Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Pendahuluan Karangan Bahan Rangsangan

1. Tuliskan satu ayat tentang tema secara umum .


2. Ayat terakhir pendahuluan memberikan fokus utama tugasan soalan.( Dua atau tiga
fokus diberikan tumpuan penulisan berdasarkan bahan rangsangan )
3. Dua atau tiga ayat sahaja ditulis untuk bahagian pendahuluan.
4. Jumlah perkataan lebih kurang 25 patah perkataan .

Penulisan Bahagian Idea (Isi) (Cadangan Tiga Idea)

1. Gunakan Kaedah IBaKU untuk menghuraikan idea (isi).


I : Idea yang menjawab tugasan fokus

Ba: 1.Bagaimana boleh berlaku.


2. Bagaimana hendak dilakukan.

K : Kesan daripada Ba
U : Ungkapan menarik yang digunakan juga sebagai penegas bagi isi tersebut.

3. Jumlah kepanjangan setiap isi lebih kurang 50 patah perkataan.

Penulisan Kesimpulan Karangan

P: Pandangan atau cadangan umum tentang tema


H: Harapan daripada tema

o Guna penanda wacana kesimupan


o Ayat pertama tentang pandangan atau cadangan
o Ayat kedua tentang harapan dan diselitkan peribahasa.
Contoh Soalan Bentuk Huraian

Maklumat di bawah berkaitan dengan kebersihan tandas awam.


Huraikan pendapat anda tentang kebersihan tandas awam.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

USAHA-USAHA MENINGKATKAN
KEBERSIHAN TANDAS AWAM

Pantun Kebersihan Tandas

Tumbuh tinggi pohon kuini,


Tempat bermain anak kedidi,
Kebersihan asas pembangunan rohani,
Melahirkan insan luhur peribadi.

Tinggi-tinggi pohon sena,


Tempat petani duduk bersandar;
Bersihkan tandas dengan sempurna,
o Aktiviti pembersihan secara berjadual
Nescaya penyakit akan terhindar
o Kempen kesedaraan kepada masyarakat
(Sumber Internet)
(Sumber Internet)

Contoh Rangka Penulisan .

Pendahuluan

Ayat 1:Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan


Ayat 2:Cara untuk menjaga kebersihan tandas dan kepentingan penjagaan tandas
awam.

Huraian idea pertama ( Fokus bahan 1)

I: Aktiviti pembersihan tandas awam dilakukan secara berjadual.


Ba:Menyediakan jadual bertugas yang sistematik.Penyelia yang akan memantau kerja-
kerja pembersihan tandas.
K:Tandas sentiasa dibersihkan
U.Slogan kebersihan tanggungjawab bersama
Huraian idea kedua ( Fokus bahan 1)

I: kempen kesedaran kepada masyarakat .


Ba: pertandingan tandas terbersih .Menyediakan dana untuk program tersebut.
K: mampu mengekalkan kebersihan tandas awam
U:Sabda Nabi Muhammad S.A.W iaitu, kebersihan itu merupakan sebahagian
daripada iman.(50pp)

Huraian idea ketiga ( Fokus bahan 2)

I:Keluhuran perilaku seseorang .


Ba:Sikap ambil peduli tentang penjagaan tandas awam perlu disemai .
K:Menunjukkan contoh yang baik apabila menggunakan tandas.
U: bapa borek anak rintik .

Kesimpulan

Cadangan :Bersikap bagai aur dengan tebing bagi mewujudkan tandas yang lebih
bersih .
Harapan :Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai