Anda di halaman 1dari 5

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2022/2023


JUL 401 – BAHASA MALAYSIA IV

Tugasan Individu (30%)

PERHATIAN:

i. Huruf Times New Roman, saiz 12, langkau 2.0 dan disimpan dalam fail PDF.
ii. Tugasan ini mesti DIHANTAR SELEWAT-LEWATNYA PADA 24 FEBRUARI 2023 (JUMAAT).
iii. Markah 0 akan diberi jika tugasan sampai selepas tarikh tersebut atau pelajar langsung tidak
menghantar tugasan.
iv. Bahagain A dan B hendaklah dihantar bersama-sama (dalam satu fail sahaja).
v. Kaedah penghantaran: HANTAR TUGASAN SECARA E-MEL : bmelayu42223@gmail.com.
vi. Sebarang masalah sila menghantar teks pesanan ringkas atau hubungi saya.

Bahagian A: KARANGAN – (25 markah)

i. Pilih SATU (1) daripada tajuk karangan di bawah.


ii. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600-700 patah perkataan.

(Pemarkahan karangan akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan ejaan serta gaya
keseluruhannya.)

1. Kebanyakan masyarakat zaman sekarang dapat menguasai bahasa asing dengan baik. Bahaskan
kepentingan mempelajari bahasa asing.

2. Tragedi kemalangan jalan raya saban tahun kian meningkat bilangannya. Bincangkan faktor- faktor
yang menyebabkan perkara ini terjadi dan langkah-langkah mengatasinya.

3. Bahasa Melayu wajar dimartabatkan. Berikan pendapat anda.

4. Tekanan perasaan dan kemurungan dalam kalangan pelajar merupakan satu krisis yang semakin
membarah di negara kita. Bincangkan.
Bahagian B: (5 markah)

KEFAHAMAN BACAAN

ARAHAN:

i. Baca petikan yang diberi dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat.
ii. Panjang jawapan anda TIDAK lebih 50 patah perkataan.
iii. Markah diberi berdasarkan hujahan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

BAHASA PEMAIN UTAMA KEMAJUAN MASYARAKAT

Bahasa ialah alat perhubungan yang paling dalam kehidupan manusa. Bahasa digunakan untuk memperoleh
kecekapan dan kemahiran belajar dan mengajar, iaitu menerima dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Melalui
bahasa juga, seseorang dapat meluaskan pemikiran dan pengetahuan serta membolehkan bahasanya yang
tersendiri. Sehubungan hal itu, setiap bahasa berbeza dari segi geografi dan linguistiknya. Perbezaan bahasa dari
segi linguistiknya terdapat dalam aspek bunyi (fonologi), pembentukan kata (morfologi), bentuk ayat (sintaksis)
dan maknanya (semantik). Dari sudut linguistik, bahasa mempunyai sistem bererti, aturan atau rumus tertentu
yang pasti dan beraturan. Dengan kata lain, tidak mungkin sesuatu bahawa itu tidak mempunyai aturan atau
rumus tertentu. Sesuatu bahasa itu mestilah bersistem. Jika tida, bahasa itu tidak dapat dipelajari dan digunakan
dengan mantap. Tiap- tiap bahasa itu mempunyai sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna untuk
menuturkan atau menuliskan apa-apa sahaja dalam Bahasa tersebut. Misalnya, struktur frasa nama bahasa
Melayu tidak sama dengan struktur frasa nama bahasa Inggeris kerana sistemnya berbeza.

Bahasa juga mempunyai makna. Makna merujuk sesuatu yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis dan
disampaikan dengan menggunakan bahasa. Tiap-tiap yang dituturkan oleh penutur atau ditulis oleh penulis
sesuatu bahasa itu mempunyai makna bagi pendengar atau pembaca dalam masyarakat bahasa yang sama. Makna
bahasa mungkin berupa sesuatu situasi yang sedang dihuraikan, fikiran atau pendapat yang dibentangkan, atau
perlakukan sosial yang diceritakan. Pendengar atau pembaca dapat memahami hal yang dimaksudkan atau
memilih beberapa ciri tertentu daripada seluruh unsur percakapan itu. Pemerkasaan, menurut Kamus Dewan,
Edisi Keempat, bermaksud perihal perbuatan, usaha atau tindakan memperkasakan sesuatu. Dalam konteks tulisan
ini, pemerkasaan merujuk usaha memperkasakan bahasa Melayu melalui penyelidikan, kemudiananya melalui
penyebaran yang menyeluruh bagi memasyarakatkannya. Di dalam kamus yang sama, masyarakat merujuk
kumpulan manusia yang hidup brsama di sesuatu tempat dengan mematuhi aturan yang tertentu.

Sehubungan hal itu, bahasa dan pemerkasaan masyarakat merujuk usaha memperkasakan bahasa Melayu dalam
konteks masyarakat daripada segenap lapisan usia dan latar, dan merangkumi segala bidang kajian. Hal ini
demikian kerana Bahasa yang dilestarikan daripada satu generasi kepada satu generasi secara budaya perlu
diperkasakan untuk mewujudkan saling pengertian, terutama kerana adanya keberkesanan dalam kod linguistik.
Persamaan bahasa dengan anggota masyarakat penggunanya terpanca dengan adanya dimensi sosial yang
subjektif. Sikap individu ketika memuturkan bahasanya kepada pendengarnya, secara tidak langsung,
menggambarkan kesejarahan bahasa dan status individu itu dalam masyarakat bahasanya. Hal tersebut dapat
difahami dengan penggunaan bahasa dalam menelusuri dan mendedahkan perkembangan dan penemuan terkini
dalam kajian bahasa Melayu dan kegiatan pemerkasaan masyarakat. Dalam usaha tersebut, setiap penyelidik
bahasa perlu mencapai beberapa objektif.

2
Pertama, setiap penggunaan bahasa yang merangkumi pelbagai bidang perlu dimasyarakatkan. Sebagai contoh,
penggunaan bahasa dalam media, ekonomi dan dalam bidang professional yang lain, seperti kedoktoran, undang-
undang dan kejuruteraan, perlu diketahui oleh ahli masyarakat kerana setiap bidang itu mempunyai laras
bahasanya yang berbeza-beza. Aspek bahasa yang digunakan dalam setiap bidang itu perlu diketengahkan supaya
masyarakat dapat mempraktikkan ragam bahasa yang pelbagai, di samping mengetahui maknanya. Pengetahuan
tentang laras dan kod bahasa-bahasa Melayu dalam setiap bidang itu sekali gus dapat membuktikan keupayaan
bahasa itu dalam bidang pendidikan, khususnya dalam mengungkapkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
selain menonjolkan pengupayaannya sebagai satu wacana.

Wacana pada umumnya dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan
teks merujuk unit bahasa yang lebih besar daripadanya ayat, dan cabang linguistik itu setara dengan cabang yang
lain, seperti morfologi dan sintaksis. Wacana juga dilihat sebagai unit perlakuan bahasa. Unit perlakuan bahasa
mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa dalam
perbualan di sekolah, sewaktu guru menyampaikan pengajaran, pensyarah menyampaikan kuliah dan dalam
interaksi formal di institusi pendidikan. Dengan kata lain, wacana dapat didefinisikan sebagai bahasa dalam
penggunaan dan dalam perhubungan yang melibatkan komunikasi dan interaksi pendidik dengan pelajarnya.
Melalui wacana, bentuk komunikasi melalui bahasa dapat dipancarkan. Hal tersebut sekali gus menonjolkan pola
kepercayaan dan tindakan lazim, di samping pola bahasa. Dalam hal itu, wacana merujuk idea dan cara bertutur
hingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Dengan hal demikian, segala penggunaan bahasa Melayu sebagai
wacana yang merentas pelbagai bidang ilmu perlu mendapat tempat dalam pengetahuan masyarakat bahasa
Melayu agar kajian sedemikian dapat diperkasakan.

Kedua, sarjana bahasa perlu serius dalam membincangkan dan menyebarluaskan penyelidikan dan penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dalam usaha memperkasakan masyarakat, di samping mengemukakan
cadangan untuk menatarkannya. Sarjana juga perlu berusaha memperkaya dan memertabatkan penyelidikan
linguistik dan membudayakan penemuan baharu dalam bidang bahasa Melayu melalui penerbitan dan
penterjemahan agar menjadi realiti dalam kehidupan masyarakat. Dalam usaha mencapai hasrat itu, kajian bahasa
Melayu yang lebih lengkap perlu dijalankan dalam semua bidang bahasa yang ada kaitannya dengan dunia
pendidikan. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan khazanah kebudayaan kebangsaan yang sangat berharga
dan mampu mendukung semua fungsinya. Sehubungan hal itu, ancaman gelombang globalisasi dan kemajuan
teknologi maklumat tidak harus dianggap sebagai ancaman pada kemajuan bahasa Melayu itu sendiri, sebaliknya
dilihat sebagai perkara yang positif, iaitu sebagai anjakan paradigm pada bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat yang pesat ini mampu mempercepat usaha memperkasakan dan
memasyarakatkan bahasa Melayu.

Walaupun terdapat segelintir ahli masyarakat yang mengambil kesempatan di sebalik kemajuan dalam era
globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat, iaitu dengan melakukan perubahan perspektif masyarakat terhadap
keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi dan tindakan itu amat
mendukacitakan, usaha tersebut dapat diatasi melalui usaha menjalankan kajian bahasa Melayu dan
memperkasakannya dalam masyarakat di dalam dan di luar Negara. Hal itu sekali gus dapat membuka ruang
untuk masyarakat bahasa Melayu menjatikan diri mereka dengan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan, manakala
masyarakat dunia akan mengiktiraf keupayaan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa moden yang
mempunyai status dan nilai ilmu ekonomi, sosial dan politik.

3
Oleh hal yang demikian, fenomena tersebut menuntut pencinta linguistik dan bahasa Melayu mempergiat
penyelidikan dan memantapkan bahasa itu sebagai usaha menjadikannya juzuk utama dalam khazanah ilmu yang
dapat menarik perhatian lebih banyak masyarakat global di samping menjadikannya sebagai wahana yang
berkesan untuk memperkasasakan masyarakat setempat. Ilmuwan dan cendekiawan harus terus mengkaji dan
menguji strategi yang lebih berkesan dalam usaha memastikan agar bahasa Melayu diutamakan dalam pelbagai
bidang di negara ini. Mereka perlu berusaha mencari formula ampuh untuk memastikan agar fungsi bahasa
Melayu sebagai bahasa penyatuan dan pemerkasaan masyarakat dapat dilestarikan secara berkesan. Tidak kurang
juga, kajian perlu dibuat tentang perancangan bahasa yang lebih strategik untuk memantapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden supaya bahasa itu digunakan secara
meluas di negara ini dalam semua bidang ilmu dan oleh semua lapisan dan golongan masyarakat.

Dengan hal yang demikian, segala alasan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang telah
diangkat sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa pengantar harus diketepikan. Penekanan terhadap
kepentinganbahasa Inggeris tidak harus dijadikan lesen untuk tidak menghormati Bahasa kebangsaan itu. “Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” harus dimengertikan maknanya dan diperkasakan dahulu dalam jiwa
rakyat Malaysia. Di samping itu, rakyat Malaysia harus menyedari bahawa bahasa Melayu kini semakin hilang
status dan wibawanya di negara ini sebagai ekoran sikap negatif segelintir rakyat Malaysia yang tidak yakin akan
kemampuannya sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi moden. Setiap usaha untuk menghimpunkan,
membincangkan dan memantapkan hasil penyelidikan linguistik dan pembudayaan bahasa Melayu harus
dipandang sebagai langkah yang positif ke arah memasyarakatkan bahasa itu pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Kerjasama erat Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, tidak harus dinafikan lagi agar hasil penyelidikan itu dapat dimasyarakatkan. Dengan hal itu,
penyalahgunaan kuasa sosial, ekonomi dan politik untuk menafikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dapat dijelaskan dan dihindarkan daripada berterusan agar semua pihak dapat memahami wujudnya
ketidaksetaraan social, sebagai kesan perubahan sikap dan fenomena tersebut. Hal itu harus didedahkan secara
ilmiah pada peringkat sarjana dan diperkasakan pada peringkat masyarakat sebagai realiti kerana bahasa
memainkan peranana utama dalam kemajuan masyarakatnya.

(Dipetik dan diubahsuai daripada: Rencana Zaitul Azma Zainon


Hamzah di dalam Pelita Bahasa, November 2008).

Soalan:

1. Pada pandangan anda, adakah bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu di Malaysia?

4
TUGASAN 1 JUL 401

NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

Kandungan Kerja Kursus

1. Bahagian A: Karangan
2. Bahagian B: Kefahaman Bacaan

1. Karangan (Letak nombor pilihan karangan)

2. Kefahaman Bacaan (Soalan 1)

Anda mungkin juga menyukai