Anda di halaman 1dari 13

Unit 3 : Saudara mara saya

1
Pemahaman

A Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri majlis
perkahwinan sepupu saya di kampung.
Pada awal pagi sebelum hari majlis perkahwinan itu berlangsung, Pak Cik
Ali dan Mak Cik Fatimah sibuk memasak makanan dan lauk-pauk yang akan
dihidangkan kepada para jemputan dan rombongan pengantin lelaki.
Apabila lauk-pauk dan makanan siap dimasak, saya membantu saudara-
mara menghidangkan makanan dan minuman di atas meja. Ayah dan Pak Long
sibuk melayan para tetamu yang datang bersalaman dan mengucapkan
tahniah.
Kira-kira pada pukul 1:00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba.
Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan seni silat.
Suasana ketika itu sungguh meriah.

2
1. Mengapakah penulis sekeluarga balik ke kampung pada cuti
sekolah yang lepas?

A Untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu.


B Untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan.
C Untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran.
D Untuk melancong.
2. Mengapakah Pak Cik Ali dan Mak Cik Fatimah sangat sibuk
pada awal pagi majlis perkahwinan?

A Mereka sibuk memasak hidangan untuk para jemputan


dan rombongan pengantin lelaki.
B Mereka sibuk memasak hidangan untuk para jemputan
dan rombongan pengantin perempuan.
C Mereka sedang sibuk melayan tetamu.
D Mereka sibuk memasak kerana berasa lapar.
3. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila lauk-pauk dan
makanan siap dimasak?

A Membantu saudara-mara menghabiskan makanan dan


minuman.
B Membantu ibu bapa menghidangkan makanan dan
minuman.
C Membantu saudara-mara menghidangkan makanan
dan minuman di atas lantai.
D Membantu saudara-mara menghidangkan makanan
dan minuman di atas meja.
4. Bagaimanakah rombongan pengantin lelaki disambut?

A Dengan nyanyian saudara-mara.


B Dengan paluan kompang dan pertunjukan seni wushu.
C Dengan paluan kompang dan pertunjukan seni silat.
D Dengan tepukan meriah.
5. Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah ___________.

A Bekerjasama. C Makan dengan sopan.


B Tepat masa. D Tiada.

3
A Lengkapkan frasa berikut untuk membentuk ayat yang betul.

1. Ibu saudara Guan Hong ________________________________.

2. Suasana pada majlis itu ________________________________.

3. Pasangan pengantin memotong kek _____________________.

4. Tetamu yang hadir bersorak _____________________________.

5. Pasangan pengantin itu _________________________________.

4
B Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (iThink)

5
C Bina ayat berdasarkan perkataan tersebut.
A. Bina Ayat
1. - pengatin

2. - album

3. - tetamu

4. - catur

5. - majalah

Pasangan pengantin itu sangat secocok.


Banyak gambar tersimpan di dalam album itu.
Tetamu yang hadir membawa hadiah untuk pengantin.
Abang dan kawannya sedang bermain catur.
Majalah-majalah itu tersusun di rak yang disediakan.
6
D. Tulis simpulan bahasa dengan maksudnya yang betul.

1. Gembira ----------------------------------------------------- ( )

2. Rajin ----------------------------------------------------------- ( )

3. Melakukan sesuatu dengan cepat ------------------ ( )

4. Mengikut langkah seseorang -------------------------- ( )

5. Bekerja keras ----------------------------------------------- ( )

E. Tandakan kata ganti nama diri dengan kumpulannya.

beliau awak kamu beta

baginda patik tuan hamba kita

kata ganti nama diri kata ganti nama diri kata ganti nama diri
pertama kedua ketiga

7
F Betulkan ejaan perkataan tersebut.

1. perkhawinan ------------------------------------------------ ( )

2. elbum --------------------------------------------------------- ( )

3. kampong ---------------------------------------------------- ( )

4. locing --------------------------------------------------------- ( )

5. suasane ------------------------------------------------------ ( )

6. penganten -------------------------------------------------- ( )

7. nenik ---------------------------------------------------------- ( )

8. menolung ---------------------------------------------------- ( )

9. kelinik --------------------------------------------------------- ( )

10. docter -------------------------------------------------------- ( )

11. pensil ---------------------------------------------------------- ( )

12. dindeng ------------------------------------------------------ ( )

8
A Baca petikan di bawah. Kemudian, pilih jawapan yang betul.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan kakak telah bercuti di Kampung Sentosa
untuk menemani datuk dan nenek. Saya belajar banyak ilmu baru di kampung.
Datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan tangan
terbuka. Datuk membawa saya ke tepi sungai untuk menangkap ikan. Datuk
mengajar saya cara menangkap ikan dengan menggunakan tangan sahaja.
Aktiviti ini telah menjadi pengalaman yang terbaik semasa di kampung.
Kakak pula membantu nenek memasak di rumah. Datuk dan nenek telah
membuka sebuah restoran kecil di rumah mereka. Justeru, kakak akan
membantu nenek melayan pelanggan.
Kami akan menonton televisyen bersama selepas makan malam. Datuk
dan nenek juga akan menceritakan perkara yang seronok atau pelik di
kampung ini. Saya dan kakak sangat gembira apabila bercuti di kampung.

9
1. Apakah nama kampung dalam petikan atas?

A Kampung Ajaib C Kampung Sentosa


B Kampung Cempedak D Kampung Mata Ayer

2. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penulis dan datuknya?

A Menari C Menunggang basikal


B Menangkap ikan D Bersenam

3. Datuk dan nenek telah membuka sebuah _______________.

A kedai runcit C kedai baju


B restoran kecil D kedai mainan

4. Bagaimanakah kakak membantu nenek di restoran?

A Melayan pelanggan C Mengelap meja


B Mencuci pinggan D Menyediakan makanan

5. Selain daripada menonton televisyen, apakah yang dilakukan


oleh datuk dan nenek penulis?

A Bercerita C Menyanyi
B Berdoa D Beriadah

10
Unit 02 Set 02 Kata Ganti Nama Diri
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

11
Unit 02 Set 03 Kata Ganti Nama Diri
Betulkan kata ganti nama diri dalam ayat-ayat di bawah.

1. “Saya mahu ke rumah Adi, ibu,” kata Zul


dan Zaki kepada ibunya.

2. Tuan Halim sangat


pemurah. Dia disayangi oleh penduduk.

3. “Bilakah anda akan pergi bercuti di


Sabah?” tanya Johan kepada Zizan.

4. “Kita hendak ke kantin,” kata Chan Meng,


Lina dan Anita.

5. “Nama awak ialah Lim Set Thin,” kata


murid baharu itu.

6. Kami haruslah berdiri tegak ketika


menyanyikan lagu Negaraku.

12
7. Jane murid yang malas. Kamu selalu
ponteng sekolah.

8. “Mereka mesti siapkan latihan ini


sekarang,” kata Cikgu Lew kepada Yong.

9. “Kita mesti menghantar buku latihan esok,”


kata Cikgu Loo kepada murid-muridnya.

13

Anda mungkin juga menyukai