Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

KELUAR DARI TEMPURUNG 2


2. Judul PEMBENTUKAN DIRI KE 3. Bidang: MOTIVASI
ARAH KECEMERLANGAN
AHMAD FAIZAL MOHAMED
4. Pengarang 5. M/S: 167
YUSUP
Utusan Publication Distributors 2006
6. Penerbit
7. Sinopsis
Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang positif dan dapat
menangani semua masalah yang mendatang dalam kehidupan dengan mudah dan tenang sejajar
dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya merupakan bebanan atau halangan bagi kita
mencapai kecemerlangan kehidupan jadi kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh
bagi mengatasinya dengan cekap dan cepat.

Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang melihat isu motivasi
ini samaada dari sudut Sosiologi ataupun Psikologi. Pakar Motivasi tempatan pula ada yang
mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalamnya.
Buku-buku motivasi yang ada juga secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah
yang diasaskan oleh sarjana-sarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara
ini. Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah penyampaian dengan pengisian
generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana perubahan budaya yang
telah berlaku.

Kalau penanaman pokok dahulunya dianalisa dari sudut saintifik, baru-baru ini satu kaedah baru
telah dibentuk yang dinamakan bioteknologi yang menganalisa tumbuh-tumbuhan dari sudut
kejuruteraan. Begitu jugalah dalam bidang motivasi. Buku di Luar Tempurung, menangani
masalah ini berbeza dari buku motivasi yang lain kerana pengarang menganalisa bidang motivasi
dari sudut pelaburan dan bukannya sudut saintifik dengan itu menambah kepelbagaian dalam
bidang ini untuk dimanfaatkan bersama.

Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum juga remaja kerana
pengarang menyajikan konsep-konsep mudah dalam isu menangani masalah seperti Konsep
Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang lainnya yang mudah difahami dan diaplikasi
bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan
pengisian berbentuk inovasi pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk
berfikir dari luar tempurung kebiasaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Menyarankan kita harus bersikap positif dalam menangani sebarang masalah
2. Menyarankan kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu bagi mencapai
kecemerlangan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Guru perlu bersikap positif dalam apa jua masalah dengan murid
2. Guru perlu membangunkan minda murid dalam menghadapi sebarang masalah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai