Anda di halaman 1dari 2

1.

1 Pernyataan Masalah

Penilaian dilakuan secara manual oleh para guru di sekolah. Penilaian tersebut
menggunakan pen dan kertas. Masalah akan timbul sekiranya kertas penilaian tersebut
hilang. Selain itu, kaedah manual mengambil masa yang lama untuk mengira markah
pelajar. Markah pelajar pula akan dicatat di dalam buku rekod kemajuan pelajar.

Masalah ini dapat diatasi dengan membina sistem kuiz secara atas talian. Sistem ini
memudahkan penilaian pelajar, ini bagi mengelakkan berlaku kecuaian semasa mengira
markah. Selain itu, sistem ini dapat mengira markah pelajar dengan tepat malah masa yang
diambil untuk penandaan penilaian pelajar adalah lebih singkat.

1.2 Objektif

i. Sistem ini boleh merekod maklumat pelajar bagi kuiz Matematik dengan sistematik.
ii. Sistem ini boleh mengira markah pelajar bagi kuiz Matematik dengan tepat.
iii. Sistem ini boleh memaparkan pencapaian prestasi pelajar bagi kuiz Matematik
dengan tepat.

1.3 Skop

i. Sistem ini hanya boleh merekod maklumat pelajar bagi kuiz Matematik sahaja.
ii. Sistem ini hanya boleh mengira markah pelajar bagi kuiz Matematik sahaja.
iii. Sistem ini hanya boleh memaparkan pencapaian prestasi pelajar bagi kuiz Matematik
mengikut nama dan kelas sahaja.

1.4 Kumpulan Sasaran

i. Pelajar tingkatan 3
ii. Guru subjek Matematik Tingkatan 3

1.5 Menilai sistem sedia ada


Oleh kerana kaedah yang sedia ada digunakan secara manual, kaedah ini tidak
memperuntukkan kos yang tinggi kerana menggunakan pen dan kertas. Selain itu, nilai
integriti adalah tinggi kerana penilaian dilakukan secara bersemuka dengan guru tetapi
menyukarkan para guru semasa melakukan proses penandaan. Oleh itu, saya akan
membangunkan sistem baharu secara atas talian bagi menggantikan pentadbiran penilaian
yang sedia ada . Penandaan akan menjadi lebih efisien, cepat dan tepat.

Nama Sistem

Kuiz Matematik .

Anda mungkin juga menyukai