Anda di halaman 1dari 44

PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

1
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

2
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

KANDUNGAN

PRAKATA
PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG AGENSI

1.2 FUNGSI DAN PERANAN AGENSI

1.3 PUNCA KUASA

1.4 STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

SENARIO PERUBAHAN PERSEKITARAN


2.1 ISU-ISU DAN CABARAN STRATEGI

HALA TUJU STRATEGIK 2013 - 2017


3.1 VISI, MISI DAN MOTO

3.2 NILAI TERAS SEPUNYA

3.3 OBJEKTIF/TERAS STRATEGI

3.4 PELAN TINDAKAN

3.4.1 STRATEGI

3.4.2 PROGRAM

3.4.3 INDIKATOR

3.4.4 SASARAN DAN TAHUN SASARAN

3.5 ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

3.6 MEKANISME PELAKSANAAN

3.7 SELANGKAH KEHADAPAN

PENUTUP

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PRAKATA
KETUA PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Hormat

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya
Pelan Strategik Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan Malaysia (KPKK) 2013 -2017 ini berjaya
disiapkan akhirnya. Pelan Strategik Pejabat KPKK
ini merupakan satu wacana untuk menampilkan
dan mencerminkan transformasi Pejabat KPKK
yang telah pun mencapai usia 56 tahun. Kedewasaan
usia Pejabat KPKK dan kejayaan yang dicapai
kini selari dengan harapan Kerajaan dan stakeholder d a l a m
mentranformasikan perkhidmatan awam kearah penyampaian perkhidmatan
yang lebih berkualiti, cekap dan berdaya saing. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi, usaha
berterusan bagi meningkatkan kualiti Keselamatan Perlindungan perlu dilipatgandakan dengan efektif
lagi efisien untuk mencapai aspirasi bersama dalam mendukung Visi dan Misi Pejabat KPKK.

Pejabat KPKK tetap releven dan competitive dalam senario dunia yang semakin mencabar ini.
Slogan ‘Keselamatan dan Kerahsiaan Kerajaan Tanggungjawab Bersama’ dijelmakan dalam
bentuk menjadikan Pejabat KPKK sebagai pusat rujukan dan latihan keselamatan perlindungan
terunggul kepada semua agensi Kerajaan dan swasta meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan
personel yang profesional dan berkesan. Insya Allah akan tercapai jua.

Adalah menjadi harapan dan cita-cita saya agar Pelan Strategik ini dapat dijadikan sebagai pemangkin
untuk melakukan transfosmasi ke arah kecemerlangan dan berupaya mengangkat imej Pejabat
KPKK dan Jabatan Perdana Menteri. Penyampaian khidmat nasihat Keselamatan Perlindungan
kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan diteruskan dengan hala tuju, Strategik, Program
Tindakan, Indikator, Indikator Sasaran diletakkan sebagai panduan yang lebih jelas dan teratur dalam
pembangunan pelaksanaan Keselamatan Perlindungan sehingga tahun 2017.

Akhir kata, saya berharap semoga semua warga Pejabat KPKK akan sentiasa bekerja keras,
komited, amanah, berintegriti dan sentiasa berdedikasi dalam menjayakan Pelan Strategik ini.

‘‘RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN’’

DATO’ HAJI JOHARI BIN HAJI JAMALUDDIN


Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia

4
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG AGENSI
FUNGSI DAN PERANAN AGENSI
PUNCA KUASA
STAKEHOLDER DAN PELANGGAN

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

SEJARAH PENUBUHAN
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN
KERAJAAN MALAYSIA

Pegawai Keselamatan Kerajaan telah dilantik untuk bertanggungjawab kepada


Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri melalui terma rujukan Pegawai
Keselamatan Kerajaan bertarikh 15 Jun 1957 dan "Confidential General Circular
No. 1, of 1958, Goverment Security Officer, Federation of Malaya". Tugas utama
jawatan ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada
Kerajaan Persekutuan, Negeri, Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan

tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan


dokumen dan keselamatan personel di semua Agensi Kerajaan yang ditetapkan
oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi daripada ancaman espionaj
dan sabotaj serta kebocoran maklumat terhadap semua Jabatan dan Agensi
Kerajaan. Pejabat ini telah berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
apabila kementerian tersebut ditubuhkan pada awal tahun 1960an. Pejabat ini telah
sekali lagi berpindah semula ke Jabatan Perdana Menteri mulai pada 1 Januari
1977 hinggalah sekarang untuk melaksanakan semula tugas dan tanggungjawab
berkaitan keselamatan perlindungan seperti mana ditetapkan.

6
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PUNCA
KUASA

Pejabat Ketua Pegawai keselamatan Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya


Agensi Pusat yang bertanggungjawab dalam menentukan Dasar Keselamatan
Perlindungan Kerajaan. Untuk menentukan pelaksanaan dasar ini tercapai,
Pejabat KPKK adalah bertanggungjawab merancang, merumus, menyelaras
dan melaksanakan Sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan. Menangani
sebarang ancaman sabotaj yang boleh menjejaskan fungsi Jabatan Kerajaan dan
berkepentingan kepada ekonomi, pertahanan, keselamatan, dan imej negara.
Mendidik penjawat-penjawat awam menerima dan mematuhi peraturan-
peraturan keselamatan sebagai kewajipan mereka supaya
sentiasa sedar akan kepentingan melindungi rahsia rasmi
kerajaan. Termasuk tugas-tugas menguatkuasa,
memantau dan memastikan semua Jabatan dan
Agensi Kerajaan mematuhi Akta Rahsia Rasmi
1972, Arahan Keselamatan dan pekeliling
berkaitan. Juga memastikan prinsip-prinsip
keselamatan perlindungan ICT dipatuhi
berpandukan Arahan Keselamatan,
Rangka Dasar Keselamatan ICT,
MyMIS dan pekeliling berkaitan
supaya keselamatan aset dan
maklumat ICT terjamin sepanjang
masa dan menentukan hanya
penjawat awam yang setia
kepada Kerajaan sahaja diambil
berkhidmat.

7
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

AKTA-AKTA
DAN SURAT PEKELILING

Akta Kawasan
Akta Rahsia Rasmi Larangan Dan Arahan
1972. Tempat Larangan Keselamatan.
1959.

Surat Pekeliling
Surat Pekeliling
Am Sulit Bilangan
Am Bilangan
1 Tahun 1993
1 Tahun 2007
(Meningkat
Arahan Tetap (Pekeliling Arahan
Kualiti Kawalan
Sasaran Penting. Keselamatan
Keselamatan
Terhadap Dokumen
Perlindungan Di
Geospatial
Jabatan-Jabatan
Terperingkat).
Kerajaan).

Surat Pekeliling Am Pekeliling


Surat Pekeliling Am
Bilangan 2 Tahun Keselamatan/
Bilangan 4 Tahun
1987 (Peraturan Arahan Ketua
1982 (Permohonan
Pengurusan Rahsia Pengarah
Ruang Pejabat Sama
Rasmi Selaras Keselamatan
Ada Dalam Bangunan
Dengan Peruntukan- Kerajaan Yang
Gunasama Ataupun
Peruntukan Akta Dikeluarkan
Di Sewa Bangunan
Rahsia Rasmi Dari Semasa Ke
Swasta).
(Pindaan 1986). Semasa.

Dasar Dan Peraturan Pas


Keselamatan, Kad Pengenalan
Jabatan Dan Kad Kuasa
Serta Arahan Tetap Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan
Mencetak Pas-Pas Keselamatan
Dan Kad-Kad Pengenalan
Kementerian Dan Jabatan.

Rajah 1

8
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PERANAN

Objektif Pejabat KPKK adalah untuk menjadi pusat rujukan dan latihan keselamatan
perlindungan kepada semua agensi kerajaan dan swasta meliputi keselamatan
fizikal, dokumen dan personel yang profesional dan berkesan. Program latihan
dan kesedaran (awareness programme) tentang pentingnya penghayatan dan
pembudayaan keselamatan perlindungan kepada penjawat awam dengan cekap
dan berkesan telah dirangka untuk menyokong objektif tersebut. Pejabat KPKK
juga menjalankan program – program peningkatan kepakaran dan profesionalisme
Pegawai - pegawai Keselamatan Kerajaan mengenai aspek keselamatan
perlindungan dengan efisien dan berkesan.

FUNGSI

Menyedia dan
mengeluarkan
peraturan
keselamatan Pengerusi
perlindungan Jawatankuasa
Tim Naziran
Sasaran Penting
Fungsi utama
Pejabat Ketua
Urus setia
Pegawai
kepada
Keselamatan
Urusetia kepada Jawatankuasa
Kerajaan ialah:
Jawatankuasa Pusat Keselamatan
Sasaran Penting (JPSP) Jabatan-jabatan
dan Jawatankuasa Kerajaan
Sasaran Penting Negeri
(JSPN)

Memberi khidmat nasihat keselamatan


perlindungan dari aspek :

-Fizikal
-Dokumen
-Personel
-Keselamatan ICT

Rajah 2
9
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

STAKEHOLDERS
DAN PELANGGAN

STAKEHOLDERS

Pengerusi
Majlis Pengerusi
Ketua Jawatankuasa
Jemaah Mesyuarat Jawatankuasa
Setiausaha Pusat Sasaran
Menteri Kerajaan Sasaran Penting
Negara Penting
Negeri Negeri

PELANGGAN

Pemilik/ Pemilik/
Kementerian/ Jabatan/ Penghuni Penghuni
Jabatan/ Agensi/ Kawasan Pelabur
Sasaran
Agensi/Badan Badan Larangan Industri
Penting Penjawat Rakyat
Berkanun Berkanun Dan Tempat Berkaitan
Negara Di Awam Malaysia
Persekutuan Negeri Larangan Di Komuniti
Sektor Awam
Sektor Awam Keselamatan
Dan Swasta
Berkaitan Dan Swasta
Berkaitan

Rajah 3

10
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

SENARIO PERUBAHAN
PERSEKITARAN
ISU-ISU DAN CABARAN STRATEGI

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

SENARIO PERUBAHAN
PERSEKITARAN

ISU-ISU DAN CABARAN STRATEGIK

Pejabat KPKK sentiasa peka terhadap pelbagai cabaran semasa yang memberi
kesan kepada perubahan struktur dan fokus tugasan KPKK sama ada di peringkat
Ibu Pejabat ataupun Negeri-negeri. Isu-isu semasa berhubung kait Dasar
Pembangunan dan Wawasan Negara, perubahan bentuk ancaman peringkat
globalisasi, peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, pemusatan
dalam ICT serta telekomunikasi menjana cabaran yang lebih kompleks kepada
kesinambungan perkhidmatan Pejabat KPKK. Sebagai Pusat Rujukan
Keselamatan Perlindungan, KPKK perlu memberikan khidmat nasihat yang
berkesan, kos efektif dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Antara
cabaran utama yang dihadapi oleh Pejabat KPKK adalah seperti berikut:

Dasar Pembangunan dan Wawasan Negara

Pelan Strategik Pejabat KPKK dirangka sejajar dengan matlamat Malaysia untuk
mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 juga dengan
mengambil kira elemen 4 tonggak utama transformasi nasional iaitu Gagasan
1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan
Rancangan Malaysia ke 10. Dalam konteks ini, pelan tindakan Pejabat KPKK yang
digariskan di dalam Pelan Strategik 2013 – 2017 telah disejajarkan seiring dengan
agenda nasional berteraskan Kerangka Keberhasilan Nasional.

Globalisasi Keselamatan Perlindungan

Kemajuan pembangunan keselamatan perlindungan serta trend ke arah liberalisasi


ekonomi telah mempercepatkan proses globalisasi pasaran dan perubahan arus
globalisasi ini telah memberi impak yang sangat besar kepada daya saing Negara.
Globalisasi juga adalah kesan daripada pembangunan dan kemajuan Keselamatan
Perlindungan, akibatnya peralatan dan maklumat bertukar atau berpindah dengan
terlalu pantas.

Keterbukaan sistem keselamatan perlindungan bukan sahaja membuka ruang


kepada sistem penyampaian yang lebih baik, cepat dan pantas tetapi mendatangkan
ancaman kepada keselamatan. Perpindahan maklumat sensitif dan strategik
atas talian atau secara elektronik di sektor awam dan swasta berkaitan sentiasa
terdedah kepada ancaman.

Globalisasi juga telah mewujudkan pelbagai sistem kawalan keselamatan


perlindungan meliputi aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi serta
kawalan keselamatan secara elektronik bersepadu dalam dan luar negara bagi
meningkatkan tahap kawalan keselamatan dalam menangani risiko dan cabaran
teknologi yang sentiasa berubah dan menjadi luput guna.

12
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Penggunaan teknologi bukan sahaja telah menghasilkan cara dan kaedah baru
menjalankan tugas dan penyampaian perkhidmatan tetapi juga telah menambah
kompleksiti operasi sesebuah organisasi. Kecanggihan teknologi maklumat dan
ICT menyediakan ruang kepelbagaian fungsi yang inovatif dan interaktif, dan turut
menuntut kemampuan dan kemahiran pengguna untuk mengaplikasikannya di
dalam sistem penyampaian perkhidmatan.

ICT juga membolehkan perkhidmatan disampaikan melalui pelbagai saluran


dengan cepat, cekap, berkesan dan telus. Kemajuan ICT terbukti dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan
awam termasuklah penggunaan teknologi ICT terkini dalam bidang keselamatan
perlindungan. Pegawai Keselamatan Kerajaan harus bersedia mendepani
perkembangan teknologi semasa sejajar dengan risiko dan ancaman masa kini
yang semakin kompleks dan rumit.

Membangunkan Tranformasi Pemikiran, Minda dan Sikap

Cabaran utama Pegawai Keselamatan adalah kesediaan untuk berubah dan


menjadikan profesion ini sentiasa kehadapan dan relevan dengan keperluan
semasa. Keperluan pegawai mempunyai minda yang terbuka dan bersedia
menerima perubahan serta merevolusikan pembaharuan amat penting untuk
membawa lonjakan paradigma ke arah mentranformasikan jabatan ke tahap
kegemilangan dan keunggulan. Sejajar dengan pelantikan Ketua Pengarah
Keselamatan Kerajaan (KPKK) sebagai Ketua Perkhidmatan bagi Skim
Keselamatan dan Pertahanan Awam.

Budaya Pembelajaran Berterusan

Menjadikan budaya membaca dan menulis serta mengaktifkan perkongsian ilmu


dengan rakan strategik di pelbagai hala serta memupuk pekerja berpengetahuan.
Penguasaan ilmu pengetahuan yang mapan membuka ruang kepada Pegawai
Keselamatan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat, cepat dan terbaik.
Keperluan dan keazaman meneroka bidang baru misalnya bidang keselamatan
perlindungan dan keselamatan perlindungan ICT boleh usaha memanfaatkan ilmu
pengetahuan menjadi penting dalam menjayakan misi negara untuk meningkatkan
ekonomi rantaian bernilai tinggi bagi mewujudkan negara berpendapatan tinggi.
Matlamat ini didokong oleh usaha meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara melalui pembangunan modal insan berkualiti supaya pegawai
bersifat dinamik dan produktif serta berupaya bersaing di persada antarabangsa.

Keperluan Kesegeraan Bertindak (Sense of Urgency)

Dalam melaksanakan tugas seharian, setiap Pegawai Keselamatan perlulah peka


terhadap keperluan kesegeraan bertindak (sense of urgency). Kepekaan terhadap
perlunya kepantasan dalam mengambil tindakan segera ke atas sebarang arahan
atau permintaan stakeholder menjadi faktor penentu kejayaan sesuatu aktiviti
atau program yang dilaksanakan. Pegawai Keselamatan seharusnya berupaya
mengenalpasti keutamaan tugas mengikut perkara penting yang memerlukan
tindakan segera dan sentiasa memenuhi ekspektasi pelanggan.

13
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

HALA TUJU STRATEGIK


2013 - 2017
VISI, MISI DAN MOTO
NILAI TERAS SEPUNYA
OBJEKTIF/TERAS STRATEGIK
PELAN TINDAKAN
STRATEGI
PROGRAM
INDIKATOR
SASARAN DAN TAHUN SASARAN
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
MEKANISME PELAKSANAAN
SELANGKAH KEHADAPAN

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia sebagai


pusat rujukan keselamatan perlindungan terunggul

Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan

Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang


berkesan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan

Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Keselamatan


Perlindungan

Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua


pelanggan

Meminimakan pelanggaran keselamatan di agensi kerajaan dan


swasta yang berkaitan.

“RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN”

16
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

NILAI TERAS
SEPUNYA

Dalam merealisasikan visi, misi dan objektif strategik Pejabat KPKK, semua
pegawai dan kakitangan perlu menghayati dan mengamalkan 6 nilai teras sepunya
seperti berikut:

Kebolehpercayaan
Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan
i boleh dipercayai.Sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat
otganisasi dilindungi dan bertanggungjawab terhadap perlindungan
keselamatan aset dan maklumat dari sebarang risiko pendedahan
dan kebocoran.

Profesional
Bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dengan
ii mempunyai komitmen yang tinggi, bertanggungjawab dan gigih,
memiliki ciri-ciri bijaksana, kreatif, inovatif, berdaya saing dan
proaktif serta bertindak berdasarkan amalan tadbir urus terbaik.

Kerja Berpasukan

iii Menggembeleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui


semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan
misi organisasi.

Responsif
iv Sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak stakeholders dan
keperluan pelanggan di samping isu-isu senario semasa dan ber-
tindak pantas dalam mencari penyelesaian terbaik.

Strategik
v Bertindak secara terancang dalam merangka, menggubal dan
melaksanakan program-program bagi mencapai outcome yang
optimum, tepat dan berkesan.

Berintegriti
vi Berkhidmat dengan penuh komited dan rasa tanggungjawab
terhadap kualiti output yang dihasilkan berasaskan etika kerja
cemerlang dan tingkah laku beramanah.

17
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS STRATEGIK
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN
MALAYSIA

TERAS STRATEGIK KPKK


Pejabat KPKK telah mengenal pasti enam (6) teras strategik bagi memastikan misi
dan visi dapat direalisasikan demi menjadikan Pejabat KPKK sebuah organisasi
yang terunggul di bidang keselamatan perlindungan.

Pengukuhan
Perkhidmatan Transformasi
Melalui Khidmat Perkhidmatan
Memperkasakan Peningkatan
Nasihat yang Keselamatan Pemerkasaan Mempromosi
Inspektorat, Penyelidikan,
berkualiti, Perlindungan Keupayaan dan Perkhidmatan
Pematuhan Pembangunan
berintegriti, Melalui Fasiliti Pejabat Keselamatan
dan dan
efisien Perkembangan KPKK Perlindungan
Pengiktirafan Inovasi
dan ICT
efektif semasa

Rajah 4

i Memperkasakan Inspektorat, Pematuhan dan Pengiktirafan

Memperkasakan Program Inspektorat dengan memanfaatkan


trend-trend perubahan semasa dengan mewujudkan sistem
penarafan bintang sebagai satu usaha menambahbaik sistem
menilai tahap keselamatan perlindungan di sektor awam
agar lebih berdaya saing. Ini bertujuan menyemai budaya
persaingan yang dapat membawa perubahan positif dalam
sistem pengurusan keselamatan perlindungan di samping
mengiktiraf Jabatan/Agensi sektor awam yang terbaik.

Pengukuhan Perkhidmatan Melalui Khidmat Nasihat yang


ii berkualiti, berintegriti, efisien dan efektif

Memperluas dan mempergiat perkhidmatan Pejabat KPKK


melalui khidmat nasihat yang berkualiti, berintegriti, efisien
dan efektif terhadap pelanggan yang berurusan. Tumpuan
diberikan terhadap Kementerian/Jabatan/Agensi Sektor
awam peringkat Persekutuan dan Negeri yang strategik dan
berisiko. Menekankan juga program-program strategik bagi
membangunkan kepakaran dalaman Pejabat KPKK ke arah
melahirkan modal insan yang berdaya saing, kreatif, inovatif
dan mempunyai kemahiran yang tinggi bagi menzahirkan
khidmat nasihat yang berkesan dan komprehensif.

18
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

Transformasi Perkhidmatan Keselamatan Perlindungan


iii
Melalui Perkembangan ICT semasa

Memanfaat penggunaan ICT untuk meningkatkan prestasi


dan kecekapan pengurusan keselamatan perlindungan
dalam pelbagai aspek termasuk fizikal, dokumen, peribadi
dan keselamatan perlindungan ICT.

iv Pemerkasaan Keupayaan dan Fasiliti Pejabat KPKK

Memantapkan persekitaran yang boleh memupuk budaya


kerja berprestasi tinggi dan semangat bekerjasama yang
jitu di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat KPKK.
Menyedia dan memperkukuh kemudahan-kemudahan
infrastruktur di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Pusat
Latihan Keselamatan Perlindungan (PLKPM) selaras KPKK
sebagai Ketua Perkhidmatan di bawah Skim Keselamatan
dan Pertahanan Awam.

v Peningkatan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi

Meningkatkan program berbentuk penyelidikan dan


pembangunan dan menyuntik elemen inovasi dalam
pengurusan Keselamatan Perlindungan yang menumpukan
kepada menggarap idea-idea baru bersifat kreatif dan kos
efektif. Fokus diberikan kepada bidang kritikal yang memberi
impak kepada tranformasi bidang keselamatan perlindungan
khususnya berhubung kait pengurusan maklumat dan aset
elektronik di sektor awam.

vi Mempromosi Perkhidmatan Keselamatan Perlindungan

Mempergiatkan usaha-usaha promosi perkhidmatan


keselamatan perlindungan bagi meningkatkan keyakinan
pelanggan dan stakeholder. Tumpuan diberikan terhadap
program strategik yang menekankan proses komunikasi
yang berterusan melalui pelbagai saluran dan platform bagi
meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi terhadap
mustahaknya keselamatan perlindungan di sektor awam
dan swasta berkaitan. Rangkaian dan kerjasama strategik
di kalangan agensi kerajaan serta pemilik dan penghuni
sasaran penting dan pelbagai entiti komuniti keselamatan
yang bersesuaian boleh digunakan untuk mempromosikan
perkhidmatan keselamatan perlindungan.

19
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

STRATEGI
DAN
PELAN TINDAKAN
PEJABAT KETUA
PEGAWAI KESELAMATAN
KERAJAAN MALAYSIA

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS 1
MEMPERKASAKAN INSPEKTORAT, PEMATUHAN
DAN PENGIKTIRAFAN

Agenda transformasi Keselamatan Perlindungan melalui Bahagian Sasaran


Penting & Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dan Bahagian Inspektorat akan
menyumbang ke arah perkhidmatan keselamatan perlindungan yang mencapai
standard dan bertaraf global. Memperkasakan Program Inspektorat Keselamatan
dan Naziran Sasaran Penting dengan memanfaatkan trend-trend perubahan
semasa dengan mewujudkan sistem penarafan bintang (Star Rating) sebagai satu
usaha menambahbaik sistem menilai tahap keselamatan perlindungan di sektor
awam dan swasta berkaitan agar lebih berdaya saing. Ini bertujuan menyemai
budaya persaingan yang dapat membawa perubahan positif dalam sistem
pengurusan keselamatan perlindungan di samping mengiktiraf Jabatan/Agensi
sektor awam dan sektor swasta berkaitan yang mencapai tahap terbaik.

STRATEGI
Pemantapan budaya keselamatan perlindungan di
organisasi sektor awam.

Memastikan pematuhan keselamatan perlindungan di


sektor swasta berkaitan.

PROGRAM DAN TINDAKAN


Mewujudkan sistem penarafan bintang dan
pengiktirafan.

Pematuhan akta, dasar dan standard pengurusan


Sasaran Penting.

Memberi pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan


Keselamatan Perlindungan kepada sektor awam.

Sijil penghargaan kepada Kementerian, Jabatan/


Agensi Kerajaan berstatus baik.

22
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

1(a) Pemantapan (i) Mewujudkan Tempoh Satu sistem 2013


Budaya Sistem Penarafan pembangunan penarafan bintang hingga
Keselamatan Bintang Dan sistem dan pengiktirafan 2014
Perlindungan Pengiktirafan penarafan
Di Organisasi bintang dan
Sektor Awam Bahagian Sasaran pengiktirafan
Dan Swasta Penting (mengikut carta
Berkaitan perbatuan yang Installasi yang 2015
1) Penambahbaikan ditetapkan) dikenalpasti hingga
borang KPKK 2/94 20 % 2017
Keutamaan I Installasi yang
2) Format pelaporan dikenalpasti
Keutamaan II 10 %
3) Pelaksanaan star
rating

4) Garis panduan
keselamatan
perlindungan
sasaran penting

5) Manual
pemeriksaan
keselamatan
perlindungan

Bahagian
Inspektorat

1) Penambahbaikan Kementerian, Peringkat 2013


borang KPKK 7a Jabatan, Agensi Pertama hingga
dan Badan Kementerian 2014
2) Format pelaporan Berkanun 100%
di peringkat 2015
3) Pelaksanaan star Persekutuan Peringkat Kedua hingga
rating Pejabat 2016
Jabatan, Agensi Setiausaha
4) Garis panduan dan Badan Kerajaan Negeri 2017
inspektorat Berkanun di 100%
keselamatan peringkat Negeri
perlindungan Peringkat Ketiga
Badan Berkanun
5) Manual Dikenalpasti
pemeriksaan 100%
keselamatan
perlindungan

1(b) (i) Pematuhan Akta, Pindaan arahan Mengikut 2013-


Memastikan Dasar Dan Standard dan garis jadual aliran 2014
Pematuhan Pengurusan Sasaran panduan pelaksanaan
Keselamatan Penting 100% 2013-
Perlindungan Pindaan Arahan 2017
Di Sektor Awan Tetap Sasaran
Dan Swasta Penting (ATSP)
Berkaitan
Pindaan 4 garis
panduan KLTL

23
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

1(b) (ii) Memberi Anugerah 100% 2013


Memastikan Pengiktirafan Kecemerlangan dan
Pematuhan Anugerah Keselamatan Acara dwi 2015
Keselamatan Kecemerlangan Perlindungan tahunan
Perlindungan Keselamatan fasa I 2013 -2017
Di Sektor Awan Perlindungan Kepada – peringkat Acara tahunan
Dan Swasta Sektor Awam. kementerian
Berkaitan

(iii) Sijil Penghargaan


Kepada Kementerian,
Jabatan/Agensi
Kerajaan Berstatus
Baik.

24
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS 2
PENGUKUHAN PERKHIDMATAN MELALUI KHIDMAT
NASIHAT YANG BERKUALITI, BERINTEGRITI, EFISIEN
DAN EFEKTIF

Memperluas dan mempergiat perkhidmatan Pejabat KPKK melalui khidmat nasihat


yang berkualiti, berintegriti, efisien dan efektif terhadap pelanggan yang berurusan.
Tumpuan diberikan terhadap Kementerian/Jabatan/Agensi Sektor awam peringkat
Persekutuan dan Negeri yang strategik dan berisiko. Menekankan juga program-
program strategik bagi membangunkan kepakaran dalaman Pejabat KPKK ke
arah melahirkan modal insan yang berdaya saing, kreatif, inovatif dan mempunyai
kemahiran yang tinggi bagi menzahirkan khidmat nasihat yang berkesan dan
komprehensif. Bagi mengukuhkan kepakaran rundingan dan khidmat nasihat,
pelbagai program pembangunan kepakaran dalaman dirancang. Peningkatan
imej dan profesionalisme juga dimantapkan dengan langkah-langkah strategik
untuk mendapatkan persijilan profesional dan pengiktirafan dalam bidang-bidang
berkaitan.

STRATEGI
Pengukuhan dan pemantapan kepakaran dalaman Pejabat
KPKK.
Meningkatkan kompetensi dan kemahiran Pegawai dalam
pelbagai bidang.

PROGRAM DAN TINDAKAN


Membangun dan meningkatkan program-program kepakaran
dalaman Pejabat KPKK.

Program Pembangunan Kepimpinan.

Dasar Latihan Sektor Awam dan Program Pembelajaran


Berterusan.

Memperolehi pengiktirafan, penghargaan dan keutamaan.

25
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

2(a) Pengukuhan i) Membangun Kursus kemahiran 40% - 50% 2013


Dan Dan wajib kepada hingga
Pemantapan Meningkatkan semua peringkat 2014
Kepakaran Program- skim Keselamatan
Dalaman Pejabat Program dan Pertahanan
KPKK Kepakaran Awam di bawah
Dalaman KPKK ketua perkhidmatan
KPKK mengikut
peringkat skim
KP11 – KP54


(ii) Program Perancangan dan Kursus 2015
Pembangunan pelaksanaan pelan kepakaran Hingga
Kepimpinan latihan dan program luar negara 2017
kemajuan kerjaya sekurang-
kurangnya 5
Menyediakan pegawai setiap 2013
Traning Need tahun hingga
Analysis (TNA) 2014
Kursus
Menyediakan kepakaran dalam
Training Road Map negara
(TRM) Sekurang-
kurangnya 20
pegawai setiap
tahun

(iii) Dasar Program 10 pegawai 2015


Latihan Sektor pengurusan Hingga
Awam Dan lanjutan dalam dan 10 pegawai 2016
Pembelajaran luar negara
Berterusan 2013-2017
Program
Pembangunan
Eksekutif

2(b) Memperolehi Bilangan mendapat 5 pegawai 2013


Meningkatkan Pengiktirafan, pengiktirafan/ setahun hingga
Kompetensi Penghargaan Persijilan profesional 2017
Dan Kemahiran Dan Keutamaan dan kepakaran

26
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS 3
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
PERLINDUNGAN MELALUI PERKEMBANGAN ICT
SEMASA

Transformasi perkhidmatan keselamatan perlindungan melalui penggunaan


teknologi ICT semasa sebagai enabler dan memperkasa penggunaan ICT untuk
meningkatkan prestasi dan kecekapan pengurusan keselamatan perlindungan
dalam pelbagai aspek termasuk fizikal, dokumen, peribadi dan keselamatan
perlindungan ICT. Ini dapat dilaksanakan melalui peluasan liputan perkhidmatan
aspek keselamatan perlindungan berteraskan kehendak pelanggan dan permintaan
stakeholders, perkongsian sumber secara kerjasama, penyediaan infrastruktur
ICT dan membangunkan beberapa sistem keselamatan perlindungan elektronik
seiring dengan keperluan teknologi semasa.

STRATEGI
Transformasi keselamatan perlindungan melalui perkembangan
ICT.

PROGRAM DAN TINDAKAN

Memperkukuhkan perlaksanaan Sistem e-Vetting.

Mengoptimumkan perkongsian sumber melalui perkhidmatan


gunasama (shared/ services and intelligent informations).

Mengkaji semula Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Jabatan.

Membangunkan beberapa sistem Keselamatan Perlindungan.

27
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

3(a) (i) Fokus Kumpulan Pengurusan 2013-


Tranformasi Memperkukuhkan Sasaran: tapisan 2017
Keselamatan Perlaksanaan keselamatan
Perlindungan Sistem e-Vetting melalui
Melalui e- Vetting
Perkembangan
ICT Penjawat Awam 60%

Sasaran Penting 40%

Pelajar Tajaan 40%

Pembekal 30%
Perkhidmatan/
Perunding

(ii) Perkongsian
Mengoptimumkan Maklumat Dengan
Perkongsian
Sumber Melalui Pihak PDRM 70% 2013-2017
Perkhidmatan
Gunasama Jabatan Penjara 55% 2013-2015
(Shared/ Services
And Intelligent Mahkamah 30% 2013-2017
Informations)
JPN 60% 2013-2017

Jabatan Insolvensi 20% 2013-2017

(iii) Dokumen Satu (1) Dokumen 2013-


Mengkaji DKICT KPKK DKICT Pejabat 2014
Semula Dasar semakan 2012 KPKK
Keselamatan
ICT (DKICT) ‘Road Show’ Taklimat Kepada 2013-
Jabatan Kesedaran Warga KPKK 2014
DKICT Seluruh Negara

(iv) Pembangunan Pembangunan 2013-
Membangunkan Sistem sistem 2017
Sistem dilaksanakan
Keselamatan selepas
Perlindungan peruntukan
kewangan
e- Kompetensi diluluskan
e- Latihan
e- Inspektorat
e- Sasaran
Penting
e - Aduan
e - Tempahan
e - Pengambilan
e - PKJ

28
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

3(a) (v) Kajian semakan / Pindaan 2013-


Tranformasi Kajian Semula pindaan ARR ARR 72 2015
Keselamatan Akta Dan 1 polisi
Perlindungan Pembangunan Penggubalan 5 Garis 2015-
Melalui Sistem polisi pengurusan panduan/ 2017
Perkembangan Pengurusan rahsia rasmi secara pekeliling
ICT Rahsia elektronik
Rasmi Secara
elektronik.

Pembangunan Pembangunan 2014-


Sistem sistem 2015
Pengurusan pengurusan
Fail Rahsia fail rahsia
Rasmi secara rasmi oleh
Elektronik Jawatankuasa
DDMS dalam
fasa ke-2

Projek perintis 1 laporan projek 2016-


menguji sistem perintis DDMS 2017
fail rahsia rasmi
secara elektronik
terhadap 2 agensi

29
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS 4
PEMERKASAAN KEUPAYAAN DAN FASILITI KPKK

Penyampaian perkhidmatan yang cemerlang amat bergantung kepada keupayaan


dan kapasiti pegawai awam yang tinggi melalui keperibadian dan kompetensi diri
yang mantap serta pewujudan modal insan yang berdaya saing dan berwawasan.

Pembangunan organisasi melalui perancangan yang komprehensif dan sistematik


merupakan faktor utama dalam menyedia perkhidmatan yang melangkaui
kehendak pelanggan. Memantapkan persekitaran kerja boleh memupuk budaya
kerja berprestasi tinggi dan semangat bekerjasama yang jitu di kalangan pegawai
dan kakitangan KPKK ke arah mencapai visi, misi dan objektif strategik yang telah
ditetapkan. Menyedia dan memperkukuh kemudahan-kemudahan infrastruktur
di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan
(PLKPM) selaras KPKK sebagai Ketua Perkhidmatan di bawah Skim Keselamatan
dan Pertahanan Awam.

STRATEGI
Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan
organisasi/ penempatan Pegawai Keselamatan Kerajaan
(PKK) di dalam dan luar negara dan menjenama semula
sebagai sebuah Jabatan yang berautonomi.
Menggubal dasar baru dan standard pengurusan Keselamatan
Perlindungan yang mantap.

Menjadikan PLKPM sebagai Pusat Latihan utama bidang


Keselamatan Perlindungan (PLKPM).
Persekitaran kerja yang kondusif.

30
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM DAN TINDAKAN

Mengkaji, menilai dan membuat penambahbaikan ke atas


kedudukan struktur, saiz perjawatan dan fungsi organisasi
supaya cekap, berkesan dan berdaya saing.
Melaksanakan kajian perjawatan merangkumi aspek nisbah
peluang kenaikan pangkat

Membangunkan pangkalan data perjawatan pejabat KPKK


dan jawatan-jawatan kader KPKK
Memupuk budaya kerja berprestasi tinggi melalui penilaian
keberhasilan, penetapan, akauntabiliti dan penyediaan
ganjaran dan pengiktirafan berdasarkan prestasi
Membangunkan Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-Jabatan
Kerajaan peringkat Persekutuan dan Negeri.
Menggubal Akta Perkhidmatan Keselamatan Perlindungan
& satu Peraturan Perkhidmatan keselamatan perlindungan.
Membangunkan fasa ke-2 PLKPM.
Mempertingkatkan jalinan hubungan serta penyediaan
kemudahan dan fasiliti pejabat.

31
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

4(a) i) Penstrukturan Semakan dan Pertambahan 2013-


Mempertingkatkan semula organisasi: penggredan perjawatan di 2014
Pengurusan Dan semula perjawatan Ibu Pejabat dan
Pembangunan Cawangan Negeri
Organisasi/ Pejabat KPKK
Penempatan PKK
Di Dalam Dan Luar
Negara
(ii) Mengkaji, dan Kajian dan Pertambahan 2013-
menilai kedudukan penyusunan perjawatan 2014
struktur, saiz semula struktur dan pewujudan
perjawatan dan organisasi secara jawatan baharu
fungsi organisasi berterusan di Pusat Latihan
supaya cekap, Keselamatan
berkesan dan Peningkatan Perlindungan
berdayasaing. kapasiti pegawai Malaysia (PLKPM)

(iii) Melaksanakan Penambahbaikan Penjenamaan 2013-


kajian perjawatan dan pengukuhan semula sebagai 2014
merangkumi aspek skim perkhidmatan Jabatan yang
nisbah peluang berautonomi
kenaikan pangkat

(iv) Membangunkan Peningkatan
pengkalan data keupayaan
perjawatan Pejabat pelaksanaan Penambahbaikan 2014-
KPKK dan jawatan- skim KP dengan 2017
jawatan kader KPKK Pengukuhan mewujud pakar
sistem pengurusan bidang teknikal
(v) Memupuk prestasi
budaya kerja
berprestasi tinggi Pemantapan
melalui penilaian sistem
keberhasilan, pengiktirafan dan
penetapan, ganjaran
akauntabiliti
dan penyediaan
ganjaran dan
pengiktirafan
berdasarkan
prestasi

32
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

4(b) Menggubal (i) Membangunkan Mewujudkan Jawatankuasa 2013 - 2015


Dasar Baru Jawatankuasa Jawatankuasa Keselamatan
Dan ’Standard’ Keselamatan Keselamatan Jabatan-Jabatan
Pengurusan Jabatan-Jabatan Jabatan - Jabatan Kerajaan
Keselamatan Kerajaan Peringkat Kerajaan Peringkat
Perlindungan Persekutuan Dan Persekutuan dan Persekutuan
Yang Mantap Negeri Negeri
Jawatankuasa 2013- 2015
(ii) Menggubal Satu Menyediakan Akta Keselamatan
Akta Perkhidmatan Perkhidmatan Jabatan-Jabatan
Keselamatan Keselamatan Kerajaan
Perlindungan Dan Perlindungan Peringkat Negeri
Satu Peraturan Negara
Perkhidmatan Satu Akta 2014 – 2016
Keselamatan Perkhidmatan
Perlindungan Menyediakan Keselamatan
satu Peraturan Perlindungan
Perkhidmatan
Keselamatan Satu Peraturan 2016 - 2017
Perlindungan Perkhidmatan
Negara Keselamatan
Perlindungan

4(c) Membangunkan Mewujudkan 70% - 90% 2013 - 2014


Menjadikan Fasa Ke-2 PLKPM perjawatan di
PLKPM Sebagai PLKPM
Pusat Latihan
Utama Bidang Pembangunan 100% 2014 - 2017
Keselamatan menyeluruh fasa
Perlindungan ke- 2 PLKPM.

4(d) Mempertingkatkan Tahap kepuasan Tahap kepuasan 2013 - 2017


Persekitaran Jalinan Hubungan bekerja bekerja melebihi
Kerja Yang Serta Penyediaan 70% terhadap
Kondusif Kemudahan Dan kategori
Fasiliti Pejabat persekitaran
tempat kerja
setiap tahun

33
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS 5
PENINGKATAN PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN
DAN INOVASI

Meningkatkan program berbentuk penyelidikan dan pembangunan dan menyuntik


elemen inovasi dalam pengurusan dan penyampaian Keselamatan Perlindungan
yang menumpukan kepada menggarap idea-idea baru bersifat kreatif dan kos efektif.
Fokus diberikan kepada bidang utama yang memberi impak kepada tranformasi
bidang Keselamatan Perlindungan khususnya berhubungkait pengurusan
maklumat dan aset elektronik di sektor awam. Pelaksanaan Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) berlandaskan budaya inovasi dan kreativiti dijana melalui
kolaborasi strategik dan perkongsian ilmu bersama pelbagai pihak sama ada sektor
awam, swasta, Badan bukan kerajaan, IPTA, IPTS dan komuniti keselamatan di
dalam dan luar Negara.

STRATEGI

Pemantapan keupayaan dan kepakaran R&D.

Meningkatkan kolaborasi dengan agensi awam, swasta dan


antarabangsa.

Kerjasama strategik dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam


dan swasta.

PROGRAM DAN TINDAKAN


Membangunkan sistem penyampaian keselamatan
perlindungan dalam bentuk polisi, garis panduan, dan SOP.
Meningkatkan tahap keselamatan di bawah Jabatan
Kerja Raya (JKR), Putrajaya Holding (PJH), Bahagian
Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri
dan projek yang mempunyai kepentingan kerajaan

Mengadakan perkongsian ilmu dengan rakan kongsi


strategik di dalam dan luar Negara.

Mengenalpasti bidang-bidang penyelidikan dan


pembangunan pengurusan Keselamatan Perlindungan di
sektor awam dan swasta berkaitan.

34
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGI INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN
5(a) (i) Menyediakan Sekurang-kurang 2013 - 2017
Pemantapan Membangunkan polisi / garis 10 polisi/ garis
Keupayaan Dan Sistem panduan dan panduan / SOP (2
Kepakaran R & D Penyampaian SOP terkini kali setahun)
Keselamatan berdasarkan 2013 - 2017
Perlindungan Dalam keperluan semasa Kajian dan
Bentuk Polisi, Garis pemantauan
Panduan, dan SOP Usahasama bersama secara
strategik bagi berkala (sekurang-
(ii) Meningkatkan tingkatkan tahap kurangnya 10)
Tahap Keselamatan keselamatan
Di Bawah JKR,
PJH, BPH Dan Lain-
Lain Projek Yang
Ada Kepentingan
Kerajaan

5(b) Mengadakan Perkongsian Ilmu 2 setiap tahun 2013 - 2017


Meningkatkan Perkongsian Ilmu Dengan Rakan
Kolaborasi Dengan Rakan Strategik Seperti:
Dengan Kongsi Strategik
Agensi Awam, Di Dalam Dan Luar - Semua Sektor
Swasta Dan Negara Sasaran Penting
Antarabangsa - Syarikat
Kelengkapan
Keselamatan
- APSA
- MI5

5(c) Mengenalpasti Kerjasama 1 projek 2013 - 2017


Kerjasama Bidang-Bidang strategik dengan dalam
Strategik Penyelidikan Dan Institusi Pengajian tempoh masa
Dengan Institusi Pembangunan Tinggi dan lain-lain lima tahun-
Pengajian Tinggi Pengurusan agensi: (sepanjang
Awam Dan Keselamatan masa)
Swasta Perlindungan Di UIAM
Sektor Awam Dan OUM
Swasta Berkaitan UUM
UKM
CYBER SECURITY
SKMM
PDRM

35
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

TERAS 6
MEMPROMOSI PERKHIDMATAN KESELAMATAN
PERLINDUNGAN

Mempergiatkan usaha-usaha promosi perkhidmatan Keselamatan Perlindungan


bagi meningkatkan keyakinan pelanggan dan stakeholder terhadap perkhidmatan
yang diberikan. Tumpuan diberikan terhadap program strategik yang menekankan
proses komunikasi yang berterusan melalui pelbagai saluran dan platform bagi
meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi terhadap mustahaknya
Keselamatan Perlindungan di sektor awam dan swasta berkaitan. Rangkaian
dan kerjasama strategik di kalangan agensi Kerajaan serta pemilik dan penghuni
Sasaran Penting dan pelbagai entiti komuniti keselamatan yang bersesuaian boleh
digunakan untuk mempromosikan perkhidmatan Keselamatan Perlindungan.

STRATEGI

Memperkasakan pendekatan, promosi dan pelaksanaan


program/aktiviti Keselamatan Perlindungan.

Menerapkan budaya Keselamatan Perlindungan di sektor


awam dan swasta berkaitan.

PROGRAM DAN TINDAKAN


Mempertingkatkan program-program promosi
Keselamatan Perlindungan melalui konvensyen, majlis
dialog dan seminar di peringkat dalam dan luar Negara.

Mengadakan kerjasama strategik dengan komuniti


keselamatan seperti Persatuan Perkhidmatan Kawalan
Keselamatan (PPKKM), Persatuan Polis Bantuan,
Cyber Security Malaysia,Asian Professional Security
Association (APSA) dan lain-lain bagi membudayakan
Keselamatan Perlindungan.

36
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PROGRAM INDIKATOR TAHUN


STRATEGIK INDIKATOR
TINDAKAN SASARAN SASARAN

6(a) Mempertingkatkan Sekurang- Dua tahun sekali 2013 - 2015


Memperkasakan Program- kurangnya 5 (10-15 orang)
Pendekatan, Program Promosi program
Promosi Dan Keselamatan 2015 - 2017
Pelaksanaan Perlindungan ‘Study Tour’
Program/Aktiviti Melalui peringkat ASEAN
Keselamatan Konvensyen, Setiap tahun
Perlindungan Majlis Dialog
Dan Seminar Di
Peringkat Dalam
Dan Luar Negara

6(b) Mengadakan Mengadakan Sekurang- 2013 - 2017


Menerapkan Kerjasama aktiviti perkongsian kurangnya 5
Budaya Strategik pintar dengan program
Keselamatan Dengan Komuniti agensi-agensi
Perlindungan Keselamatan komuniti
Di Sektor Awam Seperti Persatuan keselamatan
Dan Swasta Perkhidmatan seperti forum,
Berkaitan Kawalan pameran
Keselamatan keselamatan
(PKPKM), komuniti dll.
Persatuan Polis
Bantuan, Cyber Mengenalpasti
Security Malaysia, keperluan
APSA (Asian perkhidmatan
Professional keselamatan
Security selaras dengan
Association) Dan perkembangan
Lain-Lain Bagi semasa untuk
Membudayakan meningkatkan
Keselamatan budaya
Perlindungan. keselamatan
perlindungan
secara
komprehensif.

37
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

ELEMEN PENENTU
KEJAYAAN

Di dalam memastikan kejayaan pencapaian teras strategik KPKK, beberapa faktor


penting mempengaruhi strategi dan program tindakan yang telah disasarkan.
Faktor-faktor tersebut merupakan elemen penentu kejayaan Pelan Strategik
KPKK.

PEMANTAPAN TADBIR URUS


Pelan Strategik KPKK mengariskan tumpuan kepada elemen penambahbaikan
kaedah dan pelan tindakan, pelaksanaan dan penyelarasan. Pemantapan
tadbir urus melibatkan keberkesanan pemantauan dan pelaksanaan. Dalam
membuat keputusan dan bertindak, fakta dan pertimbangan yang paling wajar
bagi memenuhi tuntutan stakeholder dan kehendak pelanggan yang sentiasa
berubah-ubah perlu diamalkan. Pendekatan yang mengutamakan tadbir urus
yang baik adalah cerminan kepada respon terhadap cabaran dan tuntutan kesan
daripada kepesatan perubahan yang berlaku tanpa batasan.

PEMBUDAYAAN
Pembudayaan menuntut kepada cara pemikiran yang kritis dan konstruktif di
kalangan warga Pejabat KPKK. Perubahan persekitaran yang berbeza serta
kehendak stakeholder dan pelanggan yang semakin meningkat memerlukan
penambahbaikan yang berterusan di dalam sistem penyampaian Keselamatan
Perlindungan. Ini dapat dicapai melalui usaha-usaha pembudayaan inovasi dan
kreativiti secara total dan tranformasi corak pemikiran di luar kotak atau di luar
kelaziman. Peningkatan dan pemantapan etika serta integriti menjadi fokus
penting dan perlu dijadikan budaya dalam menunaikan tanggungjawab dan
amanah selaku pegawai pejabat KPKK.

PENERIMAAN DAN SOKONGAN STAKE HOLDER


Sokongan stakeholder merupakan faktor penentu kejayaan dan keberkesanan
pelaksanaan Pelan Strategik KPKK. Tanpa sokongan dan penghayatan adalah
sukar untuk menentukan halatuju dalam mencapai matlamat yang telah
disasarkan oleh agensi.

KETERSEDIAAN
Ketersediaan juga adalah salah satu faktor penentu kejayaan Pelan Strategik
ini. Ianya meliputi ketersediaan minda, persekitaran kerja, sistem dan prosedur,
peruntukan, infrastruktur dan teknologi. Kapasiti dan keupayaan pegawai
dan kakitangan Pejabat KPKK sentiasa dititikberatkan melalui program
pembangunan modal insan, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran serta
kompetensi pegawai. Persekitaran yang kondusif dan fasiliti yang mencukupi,
mesra pengguna dan seiring dengan teknologi semasa menyumbang kepada
kelancaran perkhidmatan.

38
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

MEKANISME
PELAKSANAAN

MEKANISME PEMANTAUAN PELAKSANAAN

Pelan Strategik Pejabat KPKK 2013 – 2017 merupakan rujukan utama Jabatan untuk
mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Di dalam tempoh pelaksanaan
Pelan Strategik ini, elemen penambahbaikan akan diberi perhatian dari semasa ke
semasa. Justeru itu pemantauan terhadap pelaksanaannya akan dibuat oleh satu
Jawatankuasa seperti berikut:

JAWATANKUASA PENYELARASAN PEMANTAUAN PELAN STRATEGIK KPKK

Pengerusi : Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan


Timb. Pengerusi 1 : Timb. Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (Dasar)
Timb. Pengerusi 2 : Timb. Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (Operasi)
Setiausaha : Bahagian Keselamatan Perlindungan ICT dan Rahsia Rasmi
Ahli : Bahagian Tapisan
: Bahagian Latihan dan Kompetensi
: Bahagian Keselamatan Fizikal dan Inovasi
: Bahagian Sasaran Penting, Kawasan Larangan danTempat Larangan
: Bahagian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putajaya
: Bahagian Inspektorat
: Bahagian Penyelarasan
: Bahagian Khidmat Pengurusan

Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Pelan Strategik Pejabat KPKK akan


bermesyuarat mengikut keperluan semasa dan lazimnya akan bermesyuarat bersekali
dengan Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan ataupun Mesyuarat Kajian Semula
Pengurusan. Jawatankuasa berkenaan akan berfungsi untuk memantau pencapaian
SKT semua bahagian sepertimana yang ditetapkan di dalam Pelan Strategik, menilai
impak aktiviti yang diberikan kepada
pelanggan, menyelesaikan sebarang isu
dasar yang berkaitan Pelan Strategik dan
mengkaji semula pencapaian keseluruhan
Pelan Tindakan yang digariskan di
dalam Pelan Strategik Pejabat KPKK.
Dalam merealisasikan matlamat Pelan
Strategiknya, KPKK sebagai peneraju
penyampaian perkhidmatan keselamatan
perlindungan, pemerkasaan kapasiti atau
keupayaan dalaman KPKK merupakan
prasyarat utama yang perlu dicapai.

39
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

SELANGKAH KE HADAPAN

Selepas Pelan Strategik ini dilaksanakan


yang berakhir pada tahun 2017 diharapkan
Pejabat KPKK akan lebih menyerlah dari segi
penyampaian perkhidmatan dan pengurusan
bagi menjamin kesinambungan fungsi dan
peranannya dalam aspek Keselamatan
Perlindungan. Melalui Pelan Strategik KPKK
yang disediakan bagi tempoh 2013 – 2017
ini, diharap agar semua warga Pejabat
KPKK dapat menghayati dan mengorak
langkah untuk bersama-sama melaksanakan
transformasi minda, sikap dan budaya kerja
bagi melonjak prestasi Jabatan ke tahap
terunggul.Perancangan Strategik KPKK perlu
diteruskan selepas berakhirnya tempoh 2017
dalam usaha memantapkan lagi pengurusan
dan penyampaian perkhidmatan seiring
dengan keperluan semasa. Tugas dan
tanggungjawab KPKK semakin mencabar
dengan berkembangnya teknologi semasa dan
dalam era dunia virtual yang tiada sempadan
dan bentuk ancaman yang semakin kompleks.

40
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PENUTUP

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

PENUTUP
Perancangan Strategik KPKK telah
mengenalpasti sistem penyampaian
perkhidmatan yang efektif, efisien dan
tepat adalah kunci kejayaan pelaksa-
naan program-program keselamatan
perlindungan yang dirangka. Tum-
puan diberikan kepada usaha penam-
bahbaikan terhadap elemen-elemen
pelaksanaan, penyelarasan, peman-
tauan dan penilaian agar program
yang dilaksanakan dapat mencapai
matlamat yang disasarkan. Pelan
Strategik KPKK 2013 – 2017 yang
dirancang menggariskan tumpuan,
teras strategik dan pelan tindakan ke
arah mencapai sasaran bagi tempoh
lima tahun. Mekanisme khas bagi me-
mantau pelaksanaan Pelan Strategik
ini dibentuk bagi memastikan pelan
tindakan yang telah dikenalpasti akan
dapat dicapai mengikut jadual.

42
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

43
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
PELAN STRATEGIK 2013 - 2017

44
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai