana, tapi Lilah
kan, dia mana pernah layan semua
perhatian yang macam tu. Risau
kalau terlebih publisiti tentang
dia, ada pulak yang datang cari.

NANCY faham maksud sinis DAYANA itu. Dia ketawa.


DELILAH pun faham usikan DAYANA.

NANCY
Urusan pembayaran untuk Delilah
sudah dalam proses. Ni nak balik
kampung terus atau masih ada di
KL?

DELILAH
37
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Balik kampung. tak puas ada di


sana setelah 12 tahun tak balik
kan..

NANCY
Ya ya faham. Baik sampai jumpa
lagi ya. sampaikan salam pada mak
ayah Lilah dan si Jun tu.

Mereka bersalaman berpelukan dan beredar.

CUT TO:

SC36.INT.KERETA DAYANA.SIANG
Watak: DELILAH, DAYANA

DAYANA memandu. DELILAH di sebelah sedang jawab


mesej sambil senyum senyum.

DAYANA
Senyum senyum.. siapa tu ada buah
hati baru ke?

DELILAH
Ish! Akak ni. Seriklah. Ni jawab
mesej Kak Jun. Kak jun tu dalam
mesej pun nak bebel. Dia suruh
balik cepat.

DAYANA ketawa dan faham kerenah KAK JUN.

DAYANA
Lilah, bab jodoh jangan cakap
serik. Awak muda lagi, manalah
tahu Allah duga dah lama, nanti
dia beri nikmat baru, jodoh baru?

DELILAH
Rasanya akak tu kena cari buah
hati dulu. Orang bujang dah lama
ni kena dicarikan jodoh.

DAYANA
Eii takdelah.Akak akan makin
sibuk sebab sekolah khas yang
38
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

akak uruskan nak mula dan dah


dapat bantuan kerajaan untuk
luaskan lagi peranannya. Akak pun
berurusan dengan projek di bawah
kelolaan UNESCO.

DELILAH
Menarik tu. Lilah suka jadi
pendidik tapi yang khas macam ni.
Yang istimewa.

DAYANA
Memang itulah hajat akak pun
sebenarnya nak cakap dari hari
tu. Tapi akak sangka Lilah nak
terus sambung profesi sebagai
kurator galeri?

DELILAH tak jawab dia memikirkan.

DISSOLVE TO:

SC37.INT.RUMAH AHMAD.MALAM
Watak: DELILAH, FARIDAH, AHMAD

DELILAH duduk rehat di ruang tamu dengan mak ayah.

DELILAH
Sunyi pulak kak jun takde kan?
Dia ambil anak dia , esok balik
kan?

AHMAD
Esok baliklah tu. Patut Mak Som
hantar tapi Mak Som ada hal lain
pulak. Jadinya lepas ni apa
rancangan Lilah.

FARIDAH
Nancy ada tawarkan kerja tak kat
galeri.
39
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Taklah mak. Lilah ingat tak nak
kerja macam tu lagi di sini.
Lilah masa belajar, bidang seni
dan sastera dalam pendidikan pun
Lilah ambil dan suka. Kak Dayana
ada tawarkan tadi untuk sekolah
khas dia tu.

FARIDAH
Ya, mak pun ada terfikir jugak.
Bagus tu.

DELILAH senyum, dia pandang ayahnya. AHMAD buat


tanda isyarat bagus pada DELILAH.

CUT TO:

SC38.INT.RUMAH ALI DAN WAIRAH DI KL.MALAM


Watak: WAIRAH

WAIRAH keluar bilik, ruang tamu dah gelap. Dia buka


lampu kecil. Nampak foto WAIRAH dan ALI pakai baju
pengantin dan di sebelahnya foto WAIRAH, ALI dan
HAIFA (usia 6-7 tahun).

Wajah ALI senyum sikit saja. WAIRAH dan HAIFA yang


lebih ceria.

WAIRAH duduk sebelah berdekatan foto foto. Dia tatap


dan dia telefon ALI.

WAIRAH
Hello! Abang.. akhirnya jawab
juga Wai telefon. Baliklah sini,
ada banyak perkara belum selesai
ni. Jangan terus lari.. ya abang
lari ni!.. Abang.. Abang? Hello!

WAIRAH sakit hati telefon diputuskan. WAIRAH tolak


foto mereka, jatuh pecah.

CUT TO END.
40
episod 5 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

BERSMBUNG..
END CREDIT.

Anda mungkin juga menyukai