Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SEKSYEN 24 SHAH ALAM Kod Sekolah: BBA8105

1. Nama Guru NOR HAZREN BIN HASSIM


KELUAR DARI TEMPURUNG 2: PEMBENTUKAN DIRI KE
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
ARAH KECEMERLANGAN
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang positif dan dapat menangani semua masalah yang mendatang
dalam kehidupan dengan mudah dan tenang sejajar dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya merupakan bebanan atau halangan
bagi kita mencapai kecemerlangan kehidupan jadi kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh bagi mengatasinya dengan
cekap dan cepat.

Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang melihat isu motivasi ini samaada dari sudut Sosiologi ataupun
Psikologi. Pakar Motivasi tempatan pula ada yang mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil menerapkan nilai-nilai murni Islam di
dalamnya. Buku-buku motivasi yang ada juga secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah yang diasaskan oleh sarjana-
sarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara ini. Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah
penyampaian dengan pengisian generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana perubahan budaya yang telah
berlaku.

Kalau penanaman pokok dahulunya dianalisa dari sudut saintifik, baru-baru ini satu kaedah baru telah dibentuk yang dinamakan
bioteknologi yang menganalisa tumbuh-tumbuhan dari sudut kejuruteraan. Begitu jugalah dalam bidang motivasi. Buku di Luar Tempurung,
menangani masalah ini berbeza dari buku motivasi yang lain kerana pengarang menganalisa bidang motivasi dari sudut pelaburan dan
bukannya sudut saintifik dengan itu menambah kepelbagaian dalam bidang ini untuk dimanfaatkan bersama.

Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum juga remaja kerana pengarang menyajikan konsep-konsep
mudah dalam isu menangani masalah seperti Konsep Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang lainnya yang mudah difahami
dan diaplikasi bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan pengisian berbentuk inovasi
pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk berfikir dari luar tempurung kebiasaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Menyarankan kita harus bersikap positif dalam menangani sebarang masalah
2. Menyarankan kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu bagi mencapai kecemerlangan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Guru perlu bersikap positif dalam apa jua masalah dengan murid
2. Guru perlu membangunkan minda murid dalam menghadapi sebarang masalah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOR HAZREN BIN HASSIM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai