Anda di halaman 1dari 40

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 14

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM

arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1.INT.PEJABAT UNESCO.PAGI
Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN (suara)

DELILAH jawab panggilan telefon. Dia tak kenal


nombor. Sambil jawab dia membelek jambangan bunga
atas mejanya itu.

DELILAH
Assalamualaikum..

HUD SULAIMAN (suara)


Waalaikumsalam, Delilah. Sudah
tersenyum atau semakin masam muka
tu?

DELILAH
Maaf, siapa ni?

HUD SULAIMAN (suara)


Jiran.

DELILAH terkejut. Dia pandang bunga depannya.


DELILAH dah tak tahu nak cakap apa. Dia terus
tamatkan panggilan. Kemudian baru dia perasan dia
buat macam tu.

INTERCUT TO:

SC2.INT.BILIK PEJABAT PEGUAM HUD SULAIMAN.PAGI


Watak: HUD SULAIMAN, DELILAH (suara)

HUD SULAIMAN terkejut panggilan dimatikan. HUD


SULAIMAN terasa lucu pula.

Bilik seorang peguam nampak kemas dan ada foto HUD


SULAIMAN segak pakai sut. Dan atas meja ada nama
HUD SULAIMAN dan nama syarikat Sulivan, Hud &
Associate.

HUD SULAIMAN dail semula.

HUD SULAIMAN
Assalamualaikum.. tak suka
bunga ros?

CUT BACK TO:


2
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1A. INT.PEJABAT UNESCO.PAGI


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN (suara)

DELILAH berdiri berlegar legar depan mejanya sambil


bercakap telefon.’

DELILAH
Suka.. terima kasih, jiran. Ros
kuning yang cantik.

HUD SULAIMAN (suara)


Yang cantik saja untuk Delilah
yang manis.

DELILAH
Terima kasih, lama dah tahu..
tapi macam mana awak boleh taju
nama saya ni? Nombor telefon saya
pun awak tahu? Bahaya ni.

HUD SULAIMAN (suara)


Jangan takut, saya bukan orang
jahat. Saya yang selalunya
pastikan orang jahat kalah kes di
mahkamah dan dipenjarakan.

DELILAH
Peguam? Lagi bahaya! Nak cari
salah orang je. Tapi masih tak
terjawab macam mana boleh tahu
pasal saya ni?

INTERCUT TO:

SC2A. INT.BILIK PEJABAT PEGUAM HUD SULAIMAN.PAGI


Watak: HUD SULAIMAN, DELILAH (suara)

HUD SULAIMAN cakap telefon.

HUD SULAIMAN
Saya boleh jawab, boleh terangkan
semua tu tengahari ni, masa saya
bawa Delilah makan tengahari.
Boleh?
3
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH (suara)
Baiknya, tapi saya tak keluar
dengan bukan mahram.

HUD SULAIMAN
Ohh.. kalau macam tu saya hantar
pinangan terus kepada keluarga
awak?

Terus senyap tak berjawab.

HUD SULAIMAN
Delilah? Ada lagi ke tu?

DELILAH (suara)
Jangan buat lawak ya, jiran.

HUD SULAIMAN
Saya seriuslah.

DELILAH (suara)
Saya kenal awak pun tidak.

HUD SULAIMAN
Ya, tapi kalau sudah jadi suami
awak, awak punya banyak masa
untuk mengenali saya.

CUT BACK TO:

SC1B. INT.PEJABAT UNESCO.PAGI


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN (suara)

DELILAH nak ketawa tapi dia tahan. Dia duduk dan


cakap perlahan supaya tak ada yang dengar.

DELILAH
Awak ajak saya kahwin? Awak yang
saya tak kenal asal usul, nama
apa pun saya tak tahu..

HUD SULAIMAN (suara)


4
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Saya boleh hantarkan resume kalau


awak mahu. Saya sangat serius
Delilah Azilah Ahmad Lokman.

DELILAH terus tergamam. Nama penuh dia pun lelaki


ini tahu?

HUD SULAIMAN (suara)


Ok, sampai jumpa lagi.

DELILAH
Nanti.. apa nama awak, jiran?

HUD SULAIMAN (suara)


Hud Sulaiman.

DELILAH
Hud? Ok..

HUD SULAIMAN (suara)


Ok. Nanti buka emel ya.
Assalamualaikum, jiran.

DELILAH
Waalaikumsalam.

Tamat perbualan tapi DELILAH masih tergamam. Tak pasti


nak fikir nak rasa bagaimana. Bunga ros kuning
disentuhnya sambil kepala rancak berfikir.

CUT TO:

SC3.INT.RUANG REHAT PEJABAT UNESCO.PAGI


Watak: DELILAH, WAN RUBY

WAN RUBY bawa kotak berisi alat tulis. Dia nampak


DELILAH duduk seorang diri, menung jauh. WAN RUBY
hampiri DELILAH.

WAN RUBY letak dulu kotak. Dia duduk sebelah DELILAH


tapi DELILAH masih khayal.
5
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAN RUBY
Kau ok ke, Lilah?

DELILAH
Wan!.. aku? Kau mesti tak percaya
kalau aku cerita.

WAN RUBY
Beritahu jelah.

DELILAH
Ingat lelaki yang terlanggar aku
dulu tu?

WAN RUBY
Ohh.. Hud Sulaiman? Dia ajak kau
keluar ke?

DELILAH
Macam mana kau tahu nama dia?

WAN RUBY
Kad nama yang bagi tu.

DELILAH
Kad nama?

WAN RUBY
Ya, dia nak bagi kat kau tapi
masa tu kau dok bebel kat dia,
terus masuk dalam kereta, dia
bagilah kad dia tu kat aku. Ada
aku simpan. Dia ajak kau keluar
ke? Dia yang bagi bunga atas meja
kau tu?

DELILAH
Tak dan ya. bunga tu ya. keluar
ada ajak tapi tak.

WAN RUBY
Apa tu? Dia ajak kau keluarlah
kan?

DELILAH
Dia ajak aku kahwin.
6
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAN RUBY terperanjat terus ketawa kuat. DELILAH


suruh perlahankan suara.

WAN RUBY
Aku terkejut tapi seronok. Oklah
tu, handsome. Segak. Macam
pelakon ala ala Korea kan? sikit
sikitlah.

DELILAH
Mana ada! Mata kau ni..

WAN RUBY
Kalau betul, apa salahnya. Kau
pun dah berbelas tahun hidup
sendiri.. sunyi kan?

DELILAH malas nak layan WAN RUBY yang terlebih


teruja itu. DELILAH ke mejanya semula. WAN RUBY
ketawa seronok.

CUT TO:

SC4.INT.PEJABAT PEGUAM HUD.PAGI


Watak: HUD SULAIMAN, AZRI (rakan penyelidik), WAIRAH

HUD SULAIMAN keluar dari biliknya, wajahnya masih


tak lekang senyum. Dia terkejut apabila AZRI ada
depannya.

HUD SULAIMAN
Azri! Kau ni..

AZRI
Lama dah aku tak tengok kau
senyum macam tu. Rasanya kes
Vincent menentang dua rakan
kongsinya tu bukan kes yang
melucukan..

HUD SULAIMAN
Kes tu dah selesailah. Takkan dah
lupa.
7
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AZRI
Iya kan? Tu sebab senyum tuan Hud
Sulaiman?

HUD SULAIMAN terpandang WAIRAH yang baru sampai.


Nampak tergesa sebab lambat. AZRI juga pandang.
WAIRAH lalu depan mereka.

WAIRAH
Selamat pagi.. tuan Hud..dan..
maaf saya masih nak cuba ingat
nama di sini.

HUD SULAIMAN
Azri namanya, ketua penyelidik
hebat untuk firma guaman di sini.
Dan tak perlu panggil saya tuan.
Hud cukup ya.

WAIRAH senyum dan minta diri beredar ke biliknya. HUD


SULAIMAN dan AZRI beri laluan. AZRI senyum nakal.

AZRI
Senyum kerana peguam baru tu ke?
Lupa tanya nama.

HUD SULAIMAN
Puan Wairah namaya. Puan ya. Dan
bukan itu sebab aku senyum.

HUD SULAIMAN beredar. AZRI senyum pula.

CUT TO:

SC5.INT.BILIK KERJA WAIRAH.PAGI


Watak: WAIRAH

yang belum di keluarkan lagi. bilik tak berkemas


habis.

WAIRAH duduk dulu, tenangkan diri. Dia lihat


biliknya, sendiri mengeluh.
8
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAIRAH nampak ada beberapa file kes di atas meja.


WAIRAH lihat, semak.

WAIRAH
Semua ni kes aku kena ambil?

WAIRAH dah rasa penat. Dia ke tepikan barang lain


dan ambil file paling atas, dan baca kes.

CUT TO:

SC6.INT.BILIK PERBINCANGAN PEJABAT PEGUAM.SIANG


Watak: HUD SULAIMAN, AZRI, WAIRAH, 2 PEGUAM

HUD SULAIMAN sedang menerangkan.

HUD SULAIMAN
Ada dua istilah mengikut kajian
National Incidence Study di
Amerika, iaitu ​Broad Scope d ​ an
‘​Policy Focal’.
Broad Scope merujuk kes ahli
keluarga mengambil anak yang di
bawah perlanggaran perjanjian
penjagaan atau gagal menyerahkan
anak pada penghujung perjanjian
lawatan yang telah dipersetujui.
Atau mengambil anak sehari tanpa
memulangkan.

WAIRAH
Policy Focal pun sama kes Broad
Scope atau salah satu ciri yang
ada?

HUD SULAIMAN
Betul.Ia boleh diterima sebagai
kes penculikan juga.Di sini kita
perlu teliti lebih lagi supaya
kes dakwaan keluarga En Osman ini
benar terhadap bekas isterinya.
9
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Semua faham. WAIRAH seperti menung jauh pula. HUD


SULAIMAN nampak reaksi WAIRAH itu tapi dia diamkan
dulu.

CUT TO:

SC7.INT.PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH, SYED NAHAR

DELILAH sedang buat kerja. Bunga masih ada di atas


meja. SYED NAHAR ke meja DELILAH. Dia sentuh sentuh
bunga.

DELILAH
Ya, En Syed Nahar?

SYED NAHAR
Kes Danial Shafiq. Kita dapat
untuk bahan laporan Unesco. Ustaz
Mat dari sekolah integrasi
penjara setuju untuk datang
jumpa.

DELILAH
Betul? Alhamdulillah. Bila dia
telefon?

SYED NAHAR
Tadi pagi, masa kau sibuk
memikirkan konflik jiwa dan bunga
ni. masa tu akulah yang uruskan
Ustaz Mat!

SYED NAHAR beredar, suka menyakat DELILAH. DELILAH


ketawa.

DELILAH
Terima kasih Syed!

SYED NAHAR angkat tangan sambil jalan ke mejanya.


DELILAH lega projeknya dapat dibuat. Dia tatap bunga
depannya ini.

CUT TO:
10
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC8.INT.PEJABAT PEGUAM HUD.SIANG


Watak: HUD SULAIMAN, WAIRAH, SETIAUSAHA

HUD SULAIMAN sign surat di meja setiausahanya. HUD


SULAIMAN nak beredar, WAIRAH panggil.

WAIRAH
Maaf saya tak sempat lagi nak
ucap terima kasih sebab
pertamanya tawarkan saya bekerja
di sini dan terima kasih memahami
keadaan saya sebelum ni yang
terpaksa mula kerja di sini
lambat sedikit dari tarikh yang
sepatutnya.

HUD SULAIMAN
Tak ada masalah. Mr Sulivan pun
terangkan kepada saya tentang
situasi puan sendiri yang baru
dalam proses transisi selepas
perceraian. Saya faham.

WAIRAH
Ya, saya tak sepatutnya campur
adukkan hal peribadi dengan
kerja.. maaf sekali lagi.

HUD SULAIMAN
Saya harap kami tak salah
tawarkan puan bekerja bersama
kami di sini. Berikan kualiti
kerja yang terbaik seperti mana
reputasi puan sebelum ini yang
baik di firma guaman yang dulu.

WAIRAH
Baik.. dan Hud, tak perlu
berpuan. Saya bukan puan sesiapa
pun lagi dah sekarang. Wairah
cukup.

HUD SULAIMAN faham, dia senyum dan beredar. WAIRAH


lega dan senang dengan cara HUD SULAIMAN itu.
11
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC9.EXT.LOBI BANGUNAN PEJABAT.TENGAHARI


Watak: DELILAH, WAN RUBY

Mereka keluar lif. Mata DELILAH meliar lihat kiri


kanan, tercari cari.

WAN RUBY
Kau cari Hud ke? Ada janji keluar
makan kan?

DELILAH
Tak. takde janji pun. Dia ajak
tapi aku tak jawab ya pun.

WAN RUBY
Habis tu cari siapa ni?

DELILAH
Takde. Mana ada cari siapa siapa.
Jomlah..

WAN RUBY
Kau nak tipu aku tapi tak pandai
menipu kan? Kau cari siapa Lilah.

DELILAH senyum saja, dia tak jawab, terus keluar


dari lobi. WAN RUBY menuruti.

CUT TO:

SC10.EXT.KAWASAN KEDAI KEDAI.TENGAHARI


Watak: ALI, HAIFA

HAIFA jalan seperti meniti kononnya di kawasan


laluan pejalan kaki sekitar kawasan kedai kedai.
HAIFA toleh dan senyum pada ALI.

ALI ada menurutinya tidak jauh di belakang HAIFA.


ALI balas senyum tapi ada yang tak tenteramkan dia
juga.
12
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HAIFA lari ke arah ALI.

HAIFA
Ayah, kalau Haifa nak makan rumah
nenek boleh?

ALI
Boleh. Tak nak makan kat kedai
kedai sini?

HAIFA
Nak makan sup nenek masak. Boleh
nenek masakkan sup tak?

ALI
Nanti ayah beritahu nenek. Mesti
boleh punyalah. Kalau nenek tak
sempat buat, ayah pun boleh
masakkan sup lah.

HAIFA
Nak! Nak! Ayah tak pergi kerja?

ALI
Tak. Nak balik sekarang ke?

HAIFA
Nak!

ALI dan HAIFA beredar dari situ.

CUT TO:

SC11.INT.RUMAH SAID NURSI.TENGAHARI


Watak: SUFIAH, SAID NURSI

SAID NURSI dah siap nak keluar, ke dapur hairan


lihat SUFIAH sedang masak lagi.

SAID NURSI
Bukan ke kita nak keluar? Masak
buat apa lagi?

SUFIAH
13
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ali baru telefon, Haifa tak nak


makan kat luar, dia nak datang
sini. Dia nak makan sup yang
selalu saya buatkan untuk dia
tu. Ni yang terus buat ni, nanti
sampai pulak dia.

SAID NURSI
Lahh, ya ke? Habis tu tak ikut
abanglah ni?

SUFIAH
Boleh tak? Kesian pulak cucu
kita nak datang, tapi kita takde
rumah. Tak sampai hati saya.

SAID NURSI
Ya faham.. takpelah saya pergi
dulu. Selesai jumpa kawan kawan
kita tu, saya balik.

SUFIAH
Yalah, kirim salam kat semua ya.

SAID NURSI
Insyaa Allah.. Kalau boleh, awak
tahanlah Haifa tu kat sini
sampai petang. Sempat saya jumpa
dia.

SUFIAH senyum tanda faham. SUFIAH sambung masak.

CUT TO:

SC12.INT.KEDAI MAKAN.TENGAHARI
Watak: DELILAH, WAN RUBY, ALI, HAIFA

DELILAH dan WAN RUBY sedang makan.

WAN RUBY
Kau dengan dia berjiran rupanya
ya. Jodoh tu Lilah. Takkan kau
tak boleh rasa lagi.
14
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Aku tak kenal dia dan dia tak
kenal aku, macam mana kau boleh
kata pasal bab ‘rasa’ ni? Hari ni
pun amat mengejutkan tiba tiba
sampai bunga, dia berani telefon
cakap macam tu kat aku. pelik
sebab tiba tiba.

WAN RUBY
Jodoh tak ad siapa dapat tafsir
kenapa, macam mana.. ia magic.
Magis itu yang kau sedang lalu
ni. mungkin kalau tanya dia, dia
pun tak tahu secara fakta dan
logiknya apa.

DELILAH
Entahlah Wan.

WAN RUBY
Kau dah bukak emel dia?

DELILAH
Belum.

WAN RUBY
Lahh.. Nanti bukak. Aku yang
teruja ni.

DELILAH terasa lucu dengan WAN RUBY. DELILAH


memandang arah luar kedai, dia terkejut sebab nampak
HAIFA berlari.

DELILAH
Haifa?

Dan DELILAH baru nak bangun, dia nampak ALI mengejar


HAIFA sambil panggil nama anaknya. DELILAH tergamam.
HAIFA patah balik dan tarik tangan ALI supaya cepat
jalan. Mereka beredar dari situ.

DELILAH jalan ke luar, memerhatikan mereka. Hatinya


rasa sayu. WAN RUBY hairan lihat DELILAH begitu.

DISSOLVE TO:
15
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC13.INT.RUMAH SAID NURSI.TENGAHARI


Watak: ALI, HAIFA, SUFIAH

HAIFA berselera makan nasi dengan sup. SUFIAH nak


tambah lagi nasi. HAIFA seronok.

ALI
Makan perlahan lahan, nanti
tercekik pulak.

SUFIAH
Taklah. Pandai Haifa makan.
Berselera. Seronok nenek tengok.

HAIFA
Sedap sangat, mestilah makan
banyak kali.

SUFIAH
Alhamdulillah.. makanlah. Kalau
nak lagi panggil nenek tau.

SUFIAH hampiri ALI di ruang rehat.

SUFIAH
Boleh lama kat sini ke dia?

ALI
Petang kena hantar. Wairah dah
mula kerja hari ni. Kena tanya
dia sampai rumah jam berapa.

SUFIAH
Kalau tunggu ayah balik boleh?
Dia rindu nak jumpa Haifa, tapi
ni dia keluar kejap.

ALI
Insyaa Allah.. Wairah tak tahu
saya bawak dia balik sini.

SUFIAH
Dia dah tak bagi Haifa datang
sini ke? Tak baiknya Wairah buat
macam tu.

ALI
16
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Dia kata kalau Haifa datang sini


mesti susah nak suruh balik rumah
dan kalau kat rumah nanti dia
akan marah marah, tak nak dengar
cakap Wairah.

SUFIAH
Dia tak pandai ambil hati anak
dia, kenapa pulak rumah ni dia
nak salahkan?

ALI
Bukan macam tu.. ibu mesti faham
maksud dia tu.

SUFIAH
Banyak benda ibu dah tak faham
kalau bab Wairah. Dia tak sama
macam dulu. perangai sebenar dia
makin lama makin nampak, lebih
lagi lepas kamu berpisah. Dia tak
sama macam Delilah.

SUFIAH terlepas cakap. ALI terkejut ibu sebut nama


DELILAH.

ALI
Lama dah nama tu ibu tak sebut.
Tak berani nak sebut pasal saya
kan? Kenapa hari ni ibu sebut
pulak?

SUFIAH
Tak ada sebab apa apa.. terlepas
cakap je.

ALI
Ibu ada terjumpa Delilah ke?

SUFIAH
Kamu tahu Delilah dah balik ke?

ALI angguk. FARIDAH terkejut tak sangka.

CUT TO:
17
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC14.EXT.HALAMAN RUMAH SAID NURSI.TENGAHARI


Watak: ALI, SUFIAH

ALI keluar ambil angin. SUFIAH menuruti.

ALI
Ibu, tak mahu cakap apa apa pasal
ni. Saya dah ada cukup banyak hal
kena difikirkan.

SUFIAH
Dan salah satunya perlu ada tentang
Delilah. Dia dah balik. Kamu ada
jumpa dia? Dia macam mana bila
jumpa kamu?

ALI
Dia tak sangka, terkejut.. kekok
pun ya. Kami jadi kawan.

SUFIAH
Dah jadi kawan? Alhamdulillah..

ALI
Ibu..

SUFIAH
Tak apa mula semula. Dari kawan
nanti boleh bawa ke makna lain
pula. jadikan ini peluang ke dua
untuk kamu.

ALI
Ibu, saya ni kisah hitam dalam
hidup dia bercinta dan
berumahtangga. Kalau ibulah, nak ke
ibu semula dengan orang yang dah
hancurkan impian dan rasa cinta
ibu?

SUFIAH terdiam. ALI senyum sinis.


ALI jalan ke arah lain, cari tempat untuk dia rehat
bertenang. SUFIAH jadi serba salah dan kesian pula
pada anaknya.
18
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

CUT TO:

SC15.INT.PEJABAT UNESCO.PETANG
Watak: DELILAH, WAN RUBY, pekerja

WAN RUBY selesai berurusan dengan pekerjanya, dia


lihat DELILAH sedang menung di meja kerja. WAN RUBY
hampiri DELILAH.

WAN RUBY
Dah bukak emel Hud Sulaiman?

DELILAH
Hah? Tak.. taklah..

WAN RUBY
Bukaklah.. jangan bagi suspen.
Dari kau menung jauh macam tu,
baik bukak dan baca.

DELILAH senyum lemah saja sebab bukan hal HUD yang


dia fikirkan tapi hal ALI. DELILAH buka emel dia.
WAN RUBY yang sibuk cari.

WAN RUBY
Mana satu ya?

DELILAH
Ini kot? Hud Sulaiman.

WAN RUBY
Yaa.. ni Hud Sulaiman.
Sulivanhud.com. Setahu akulah
Lilah, Sulivanhud ni kan, firma
guaman Sulivan, Hud & Associate.

DELILAH
Ya ke?

DELILAH buka mesej HUD SULAIMAN.

DELILAH
19
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Assalamualaikum, Delilah Azilah


Ahmad Lokman..

WAN RUBY
Dia tahu nama penuh kau! Wow!

DELILAH
Saya serius tentang perbualan
kita tadi. Saya tidak pernah rasa
getar yang sebegini aneh sebelum
ini. Pada usia saya ni, saya
rasakan sudah bertemu suri yang
bakal menemani hari-hari saya.
Dan resume ini untuk rujukan
Delilah.

WAN RUBY
Hud Sulaiman. Kelulusan
LLB(Hons)UM, LLM (UM). Majikan
Sulivan, Hud & Associate. Hobi
membaca dan memancing. Taraf
perkahwinan, bujang trang tang
tang.

DELILAH dan WAN RUBY sama sama ketawa baca resume


ringkas itu.

WAN RUBY
Nampak tak, emel dia je dah
buatkan kau gembira, berbanding
tadi muka kau rungsing je.

DELILAH baru sedar dia rasa lega dan rasa hilang


stress selepas baca emel HUD itu.

DISSOLVE TO:

SC16.EXT.PARKING DI RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: HUD SULAIMAN, DELILAH
20
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HUD SULAIMAN baru balik kerja, parking, dia keluar


kereta. Dia cari kereta DELILAH tak ada lagi. Dia
beredar ke lif.

Terdengar bunyi kereta masuk di kawasan parking. HUD


SULAIMAN toleh, terus senyum lihat kereta DELILAH
yang masuk. DELILAH parking.

DELILAH keluar kereta, lihat HUD SULAIMAN senyum


menunggunya. DELILAH cuba tahan senyum tapi terlepas
juga.

CUT TO:

SC17.EXT.LIF RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN, DAYANA

Mereka sama sama tiba depan lif, tapi dua dua tak
tekan lif. Berdiri depan lif, tak bercakap hanya
senyum senyum.

Lif terbuka, DAYANA yang keluar.

DAYANA
Lilah!

DELILAH
Kak?

HUD SULAIMAN
Kakak jugak?

DELILAH
Hah? Bukan.. ya.. bukan..

DAYANA
Lilah?

DELILAH terus tarik DAYANA, bawa ke arah lobi. HUD


SULAIMAN senyum saja dan masuk dalam lif.

CUT TO:
21
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC18.EXT.KAWASAN REHAT RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, DAYANA

Mereka duduk berdekatan pool atau tempat rehat.

DAYANA
Apa kena kamu tadi?

DELILAH
Takde apa.terkejut je sebab tiba
tiba akak ada sini. Kenapa tak
telefon dulu? Lepas tu macam mana
boleh naik atas?

DAYANA
Guard tu dah kenal akak. Dia
tolong tadi. Akak dah telefon
banyak kali dan dah mesej.

DELILAH pelik. Dia periksa telefonnya, memang ada


miss call banyak dan mesej. Baru perasan dia silent
phone dia.

DAYANA
Patutlah tak jawab! Akak nak
beritahu pasal program baru di sek
khas. Nak buat kerjasama dengan
pejabat Lilah. Boleh ke? program
amal.

DELILAH
Ohhh.. nanti Lilah bawa ke diskusi
di pejabat. Akak emel surat dan
proposal ke dulu boleh?

DAYANA
Boleh. Esok ya… Lapar tak? Lama
jugak kita tak keluar sejak Lilah
kerja tempat baru.

DELILAH
Kann.. jomlah!

CUT TO:
22
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC19.EXT.PARKING RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, DAYANA

Mereka jalan ke kereta DELILAH.

DAYANA
Mungkin akak lama tak jumpa Lilah,
akak nampak Lilah lebih ceria
sekarang.

DELILAH
Ya ke? Sama jelah.. mungkin hari
ni ada beberapa kerja dapat
dibuat, ada benda yang
menyenangkan Lilah kot.

DAYANA
Hero depan lif tadi tu benda yang
menyenangkan hari ni ke?

DELILAH terdiam. DAYANA ketawa.

DAYANA
Ingat akak tak perasan ke kalut
malut lilah tadi tu pasal apa?
Saja je akak buat buat tak tahu.

DELILAH mengeleng ngeleng. Dia masuk dalam kereta.


DAYANA suka.

CUT TO:

SC20.EXT.RUMAH SAID NURSI.PETANG


Watak: HAIFA, SAID NURSI

HAIFA tendang bola bersama SAID NURSI. Suasana


ceria. SAID NURSI kepenatan, ajak HAIFA rehat.

HAIFA
Atuk penat ke? Haifa tak penat
pun.

SAID NURSI
Haifa muda, kuat lagi. Atuk kan
dah tua. Tak larat lari sana sini,
nanti sakit pinggang.

HAIFA ketawa.
23
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SAID NURSI
Kejap lagi balik rumah mama ke?

HAIFA
Balik. Kena balik, tok. Nanti mama
marah.

SAID NURSI
Mama pernah marah Haifa kalau ada
kat sini ke?

HAIFA angguk.

HAIFA
Kenapa mama marah?

SAID NURSI
Tak tahulah, mungkin dia tak boleh
lama lama jauh dari Haifa. Dia
sayang Haifa.

HAIFA
Ya ke sebab tu?

SAID NURSI
Haifa rasa sebab apa?

HAIFA
Sebab Haifa nakal. Mama marah
Haifa tak pandai macam budak lain.
Haifa nak tinggal dengan ayah tapi
mama tak bagi.

SAID NURSI terdiam mendengarnya. HAIFA main main


dengan bola.

CUT TO:

SC21.INT.PEJABAT PEGUAM HUD.PETANG


Watak: WAIRAH, AZRI

WAIRAH sedang semak kes kes yang perlu dia uruskan.


AZRI intai.
24
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AZRI
Hai! Tak balik lagi? Hari pertama
dah kena balik lewat?

WAIRAH
Takde siapa yang suruh saya balik
lewat pun, tapi banyak yang perlu
saya baca dan fahamkan dulu
sebelum ambil alih beberapa kes.

AZRI
Kalau perlu bantuan info apa-apa,
beritahu je, saya boleh bantu.

WAIRAH
Baik. Terima kasih Azri.

AZRI
Ok, betul tak nak balik lagi? Tak
ada yang menunggu di rumah ke?

WAIRAH
Kejap lagi saya balik. nak
habiskan baca sikit je lagi.

AZRI
Saya balik dulu ya.
Assalamualaikum.

WAIRAH
Waalaikumsalam.

AZRI beredar. WAIRAH baru teringat hal rumahnya (hal


anaknya). WAIRAH periksa mesej. Tak ada mesej dari
ALI.
WAIRAH telefon ALI.
INTERCUT TO:

SC22.INT.RUMAH SAID NURSI.PETANG


Watak: ALI

ALI jawab panggilan telefon.

ALI
Assalamualaikum,… di rumah…
Ada ni tengah main kat laman…
rumah ayahlah…
25
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Bukan abang yang nak bawak dia,


tapi dia yang nak datang sini.
Dia nak makan sup yang ibu
masak..

CUT BACK TO:

SC21A. INT.PEJABAT PEGUAM HUD.PETANG


Watak: WAIRAH

WAIRAH cakap telefon.

WAIRAH
Abang tak faham ke bila saya kata
jangan bawa Haifa ke sana?..
Abang bolehlah kata takpe, tapi
Wai yang mengadap Haifa bila dia
mengamuk ngamuk, degil tak dengar
kata, setiap kali balik dari
rumah sana…
susah cakap dengan abang ni,
semua ada alasan ada sebab tapi
semua yang memudahkan abang,
bukannya saya!

INTERCUT TO:

SC22A. INT.RUMAH SAID NURSI.PETANG


Watak: ALI, SAID NURSI

ALI masih cakap telefon, dia tak perasan SAID NURSI


dah masuk dan dengar perbualan ALI.

ALI
Saya tak boleh ikut syarat awak
tu. Tak adil untuk ibu dan ayah.
Takkan awak tak kesiankan mereka?
Saya tak boleh putuskan hubungan
cucu dengan nenek dan atuknya.
Janganlah kejam sangat, Wairah!..
ya, lepas ni saya hantar dia
26
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

balik, tapi awak pun kena ada kat


rumah!.. ya, bye.

ALI tamatkan perbualan. Dia terasa stress dengan


sikap WAIRAH itu. ALI toleh, nampak SAID NURSI ada,
sedang memandang serius pada ALI.

CUT TO:

SC23.EXT.HALAMAN RUMAH SAID NURSI.PETANG


Watak: ALI, SAID NURSI, HAIFA

HAIFA masih seorang diri. SAID NURSI duduk memerhati.


ALI ada berdiri tak jauh dari ayahnya.

ALI
Ayah, saya minta maaf sebab ayah
terdengar apa yang saya cakap tadi
tu…sebenarnya..

SAID NURSI
Kamu dan Wairah walaupun dah
bercerai, tapi ada perkara yang
kamu tak selesaikan lagi. Kamu
sengaja biarkan sebab tak nak
mengadap dengan masalah. Kesannya
pada keputusan Wairah tu, bila dia
tak benarkan Haifa ada di rumah
ni.

ALI
Semua masalah dah selesai. Saya
sendiri tak faham apa lagi yang
Wairah berdendam dengan saya.

SAID NURSI
Kamu yang sangka dah selesai,
sebenarnya belum! Hal itu perlu
dicari jalan damai dulu sebelum
kamu atau Wairah sendiri nak
teruskan hidup.

ALI memikirkan apa yang dimaksudkan oleh ayahnya


itu.
27
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DISSOLVE TO:

SC24.INT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: WAIRAH

WAIRAH baru balik, dia keletihan. Ada beberapa kerja


yang dibawa pulang. WAIRAH duduk di sofa sebentar.
Dia pejamkan mata.

Telefon berbunyi.

WAIRAH
Hello!... ya kak.. baru sampai
ni.. belum.. dah mesej Ali tadi..
saya bengang dengan Ali ni.. dia
bawak jugak Haifa jumpa ayah
dengan ibu dia… tak boleh tapi
susah nak bagi abang Ali faham…
Tulah dia.. Wai pun letih sangat
hari ni, hari pertama yang
memenatkan…
Ya, Wai ok. Tak perlu akak
datang.. terima kasih ya kak.
Nanti apa apa Lilah telefon
akak.. bye.

WAIRAH baring disofa lepas cakap telefon. Dia


terlelap.

CUT TO:

SC25.INT.BILIK ALI.MALAM
Watak: ALI, HAIFA, SUFIAH

ALI dan HAIFA solat berjemaah dalam bilik. ALI beri


salam, HAIFA ikut sama. ALI pandang anaknya, dia
bahagia. HAIFA senyum.
ALI baca doa.

SUFIAH buka pintu perlahan lahan. Nampak mereka


sedang baca doa. SUFIAH tunggu.

Selesai berdoa. HAIFA datang salam ALI. ALI peluk


dan cium anaknya.
28
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HAIFA toleh nampak SUFIAH. HAIFA terus salam


SUFIAH. SUFIAH juga peluk dan cium cucunya itu.

HAIFA
Nenek, sebelum balik, Haifa nak
makan nasi dengan sup dulu ya.

SUFIAH
Boleh, nenek dah siapkan pun.
Pergilah. Atuk ada kat bawah tu.

HAIFA seronok, keluar bilik. ALI simpan sejadah.


FARIDAH duduk di hujung katil. ALI duduk sama
sebelah ibunya.

ALI
Ibu, Ali cuba sedaya mungkin nak
puaskan hati semua.
Maafkan Ali sebab banyak kali
susahkan ibu dan ayah. Banyak
hal rumahtangga Ali, buatkan ibu
kecil hati, susah hati jugak.

SUFIAH
Ibu faham, ibu tahu kamu juga
tertekan dengan semua ni, tapi
ibu juga tahu kamu lelaki yang
baik, bertanggungjawab.
Dulu yang berlaku, kelemahan dan
kesalahan kamu, tapi taklah
bermakna kamu perlu dihukum
sampai bila bila. Ibu nampak
perubahan Ali yang baik.

ALI
Terima kasih ibu..

SUFIAH kesian lihat anaknya itu.

CUT TO:

SC26.EXT.RUMAH WAIRAH DAN ALI.MALAM


Watak: WAIRAH, ALI, HAIFA
29
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HAIFA salam WAIRAH yang berdiri di muka pintu. HAIFA


bye bye ALI dan masuk dalam rumah.

ALI lambai HAIFA.

ALI
Jangan nak marah marah Haifa.
Bukan salah dia. Dia tak faham
apa yang kita lalu ni.

WAIRAH
Anak saya, tahulah saya nak
didik dia.

ALI
Jangan lupa, dia anak abang
jugak dan abang ada hak untuk
pastikan dia selamat dan tak
diberi tekanan!

WAIRAH
Dah berpisah baru nak ajar saya
macam mana nak jaga anak?

ALI
Jangan nak sindir macam tulah.
Abang cakap benda betul.. abang
tak nak dengar Haifa kena pukul
sebab awak nak lepaskan marah
kat abang!

WAIRAH bengang dan masuk dalam rumah, tutup pintu.


ALI sabarkan dirinya. Dia beredar.

DISSOLVE TO:

SC27.INT.BILIK TAMU PEJABAT UNESCO.PAGI


Watak: DELILAH, SYED NAHAR, DANIAL SHAFIQ(16 tahun),
USTAZ MAT

Dari lensa kemera, DANIAL SYAFIQ sedang bercerita


dengan tenang. Kulitnya putih, senyum saja sambil
bercerita. Dia tak berani nak pandang kamera, dia
pandang DELILAH.
30
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SYED NAHAR yang sedang rakam dan USTAZ MAT ada duduk
tidak jauh dari DANIAL SYAFIQ.

DANIAL SYAFIQ
Saya hadapi di penjara kerana
menikam bapa tiri saya.

DELILAH
Apa kesalahan dia pada Danial?

DANIAL SYAFIQ
Dia pemabuk. Selalu pukul ibu.
Saya hilang sabar. Bayangkan kalau
saban malam dia pukul ibu depan
saya dan adik adik. Bukan setakat
lebam pipi, badan ibu, pecah
bibir, patah riuk ibu pernah
tanggung. Tangan, kaki ibu patah
pun pernah. Itu kesalahan dia.

DANIAL SYAFIQ pandang tepat DELILAH. DANIAL SYAFIQ


masih senyum tapi matanya bergenang.

DELILAH memahami. Dia pandang USTAZ MAT.

CUT TO:

SC28.EXT.BILIK TAMU PEJABAT UNESCO.PAGI


Watak: DELILAH, USTAZ MAT

DELILAH dan USTAZ MAT keluar dari bilik tamu.

USTAZ MAT
Saya harap puan dapat cukup bahan
dari Danial tadi?

DELILAH
Ya, lebih dari yang saya
jangkakan. Dia tikam rusuk bapa
tirinya..

USTAZ MAT
31
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Semasa lelaki itu sedang gila


memukul ibu Danial. Dia mati masa
tu jugak. Danial terhukum. Tapi
dia pelajar yang pintar. Oleh
sebab itu kami pastikan dia dapat
pendidikan berterusan di sekolah
integrasi.

DELILAH
Ya, saya dah lihat laporan
prestasi akademik dia, bagus.
Sekarang dia dah dibebaskan,
adakah dia dalam keadaan yang
baik?

USTAZ MAT
Itulah yang kita harapkan kita
doakan dan yang kita usahakan
dengan bimbingan agama, bidang
ilmu semasa dia dalam proses
hukuman dulu. Alhamdulillah, dia
masih berhubung dengan saya
walaupun dah tamat hukumannya.

DELILAH lega mendengarnya.

CUT TO:

SC29.INT.BILIK TAMU.SIANG
Watak: DELILAH, DANIAL SYAFIQ, SYED NAHAR, USTAZ MAT

Mereka sedang menjamu kudapan yang disediakan.


DANIAL SYAFIQ bersungguh makan dan menambah. SYED
NAHAR berbual dengan USTAZ MAT.

DELILAH duduk dengan DANIAL SYAFIQ.

DELILAH
Suka ya, Danial? Berselera awak
makan.

DANIAL
32
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya.. suka. Kalau saya bungkus


bawak balik untuk ibu dan adik
adik boleh ke?

DELILAH
Boleh, boleh sangat. Nanti saya
siapkan ya. Terima kasih sebab
banyak informasi, kisah Danial
kongsi pada kami.

DANIAL SYAFIQ
Kalau ia dapat bantu beri
pengajaran buat yang lain, saya
sedia bantu apa saja.
DELILAH
Alhamdulillah.. bagus punya niat
yang baik.

DANIAL
Bila kita pernah rasa hati yang
sangat sakit dan kita dapat
sembuh, kepekaan kita pada orang
lain jadi lebih jelas kan? Itu
yang saya lalu. Alhamdulillah.

DELILAH belajar dengan kata kata DANIAL itu.

CUT TO:

SC30.INT.PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH, USTAZ MAT, DANIAL SYAFIQ, SYED
NAHAR, HUD SULAIMAN

SYED NAHAR bersalaman dengan USTAZ MAT dan DANIAL


SYAFIQ. DELILAH dan SYED NAHAR iring mereka ke pintu
hadapan.

SYED NAHAR
Terima kasih banyak banyak, sudi
datang ke mari, beri kerjasama
buat kami.

USTAZ MAT
Ya, terima kasih juga.
33
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Nanti saya akan hubungi ustaz
untuk beberapa sesi temuramah yang
lain ya.

USTAZ MAT
Ya, boleh. Insyaa Allah.

SYED NAHAR
Terima kasih juga Danial. Jaga
diri ya.

DANIAL SYAFIQ
Baik, insyaa Allah.

USTAZ MAT nak keluar, HUD SULAIMAN sampai. DELILAH


tergamam.

USTAZ MAT
Hah! Sampai dah.. kalau lambat
tadi, nak tunggu di bawah je.

HUD SULAIMAN salam cium tangan USTAZ MAT. DANIAL


SYAFIQ juga salam HUD SULAIMAN.

SYED NAHAR
Siapa ni ustaz?

USTAZ MAT
Ini Hud , anak buah saya. Hud,
ini Syed Nahar dan Delilah,
pegawai Unesco. Tapi rasanya
Dellah dah kenal kan? Hud yang
langgar kamu tu.

SYED NAHAR
Haaa yang langgar Delilah hari
tu ya? Wangi bunga.

HUD SULAIMAN terkejut dengar dan kemudian baru


faham dan ketawa. SYED NAHAR juga ketawa.

DELILAH yang jadi terpinga pinga, kelu lidah. HUD


SULAIMAN rasa lucu lihat DELILAH.

CUT TO:
34
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC31.INT.PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

DELILAH ke meja kerjanya. Dia jadi bingung.

DELILAH
Macam mana dia..

DELILAH tak faham.

HUD SULAIMAN
Jangan pening sangat fikir tu.
Saya nak hantar pakcik saya dengan
Danial dulu, nanti petang kita
jumpa ya, jiran! Tunggu saya
telefon tau.

Sekali lagi DELILAH tergamam, apabila HUD SULAIMAN


sudah ada depan mejanya. HUD SULAIMAN tunjuk arah
bunga dan tunjuk tanda bagus.

HUD SULAIMAN lari keluar semula.

CUT TO:

SC32.EXT.BANGUNAN PEJABAT.SIANG
Watak: ALI, HUD SULAIMAN

HUD SULAIMAN jalan tergesa, keluar dari bangunan.


Telefonnya berbunyi, dia jawab tapi tak perasan dia
terlanggar ALI yang sedang cari barang dalam beg.

HUD SULAIMAN
Oh! Maaf maaf.. tak perasan..

ALI
Takpe..saya pun cari barang tak
pandang depan.

HUD SULAIMAN
Ok..
35
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HUD SULAIMAN beredar sambil cakap telefon, ALI pula


masuk ke dalam bangunan pejabat.

DISSOLVE TO:

SC33.INT.KERETA WAIRAH.SIANG
Watak: WAIRAH

WAIRAH memandu. Telefon dia berbunyi.

WAIRAH
Hello! Ya, saya dah keluar dari
pejabat… Dalam 40 minit rasanya
saya sampai sana ya…
ohh ok saya tak pernah pergi situ
tapi takpe nanti saya cari..
baik. Bye.

WAIRAH sambung memandu.


CUT TO:

SC34.INT.PEJABAT MSF.SIANG
Watak: ALI, BEBERAPA SUKARELAWAN

ALI sedang terangkan kepada sukarelawan.

ALI
Semalam program di Kuantan tu,
saya perlukan laporannya. Mangsa
banjir dah dapat rawatan perubatan
secukupnya?

SUKARELAWAN 1
Ya, tapi hari ni kita dah tambah
beberapa orang pegawai perubatan
ke sana.

ALI
Bagus. Azmi ke sana jugak ke? Saya
tak jumpa dia semalam.

SUKARELAWAN 2
36
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Rasanya tak. Dia tak telefon


Doktor ke?

ALI
Tak pulak.. takpe nanti saya cari
dia.

ALI hairan ke mana pula AZMI pergi.

CUT TO:

SC35.INT.PEJABAT UNESCO.SIANG
Watak: DELILAH, SYED NAHAR

DELILAH sedang kemas mejanya. SYED NAHAR datang

SYED NAHAR
Ruginya Wan takde hari ni. Kalau
tak, mesti lagi meriah kejutan
kedatangan hero bunga tadi tu.

DELILAH
Kau ni ada ada je.

SYED NAHAR
Hud Sulaiman. Kau tahu tak,
dialah peguam yang membela
Danila Syafiq, yang berjaya
dapatkan rayuan kerana prestasi
sikap dan pelajaran Danial
bagus.

DELILAH
Ohhh..

SYED NAHAR
Hero kan.. hero bunga!

DELILAH ketawa saja.

SYED NAHAR
Mana si Wan Ruby? Dia memang tak
masuk kerja ke?

DELILAH
37
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Petang baru masuk. Dia baru


telefon ni, nak keluar jumpa dia
dulu ya. bye.

SYED NAHAR
Ohh pulak!

DELILAH segera beredar.

CUT TO:

SC36.EXT.KAWASAN KEDAI KEDAI.TENGAHARI


Watak: WAIRAH

WAIRAH jalan mencari kedai sambil cakap telefon.

WAIRAH
Saya dah sampai sini, tapi nama
kedai tu takde pulak?... ya ok,
saya dah lepas dari kedai tu,
terus lagi ke?.. ok.. ya saya
nampak dah.. ok.

WAIRAH masuk dalam sebuah kafe.

CUT TO:

SC37.INT.BILIK PEJABAT ALI.TENGAHARI


Watak: ALI, SUKARELAWAN 1

ALI cuba hubungi AZMI,tapi tak dapat.

ALI
Mana si Az ni?

SUKARELAWAN 1 ketuk pintu bilik ALI dan serahkan


laporan.

ALI
38
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Terima kasih. Kamu memang tak ada


jumpa Dr Azmi semalam?

SUKARELAWAN 1
Pagi sebelum kami ke kuantan, dia
ada sekejap. Tapi lepas tu dia
macam dapat panggilan telefon, dia
kata kat kamu dia ada hal penting.
Dia terus balik.

ALI
Ohh baik.. terima kasih.

ALI memikir ke mana AZMI pergi.

CUT TO:

SC38.INT.KAFE.TENGAHARI
Watak: DELILAH, WAIRAH, 1 anak guam.

DELILAH baru masuk dalam kafe. Dia cari tempat duduk


kosong dan beri voice message whatsapp.

DELILAH
Wan, kat mana? Aku dah sampai ni,
cepat! Cepat!

DELILAH senyum. Dia lihat menu dan lihat sekeliling.


Dia terkejut terlihat seseorang yang tak sangka dia
jumpa.

WAIRAH salam ANAK GUAM yang dia jumpa. Mereka dah


selesai perbincangan. ANAK GUAM beredar.

WAIRAH berdiri melambai ANAK GUAM dan apabila ANAK


GUAM beredar, WAIRAH nampak DELILAH di meja yang
sedang terkejut memandangnya.

CUT TO END
BERSAMBUNG
END CREDIT
39
episod 14 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Anda mungkin juga menyukai