Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami: SKPA.

600-3/2/9(1)
Tarikh : 26 Januari 2023

--------------------------------------
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan

Tuan/ Puan,
MAKLUMAN KEM LITERASI AL-QURAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan telah terplih mengikuti Kem Literasi Al-
Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam Sek Keb Panglima Adnan.Tujuan program ini
dijalankan adalah untuk membimbing murid bagi meningkatkan prestasi dan kualiti bacaan Iqra
seterusnya mencapai matlamat khatam Al-Quran dengan bacaan yang berkualiti dan dapat
membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

3. Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti berikut:


3.1 Tarikh/Hari : Waktu PdP Pendidikan Islam
3.2 Tempat : Bilik-bilik Khas
3.3 Tempoh : 26 Januari- 17 Februari 2023
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar anak tuan/ puan dapat
hadir ke sekolah sepanjang waktu tersebut bagi memastikan program berjalan dengan lancar.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Disahkan oleh,

__________________________
(EN HELMI BIN ABD HAMID)
GURU BESAR
SK PANGLIMA ADNAN

Anda mungkin juga menyukai