Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN MURID- MURID PRASEKOLAH

SK BUKIT CHINA

PAKAIAN:

1. Pakai pakaian yang telah ditetapkan:


× Isnin, Rabu dan Jumaat pakai T-shirt putih dan track suit
× Selasa dan Khamis, pakai T-Shirt Sekolah Ungu
(Sila pakai T-shirt putih dan Track suit hitam sebelum menerima pakaian rasmi)
2. Pakai kasut yang telah ditetapkan kasut sekolah berwarna hitam berstokin. (sila tulis nama pada kasut)
3. Murid-murid tidak perlu membawa bag sekolah. Semua kelengkapan disediakan oleh guru.
4. Pemakaian tudung adalah digalakkan tetapi perlu kemas. Warna yang dibenarkan ialah putih sahaja.
5. Getah rambut pula hendaklah berwarna hitam atau biru gelap tanpa sebarang hiasan.
6. Semua jenis perhiasan sama ada barang kemas seperti anting-anting , dilarang sama sekali
7. Pemakaian inai dilarang sama sekali.

WAKTU PERSEKOLAHAN :

1. Kelas bermula pada pukul 7.50 pagi.


2. Murid dikehendaki hadir ke sekolah pada pukul 7.20 pagi.
3. Murid akan diberi sarapan pagi pada pukul 7.40pagi.
4. Sebaik tiba di sekolah, murid duduk di kantin bersama-sama murid lain.
5. Tidak dibenarkan sama sekali menghantar murid masuk mengikut pintu pagar di belakang.
× Jika berkereta dan bermotorsikal – murid masuk melalui pintu kuarters guru dan turunkan anak di
bersebelahan kantin
6. Tidak dibenarkan menunggu anak di kelas, kawasan sekolah semasa sesi persekolahan.
7. Kelas tamat pada pukul 11.50 pagi
8. Sila ambil murid selewat-lewatnya pada pukul 12.10 tengahari dan murid akan berjalan di kantin
9. Ibubapa tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah dan hanya menunggu anak-anak di kantin
pada waktu balik.
10. Ibubapa wajib mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN berkenaan dengan pembukaan
sekolah
11. Sekiranya ibu bapa atau penjaga lewat, sila maklumkan kepada guru kelas dan murid akan ditempatkan di
kelas dan akan diawasi oleh Pembantu Pengurusan Murid sehingga pukul 12.30 tgh sahaja.

MAKAN/MINUM:
1. Makanan disediakan oleh pihak pengurusan prasekolah. Ianya akan disediakan oleh Pembantu Pengurusan Murid
(PPM)

Saya ...................................................................... x ibu / bapa/ penjaga kepada............................ mengaku telah


membaca dan memahami peraturan di atas dan bersetuju mematuhinya.

Tandatangan

………………………………………

Nama :……………………………………………………..
No KP :…………………………………………………….. Tarikh:…………………………………………………
× Potong mana yang tidak berkenaan

Prasekolah SK Bukit China 2022/23

Anda mungkin juga menyukai