Anda di halaman 1dari 3

Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi

Universiti Teknologi MARA (UiTM)


40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Sharifah Food,
Lot 4,
Kompleks Industri Makanan MARA
KM 13, Jalan Batu Caves
68100 Kuala Lumpur
Selangor Tarikh : 30 November 2022

Melalui:

Prof. Madya Dr. Rezian-na Muhammed Kassim


Pensyarah / Penasihat Program
Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Dato’/Tuan/ Puan,

MEMOHON TAJAAN DAN SUMBANGAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM “WISATA


TO EAST JAVA”

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Pelajar semester lima (5) SR241 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan Universiti
Teknologi MARA akan menganjurkan program bertajuk WISATA TO EAST JAVA bagi kursus
SMG661 (Tourism Management) dan SMG603 (Tourism Planning and Management).
Maklumat program adalah seperti berikut:

Nama program : Wisata To East Java


Tarikh : 16-22 Januari 2023
Tempat : Universitas Negeri Malang, Indonesia

3. Program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus subjek SMG661 (Tourism
Management) dan SMG603 (Tourism Planning and Management ) serta untuk memberi
pendedahan dan pengenalan kepada para pelajar untuk menganjurkan sesebuah program
atau suatu acara untuk masa hadapan. Ia sekaligus dapat membantu kami berinteraksi dengan
masyarakat luar negara untuk bersama kami menjayakan program ini.

4. Oleh itu, kami ingin memohon jasa baik dari pihak Dato’/Tuan/ Puan untuk memberi
sumbangan dari segi kewangan atau barangan untuk menampung sebahagian perbelanjaan
sepanjang program ini berlangsung.

5. Sebarang bentuk sumbangan, tajaan serta pertanyaan boleh dirujuk melalui biro
penajaan program Puteri Lyana Nabilah binti Rosli (017- 848 4866) atau Nurmunirah binti
Zaharudin (018-3297764) atau boleh emailkan kepada puteribella.aisy@gmail.com &
nurmunirahbintizaharudin@gmail.com. Kami berharap agar pihak Dato’/Tuan/Puan dapat
mempertimbangkan pemohonan ini.
6. Berikut kami sertakan kelebihan yang bakal Dato’/Tuan/Puan akan perolehi
sekiranya dapat memberikan sumbangan kepada program kami:
● Promosikan jenama / barang penaja sebaik mungkin dengan
menyebut nama produk penaja sepanjang program.
● Manfaatkan kedua-dua penaja dan pelajar.
● Memaparkan logo produk penaja dalam poster kami, media sosial
sepanjang program ini berlangsung.
● Mencetak dan memakai logo produk di baju (dilampiran).
● Menjadikan penjenamaan produk penaja lebih dikenali di luar
negara.

7. Segala sumbangan dan kerjasama dari pihak Dato’/Tuan/Puan amatlah


kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“Unity in Adversity”

Yang menjalankan tugas,

Raziqin Syafiq bin Razman


Pengarah Program ( SR 2415M1 )
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Ahmad Lutfi bin Mohd Sam


Pengarah Program ( SR 2415N )
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
PAKEJ SPONSOR

PLATINUM GOLD SILVER BRONZE


RM8,000 RM5,000 RM2,000 BELOW RM1,000
• Banner : Logo di • Banner : Logo di • Banner : Logo di • Banner : Logo di
bahagian atas. bahagian bawah. bahagian bawah. bahagian bawah.
• Baju : Logo di • Baju : Logo di • Baju : Logo di • Logo dipaparkan di
bahagian depan. bahagian belakang. bahagian belakang. sosial media.
• Logo dipaparkan di • Logo dipaparkan di • Logo dipaparkan di
sosial media. sosial media. sosial media.
• Mempromosikan • Mempromosikan • Mempromosikan
jenama produk jenama produk jenama produk.
sepanjang program sepanjang program
berlangsung. berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai