Anda di halaman 1dari 6

xxxxxx-13-xxxx

TEMU BUAL INFORMAN A

Tarikh : 1 Jun 2021

Pengkaji : Selamat pagi dan salam sejahtera. Adakah Encik sekarang sibuk?
Informan A : Selamat pagi dan salam sejahtera juga kepada adik. Saya tidak sibuk
sekarang.
Pengkaji : Baiklah. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu. Saya
adalah pelajar Tingkatan Enam Semester 2 dari SMK Kampung Nangka.
Saya sedang menjalankan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Am yang
bertajuk “Kajian tentang kepercayaan platform pembelian atas talian
dalam kalangan penduduk di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak”. Sudikah
tuan mengadakan sesi temu bual dengan saya bagi menjayakan kerja
kursus saya di sekolah?
Informan A : Selamat berkenalan. Ya boleh saja.
Pengkaji : Terima kasih. Tanpa melengahkan masa, mari kita memulakan sesi temu
bual ini.
Informan A : Baiklah.
Pengkaji : Ok. Jadi, seperti yang tuan tahu, sekarang terdapat pelbagai platform
pembelian atas talian yang telah dicipta bagi memudahkan pengguna
untuk melakukan aktiviti jual beli. Contohnya, Shopee, Lazada, Shein,
Amazon, AliExpress, Taobao, dan Zalora. Antara platform-platform yang
telah dinyatakan tadi, yang manakah berjaya menarik minat anda
menggunakannya?
Informan A : Emm... platform yang menjadi pilihan utama saya adalah Shopee.
Pengkaji : Mengapakah anda memilih platform tersebut?
Informan A : Saya memilih Shopee kerana tawaran harga barangan yang murah dan
mampu milik serta mempunyai promosi pada setiap bulan.
Pengkaji : Wah, mesti tuan banyak berbelanja pada musim promosi tersebut!
Baiklah tuan, selain daripada Shopee, platform yang manakah akan
menjadi pilihan kedua untuk melakukan urusan pembelian?
Informan A : Hmm, platform yang menjadi pilihan kedua saya ialah Lazada.
Pengkaji : Aaaa okay okay. Seperti yang telah tuan nyatakan tadi, saya ingin
bertanya, mengapakah tuan memilih Lazada sebagai platform pembelian
i
xxxxxx-13-xxxx

atas talian yang tuan sukakan?


Informan A : Saya memlih lazada kerana Lazada juga seperti Shopee. Di Lazada,
terdapat kepelbagaian pilihan produk. Sekiranya, sistem Shopee
mengalami masalah, saya akan memilih Lazada untuk mengadakan
urusan pembelian barangan yang saya hendaki. Di samping itu, terdapat
juga kaedah pembayaran yang pelbagai dan memudahkan untuk membuat
pembelian atas talian.
Pengkaji :
Apakah lagi platform yang menjadi pilihan ketiga untuk melakukan
urusan pembelian?
Informan A :
Pilihan ketiga saya ialah platform Shein.
Pengkaji : Baiklah. Bagaimana dengan perkhidmatan penghantaran barang? Adakah
ia mengambil masa yang lama untuk sampai? Bagaimana pula dengan kos
yang tuan perlu bayar untuk servis penghantaran barangan?
Informan A : Servis penghantaran barang adalah sangat cepat dan barang sampai dalam
keadaan yang baik. Penghantaran barangan tidak mengambil masa yang
lama dan ia sekurang-kurangnya mengambil masa selama seminggu untuk
sampai tambahan pula keadaan sekarang yang masih dalam perintah
kawalan pergerakan. Bagi kos penghantaran pula tidak memakan kos
yang banyak sekurang-kurangnya dalam RM6 sahaja.
Pengkaji : Wah, tuan sangat bijak dalam membuat pilihan dalam memilih platform
pembelian atas talian. Baiklah tuan, setakat ini sahajalah sesi temu bual
ini. Terima kasih sekali lagi kepada tuan kerana sudi meluangkan masa
untuk sesi temu bual ini.
Informan A : Sama-sama dik. Semoga maklumat yang saya bagi ini dapat membantu
adik.

TEMU BUAL INFORMAN A

ii
xxxxxx-13-xxxx

Tarikh : 10 Jun 2022

iii
xxxxxx-13-xxxx

Pengkaji : Assalamualaikum dan selamat sejahtera saudari. Apa khabar saudari


pada hari ini? Maaf mengganggu saudari pada pagi ini.
Informan A : Waalaikumsalam. Alhamdulillah saya baik sahaja hari ini. Tidak
mengapa, Bolehkah saya tahu mengapakah anda menghubungi saya
pada hari ini?
Pengkaji : Saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nur
Zulaikha Binti Nordin merupakan pelajar Tingkatan 6 Atas dari
SMK Kampung Nangka dan sedang menjalankan Kerja Kursus
Pengajian Am Semester 2 yang bertajuk Kajian terhadap
Pembayaran tanpa tunai menjadi pilihan pengguna bijak di Kawasan
Permai, Sibu, Sarawak. Jika saudari tidak keberatan, bolehkah saya
menemu bual saudari berkenaan dengan kerja kursus saya?
Informan A : Sudah tentu. Saya akan cuba menjawab pertanyaan anda sebaik
mungkin.
Pengkaji : Baiklah. Bilakah saudari mula menggunakan pembayaran tanpa
tunai?
Informan A : Saya mula menggunakan pembayaran tanpa tunai sejak tahun lepas.
Pengkaji : Baiklah. Berapakah kerapnya saudari menggunakan pembayaran
tanpa tunai?
Informan A : Kekerapan saya menggunakan pembayaran tanpa tunai lebih kurang
3 atau 5 kali. Untuk maklumat lebih lanjut, saya hanya
menggunakan pembayaran tanpa tunai sekiranya tidak mempunyai
wang kertas yang mencukupi dan jumlah pembelian yang besar.
Pengkaji : Apakah jenis aplikasi pembayaran tanpa tunai yang menjadi pilihan
pertama saudari dan nyatakan sebab mengapa saudari memilih
aplikasi tersebut?
Informan A : Aplikasi pembayaran tanpa tunai yang menjadi pilihan pertama saya
ialah SarawakPay. Hal ini disebabkan, pada masa kini kebanyakkan
permis perniagaan sudah mula menggunakan Sarawakpay sebagai
cara pembayaran dan dengan menggunakan SarawakPay transaksi
pembayaran menjadi lebih mudah dan cepat.
Pengkaji : Selain daripada SarawakPay, adakah terdapat aplikasi pembayaran
tanpa tunai yang lain saudari gunakan?

iv
xxxxxx-13-xxxx

Informan A : Ya, saya juga menggunakan kad debit tetapi pada masa yang
tertentu sahaja. Contohnya, sekiranya bayaran barang yang dibeli
oleh saya agak besar, saya akan menggunakan kad debit supaya
transaksi pembayaran lebih cepat dan mudah.
Pengkaji : Oh, begitu. Bagaimana dengan Touch & Go atau Boost adakah
saudari juga menggunakan aplikasi ini?
Informan A : Ya, saya juga menggunakan kedua aplikasi yang dinyatakan oleh
anda iaitu Touch & Go dan Boost. Melalui apa yang saya telah lihat,
terdapat juga permis perniagaan yang menggunakan dua aplikasi ini.
Terdapat juga permis perniagaan yang tidak menggunakan
SarawakPay. Oleh itu, sekiranya permis yang saya kunjungi tidak
menggunakan SarawakPay, saya akan menggunakan Touch & Go
ataupun Boost.
Pengkaji : Ini menunjukkan terdapat 4 aplikasi pembayaran tanpa tunai yang
saudari gunakan.
Informan A : Tepat sekali. SarawakPay merupakan aplikasi pertama saya
manakala Touch & Go, Boost dan kad debit hanyalah aplikasi
sampingan.
Pengkaji : Pada pendapat saudari apakah kebaikan penggunaan bijak
pembayaran tanpa tunai serta mengapakah saudari berkata
demikian?
Informan A : Pada pendapat saya, kebaikan utama penggunaan pembayaran tanpa
tunai ialah menjimatkan masa dan menyenangkan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi
pembayaran tanpa tunai di dalam telefon dan sekiranya ingin
membayar barang, pengguna hanya perlu scan QR code untuk
membuat pembayaran. Selain itu, selamat dan kurang risiko
kecurian duit juga merupakan salah satu kebaikan kerana sekiranya
berlaku kecurian dompet, tidak akan mendatangkan masalah kepada
pengguna kerana tidak perlu mengeluarkan wang daripadan mesin
atm dan hanya menggunakan pembayaran tanpa tunai kerana lebih
memudahkan dan selamat.
Pengkaji : Sangat jelas penjelasan saudari. Akan tetapi, pada pendapat saudari

v
xxxxxx-13-xxxx

adakah mendapat rebat atau baucar juga merupakan salah satu


kebaikan? Adakah saudari setuju?
Informan A : Ya, saya setuju dengan pendapat anda. Mendapat rebat atau baucar
juga merupakan salah satu kebaikan kerana setelah membuat
pembayaran, pengguna akan mendapat syiling tambahan yang boleh
ditebus menjadi wang yang sebenar. Pembelian seterusnya dapat
dikurangkan bayarannya melalui syiling yang telah ditebus.
Pengkaji : Adakah saudari setuju jika tidak perlu menyediakan wang kecil juga
merupakan salah satu kebaikan yang lain?
Informan A : Ya, saya juga setuju dengan pendapat anda. Dengan menggunakan
aplikasi pembayaran tanpa tunai, pengguna tidak perlu menyimpan
wang kecil yang banyak di dalam dompet dan kemungkinan terdapat
juga duit yang tercicir akibat terlupa untuk menutup zip dompet
mereka.
Pengkaji : Jawapan yang diberikan oleh saudari amatlah bernas dan menepati
soalan yang ditanyanyakan. Terima kasih saudari kerana telah
memberikan masa untuk ditemu bual dan jawapan yang diberikan
oleh saudari akan saya manfaatkan sepenuhnya di dalam kerja
khusus saya. Assalamualaikum.
Informan A : Sama-sama saudari. Waalaikumsalam.

vi

Anda mungkin juga menyukai