Anda di halaman 1dari 2

KEbaikan dan keburukan teknologi moden

Dalam era teknologi yang canggih ini, perkara-perkara di sekelilingi manusia semakin maju. Sama ada aspek produk
elektronik, aspek ketenteraan atau aspek pertanian juga mendapat kemajuan yang luar biasa. Kemajuan teknologi
telah membawa banyak faedah, tetapi juga menyembunyikan banyak keburukan. Sebagai pengguna teknologi,
adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan teknologi? Marilah kita mulakan topik ini!

Marilah kita bermula dengan perspektif kehidupan seharian.


Teknologi sudah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita.
Mesin-mesin seperti mesin basuh kain dan peti ais telah meringankan
kerja rumah kita dan hampir semua rumah di negara kita memiliki
mesin-mesin tersebut. Selain itu, penggunaan aplikasi seperti
Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk
membuat laporan atau menaip surat. Oleh itu, penggunaan teknologi
yang sesuai dapat mengurangkan beban kita.

Penggunaan teknologi yang maju juga dapat memudahkan komunikasi kita!


Kecanggihan teknologi masa kini telah memberikan banyak kemudahan
komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Apabila kita ingin menghubungi
orang lain, kita hanya menggunakan telefon bimbit atau komputer laman media
sosial. Selain itu, dengan teknologi komunikasi yang maju, kita dapat mencari
maklumat dengan pantas. Hal ini akan membantu kita dalam pelajaran. Oleh itu,
teknologi komunikasi akan membawa banyak kemudahan kepada kehidupan kita.

Walaupun teknologi moden telah membawa banyak faedah, tetapi keburukannya tidak
boleh diabaikan. Dari aspek ketenteraan, senjata kimia seperti bom nuklear akan
membawa kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan. Senjata kimia akan membawa
pencemaran nuklear yang akan membunuh semua manusia dan flora dan fauna yang
terdapat dalam julat letupan. Selain itu, senjata kimia juga meningkatkan konflik antara
negara dan akan menyebabkan perang besar-besaran. Hal ini akan menyebabkan kematian
manusia dan menjejaskan ekonomi. Oleh itu, teknologi yang moden dari aspek
ketenteraan sangat bahaya untuk manusia.

Sebagai kesimpulan, teknologi moden yang canggih membawa banyak kebaikan dan keburukan. Hal ini dikatakan
kerana tiada apa-apa di dunia ini hanya mempunyai kebaikan, mereka juga akan membawa keburukan jika salah
gunaan. Oleh itu, kita mestilah mengekalkan nilai rasional supayaa dapat mengelakkan menggunakan teknologi
moden membuat pengerakan yang salah.

Data Kewangan

anyflip bm textbook tingkatan 5 - Search (bing.com)

https://translate.google.com

https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-teknologi

https://web.telegram.org
Disediakan oleh: Ho Kar Hin

Anda mungkin juga menyukai