Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

PAS KEBENARAN KELUAR KELAS, TANDA NAMA KETUA KELAS


& TANDA NAMA PENOLONG KETUA KELAS
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(3)

SESI AKADEMIK 2023/2024

Guru Besar
SK Putrajaya Presint 11(3)

PAS KEBENARAN KELUAR KELAS, TANDA NAMA KETUA KELAS & TANDA
NAMA PENOLONG KETUA KELAS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA
PRESINT 11(3)
___________________________________________________________________

1. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PENGENALAN PAS KEBENARAN


KELUAR KELAS, TANDA NAMA KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA
KELAS

Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Disiplin akan memastikan
keselamatan murid adalah menjadi keutamaan. Antara pendekatan yang digunakan
bagi mengawal pergerakan murid ketika sesi PdPc dijalankan ialah dengan
memperkenalkan Pas Kebenaran Keluar Kelas.

Pas kebenaran keluar kelas akan dibekalkan 2 set untuk setiap kelas. Setiap
murid yang ingin ke tandas atau ke tempat tertentu atas arahan cikgu perlu
mendapatkan kebenaran guru matapelajaran semasa dalam kelas kecuali ketika
waktu rehat. Murid dikehendaki memakai pas tersebut sepanjang berada diluar kelas
sehingga kembali semula ke kelas.
Murid yang berada diluar tanpa memakai pas, akan mudah dikesan dan
disiasat serta diambil tindakan.

Pihak sekolah juga menyediakan tanda nama untuk ketua kelas dan penolong
kelas. Kewajiban ketua dan penolong kelas adalah membantu guru di kelas semasa
ketiadaan guru. Ketika hal ini terjadi, menjadi tugas ketua kelas untuk mendatangi
memanggil guru untuk datang ke kelas atau menjadi perantara guru dalam
memberikan tugas.

2. MATLAMAT

Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang


ditetapkan oleh pihak sekolah.

3. OBJEKTIF

Memastikan keberadaan murid di Kawasan sekolah dalam pengetahuan guru-guru


dan kakitangan sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendisiplinkan murid.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3).

5. BUTIRAN PEMAKAIAN PAS KEBENARAN KELUAR KELAS & TANDA


NAMA KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

Tarikh mula: 10 April 2023


Hari: Isnin

6. RUMUSAN

Hasrat untuk menyediakan pas tandas, pas keluar kelas, tanda nama ketua kelas
dan tanda penolong kelas adalah untuk memastikan keadaan sekolah dalam
keadaan terkawal.
7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan

BIL PERKARA KUANTITI / JUMLAH

HARGA

1 PAS KELUAR KELAS 84 X RM10.00 RM840.00

2 TANDA NAMA EPOXY 84 X RM4.80 RM403.20


(KETUA KELAS &
PENOLONG KETUA KELAS)

JUMLAH: RM1243.20
8. PENUTUP

Semoga dengan adanya pas kebenaran keluar kelas, tanda nama ketua kelas
dan penolong ketua kelas, murid-murid SK Putrajaya Presint 11(3) akan lebih
berdisiplin serta mematuhi peraturan di sekolah.

Disediakan oleh:

............................................

(NORAIDA BINTI HANAFI)


[Setiausaha Hal Ehwal Murid]
SK Putrajaya Presint 11(3)
Tarikh: 4 April 2023

Disemak oleh:

............................................

(MOHD RIDZUAN BIN CHE LAH


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Putrajaya Presint 11(3)
Tarikh: 4 April 2023
KERTAS CADANGAN
PAS KEBENARAN KELUAR KELAS, TANDA NAMA KETUA KELAS DAN
TANDA NAMA PENOLONG KETUA KELAS
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(3)
SESI AKADEMIK 2023/2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Pas Kebenaran Keluar Kelas Sekolah Kebangsaan


Putrajaya Presint 11(3)

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Pas Kebenaran Keluar Kelas Sekolah


Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………….....
……………………………………………………………………………………………….....
……………………………………………………………………………………………….....

…………..………….……………
(ZULKIPLE BIN HUSSEIN)
Guru Besar
SK Putrajaya Presint 11(3)
Tarikh:
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA KELAS TAHUN 2023/2024

TAHAP 1   TAHAP 2

TAHUN 1 TAHUN 4
1 AVERROES 4 ALPHARABIUS
1 AVICENNA 4 AVERROES
1 ALGAZEL 4 AVICENNA
1 ALGORITTHMI 4 ALGAZEL
1 IBN KHALDUN 4 ALGORITHMI
1 RHAZES 4 IBN KHALDUN
TAHUN 2 4 RHAZES
2 ALBATEGNIUS TAHUN 5
2 ALPHARABIUS 5 AVERROES
2 AVERROES 5 AVICENNA
2 AVICENNA 5 ALGAZEL
2 ALGAZEL 5 ALGORITHMI
2 ALGORITHMI 5 IBN KHALDUN
2 IBN KHALDUN 5 RHAZES
2 ALKINDUS TAHUN 6
2 RHAZES 6 AVERROES
TAHUN 3 6 AVICENNA
3 AVERROES 6 ALGAZEL
3 AVICENNA 6 ALGORITHMI
3 ALGAZEL 6 IBN KHALDUN
3 ALGORITHMI 6 RHAZES
3 IBN KHALDUN

3 RHAZES

Anda mungkin juga menyukai