Anda di halaman 1dari 40

SKRIP DRAMA SIRI ADAPTASI

bertajuk;

~Kerana Hafsanya Setia~


episod 15

inspirasi dari novel


karya penulis yang pernah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia
HAFIZAH ISZAHANID

olahan & skrip;


SITI JASMINA IBRAHIM

arahan;
KHIR RAHMAN
ZAINORHISYAM SAMUDIN

terbitan;
1
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC1. INT.KAFE.TENGAHARI
Watak: DELILAH, WAIRAH

Mereka sudah duduk berhadapan di meja DELILAH. Dua


dua kelihatan tenang namun dalam hati resahnya
Tuhan saja yang tahu.

WAIRAH
Betullah cikgu yang selalu
buatkan air milo dan beri biskut
untuk Haifa tu, Lilah?

DELILAH angguk.

WAIRAH
Haifa selalu puji tapi tak pernah
sebut nama cikgunya.

DELILAH
Haifa budak bijak. Walaupun dia
anak istimewa, tetapi dia lebih
ke depan dari anak anak yang
punya masalah sama dengan Haifa.

WAIRAH
Kenapa berhenti?

DELILAH
Bila saya baru tahu Haifa itu
anak kalian berdua.

WAIRAH
Tak nak ada kaitan dengan Ali
atau aku?

DELILAH
Dua dua mungkin, yang pastinya
kalau Wairah tahu saya yang
mengajar Haifa dan sekarang saya
masih ada di sekolah itu, mesti
Haifa akan ditukarkan ke sekolah
lain. Betul tak?

WAIRAH senyum sinis.

WAIRAH
2
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

12 tahun kau tak balik, bila


sekarang balik, kau nak apa di
sini?

DELILAH
Kalau kau terlupa, saya masih ada
mak ayah, kakak, anak buah dan
kawan kawan baik di sini. Saya
balik sebab mereka.

WAIRAH
Aku tanya sebab kalau sebelum ni
kau boleh je tinggalkan semua
kann.. aku ingat kau dah tak
kisahkan sesiapa di sini.

DELILAH
Kau tahu kenapa aku pergi jauh
berbelas tahun kan? Tak payah buat
macam kat tak salah apa apa pun.

WAIRAH terus selamba bangun nak beredar. DELILAH


hairan.

WAIRAH
Ok aku dah dapat jawapannya. Kau
masih tak lupakan apa yang pernah
berlaku dulu dan pastinya kau
balik sini dengan bawa semua tu
untuk membalasnya. Dan aku takkan
biarkan tu berlaku!

WAIRAH beredar. DELILAH tak sangka itu yang WAIRAH


fikirkan. Dia rasa kesal dan marah.

CUT TO:

SC2.EXT.KAFE.TENGAHARI
Watak: DELILAH, WAN RUBY

DELILAH keluar dari kafe, dia nak beredar, WAN RUBY


baru sampai tergesa gesa.
3
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

WAN RUBY
Lilah, maaf maaf lambat. Jalan
sesak tadi. Aku salah masuk jalan
pulak. Kita nak makan sini kan?

DELILAH
Takpelah, aku dah takde selera.
Maaf Wan.

DELILAH beredar, WAN RUBY halang jalan.

WAN RUBY
Hei! Takkan merajuk aku lambat
sampai tak nak makan? Lilah? Maaf
ya, aku bukan sengaja lambat.

DELILAH
Tak. bukan pasal kau lambat.
Takpelah, jumpa di pejabat nanti.

DELILAH pergi. WAN RUBY tak faham apa yang dah


berlaku.

CUT TO:

SC3.EXT.BANGUNAN PEJABAT.TENGAHARI
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH jalan tergesa, fikirannya terganggu dengan


cakap WAIRAH tadi.

ALI
Lilah?!

DELILAH pandang, ALI yang panggil. DELILAH mengeluh.


ALI hampirinya.

ALI
Dapat jugak jumpa hari ni..

DELILAH
4
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Kenapa semua terjumpa hari ni


kan? Hari lain tak boleh ke? Tak
jumpa langsung lagi baik!

ALI
Kenapa tiba tiba marah ni?

DELILAH
Memang saya akan marah sebab saya
lari berbelas tahun pun, awak
tetap dapat jumpa saya. Saya
pusing mana pun, ada je awak ni
di mana mana. Kenapa ya?
Dah! Jangan jawab apa-apa. Kepala
saya tak betul sekarang ni,
jangan panggil saya, jangan tanya
apa apa!

DELILAH terus tinggalkan ALI terpinga pinga.


DELILAH masuk dalam bangunan pejabat.

CUT TO:

SC4.INT.PEJABAT WAIRAH.PETANG
Watak: WAIRAH, AZRI

WAIRAH baru sampai di biliknya, dia resah,


melepaskan marah sendiri sendiri. Dia duduk dan
cuba nak buat kerja, tapi kepalanya ternampak muka
DELILAH.

WAIRAH sakit hati. Dia berlegar legar dalam bilik,


AZRI ketuk pintu dan masuk bawa surat.

AZRI
Maaf saya ganggu ke?

WAIRAH
Tak.. takpe.. ada apa tu?

AZRI
Surat ni rujukan kes yang Wairah
perlu uruskan tu. Dulu Sulivan
yang buat tapi dia dah ke luar
5
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

negara ni, Hud kata Wairah boleh


uruskan.

WAIRAH
Ya, ya.. saya pun tadi baru balik
jumpa anak guam saya tu. Dia dah
terangkan apa yang saya perlukan
buat masa ni dan dia setuju untuk
saya sambung uruskan kes dia ni.

AZRI
Bagus. Patutlah Sulivan nak jugak
Wairah bersama kami di sini, kerja
sangat pantas.

WAIRAH paksa untuk senyum. AZRI keluar dari bilik


WAIRAH. WAIRAH kembali terasa kusut kepala.

WAIRAH
Fokus Wairah! Fokus kerja kau ni!
Bukan benda lain! Fokus!

WAIRAH duduk, dan baca surat yang baru diberi tadi.

CUT TO:

SC5.EXT.PARKING TEPI JALAN DI KL.PETANG


Watak: ALI, AZMI

ALI keluar kereta. Dia mencari, seketika kemudian


AZMI sampai dalam keadaan yang macam seharian tak
mandi.

ALI
Azmi! Kau dari mana? Tahu tahu
mesej aku pelik tadi, suruh
tunggu sini, kenapa?

AZMI
Aku ada masalah sikit.

ALI
6
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Masalah sikit? Nampak macam


kusut je masalah kau ni.

AZMI
Anak Pak Khalid.

ALI
Aslam?

AZMI
Bukan.. kakak dia.

ALI
Dia ada kakak?

AZMI
Tulah, aku pun baru tahu itu
anak Pak Khalid rupanya.

ALI
Apa masalah kau sebenarnya?

AZMI
Dia datang cari aku semalam kat
sini dan dia tak nak balik rumah
ayah dia.

ALI
Az! Kau dah buat apa kat anak
dia pulak?

AZMI jadi cemas.

CUT TO:

SC6.EXT.KAWASAN FOOD TRUCK.PETANG


Watak: ALI, AZMI

AZMI duduk seorang diri tak senang hati. Dia


menunggu. ALI sampai kemudiannya.

ALI
7
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Jauhnyalah kau tunggu aku.

AZMI
Ni food truck member aku baru
bukak, tak ramai orang petang
macam ni, senang nak borak.

ALI
Ohh.. ok macam ni, aku dah cakap
telefon dengan Pak Khalid.
Mulanya dia tak faham tapi lepas
aku ulang balik, cakap baik baik
dengan dia, ok, dia terima. Dia
nak kau bawak anak dia balik. Dia
ok, takkan marah anak dia tu dan
takkan salahkan kau pun.

AZMI
Serius? Kalau dia pakat satu
kampung hempok aku, mati aku,
Ali.

ALI
Jangan risau, dia takkan buat.
Aslam pun aku cakap tadi, dia pun
beri jaminan yang sama. Kau
hantar kakak dia balik dengan
selamat. Sekarang dia ada kat
mana?

AZMI
Kat hotel budget. Tak jauh dari
sini. Takkan aku nak bawak balik
rumah pulak.

ALI
Ok, kau boleh uruskan hari ni
jugak tak? Kau pujuk dia baik
baik, bawak dia balik.

AZMI
Tapi kenapa dorang tak marah aku?
Kenapa anak Pak Khalid tu tak nak
balik?

ALI senyum saja.

ALI
8
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Nanti kau hantar dia, kau akan


tahu. Pak Khalid akan terangkan
pada kau. Kau pun satu, diam diam
pi kenal anak Pak Khalid ni dari
mana?

AZMI
Online. Lepas tu jumpa kat satu
majlis hari jadi kawan dia yang
aku kenal jugak. Aku tak tahu pun
masa tu dia anak Pak Khalid!
Cantik orangya, tak muka bapak dia
pun.

ALI ketawa saja. AZMI masih kusut.

AZMI
Kau gelak pulak.. aku masalah
belumlah selesai lagi ni.

ALI
Jangan risau. Kau ikut jelah apa
aku suruh tu. Kita makanlah dulu
sebelum kau hantar dia balik. Nak
rasa apa member kau masak ni? Apa
yang sedap kat sini?

ALI pergi tanya tanya. AZMI masih bingung dengan


masalah dia.

CUT TO:

SC7.INT.PEJABAT UNESCO.PETANG
Watak: DELILAH, WAN RUBY, SYED NAHAR

WAN RUBY dan SYED NAHAR baru selesai meeting dalam


bilik meeting. WAN RUBY nampak DELILAH menung jauh
di mejanya.

WAN RUBY
Aku tak tahu apa masalah Lilah ni.
sekejap ok, sekejap tiba tiba tak
ok.

SYED NAHAR
9
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Padahal pagi tadi, dialah paling


seronok tau.

WAN RUBY
Yang Hud Sulaiman datang sini tu?
Entah entah sebab tu jugak dia
moody sekarang ni? Kot dia tak
suka Hud tu datang sampai ke
pejabat cari dia?

SYED NAHAR
Hud bukan cari Lilah pun. Ustaz
Mat tu pakcik dia. kecikkan dunia
ni. pusing pusing rupanya kenal,
ada kaitan.

WAN RUBY
Yalah tapi mungkin Hud tahu pakcik
dia nak ke sinilah, dia datang
ambil pakcik dia. dia saja nak
jumpa Lilah.

SYED NAHAR
Kemungkinan tu ada.

SYED NAHAR ke mejanya. WAN RUBY perhatikan DELILAH.


DELILAH bangun bergerak ke pantri.

CUT TO:

SC8.INT.PANTRI PEJABAT UNESCO.PETANG


Watak: DELILAH, WAN RUBY

DELILAH sedang bancuh minuman panas. Masih menung


juga. WAN RUBY ke pantri.

WAN RUBY
Lilah, seharian aku tengok kau
banyak menung. Kau masih marahkan
aku ke?

DELILAH
Tak.. takde marah kau pun. Tak
ada kena mengena. Aku mintak maaf
tinggalkan kau tengahari tadi.
10
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Aku ada masalah sendiri yang aku


tak tahu nak buat apa. Tu yang
kacau kepala aku.

WAN RUBY
Masalah apa? Ceritalah, mana tahu
aku boleh tolong ke?

DELILAH
Takpe.. tu hal sangat peribadi..
aku kena fikirkan sediri. Terima
kasih ambil berat hal aku.

WAN RUBY akur dengan kata kata DELILAH itu.

CUT TO:

SC9.EXT.FOOD TRUCK.PETANG
Watak: ALI, AZMI

ALI dah habis makan. AZMI masih makan.

AZMI
Kau tak boleh temankan aku ke
sana ke? Pak Khalid tu hormati
kau.

ALI
Aku dah janji dengan Haifa lagi
sejam ambil dia. Kali ni sampai
malam sebab Wairah ada majlis
malam ni. Kak Mona pulak ada
kerja lewat. Kau jangan risau.
Semua ok.

AZMI
Betul ya. Aku tak nak terjebak
tetiba dia suruh aku nikah malam
ni jugak. Mati aku!

ALI
Oklah tu, percuma ditanggung
semua.
11
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AZMI
Hei! Jangan buat kelakar!

ALI
Taklah. Jangan risau.. Aku ni
lagi macam macam masalah
berbanding kau. Hal Haifa, Hal
perangai Wairah, dan tadi siang,
aku terserempak dengan Lilah. Dia
tiba tiba marah aku. Ungkit kata
berbelas tahun lari dari aku tapi
aku ada jugak dia jumpa.

AZMI
Dah kenapa pulak tiba tiba ungkit
hal tu? Kan korang dah ok. Kawan.

ALI
Tulah pasal. Aku tak tahu. Takde
jawapan. Tapi hari tu kat kampung
ibu aku dah terjumpa Lilah. Aku
tak tahulah semua tu ke buatkan
Lilah marah aku?

AZMI sendiri tak pasti.

CUT TO:

SC10.INT.PEJABAT UNESCO.PETANG
Watak: HUD SULAIMAN, SYED NAHAR

HUD SULAIMAN masuk dalam pejabat. SYED NAHAR dah


nak keluar.

SYED NAHAR
Hai, Hud Sulaiman!

HUD SULAIMAN
Hai, maaf Delilah ada?

SYED NAHAR
Alamak! Dah balik. baru dalam 5
minit. Ada janji dengan dia ke
petang ni jumpa?
12
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HUD SULAIMAN
Ada tadi, takpelah dia lupa kot.
Takpe, terima kasih.

SYED NAHAR
Dia macam ada masalah tadi. Aku
pun tak pastilah apa dia. Kot kau
tahu ke?

HUD SULAIMAN
Masalah? Tak tahu pulak.. takpe,
nanti saya telefon dia. Terima
kasih.

HUD SULAIMAN beredar.

CUT TO:

SC11.EXT.KAWASAN REHAT DI SEKITAR RUMAH SEWA


DELILAH.PETANG
Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

DELILAH duduk seorang diri. Dia memikirkan tentang


dirinya dan apa yang berlaku.

HUD SULAIMAN
Teh O limau panas?

DELILAH terkejut apabila HUD SULAIMAN sebelahnya


bawa bekas air panas. DELILAH ambil.

DELILAH
Awak ni selalu tiba tiba muncul
di mana mana waktu yang saya tak
sangka.

HUD SULAIMAN
Kann? Macam mana tu?

DELILAH
Tanya saya balik? Mana pulak
dapat air ni?
13
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

HUD SULAIMAN
Dari dalam rumah saya. Saya tanya
pengawal keselamatan tadi. Dia
kata awak ada di sini.
Teh o limau panas baik untuk
detoks kan badan, elok untuk
jantung, asid citrik dalam lemon
baik untuk membersihkan hati.
Kita akan rasa lega, tenang.
Sebab rasanya Lilah perlukan
semua tu sekarang kan?

DELILAH
Selain peguam, kerja sampingan
pakar nutrisi ke?

HUD SULAIMAN
Ibu saya. Itu petua daripada dia.
Dia memang pakar.

DELILAH
Oh.. ibu Hud ada di mana?

HUD SULAIMAN
Rumah asal di Jepun. Rumah
keluarga ayah, tapi bila ayah dah
tak ada, keluarga ibu wariskan
tanah di Langkawi. Sekarang ibu
di Langkawi. Sendiri. Selalu
rindukan arwah ayah.

DELILAH
Maaf saya tanya tadi..

HUD SULAIMAN
Tak apa.. Jadi kalau saya rasa
tak tenang, inilah air yang saya
minum.

DELILAH baca bismillah dan minum. Dia suka.

HUD SULAIMAN ketawa lihat reaksi DELILAH selepas


minum. DELILAH ikut ketawa sama.

CUT TO:
14
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC12.EXT.KORIDOR RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

Mereka keluar lif bersama. Jalan ke arah rumah.

DELILAH
Terima kasih buatkan saya ketawa
petang ni dan semalam bunga ros
kuning yang cantik tu.

HUD SULAIMAN
Sama sama. Lilah, saya tak tahu
apa masalah yang Lilah sedang
lalu tadi, saya hormati pendirian
tidak mahu kongsi dengan saya,
tapi apapun, saya percaya Lilah
bukan wanita yang buat keputusan
melulu. Jadi apa saja keputusan
itu, mesti akan beri kebaikan
buat Lilah semula, insyaa Allah.

DELILAH
Insyaa Allah.. aamiin. Terima
kasih, jiran.

DELILAH hulur bekas air kepada HUD semula.

HUD SULAIMAN
Simpanlah. Kalau minum guna bekas
tu, awak akan teringatkan saya.

DELILAH ketawa dan bye bye. DELILAH jalan ke pintu


rumahnya. HUD SULAIMAN perhatikan sehingga DELILAH
masuk. HUD SULAIMAN senang hati.

CUT TO:

SC13.INT.RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH
15
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH ke dapur dan cuci bekas air HUD. Dia belek


bekas air itu, dia suka.
Telefonnya berbunyi, nama KAK JUN tertera. Segera
DELILAH jawab.

DELILAH
Kak Jun?

CUT TO:

SC14.EXT.KAWASAN RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, KAK JUN, AIM

DELILAH ke pintu masuk kawasan rumah, KAK JUN dan


AIM ada di situ menunggu. KAK JUN nampak saja
DELILAH, dia terus peluk adiknya.

DELILAH
Kenapa ni kak? Apa dah jadi?

KAK JUN
Abang Syam balik rumah tadi.
Rupanya keluarga dia tak tahu dia
keluar rumah.

DELILAH
Maknanya dia tak sihat lagi? Dia
buat apa kat akak? Kat Aim?

KAK JUN
Dia marah marah. Lepas tu dia
menangis, dia kata akak bawak
benda tak elok kat dia. Akak
takut, Lilah. Kakak bawak Aim
keluar ikut pintu belakang, naik
teksi terus ke sini.

DELILAH
Ya Allah! Dah jom masuk.. Jom,
Aim!

AIM ikut saja mereka.

CUT TO:
16
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC15.EXT.KORIDOR KE RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, KAK JUN, HUD SULAIMAN, AIM

HUD SULAIMAN keluar rumah, dia dengar suara orang


bercakap cakap. Dia pandang nampak DELILAH, KAK JUN
dan AIM. Nampak KAK JUN masih bersedih.

HUD SULAIMAN
Lilah, Kakak? Ada masalah lagi ke?
Maaf saya tanya..

DELILAH
Takpe.. saya bawa kakak saya masuk
dalam rumah dulu ya.

HUD SULAIMAN
Ok.. kakak, kalau perlukan
bantuan, saya boleh tolong cara
undang undang atau apa apa cara
pun.

KAK JUN
Cara undang undang?

AIM
Uncle ni polis ke?

HUD SULAIMAN
Tak. Uncle peguam.

KAK JUN pandang DELILAH sambil mengeleng.

HUD SULAIMAN
Jangan salah anggap. Tak
semestinya hal memenjarakan atau
menghukum orang.
Saya boleh beri nasihat atau
saluran bantuan yang boleh akak
dapat kalau ia melibatkan
penderaan atau penindasan terhadap
golongan perempuan dan anak anak.
Itu maksud saya.

DELILAH
17
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Ya, kami faham.. kalau saya


perlukan apa apa saya akan
beritahu ya. terima kasih Hud.

DELILAH bawa KAK JUN dan AIM masuk dalam rumahnya.


DELILAH sempat pandang HUD SULAIMAN dan senyum tanda
terima kasih. HUD SULAIMAN faham.

DISSOLVE TO:

SC16.INT.RUMAH SAID NURSI.MALAM


Watak: ALI, SUFIAH, HAIFA, MAKCHU ATHIRAH

HAIFA sedang rasa kek yang MAKCHU ATHIRAH buatkan.


HAIFA suka. ALI perhati saya anaknya.

FARIDAH duduk dekat ALI.

SUFIAH
Biar dia tidur sini jelah malam
ni.

ALI
Ibu..

SUFIAH
Kamu yang kata Wairah ada kerja
lambat habis, ada majlis kena
pergi, mesti lewat malam baru
balik. Takkan kamu nak hantar
jugak dia? Kesian kat Haifa,
mengantuk kena balik jugak.

ALI
Saya tak ada pakat macam tu pulak
tadi dengan Wairah.

SUFIAH
Cubalah kamu tanya. Mesej dia ke.

ALI ikutkan permintaan ibunya. ALI cuba telefon tapi


tak berjawab. ALI mesej pula. MAKCHU ATHIRAH datang
duduk sama mereka sambil bawa kek yang dah dipotong.
18
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

MAKCHU ATHIRAH
Tadi saya tanya kat Haifa, mama
dah kerja tempat baru tu, ok ke
tak? Dia ada banyak masa dengan
Haifa tak? Dia kata tak ok.

SUFIAH
Tempat firma guaman baru tu, lagi
terkenal, maknanya lagi banyaklah
kerja dia kena buat. Kes lagi
susah susahlah tu. Ngah cakap
tadi, biar Haifa tidur je sini
malam ni..

ALI
Saya tak boleh buat keputusan
untuk pihak saya je. Wairah kena
setuju sama.

SUFIAH
Kenapa yang kamu nak takutkan
sangat dengan Wairah?

MAKCHU ATHIRAH
Bukan takut, Ngah. Dia kena jaga
kepercayaan yang Wairah dah
berikan kepada dia. kalau dia
mungkir banyak janji, lain kali,
susahlah Ali nak jumpa Haifa.

SUFIAH
Tapi Ngah tak faham, kenapa dia
nak kawal sangat masa Ali dengan
anaknya sendiri? Haifa tu anak Ali
jugak. Cucu aku.

MAKCHU ATHIRAH
Betullah tu. perangai Wairah tu,
bukan kita je tak faham, si Ali
pun sampai sekarang, tengok muka
dia tu, muka bingung je 24 jam.

MAKCHU ATHIRAH ketawa bila ALI saja buat muka


buruk. SUFIAH pun ketawa sama. HAIFA lari arah
mereka.

HAIFA
Nak air!
19
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

MAKCHU ATHIRAH melayan HAIFA, ambilkan air. ALI


senyum saja lihat mereka.

CUT TO:

SC17.EXT.CLUB HOUSE.MALAM
Watak: WAIRAH, AZRI

WAIRAH pakai untuk ke majis, dia baru sampai, ke


lobi, dapat mesej. Dia baca mesej daripada ALI. Dia
mengeluh.

WAIRAH
Tidur rumah ibu?..

WAIRAH fikir nak jawab apa. AZRI sampai, nampak


WAIRAH sorang, dia tegur.

AZRI
Hai, cantiknya malam ni.

WAIRAH
Terima kasih.. berlebih sangat
ke?

AZRI
Eh! Tak. ok, cantik. Jomlah masuk
ke majlis.

WAIRAH
Ya, kejap nak telefon orang..
Azri, agak agak selalunya majlis
macam ni, selesai jam berapa?

AZRI
Tengok keadaan. Kadang 11, 12?
Kenapa?

WAIRAH
Ok, takde apa. Awak masuk dulu,
kejap lagi saya ikut.
20
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AZRI beredar ke dalam. WAIRAH telefon ALI.

CUT TO:

SC18.INT.RUMAH SAID NURSI.MALAM


Watak: ALI, MAKCHU ATHIRAH

ALI jawab panggilan telefon.

ALI
Assalamualaikum,.. ya kat rumah
ibu ni.. ok, boleh malam ni?.. Wai
balik lewat sangat ke?.. baik..
esok pagi kat rumah siapa ada?..
ok nanti abang telefon kak Mona
esok… terima kasih ya… Wairah,
balik lewat hati hati..
assalamualaikum.

ALI gembira. Dia toleh terkejut rupanya MAKCHU


ATHIRAH ada belakangnya.

MAKCHU ATHIRAH
Ok?

ALI
Ya, Wairah memang akan balik
lambat, kak Mona pun takde malam
ni, jadi dia takde pilihan. Haifa
tidur sini jelah.

MAKCHU ATHIRAH
Baguslah tu.. makchu maksudkan
bukan itu.

ALI
Habis tu apa?

MAKCHU ATHIRAH
Makchu tanya, Wairah tu kamu dah
ok dengan dia? Kamu cakap balik
21
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

lewat hati hati tu, macam


perasaan tu masih kuat je. Boleh
berbaik macam dulu lagi?

ALI
Kami baru cerai, makchu. Takkan
nak rujuk balik. Saya cuma tak
nak bermusuh. Saya cakap tu sebab
dia mama Haifa. Tak naklah apa
apa jadi kat mama Haifa…
Ibu mana? Nak beritahu dia hal
Haifa ni.

ALI segera ke dapur cari ibunya, sebelum ditanya


lagi oleh MAKCHU ATHIRAH.

CUT TO:

SC19.EXT.LOBI CLUB HOUSE.MALAM


Watak: WAIRAH, AZRI

WAIRAH jalan nak ke dewan majlis. AZRI ada


menunggu.

WAIRAH
Tak masuk lagi?

AZRI
Saja tunggu Wairah. Awak kali
pertama datang kan? Saya boleh
kenalkan dengan tetamu yang ada
dan yang sedang dan pernah jadi
anak guam kita.

WAIRAH
Baik. Hud ada datang ke?

AZRI
Sepatutnya dia ada tu. Mari.

AZRI iring WAIRAH. WAIRAH rasa dilayan macam puteri


pula.

CUT TO:
22
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SC20.INT.RUMAH SEWA DELILAH.MALAM


Watak: DELILAH, KAK JUN

KAK JUN duduk tengok tv tapi wajahnya rungsing.


DELILAH keluar dari bilik.

DELILAH
Aim mana?

KAK JUN
Dalam bilik, dah tidur. Esok dia
sekolah pagi.

DELILAH
Ada bawak baju beg sekolah dia
kan?

KAK JUN
Ada.

DELILAH
Esok Lilah hantar dia. Tapi kena
pesan kalau ayah dia ke sekolah,
jangan ikut balik. Kena beritahu
cikgu dia jugak.

KAK JUN
Malulah , Lilah.

DELILAH
Apa nak malukan? Bukan salah
akak..

KAK JUN
Dan bukan salah abang Syam jugak.

DELILAH
Kak, dia pukul akak.. samada dia
dalam rasukan tau pengaruh bahan
kimia lain ke, tetap salah pada
dia.
Tak boleh akak ambil semua ni
salah akak pulak!
23
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN sedih semula. DELILAH susah nak beri


kakaknya faham dalam keadaan sekarang.

DISSOLVE TO:

SC21.EXT.PARKING RUMAH SEWA DELILAH.PAGI


Watak: DELILAH, AIM, HUD SULAIMAN

DELILAH dan AIM nak pergi sekolah, jalan ke kereta.


HUD SULAIMAN ada di kereta HUD tak jauh dari kereta
DELILAH.

AIM
Assalamualaikum, selamat pagi
Uncle Jiran!

HUD SULAIMAN
Uncle Jiran ya? Waalaikumsalam,
selamat pagi…

AIM
Aim! Panggil Aim je.

HUD SULAIMAN
Baiklah. Aim nak pergi sekolah
ya?

AIM
Mestilah, takkan nak pergi
memancing pulak.

Terlepas ketawa DELILAH dengan AIM jawab. HUD


SULAIMAN ketawa sama. HUD SULAIMAN beri RM5 kepada
AIM.

HUD SULAIMAN
Duit belanja sekolah. Jimat
jimat, jangan habiskan.

AIM
Wah! Terima kasih uncle jiran!

AIM seronok, dia masuk dalam kereta.


24
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Banyaknya bagi dia.

HUD SULAIMAN
Takpe.. Kakak awak macam mana?

DELILAH
Ada dia rehat dulu di rumah.
Nanti ada masa saya cerita pasal
dia ya. Saya pergi dulu, nanti
lambat.

HUD SULAIMAN
Yalah.. hati hati ya, jiran!

DELILAH ketawa saja. AIM bye bye HUD SULAIMAN.

CUT TO:

SC22.INT.KERETA DELILAH.PAGI
Watak: DELILAH, AIM

DELILAH memandu. AIM diam pandang keluar.

DELILAH
Aim, balik sekolah nanti, maksu
datang ambil tau. Tunggu maksu.

AIM
Ok. Maksu, ayah tu kena tolong.

DELILAH
Kena tolong?

AIM
Kita kena tolong ayah. Kesian
dia, tapi Aim tahu kenapa mama
pergi rumah maksu jugak. Mama
takut ayah sakitkan Aim.

DELILAH
Tapi Aim tak rasa ayah salah?
25
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

AIM mengeleng. DELILAH diam memikirkan kata kata


AIM.

CUT TO:

SC23.INT.RUMAH MAN DI PEDALAMAN.PAGI


Watak: AZMI, MAN, ASLAM

AZMI duduk berbual dengan MAN.

AZMI
Aku macam tak percaya lagi apa
yang aku dengar dari Pak Khalid
semalam.

MAN
Dah lama dia sakit, Doktor. Tapi
masa doktor dengan Dr Ali ada
sini, anak Pak Khalid tu takde.
Dia pergi berubat.

AZMI
Patutlah semalam Ali yakin sangat
cakap yang Pak Khalid takkan
marah aku.

MAN
Haa. Dia saja tak nak cakaplah
tu. bagi doktor suspen sikit.

AZMI gelak sama. ASLAM sampai naik motor.

ASLAM
Nasib baik doktor tak balik lagi.
Saya dah cakap dengan ayah, kalau
saya cari kerja kat bandar ok ke?

AZMI
Boleh tapi kamu nak kerja apa?

ASLAM
Apa ap pun boleh.

MAN
26
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Dia ni berangan nak jadi pelakon


sebenarnya.

ASLAM
Mana ada.. nipu je abang Man ni.

AZMI
Macam nilah, biar aku bincang
dengan Ali dulu. Kalau dia
perlukan pekerja di MSF, aku
beritahu kau balik. Kau boleh
datang KL.

MAN
Betul tu. biar pergi sana betul
ada kerja, jangan main pergi,
entah apa kau kena tipu nanti.

ASLAM
Ya ya.. terima kasih Doktor.

CUT TO:

SC24.EXT.PARKING PEJABAT.PAGI
Watak: DELILAH, ALI, WAN RUBY

DELILAH keluar kereta. Dia terkejut lihat ALI ada


depan keretanya.

ALI
Assalamualaikum Lilah.

DELILAH
Waalaikumsalam.

ALI
Kita jumpa boleh?

DELILAH tak pasti tapi bila lihat wajah ALI, dia tak
sampai hati nak menolak.

DELILAH
27
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Lagi sejam setengah boleh? Saya


ada kerja nak buat sekarang ni.

ALI
Boleh. Ni nombor abang.

ALI bagi kad namanya. DELILAH ambil dan beredar. WAN


RUBY yang jalan ke bangunan pejabat, nampak DELILAH
dengan ALI.

WAN RUBY menuruti DELILAH. Dia tegur, DELILAH jalan


seiring dengan WAN RUBY.

CUT TO:

SC25.INT.PEJABAT UNESCO.PAGI
Watak: DELILAH, WAN RUBY

Mereka jalan masuk ke pejabat.

WAN RUBY
Tadi yang tegur Lilah tu Dr Ali
kan?

DELILAH
Kenal ke?

WAN RUBY
Doktor dari Malaysia yang banyak
jasa dia berkhidmat bersama
doctors beyond borders. Mestilah
kenal.

DELILAH
Yaa..

WAN RUBY
Dia bagi kad nama, baru berkenalan
jugak ke? Jadi rebutan Lilah kat
sini kan?

DELILAH senyum saja. Dia ke meja kerjanya. WAN RUBY


juga ke meja WAN RUBY.
28
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH duduk dan lihat kad nama DR ALI.

DISSOLVE TO:

SC26.INT.PEJABAT PEGUAM HUD.PAGI


Watak: WAIRAH, HUD SULAIMAN

HUD SULAIMAN sedang semak beberapa maklumat yang


WAIRAH dah susunkan. WAIRAH duduk depannya,
menunggu.

HUD SULAIMAN
Dah lengkap semua bahan bukti dan
hujah yang disediakan. Tapi satu
perkara, Wairah perlu tanya betul
betul pada Encik Osman, adakah
dia tak rahsiakan apa apa pada
pihak kita.
Saya dapat rasakan ada yang tak
berapa kena dengan Encik Osman
masa kali pertama dia datang
sini.

WAIRAH
Ikut rasa? Kita bergerak
berlandaskan bukti dan fakta.
Bukan rasa.

HUD SULAIMAN
Betul, tapi apa beza satu peguam
dengan satu peguam yang selalu
berjaya?

WAIRAH
Rasa?

HUD SULAIMAN
Betul​. Instinct. ​Lengkap fakta,
saksi, bukti dan hujah untuk
menentang pihak plantif.
Tapi apabila ada extra elemen
‘rasa’, kita boleh lebih awal
tahu ada sesuatu yang tak kena
atau ada sesuatu yang orang lain
29
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

tak nampak bukti, tapi kita


nampak. Dan ia dapat
menyelamatkan anak guam kita.

WAIRAH
Tapi dalam kes Encik Osman ni,
Hud ‘rasa’ Encik Osman tak cukup
telus dengan kita?

HUD SULAIMAN
Betul.

WAIRAH faham dan suka dengan kebijaksanaan HUD


SULAIMAN.

CUT TO:

SC27.INT.KEDAI MAKAN.PAGI
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH dan ALI duduk berbual.

ALI
Ibu ada beritahu dia jumpa Lilah
di kampung.

DELILAH
Ya.. kesian kat ibu. Lilah rasa
bersalah buat ibu sedih selama
ni.

ALI
Dia sayang sangat pada Lilah dan
dia menyalahkan abang.

DELILAH
Bila Lilah balik sini, ingatan tu
memang nak jumpa dia tapi Lilah
tak nak menyusahkan sesiapa.
Lilah takut ibu akan marah atau
sedih semula.

ALI
Jadi sebab itu ke Lilah marah
marah abang semalam?

DELILAH
30
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Marah abang?

ALI
Semalam masa kita terjumpa luar
bangunan. Pasal ibu ke?

DELILAH
Eh!Tak.. semalam tu.. bukan.

ALI
Habis tu kenapa Lilah marah abang
macam tu?

DELILAH diam dia tak pasti nak cakap atau tidak.

CUT TO:

SC28.EXT.KEDAI MAKAN.PAGI
Watak: DELILAH, ALI, SYAM

DELILAH keluar dulu, ALI pergi bayar. DELILAH jalan


sekitar luar kedai tapi langkahnya terhenti. Abang
iparnya SYAM ada depannya. Keadaan SYAM nampak
tenang.

SYAM
Delilah?

DELILAH
Abang Syam..

SYAM
Tak sangka dapat jumpa kat sini?
Punya besar tempat ni, ramai
orang, tapi kita dapat terjumpa
macam ni? Nampak tak hebatnya
gerak hati abang. Dan abang tahu
kakak kamu ada dengan kamu kan?

DELILAH terkejut. Tak tahu nak jawab. ALI datang.


ALI kenal SYAM.

ALI
31
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Eh! Abang Syam? Lama tak jumpa!

ALI nak salam SYAM tapi SYAM tepis tangan ALI. ALI
hairan. Dia pandang DELILAH. DELILAH beri isyarat
yang ada tak kena dengan SYAM sekarang ini.

SYAM senyum saja. Dia hampiri DELILAH. DELILAH


gementar tapi masih kuatkan hatinya. ALI nak halang
tapi DELILAH beri isyarat tangan minta tunggu dulu.
ALI berjaga jaga.

SYAM
Bawak Kak Jun balik ya.

SYAM beredar.

DELILAH lega tapi tangannya menggeletar. ALI nampak


DELILAH begitu. Dia hampiri DELILAH dan pegang
tangan DELILAH yang beralas baju. DELILAH pandang
ALI, terasa rindunya dalam diam. DELILAH sedar dia
tak boleh begitu, dia jarakkan dirinya. ALI juga
faham.

DISSOLVE TO:

SC29.INT.PEJABAT MSF.PAGI
Watak: ALI

ALI masuk dalam bilik pejabatnya. Dia menung


terimbas apa yang dia rasa beberapa detik tadi.

Terimbas moment SC28 tadi apabila dia sentuh tangan


DELILAH dan cara DELILAH memandangnya.

ALI terasa jantungnya berdegup laju.

ALI
Delilah..

CUT TO:

SC30.EXT.TEPI JALAN.PETANG
Watak: SYAM
32
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

SYAM jalan sendiri. Dia bercakap sorang sorang.

SYAM
Dia datang dari setiap penjuru,
dia menunggu, dia memburu setiap
yang belum tahu! Aku tahu.. aku
perlu tahu!
Jun! Aim! Jangan tinggalkan
abang. Tak boleh jauh dari abang,
nanti dia datang setiap penjuru!
Jun!Aim!

SYAM jadi panik nak selamatkan anak isterinya. Dia


lari.

CUT TO:

SC31.EXT.KAWASAN RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: KAK JUN, DELILAH, AIM

KAK JUN lihat sekeliling, dia nak keluar dari


kawasan rumah.

Kereta DELILAH tiba baru sampai. DELILAH nampak KAK


JUN. Dia ke tepikan kereta. DELILAH keluar. AIM ada
dalam kereta perhatikan mereka.

DELILAH
Kak Jun! Akak nak ke mana ni?

KAK JUN
Abang Syam tinggalkan mesej, dia
cari akak.
Dia kata ada orang nak datang
tangkap dia. Lilah telefon polis
ke? Jangan tangkap dia, Lilah.

DELILAH
Mana ada Lilah beritahu polis!
Kalau ya pun, akak nak ke mana
33
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

ni? Nak balik ke rumah sorang


macam ni?

KAK JUN
Abang Syam..

DELILAH
Kenapa akak jadi macam ni? Akak
dulu kuat hati, kenapa sekarang..

KAK JUN
Dia suami akak, Lilah. Kita kena
tolong dia.

AIM
Mama! Mama!

KAK JUN
Aim?

DELILAH
Ok kita tolong abang Syam. Kita
sama sama. Ikut Lilah dulu.
Tolong kak.. ikut Lilah ya.

KAK JUN nampak AIM, dia jadi lembut hati dan menurut
DELILAH naik kereta.

CUT TO:

SC32.EXT.KAWASAN REHAT RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, KAK JUN, HUD SULAIMAN

Mereka duduk bincang bertiga.

HUD SULAIMAN
Dari cerita yang saya dengar ni,
kes macam ni memang pernah
berlaku.
Suami akak belajar salah ilmu yang
buatkan dia tak dapat kawal
dirinya. Jiwanya terganggu. Kita
perlu bawa dia jumpa doktor
psikiatri untuk dapatkan rawatan.
34
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

KAK JUN
Keluarga dia dah cuba hantar dia
jumpa doktor. Itu yang dia lari
balik rumah semula.

DELILAH
Kalau kita bawak balik kampung
kita? Mungkin ayah boleh tolong?

HUD SULAIMAN
Boleh juga tapi keselamatan
keluarga perlu dijaga sebab kita
tak tahu bila masa dia boleh jadi
agesif, luar kawalan.

KAK JUN
Ya, faham.. tapi kita kena cuba
Lilah. Tak boleh biarkan abang
Syam sorang macam tu.

DELILAH faham.

CUT TO:

SC33.EXT.KORIDOR RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, HUD SULAIMAN

Mereka berbual di depan pintu rumah DELILAH.

HUD SULAIMAN
Saya risau..

DELILAH
Saya akan jaga kak Jun.

HUD SULAIMAN
Siapa yang nak jaga Lilah pulak?

DELILAH
Awaklah.

HUD SULAIMAN
Hah? Betul? Saya jaga? Betul?
35
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH ketawa saja.

DELILAH
Bye Jiran!

HUD SULAIMAN
Saya jaga tau! Ingat tu!

DELILAH bye bye dan masuk dalam rumah. HUD SULAIMAN


suka.

CUT TO:

SC34.INT.RUMAH SEWA DELILAH.PETANG


Watak: DELILAH, KAK JUN, AIM

AIM duduk tengok tv, KAK JUN duduk dengannya.


DELILAH masuk, terus KAK JUN hampiri DELILAH.
Cakapnya perlahan, tak nak AIM dengar.

KAK JUN
Esok kita cari Abang Syam ya.

DELILAH
Ya.. tapi Lilah ada terjumpa dia.
Dia pun nampak Lilah, dia tak
sangka. Dia tanya akak dan nak
kak balik.

KAK JUN
Kenapa baru beritahu akak ni? Dia
marah marah? Dia ada usik Lilah
ke?

DELILAH
Tak!Takde.. dia tak buat apa pun.
Tapi saya jadi takut dengan dia.
bukan takut, sebenarnya gementar.
Risau. Tak tahu apa yang dia
mampu buat tanpa hiraukan orang
keliling.

KAK JUN
Lepas tu dia ke mana?
36
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Tak tahu.. kak, kena cukup hati
hati. Lilah tak nak kakak dipukul
atau dibuat benda yang mengarut
sebabkan gangguan mental.

KAK JUN faham. Dia peluk DELILAH.

DISSOLVE TO:

SC35.EXT.FOODTRUCK.MALAM
Watak: ALI, AZMI

ALI senyum lebar saja semasa AZMI sedang bercerita.

AZMI
Kau dengar tak aku cerita dari
tadi ni? Tersenyum senyum macam
tu, pelik betul. baru sehari aku
tinggalkan kau, dah jadi gini?

ALI
Apa benda kau? Aku ok. Kau tulah,
orang tak betul mental pun kau
layan.

AZMI
Manalah aku tahu. bila chat dalam
online tu macam ok je.

ALI
Kalau tak jumpa berdepan, nampak
depan mata dan bukan depan skrin,
baru kau boleh nilai ok ke tak
seseorang tu! Ni semua kau sapu.

AZMI
Yalah yalah.. yang kau senyum
senyum ni kenapa pulak? tersampuk
sama?

ALI
37
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Delilah. Aku tahu dia masih ada


perasaan sayang pada aku.

AZMI terkejut macam tak percaya je.

CUT TO:

SC36.EXT.KEDAI KEDAI.SIANG
Watak: WAIRAH

WAIRAH jalan sambil cakap telefon.

WAIRAH
Ya kak..nanti saya beritahu Ali.
Rasanya dia nak bawak Haifa
keluar tu.. ok nanti Wai telefon
akak balik ya.. bye

DELILAH terus jalan, tapi nampak satu kedai yang


buatkan dia masuk dalam kedai tersebut.

CUT TO:

SC37.EXT.BANGUNAN PEJABAT.SIANG
Watak: DELILAH, ALI

DELILAH keluar dari bangunan pejabat. ALI nampak,


panggil DELILAH. DELILAH jadi serba salah tapi dia
tak sempat mengelak.

ALI
Nak ke mana?

DELILAH
Beli barang lepas tu ambil kak
Jun.

ALI
Pasal abang Syam semalam ke?
Kenapa dengan dia?
38
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

DELILAH
Dia tak sihat. Bukan fizikal tapi
fikiran dia terganggu.

ALI
Adaa apa apa abang boleh tolong?
Abang pernah baik sangat dengan
Abang Syam. Masa mula mula dia
kahwin dengan Kak Jun, dia selalu
jumpa abang.

DELILAH
Oh ya ke? Kalau macam tu abang
boleh tolong Lilah.

ALI
Boleh. Apa dia?

Mereka bincang sambil jalan.

CUT TO:

SC38.EXT. KEDAI KEDAI.SIANG


Watak: WAIRAH, ALI, DELILAH

WAIRAH keluar dari kedai, dia beli barang.

WAIRAH keluar dengan senang hati, tapi wajahnya


berubah apabila tidak jauh daripadanya, dia nampak
ALI sedang berjalan sambil berbual dengan DELILAH.

Terkejut WAIRAH. Terlepas barang yang dia baru beli


itu.

CUT TO END
BERSAMBUNG
END CREDIT
39
episod 15 keranahafsanyasetia
oleh sitijasminaibrahim

Anda mungkin juga menyukai