Anda di halaman 1dari 27

SK SUNGAI SOI, 25150 KUANTAN

SEJARAH

DAN

PERALATAN BOLA SEPAK

NAMA : MUHAMMAD IQBAL ABDUL HALIM BIN ABDUL HADI

KELAS : 6 CHAMANG
BIODATA

NAMA : MUHAMMAD IQBAL ABDUL HALIM BIN ABDUL HADI

KELAS : 6 CHAMANG

TARIKH LAHIR : 8 JANUARI 2009

TEMPAT LAHIR : KUALA LUMPUR

SUBJEK KEGEMARAN : MATEMATIK

CITA-CITA : PEMAIN BOLA SEPAK

KELAB SUKAN: BOLA SEPAK

SUKAN YANG DIMINATI : BOLA SEPAK

PENCAPAIAN DALAM SUKAN (SEKIRANYA ADA) : WAKIL SEKOLAH CATUR

2
SEJARAH DAN ASAL USUL PERMAINAN BOLA SEPAK

SEJARAH DUNIA

Bola sepak diminati oleh semua golongan, dari semua peringkat umur. Disana sini

orang bermain bola sepak. Sebenarnya tiada bukti kukuh yang menyatakan dari

manakah bola sepak berasal. Ini kerana tiada satu pun catatan sejarah yang

menyatakan tentang permulaan bola sepak. Terdapat empat negara yang masing-

masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom

Kuno, China, Greece dan Jepun.

Adalah dipercayai perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan

Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju.

Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum

masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad

pertama iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula mengakui bahawa

mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari

catatan sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia

dimainkan.

Menjelang selepas masihi Mexico dan England pula mengakui bahawa bola sepak

berasal dari negara mareka. Walau bagaimanapun, pengakuan kedua negara ini

tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Di England, bola sepak dipercayai

dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada masa ini, bola sepak dimainkan dengan

tiada peraturan, mereka boleh memegang dan membawa lari bola. Pintu gol pula

bermacam-macam jenis dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti

Cambridge dan beberapa pusat pengajian tinggi di England telah menggubal

undang-undang tentang permainan bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap,

tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak yang dapat kita lihat

3
hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada

tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan menjadi undang-

undang rasmi bola sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola

Sepak England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak profesional telah

dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka. Perlawanan bola sepak

yang pertama bertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland tahun

1872 di Glasgow, Scotland.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan  pada

tahun 1904 di Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan

ini ialah Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas

perang dunia pertama anggota FIFA melebihi 50 buah negara, dan kini hampir

180 buah negara menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan

diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya

terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu

pertandingan yang terungul dalam arena bola sepak.

4
SEJARAH DI MALAYSIA

Bola sepak mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1825 oleh askar-askar

Inggeris. Bola sepak merupakan satu-satunya permainan pertama dari luar yang

dibawa masuk ke negara ini. Pada tahun 1905, Liga Bola Sepak Amatur Selangor

ditubuhkan. Stadium pertama yang dibina ialah Stadium Merdeka yang menelan

belanja sejuta runggit. Bersempena dengan pembukaan Stadium Merdeka dan

sebagai menyambut hari kemerdekaan satu Pesta Bola Merdeka telah diadakan

dan ianya terus kekal hingga ke hari ini.

Kini, bola sepak merupakan permainan utama di dunia dan dimainkan oleh segenap

lapisan masyarakat. Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang paling

diminati yang diadakan empat tahun sekali. Negara seperti Brazil, Itali, Perancis,

England adalah negara terkuat dalam bola sepak. Bola sepak juga kini dijadikan

permainan secara kormesil yang mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada

pemain dan kelab-kelab. Antara pemain yang terunggul abad ini ialah Pele, Johan

Cruff, Franze Beckembauer, Maradona, Ronaldo dan ramai lagi.

5
KEMAHIRAN ASAS DALAM BOLA SEPAK
Menendang

 Tendangan leret
 Tendangan lambung
 Tendangan voli

 Menyerkap

 Menyerkap bola leret


 Menyerkap bola tinggi

Menggelecek

Melakukan hantaran

 Hantaran ke hadapan
 Hantaran ke sisi
 Hantaran silang

Menanduk

 Menanduk ke hadapan
 Menanduk ke sisi

Menjaga gol

 Menangkap bola leret


 Menangkap bola tinggi
 Menumbuk bola
 Tendangan bola

6
PERATURAN
HUKUM 1 – The Field of Play

Padang. Bergantung kpd usia pemain. Pemain berumur 12 tahun kebwh

menggunakan pdg yg lebih kecil berbanding pemain berumur 17 tahun.

HUKUM 2 – The Ball 

Bola yg digunakan size 5. Bg kanak2 size bola lebih kecil mengikut kesesuaian.

HUKUM 3 – Jumlah Pemain

Setiap pasukan harus mempunyai minimum 8 pemain dan maksimum 11 dlm padang

termasuk penjaga gol.

HUKUM 4 – Alatan Pemain

Pasukan mesti mempunyai jersey, warna yg berbeza bg mengelakkan kekeliruan.

Pemain perlu memakai shinpad, kasut bola, stokin baju dan seluar. Kasut bola

stud besi dilarang pd peringkat 

HUKUM 5 – Pengadil

Pengadil setiap perlawanan adalah sebyk 5 org. Referee, dua lines man. Dua

pengadil simpanan. Jika referee mengalami kecederaan, pengadil simpanan akan

mengambil alih.

HUKUM 6 – Linesman

Linesman bertanggungjwb mmbantu pengadil dlm membuat keputusan. Linesman

akan memberi isyarat bg bola keluar, sepakan gol, kekasaran , throw in dan juga

offside.

7
HUKUM 7 Masa permainan

Masa mengikut tahap pertandingan. Liga Super Malaysia 45 minit utk separuh

masa. Bg pertandingan biasa 10 minit utk separuh masa. Utk liga2 biasa 30 minit

separuh masa. Masa memainkan peranan penting kerana tahap pemain yg berbeza

memerlukan masa yg bersesuaian.

HUKUM 8 – Sepak Mula

Perlawanan dimulakan dgn tiupan pengadil. Pengadil akan memberi isyarat

bersedia kpd penjaga gol sebelum meniup wisel. Pemain yg memulakan perlawanan

harus menyepak bola kedepan sesudah wisel ditiup. Jika terdapat kekasaran

pengadil akan menghentikan permainan dan memberi sepakan percuma kpd

pemain yg dijatuhkan atau dikasari.

HUKUM 9 – Ball In dan Out of play

Apabila bola keluar, balingan masuk akan dilakukan, balingan perlu dilepaskan

sebelum melepasi kepala pemain yg membuat balingan. Jika melepasi kepala,

balingan bertukar tangan ke pemain lawan. Balingan kedalam tidak mempunyai

offside.

HUKUM 10 – Jaringan Gol

Pemain boleh menjaringkan gol dgn cara sepakan bebas, sepakan percuma,

tandukan, sepakan oleh penjaga gol dan dari sepakan sudut. Situasi gol terbatal

adalah offside, balingan terus kedlm gawang dan sepakan gol kick terus tanpa

sentuhan.

8
HUKUM 11 – Offside

Offside berlaku apabila pemain lawan melebihi pemain terakhir pasukan (selain

penjaga gol) sebelum bola smpi kpd beliau. Offside tidak dikira jika semua

pemain pertahanan naik atas melepasi garisan tengah dan pemain lawan berada

dibelakang mereka (pemain lwn juga dibelakang garisan tgah padang)

HUKUM 12 – Kekasaran Pemain

Pengadil akan memberi sepakan percuma jika berlaku kekasaran. Kekasaran

mempunyai beberap jenis. Antaranya adalah pelanggaran antara badan dgn niat

menjatuhkan pemain dan bukan mendapatkn bola, menyepak kaki pemain lain dan

bukan mendptkn bola, menanduk pemain lawan dgn sengaja, menarik pemain lawan

bg menghalang mendapatkan bola, menyiku pemain lawan, menumbuk pemain lawan

dan mengangkat kaki dgn tinggi melebihi paras dada. Kesalahan yg berat dan

berulang akan menyebabkan pemain dilayangkan kad kuning atau merah.

HUKUM 13 – Sepakan Percuma

Sepakan diberikan pengadil jika berlaku kekasaran, kecederaan pemain atau

gangguan dlm perlawanan. Sepakan percuma terus diberikan jika diluar kotak

penalti dan boleh terus menjaringkan gol. Sepakan tidak terus adalah apabila

berlaku kecederaan, pemain perlu kembalikan bola dgn menendang bola ke arah

padang pasukan lawan.

HUKUM 14 – Sepakan penalti

Sepakan penalti diberikan jika kekasaran berlaku didlm kotak penalti. Kekasaran

spt menarik pemain, menyepak pemain atau menolak pemain dlm kotak penalti

akan menyebabkan sepakan penalti. Gol dikira jika melepasi garisan gawang gol.

9
HUKUM 15 – Lontaran kedalam dan sepakan sudut

Lontaran kedalam tiada offside. Pemain lawan boleh berada dibelakang pemain

terakhir bg mendapatkan bola. Tetapi lontaran kedalam yg terus ke gawang tidak

dikira melainkan ada sentuhan dari pemain lain. Sepakan sudut diberikan jika bola

melepasi garisan gol lawan dan disebabkan pemain lawan. Sepakan sudut boleh

terus ditanduk atau disepak utk menjaringkan gol.

PAKAIAN DAN PERALATAN

i. Pakaian sukan dan kasut yang sesuai bagi seorang pemain bola sepak.

ii. Saiz bola -5″

iii. Peralatan tambahan seperti kon, penanda, wisel dan bip

10
UKURAN

i. Ukuran padang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat.  Ukuran padang
permainan adalah bagi sekolah rendah adalah seperti berikut:

-Panjang :73.15m-82m
-Lebar : 54.86m-64.01m

ii. Kawasan padang


Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan
padang untuk membezakan sesuatu kawasan.  Dua garisan panjang sempadan
disebut garisan padang manakala dua garisan pendek disebut garisan gol.  Ukuran
bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.
Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah.
Kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

iii. Ukuran tiang penjuru dan kawasan sepakan penjara


-Tinggi tiang tiang tidak kurang daripada 1.5m
-Lengkok penjuru (jejari 1m)

iv. Ukuran tiang gol


-Panjang :2.13m
-Lebar :6.40m

v. Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan
lain yang dibenarkan.  Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68 sm-70 sm
dan berat bola dalam lingkungan 410 g – 450 g.  Bola yang digunakan untuk pemain
dewasa ialah bersaiz 4.

11
MENENDANG
Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul.
Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai
kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk
melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau
tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan
melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan
lambung dan tendangan voli.

Tendangan leret

 Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan

gol.

Teknik melakukan tendangan leret :

 Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus.

Mata memandang bola.

 Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke

hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.

 Tendang di bahagian tengah bola.

 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

12
Tendangan Lambung 

 Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan

bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa

menjaringkan gol

Teknik melakukan tendangan lambung :

 Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir

lurus. Mata memandang bola.

 Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan

sedikit.

 Tendang  di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.

 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.


 

13
Tendangan Voli

 Tendangan voli dilakukanuntuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk

menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki

semasa bola di udara

Teknik melakukan tendangan voli :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.

 Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan

sedikit. Mata memandang bola.

 Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong

ke belakang.

 Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

14
MENYERKAP

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu

melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota

badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan

bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada

meleret atau tinggi.

Menyerkap Bola Leret

 Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam

kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

Teknik menyerkap bola leret :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata

memandang bola.

 Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.

 Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.

 Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong

ke arah bola datang

15
Menyerkap Bola Tinggi

 Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam

kaki, paha dan dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang

bola.

 Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa

menghadap bola.

 Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.

 Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola

datang.

16
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang

bola.

 Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas

dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.

 Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh

bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang

bola.

 Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan

dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.

 Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian

bawa badan ke hadapan.

17
MENGGELECEK

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke

kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran

ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh

dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki

digunakn untuk menggelecek.

Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.

 Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.

 Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri

dibengkokkan sedikit.

 Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan

condong ke kanan.

18
HANTARAN

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai

kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan

menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat

hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran

jauh.

Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa

melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang,

bergantung kepada situasi ketika bermain.

Hantaran ke hadapan

 Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam

kaki atau kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan:

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.

 Mata memandang bola.

 Ayunkan kaki menendang ke belakang.

 Tendang di bahagian belakang bola.

 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

19
Hantaran ke sisi

 Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar

kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang

digunakan untuk mengawal bola.

Teknik melakukan hantaran sisi:

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan

kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.

 Tendang di bahagian sisi bola.

 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

20
Hantaran Silang

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam

kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri

digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar

menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola.   

Teknik melakukan hantaran silang:

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.

 Ayunkan kaki menendang ke sisi.

 Badan condong ke arah bola hendak dihantar.

 Tendang di bahagian sisi bola.

 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

21
MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan

hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis

tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan,

tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan:

 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah

bola datang. Mata memandang bola.

 Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan

sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

 Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian

dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

 Ikut lajak selepas melakukan tandukan

22
Teknik menanduk ke sisi:

 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah

bola datang. Mata memandang bola.

 Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan

sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.

 Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.

 Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke belakang:

 Kedudukan bersedia.
 Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata

memandang bola.

 Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala

ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.

 Dahi menyentuh bahagian bawah bola.   

23
MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang

cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah

menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai

kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu

menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua

jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki

Teknik menangkap bola leret:

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.

 Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.

 Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas

tanah di belakng tumit kiri.

 Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.

24
Teknik menangkap bola tinggi:

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang

bola.

 Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.

 Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah

tangan hampir rapat.

 Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola:

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang

bola.

  Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk

bola.

 Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

25
Teknik tendangan bola di udara:

 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua

belah tangan.

 Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke

belakang. Badan condong ke hadapan.

 Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah

tanah.

 Ikut lajak selepas menendang.

 Mata memandang bola.

26
Teknik tendangan lantun:

 Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah

tangan. Mata memandang bola.

 Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke

belakang. Badan condong ke hadapan.

 Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun

dari tanah. Ikut lajak selepas menendang

27

Anda mungkin juga menyukai