Anda di halaman 1dari 3

JENIS – JENIS JAHITAN TANGAN

JAHITAN KIA

Jahitan ini biasanya digunakan untuk menjahit klim meretas. Ia digunakan untuk memulakan dan
mematikan jahitan tangan. Jahitan ini amat kukuh, amat rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin.

Jika mesin rosak, jenis jahitan tangan ini biasanya boleh menggantikan jahitan mesin tersebut. Untuk
memulakan jahitan kia, anda perlu memulakannya dari kiri ke kanan. Jarak jahitan tersebut perlu
dijarakkan sebanyak 1 milimeter hingga 2 milimeter.

Kemudian ulang lagi sekali ditempat yang sama. Kemudian buat jarak sepanjang 4 milimeter dari
jahitan pertama. Selepas jahitan siap, matikan jahitan tersebut.

JAHITAN SILANG
PANGKAH
Jenis jahitan silang pangkah ini digunakan untuk menjahit kelepet, pita zip, lapik dan juga digunakan
sebagai jahitan sulaman. Cara untuk membuat jenis jahitan ini, ianya perlu dijahit dari bahagian kiri
ke kanan. Ia perlu dimulakan dengan jahitan kia.

Kemudian, masukkan jarum pada bahagian bawah dan atas dengan ukuran jarak 1 milimeter. Selepas
itu, silangkan jahitan tersebut dan setiap jaraknya perlu 1 milimeter. Akhir sekali matikan jahitan
silang pangkah tersebut dengan jahitan kia.

JAHITAN INSANG
PARI

Jahitan insang pari biasanya digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Ia juga digunakan sebagai
jahitan perhiasan untuk menjahit motif. Cara jenis jahitan tangan ini perlu bermula dari kiri ke kanan
dan daripada beberapa jelujur halus pada sisi kiri.

Kemudiannya, cucuk jarum secara menegak pada sisi sebelahnya dan halakan jarum ke arah kita.
Selepas itu letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang tersebut. Untuk mematikan
jahitan ini, perlu membuat jelujur halus menegak di sebelah kanan jahitan insang pari yang terakhir.

JAHITAN LILIT
KEMAS
Jenis jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Ia juga digunakan untuk cangkuk, palang dan
butang katup. Untuk membuat jahitan ini, anda perlu mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke
kanan.

Kemudian, anda perlu cucuk dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik tersebut dan tarik jarum
ke arah anda. Apabila siap, matikan jahitan tersebut dengan jahitan kia.

JAHITAN SEMBAT
SUSUP

Jahitan sembat ini biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet. Jenis jahitan ini amat halus, rapat

dan kukuh. Ia boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.

Jahitan sembat ini juga digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung. Untuk

membuat jahitan sembat, anda perlu membuat jahitan kia dari kanan ke kiri. Apabila membuat

jahitan ini, sisi atas kanan harus condong ke kiri sebanyak 30 darjah. Apabila selesai jahitan sembat

ini, matikan dengan jahitan kia.

Anda mungkin juga menyukai