Anda di halaman 1dari 9

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG

TUJUAN

1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan


membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

KONSEP

2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,


mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin
dan sabar.

3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting


yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan
disayangi setiap masa.

4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam


perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

OBJEKTIF

5. Objektif Guru Penyayang;

5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat


kepada sekolah.

1
AKTIVITI

6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya


guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka
panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru
hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;

6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid


6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3 Memberi penghargaan kepada murid

7. Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

2
LAMPIRAN A

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG

Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

1. MENGALU- a. Guru mengalu-alukan i. Menyambut kedatangan Barisan kepimpinan


ALUKAN murid di pintu pagar murid; sekolah dan
KEHADIRAN sekolah sekumpulan guru
MURID a. Penampilan guru yang kemas yang diatur oleh
i. Semasa murid dan ceria pihak pentadbir
memulakan sesi sekolah
persekolahan baru b. Bersikap mesra, berbudi
bahasa dan menghormati
ii. Semasa murid datang murid
ke sekolah
c. Ambil berat, prihatin dan
iii. Semasa murid pulang sabar menyambut murid
dari sekolah
ii. Membuat sapaan

a. Memberi salam dan


menyambut salam semasa
datang sekolah
Contoh: “selamat pagi”
“selamat datang” “jemput
masuk”

b. Lambaian pulang
Contoh: “selamat pulang”
“jaga diri baik-baik” “jumpa
lagi”
3
c. Bertanya khabar
Contoh: “apa khabar hari
ini?”
“dah makan ke belum?”

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

iii. Memberi bimbingan dan


tunjuk ajar secara
berhemah

Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju
dll

iv. Membuat
publisiti/promosi
mengalu-alukan
kehadiran murid ke
sekolah dengan
menyediakan kain
rentang

Contoh:
‘Kehadiran Anda Impian Kami’

b. Guru mengambil peduli Interaksi Guru (rapport)


terhadap murid semasa Semua guru
di sekolah i. Penampilan guru kemas dan
ceria sepanjang masa
4
i. Semasa di bilik darjah
ii. Bersikap mesra dan
ii. Semasa di kantin/dewan menunjukkan rasa hormat
makan kepada murid

iii. Semasa aktiviti iii. Membuat sapaan


kokurikulum
iv. Mengambil berat dan prihatin
iv. Semasa perhimpunan terhadap murid

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

2. MENTOR MENTEE 1.Pelaksanaannya 1. Guru dengan penuh rasa MENTOR


bertujuan untuk; kekeluargaan Guru terpilih
melaksanakan aktiviti mentor
i. Membangunkan mentee.
sahsiah diri murid MENTEE
2. Strategi pelaksanaannya; Semua murid
ii. Membina jati diri murid
i. Seorang atau dua mentor
iii. Mentor sebagai orang bagi setiap kelas mengikut
yang boleh membantu kesesuaian sekolah
menyelesaikan masalah
murid ii. Perjumpaan diadakan
sekurang-kurangnya dua
2. Antara aktiviti yang kali sebulan dan
dicadangkan adalah diselaraskan dalam jadual
seperti berikut; waktu harian.

i. Sesi ramah mesra 3. Pengisian semasa


ii. Sesi makan perjumpaan;
bersama i. Membuat sapaan
iii. Meraikan hari lahir

5
iv. Bimbingan hala tuju ii. Menyemak dan prihatin
hidup latar belakang mentee
v. Lawatan/ziarah
keluarga iii.Membimbing mentee
vi. Sesi perkongsian mengatasi masalah
masalah
iv.Membimbing mentee
membina hala tuju dan
kerjaya

v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

4. Tugas guru yang dipilih


sebagai mentor hendaklah
disenaraikan sebagai salah
satu tugasnya di sekolah

5. Aktiviti didokumentasikan

6. Menyediakan profile setiap


mentee

6
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

3 PENGHARGAAN Memberi penghargaan dan i. Guru meraikan murid dalam Semua guru
MURID pengiktirafan kepada suasana gembira, rasa termasuk
murid melalui; hormat, rasa dihargai dengan pentadbir
penuh kasih sayang sekolah
Aktiviti meraikan murid;
ii. Antara kaedah yang boleh
i. Hari lahir murid digunakan;

ii. Sambutan hari kanak- a. Mengumumkan ucapan


kanak selamat melalui
pembesar suara sekolah
iii. Perayaan-perayaan
utama mengikut kaum b. Menyanyikan lagu
seperti Hari Raya, Tahun bersesuaian dengan tema
Baru Cina, Deepavali, sambutan
Krismas termasuk Contoh:
perayaan utama di Sabah Lagu Hari Lahir
dan Sarawak Lagu Perayaan Utama

c. Menghantar kad ucapan

7
Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari Perayaan

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

iii. Aktiviti meraikan murid


boleh dilaksanakan
semasa perhimpunan atau
di dalam bilik darjah.

8
9

Anda mungkin juga menyukai