Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN PENTERNAKAN AYAM PEDAGING

ANTARA

MG ENERGY FARM SDN BHD


(1437487-P)
LOT795,KG SERENDAH CHETOK,17040 PASIR MAS
KELANTAN DARUL NAIM
019-8530358

DAN

Nama Penternak

Nombor K/P

Alamat

Lokasi Reban
Perjanjian ini dibuat diantara MG Energy Farm SDN BHD (1437487-P) dan

Nama(Penternak) :
No.KadPengenalan :
Lokasi Reban :
Kapasiti :

ADALAH DIPERSETUJUI DI SINI BAHAWASANYA PERJANJIAN UNTUK SETIAP PUSINGAN


(KITARAN)

1. TEMPOHPERJANJIAN

Perjanjian ini berkuatkuasa bermula dari tarikh.....................................sehingga tangkapan dibuat.

2. JENIS BAKA

Ayam baka yang dibekalkan adalah jenis ROSS@COBB. Rujuk(Delivery Order)

3. TEMPOH PEMELIHARAAN AYAM

Tempoh pemeliharaan ayam adalah antara 33 hingga 38 hari.

4. HARGA ANAK AYAM DAN MAKANAN

Harga makanan yang dibekalkan adalah seperti berikut:-


i. DOC :RM1.90/ ekor
ii. MAKANAN NO 1 :RM122.00
iii. MAKANAN NO 2 :RM122.00
iv. MAKANAN NO 3 :RM120.00

(HARGA INI TERTAKLUK KEPADA SEBARANG KENAIKAN SEPERTI


YANG DIUMUMKAN OLEH PIHAK PEMBEKAL)

5. HARGA BELIAN BALIK


i.Harga belian balik :RM5.20 /KG
ii.Ayam takai/cacat : RM3.70 /KG
iii. Ayam 1 kg : RM 22 / RAGA (ISI 15 EKOR)
6. PENAMATAN PERKHIDMATAN

MG ENERGY FARM SDN BHD berhak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila
masa tanpa membayar ganti rugi kepada penternak sekiranya didapati berlaku perkara-perkara
berikut:-
a. Penternak melanggar mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
b. Penternak mendapatkan DOC dan memperolehi makanan serta ubat/vaksin dari pihak
pembekal lain.
c. Penternak menjual DOC atau makanan yang dibekalkan oleh MG ENERGY FARM SDN
BHD kepada pihak lain.
d. Penternak tidak menjaga kebersihan ladang dan pengurusan sebagaimana yang
dikehendaki oleh MG ENERGY FARM SDN BHD.

7. PEMBEKALAN UBAT DAN VAKSIN

MG ENERGY FARM SDN BHD akan membekalkan ubat dan vaksin yang diperlukan dari semasa
ke semasa dengan HARGA SEMASA.

8. AMALANPENGURUSAN

Penternak perlu mengamalkan pengurusan dan pemantauan ternakan mengikut amalan yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa untuk memastikan prestasi ternakan dan
keuntungan penternak.

9. LEBIHAN MAKANAN

Untuk mendapatkan prestasi ternakan,penternak adalah dinasihatkan mengikut kadar pemakanan


yang telah disyorkan. Sebarang lebihan makanan yang dibekalkan melebihi piawai yang telah
disyorkan tidak akan diambil oleh MG ENERGY FARM SDN BHD, dan kos lebihan ini akan dikira
sebagai kos ternakan.

10. UNTUNG/RUGI KONTRAK PENTERNAK

MG ENERGY FARM SDN BHD akan membayar untung kontrak kepada penternak setelah semua
urusan laporan setiap pusingan selesai. Sekiranya terdapat kerugian kontrak di antara penternak dengan
MG ENERGY FARM SDN BHD,penternak perlu membuat bayaran ganti rugi/bayar semula
sebanyak kos rugi tersebut.

11. LAIN-LAINSYARAT

MG ENERGY FARM SDN BHD berhak untuk menambah/ merombak syarat-syarat di atas dan
mengambil kira kepentingan bersama.

12. PENGURUSAN PERALATAN DAN KEMUDAHAN LAIN


Segala Kos Reban seperti kerosakan reban, kos elektri, bil air dan gaji pekerja di bawah
TANGGUNGJAWAB Peladang kontrak.
13. PERJANJIAN

13.1. Jadual yang dilampirkan bersama ini hendaklah diambil baca dan difahami sebagai bahagian yang
penting dalam perjanjian ini.

13.2 Kedua- dua pihak dan Penjamin jika ada yang telah membaca dan Memahami Terma dan Syarat
Perjanjian ini dan bersama-sama Menandatangani pada Hari dan Tahun Mula Operasi.
Maka dengan ini kami perturunkan tandatangan dan akur dengan perkara-perkara seperti diatas.

Tandatangan:

.........................................
MOHD BADRULHISHAM BIN IBRAHIM
PENGARAH URUSAN
MG ENERGY FARM SDN BHD

TandatanganPenternak:

.......................................

Nama (Penternak) :
No Kad Pengenalan :
Tarikh :
Alamat Ladang :

TandatanganSaksi:

........................................

NamaSaksi :
NO.Kad Pengenalan :
Tarikh :
Alamat :

Anda mungkin juga menyukai