Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN ULASAN

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan rumah.

Tulis ulasan lengkap tentang cara-cara menjaga kebersihan rumah tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendak lah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


PANDUAN MENULIS ULASAN

Penanda Kata Bantu Isi Tersurat Kata Hubung Isi Tersirat


Wacana
Antaranya, mesti dengan

Selain itu, perlu kerana

Di samping hendak agar


itu,
Seterusnya, harus supaya

Akhir sekali, patut seperti

Penanda Kata Bantu Isi Tersurat Kata Hubung Isi Tersirat


Wacana
Antaranya, mesti menyapu sampah- dengan halaman rumah bersih dan
sarap di halaman untuk kemas
rumah
Selain itu, perlu membersihkan kerana tandas sentiasa bersih dan
tandas tidak berbau busuk
Di samping hendak mengelap dapur agar mengelakkan serangga makan
itu, selepas memasak makanan yang tumpah
Seterusnya, harus mengemas tempat supaya bilik nampak kemas dan
tidur tersusun
Akhir sekali, patut membuang seperti mengelakkan lalat menghurung
sampah ke dalam sisa makanan
tong sampah

Perenggan 1

Gambar di atas menunjukkan cara-cara untuk menjaga kebersihan rumah.(Ayat Tema)Terdapat


beberapa cara yang boleh diamalkan bagi memestikan rumah sentiasa berada dalam keadaan bersih.
(Ayat Kehendak)

Perenggan 2

Antaranya, kita mestilah menyapu sampah –sarap di halaman rumah agar halaman rumah
sentiasa bersih dan kemas. Selain itu, kita perlulah membersihkan tandas selepas digunakan supaya
tandas sentiasa bersih dan tidak berbau busuk. Di samping itu, kita hendaklah mengelap dapur selepas
memasak untuk mengelakkan serangga makan makanan yang tumpah. Seterusnya kita haruslah
mengemas tempat tidur apabila bangun tidur agar bilik nampak kemas dan tersusun. Akhir sekali, kita
patutlah membuang sampah ke dalam tong sampah agar lalat tidak menghurung sisa-sisa makanan yang
tinggal.

Perenggan 3

Kesimpulannya, kebersihan rumah harus sentiasa dijaga oleh semua penghuni yang tinggal di
situ. Rumah yang bersih membuatkan penghuninya hidup selesa dan sihat.

Ulasan Lengkap

Gambar di atas menunjukkan cara-cara untuk menjaga kebersihan rumah.Terdapat beberapa


cara yang boleh diamalkan bagi memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Antaranya, kita mestilah menyapu sampah –sarap di halaman rumah agar halaman rumah
sentiasa bersih dan kemas. Selain itu, kita perlulah membersihkan tandas selepas digunakan supaya
tandas sentiasa bersih dan tidak berbau busuk. Di samping itu, kita hendaklah mengelap dapur selepas
memasak untuk mengelakkan serangga makan makanan yang tumpah. Seterusnya, kita haruslah
mengemas tempat tidur apabila bangun tidur agar bilik nampak kemas dan tersusun. Akhir sekali, kita
patutlah membuang sampah ke dalam tong sampah agar lalat tidak menghurung sisa-sisa makanan yang
tinggal.

Kesimpulannya, kebersihan rumah harus sentiasa dijaga oleh semua penghuni yang tinggal di
situ. Rumah yang bersih membuatkan penghuninya hidup selesa dan sihat.

Nota

1. Ulasan seeloknya ditulis dalam tiga perenggan.

2. Perenggan 1- perlu ada 1-2 ayat iaitu ayat tema dan ayat kehendak soalan.

Perenggan 2 -Isi tersurat diambil dari bahan rangsangan seperti gambar yang diberi.

-Penulisan perlu ada penanda wacana, kata bantu dan kata hubung.

- Isi tersirat merupakan idea murid sendiri.

Perenggan 3- Kesimpulan yang dibuat berdasarkan bahan rangsangan.


Latihan

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang.

Tulis ulasan tentang aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendak lah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


2. Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kesihatan diri.

Tulis ulasan mengenai cara-cara menjaga kesihatan diri berdasarkan gambar yang diberi dalam bentuk
perenggan.

Panjang ulasan kamu hendak lah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai