Anda di halaman 1dari 14

NAMA : _____________________________ TINGKATAN : ________________

SMK BANDAR BARU


SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR.

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


TINGKATAN LIMA

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL ( KERTAS 1 )


MASA : 1 JAM KOD KERTAS : 2611/1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN :

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. A, B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baharu.

0
KERTAS INI MENGANDUNGI 13 HALAMAN BERCETAK

1
1. Gambar rajah menunjukkan satu struktur bentuk penggalan rumah tradisional Melayu.
Bahagian manakah yang dikenali sebagai kekisi ?

2. Maklumat di bawah merujuk tentang satu ruang dalam rumah tradisional Melayu.

Ruang untuk penyediaan makanan dan tempat simpanan barang-barang.

Apakah nama ruang tersebut ?


A. Dapur.
B. Serambi.
C. Pelantar.
D. Rumah Ibu.

3. Gambar rajah menunjukkan struktur bumbung rumah melayu tradisional .


Apakah nama pada bahagian yang ditandakan X ?

A. Kasau
B. Selang
C. Pemeleh
D. Tebar layar

2
4. Apakah fungsi peran atau loteng bagi sebuah rumah tradisional Melayu Minangkabau ?
I Tempat menyimpan barang
II Ruang rehat tambahan
III Tempat simpanan padi
IV Ruang tidur anak gadis

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5. Apakah keunikan utama bagi sebuah Rumah Serambi Melaka ?


A. Terdapat ragam hias lebah bergantung.
B. Tangga batu berwarna-warni motif flora.
C. Bentuk perabong panjang dan lurus.
D. Bumbung melengkung pada bahagian hujung.

6. Apakah struktur hiasan puncak bumbung yang bertanda X bagi Masjid Kampung Laut di
bawah ?

A. Bentuk buah buton.


B. Bentuk Potong Bawang.
C. Atap Limas bertingkat.
D. Bentuk Pagoda.

3
7. Nyatakan ciri-ciri yang ada pada struktur Gereja St. Anthony di bawah.

I Mempunyai bumbung gabel


II Struktur syiling yang tinggi
III Terdapat tugu St. Francis Xavier.
IV Bumbung dari atap genting

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

8. Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur menara Masjid Negara. Bumbungnya dibina
berdasarkan seperti bentuk

A. Sekaki payung yang kuncup. C. Senaskhah buku yang terbuka.


B. Sekaki payung yang terbuka. D. Lipatan origami.

9. Kuil Batu Caves memiliki 272 _____________ yang berwarna-warni untuk masuk ke dalam
kuil gua.
A. arca C. gerai
B. lukisan D. anak tangga

10. Rumah ini terdiri daripada satu deretan yang mengandungi rumah-rumah kelamin. Rumah
tersebut ialah
A. Rumah Perabong Lima. C. Rumah Serambi Melaka
B. Rumah Bumbung Perak. D. Rumah Panjang

4
11. Kompleks makam merupakan
A. kediaman raja atau ketua negara.
B. tempat bersemadinya golongan yang dihormati seperti raja dan pembesar.
C. tempat ibadat bagi penganut agama Buddha, Taoisme dan Konfusionisme.
D. tempat tinggal masyarakat Melayu.

12. Kuil Sri Mahamariaman dikatakan unik adalah kerana


A. terdapat sebuah gopuram berbentuk piramid lima tingkat.
B. terdapat 272 anak tangga yang berwarna warni.
C. terdapat patung Dewa Murugan setinggi 42.7 meter
D. terdiri daripada tiga kuil utama dan beberapa kuil kecil yang dipenuhi arca dan lukisan.

13. Aliran seni lukisan yang manakah menepati ciri-ciri di bawah ?

 Menggunakan warna terang dan tidak natural dalam


karya yang dihasilkan
 Menggambarkan luahan emosi secara spontan
 Media kering yang digunakan tidak merujuk warna
sebenar objek

A. Fauvisme. C. Cat Minyak


B. Pastel. D. Plakar

14. Apakah maksud ‘karya digambarkan secara emotif dan imaginatif’ dalam penghasilan karya
seni lukisan aliran Fauvisme ?
A. Pengkarya menghasilkan karya mereka dengan luahan emosi secara terancang.
B. Pengkarya menghasilkan karya mereka mengikut ketetapan dan garis panduan.
C. Pengkarya menghasilkan karya mereka dengan luahan emosi secara spontan.
D. Pengkarya menghasilkan karya mereka tanpa dipengaruhi emosi secara terancang.

15. Apakah ciri-ciri yang menepati aliran Seni Lukisan Ekspresionisme?


A. Luahan perasaan secara spontan dan bebas.
B. Bentuk benda mudah dikenali walaupun tanpa perincian.
C. Luahan perasaan secara bebas dan abstrak.
D. Menggunakan susunan geometri hitam putih yang boleh mengelirukan pandangan mata.

5
16. Maklumat di bawah tentang ciri-ciri satu aliran seni lukisan.

 Kreativiti minda bawah sedar


 Lukisan aneh di luar pemikiran manusia

Apakah jenis aliran seni lukisan tersebut ?


A. Ekspresionisme Abstrak. C. Surealisme
B. Ekspresionisme. D. Fauvisme.

17. Manakah maklumat yang tepat jika karya di bawah dinyatakan sebagai aliran Ekspresionisme
Abstrak?

A. Menggunakan aksi terancang untuk menghasilkan karya.


B. Fokus karya berbentuk realisme.
C. Penegasan karya pada bahagian tertentu.
D. Titisan, percikan dan lelehan cat secara spontan merupakan ciri utama aliran.

 Robert Rauschenberg
 Jasper Johns
 Andy Warhol

18. Senarai pelukis di atas mewakili satu gerakan pelukis aliran ______________ .
A. Kiubisme. C. Seni Pop
B. Surealisme. D. Seni Op

19. Berdasarkan gambar rajah di bawah, apakah jenis aliran bagi karya seni lukisan tersebut ?

Albert Gleizes, Toul, 1914

A. Fauvisme. C. Surealisme.

6
B. Ekspresionisme. D. Kiubisme.
20. Manakah ciri-ciri Seni Op yang terdapat pada karya lukisan di bawah ?

I Menimbulkan ilusi pergerakan.


II Susunan geometri hitam putih yang mengelirukan.
III Susun atur rupa positif dalam paksi simetri.
IV Gambaran objek terhasil secara tindanan.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

21. Siapakah pelopor aliran seni lukisan Fauvisme?


A. Max Ernest. C. Raoul Dufy.
B. Henri Matisse. D. Albert Gleizes.

22. Pablo Picasso terkenal dengan karya dengan rupa dan satah geometri yang diabstrakkan
merupakan pelopor aliran
A. Ekspresionisme.
B. Kiubisme.
C. Renaissance.
D. Ekspresionisme Abstrak.

23. Salvador Dali merupakan antara pelukis aliran Surealisme yang terkenal dengan karya
lukisannya yang
A. menggunakan kebebasan dan spontan dalam lakaran.
B. menggunakan rupa geometri dalam melukis figura.
C. menggambarkan kegelisahan dan kecelaruan emosi.
D. Menunjukkan kreativiti minda bawah sedar dan melampaui pemikiran logik.

24. Seni Op merupakan singkatan daripada perkataan


A. Seni Optimum. C. Seni Operasi

7
B. Seni Optikal. D. Seni Opera
25. Apakah ciri-ciri utama yang terdapat pada catan aliran Fauvisme di bawah ?

A. Sapuan berus yang rata. C. Penggunaan warna yang terang dan pelbagai.
B. Catan rupa satah geometri. D. Mementingkan nisbah keemasan.

26. Manakah antara berikut merupakan seni catan yang muncul pada tahun 1950-an dan 1964?
I Kiubisme III Seni Op
II Naturalisme IV Seni Pop

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

27. Karya yang bertajuk The Scream hasil karya Edvard Munch di bawah merupakan catan aliran

A. Seni Pop. C. Ekspresionisme.


B. Kubisme. D. Ekspresionisme.Abstrak

28. Manakah antara berikut merupakan seni catan aliran Kubisme?

8
A B C D
29. Manakah antara berikut merupakan seni catan aliran Ekspresionisme Abstrak ?

A B C D

30. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri seni catan aliran Kubisme ?
I Penggunaan bentuk dan satah.
II Warna terang dan mempunyai perspektif.
III Mempunyai kesan emosi bentuk organik.
IV Berfokuskan imaginasi bawah sedar.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

31. Manakah antara berikut yang tepat tentang ciri-ciri bagi aliran catan di bawah.

Aliran Seni Catan Ciri-ciri


A Surealisme Memberi penekanan pada realiti
B Kubisme Catan di alam bawah sedar
C Ekspresionisme Bersumberkan budaya popular
D Seni Op Penekanan pada teknik ilusi mata

32. Mengapakah pelukis aliran Seni Op sering menggunakan warna hitam dan putih dalam karya
mereka ?
A. Mudah diolah dan digunakan. C. Mudah untuk membuat adunan warna.
B. Menimbulkan kontras yang mengelirukan. D. Menimbulkan kesan pergerakan.

33. Pelukis aliran Seni Pop menghasilkan karya mereka dengan menggunakan
A. gambaran hal benda dan situasi dalam mimpi.
B. pengalaman secara emosional.
C. pendekatan ilusi optikal.
D. budaya popular sebagai fokus imej.

34. Di manakah pusat gerakan aliran catan Ekspresionisme Abstrak?


A. Paris C. London

9
B. Rome D. New York
35. Apakah perbezaan ketara antara media yang digunakan antata seni lukisan dengan seni catan?
A. Catan menggunakan media kering dan lukisan menggunakan media basah.
B. Lukisan menggunakan media kering dan catan menggunakan media basah.
C. Definisi dan ciri-ciri aliran yang terdapat dalam seni lukisan dan seni catan.
D. Pemahaman prinsip seni dan asas seni reka dalam menghasilkan karya.

36. Berikut merupakan media yang tepat bagi menghasilkan sesebuah karya catan.
A. Cat Air C. Krayon
B. Pensel D. Pen

37. The Persistence of Memory, 1931 merupakan karya agung


A. Paul Klee. C. Salvador Dali
B. B. Edvard Munch D. Andre Derain

38. Sejarah awal penghasilan arca Barat sering dikaitkan dengan bentuk
A. pemberontakan golongan kelas pertengahan terhadap golongan atasan.
B. kebangkitan masyarakat memprotes pihak diraja.
C. figura manusia yang bersandarkan pada unsur-unsur kepercayaan dan keagamaan.
D. zaman kegelapan masyarakat di Eropah.

39. Pilih maklumat yang betul tentang arca di bawah .

Arca Venus of Willendorf

A. Dihasilkan pada zaman Paleolitik C. Watak pahlawan makhluk ghaib


B. Arca tentang semangat dan kuasa D. Arca tanah liat bakar teknik dedah

40. Antara berikut siapakah pengarca terkenal pada abad ke-16 dengan gaya Manerisme ?
A. Donatello. C. Michelangelo.
B. Andrea Pisano. D. Nanni di Banco.

10
41. Gambar rajah di bawah menunjukkan seni arca pada abad ke-14.Apakah bentuk arca tersebut?

Andrea Pisano, Life of John the Baptist,1330-1336

A. Arca binaan C. Arca luakan


B. Arca dinding D. Arca timbulan

42. Konsep penghasilan seni arca Renaissance menggunakan manusia sebagai subjek adalah
kerana
A. manusia dianggap sebagai subjek yang bersopan santun.
B. manusia dianggap sebagai subjek yang sempurna.
C. subjek alam sukar untuk dihasilkan.
D. abad ke-14 tidak memandang subjek alam sebagai subjek kegemaran.

43. Apakah yang dimaksudkan dengan arca?


A. Lukisan reka bentuk objek tiga dimensi.
B. Seni tampak dua dimensi.
C. Bentuk yang dihasilkan dalam susunan tiga dimensi.
D. Catan pada kain kanvas dengan bentuk tiga dimensi.

44. Mengikut sejarah seni arca Barat, subjek awal dibina dalam bentuk berikut.
A. Figura manusia dan haiwan. C. Bangunan dan peralatan.
B. Haiwan dan tumbuhan. D. Objek bebas.

45. Manakah antara berikut yang tepat tentang jenis bahan dan kaedah penghasilan arca pada
abad ke-15?

Jenis Bahan Kaedah Penghasilan


A Marmar Binaan
B Gangsa Imej Manipulasi
C Batu mamar Luakan
D Terracotta Timbulan

11
46. Pernyataan di bawah tentang satu aliran seni arca.

Arca yang berserpihan dengan sudut yang runcing dan


mementingkan aspek kedataran.

Apakah aliran seni arca tersebut?


A. Kubisme. C. Futurisme.
B. Dadaisme D. Ekspresionisme.

47. Arca aliran Neoklasisisme memberikan penekanan kepada elemen yang menonjolkan
A. aspek kehalusan dan abstrak.
B. peniruan tanpa sebarang penambahan atau pengurangan.
C. aspek kebaikan dan keperwiraan.
D. unsur kontras menerusi kesan pencahayaan terang dan gelap.

48. Gambar rajah di bawah menunjukkan arca yang dihasilkan oleh Edgar Degas.
Apakah tema bagi arca tersebut ?

A. Penari. C. Remaja
B. Pelajar D. Jururawat

49. Apakah prinsip rekaan yang diberi perhatian semasa menghasilkan arca di bawah ?

Naum Gabo, Revolving Torsion, 1972-1973

A. Pergerakan C. Kontra
B. Harnoni D. Kepelbagaian

12
50. Manakah antara berikut merupakan seni arca yang dihasilkan pada abad ke-20 ?

A B C D

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________ ________________________


Mohamad Durrani bin Moen Sri Dianey Binti Amzah Rosliza binti Ahmad
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Mata Pelajaran Guru Kanan
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual Bidang Kemanusiaan
SMKBBSL SMKBBSL SMKBBSL

13

Anda mungkin juga menyukai